The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Produk Kelantan: Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.

with 15 comments

Maahad Tahfiz Sains

Menyentuh soal pendidikan di Negeri Kelantan, sejak kebelakangan ini kebanyakkan sekolah-sekolah di Kelantan terutamanya sekolah kelolaan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah banyak memateri nama sebagai sekolah ‘Top Scorer” di peringkat negeri bahkan juga di peringkat kebangsaan. Kejayaan sistem pendidikan di Kelantan yang berorientasikan aliran agama setanding dengan sekolah-sekolah di bawah KPM telah membuka mata banyak pihak terutama ibubapa yang kini lebih cenderung untuk menghantar anak mereka ke sekolah aliran agama. Kejayaan ini sekaligus menafikan anggapan Pusat bahawa sekolah berorientasikan aliran agama tidak mampu untuk pergi lebih jauh.

Berbalik kepada topik asal, saya telah membuat sedikit tetapi tidaklah banyak kajian berkenaan sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan dalam bidang pendidikan terutamanya pendidkan beraliran agama di Kelantan dan artikel yang terdahulu pernah saya ‘post’ berkenaan Maahad Muhammadi Lilbanat dan kini saya melihat sebuah sekolah yang berpotensi besar untuk dijadikan kilang melahirkan cendikiawan kontemporari yang syumul dari aspek pendidikan dunia dan akhirat. Sekolah yang dimaksudkan ialah Maahad Tahfiz Sains (MTS) yang merupakan salah sebuah sekolah kawalan di bawah pengurusan Yayasan Islam Kelantan yang telah diluluskan penubuhannya di dalam Mesyuarat Lembaga YIK 4/2003 bertarikh 10 Ramadhan 1424 bersamaan 5 November 2003. MTS mengambil pelajar sulung seramai 120 orang(60 lelaki dan 60 perempuan) dan menumpang di SMU(A) Maahad Muhammadi (L) dan SMU(A) Maahad Muhammadi (P).

Perasmian MTS telah diadakan pada 25 Januari 2004 di Dewan Teratai disempurnakan oleh YAB Dato Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Seterusnya MTS berpindah ke Berangan, Tumpat sehingga akhir 2006 sebelum berpindah ke kampus tetapnya di Bendang Baru, Bukit Panau, Tanah Merah pada 2 Januari 2007. MTS merupakan aliran Tahfiz yang kedua selepas Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat yang terletak di Pulai Chondong. Namun hala tuju dan konsepnya terdapat perbezaan iaitu MTS memberi penekanan kepada aliran pengajian Sains di samping pengajian Tahfiz Al-Quran. Permohonan yang terlalu ramai sehingga melebihi 1000 orang untuk menduduki ujian saringan telah menyebabkan kampus-kampus baru MTS dibuka di kawasan-kawasan lain.

MTS sering menerima kunjungan daripada warga sekolah mahupun agensi dan jabatan-jabatan kerajaan serta swasta baik dari dalam negara mahupun luar negara. Kini, sistem pengajian MTS telah diguna pakai untuk menubuhkan madrasah-madrasah beraliran seumpama ini di negeri-negeri lain. Pada tahun 2008, jumlah penuntut di MTS adalah seramai 715 orang yang ditempatkan di dalam 18 buah kelas. Jumlah kakitangan pula ialah seramai 70 orang iaitu 19 orang guru akademik, 6 orang guru Arab dan agama, 42 orang guru al-Quran dan 7 orang kakitangan sokongan.

Antara Okjektif penubuhan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah adalah:

1) menyediakan peluang-peluang pengajian dalam aliran Tahfiz al-Quran dan Sains.

2) menggabung jalin keupayaan pembelajaran dalam mata pelajaran tahfiz, agama dan akademik(sains).

3) melahirkan saintis dan profesional al-quran yang menghafaz al-quran dan menghayati kandungannya.

4) menjana pelapis kepimpinan ummah yang mempunyai pelbagai keterampilan dan pengetahuan dalam globalisasi.

5)mewujudkan zon pembelajaran yang kondusif bagi melahirkan generasi al-quran yang mampumenghayati dan menghafal al-quran, menguasai ilmu wakie dan syarie serta memiliki sahsiah terpuji di samping mempunyai kecerdasan mental dan fizikal Selain itu, Masjid Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang berharga RM 557,992.50 telah pun siap dibina.

Masjid 2 tingkat dengan keluasan lebih kurang 10,600 kaki persegi ini dapat menampung seramai 750 orang pelajar (jemaah) serentak. Dengan siapnya masjid ini ia dapat membantu para pelajar untuk melaksanakan pelbagai program kerohanian dengan lebih selesa. Di samping itu ianya juga dapat memberikan keselesaan kepada para ibu bapa semasa mereka mengunjungi anak-anak mereka semasa hujung minggu ataupun pada hari cuti. Setakat itu dulu ulasan berkenaan MTS Tanah Merah. Nanti artikel berkaitan iaitu Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat Pulai Chondong April ini.

Excerpted from:http://www.mts.kelantan.edu.my/home.html

About these ads

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

March 5, 2011 at 1:11 PM

Posted in Education

15 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. berbesar hati dapat belajar di maahad taffiz

  2. Assalamualaikum, bagaimana sekiranya saya hendak masuk ke dlm maahad ni. tahun ni saya ting 3 2011.wallahu’alam.

    Fakhrul Rodzi b Md Tahir

    December 1, 2011 at 11:09 PM

  3. Assalamualaikum, anak saya telah gagal dalam temuduga untuk masuk ke tingkatan satu
    Maahad tahfiz Sains Tanah merah. Saya ingin mrmbuat rayuan. Apakah ada borang rayuan
    untuk saya dawnload dan hantar secara online.- Ahmad (Kota Bharu)

    ahmad Ibrahim - Kota Bharu

    December 21, 2011 at 8:03 AM

    • pertama sekali download bukan dawnload ye…..yg kedua mts mmg bajet dri dulu…susa la nak buat rayuan….tpi try la…cri la mne2 kabel

      hans

      May 11, 2012 at 12:43 AM

  4. slm,bagaimana untuk memasuki tahfiz sains? adakah tahfiz sains T,merah untuk pelajar lelaki shj?

    zaidi hussin

    April 2, 2012 at 5:15 PM

    • boleh rujuk kat yayasan islam kelantan . maahad tahfiz sains tanah merah merupakan mts induk dan mempunyai beberapa cawangan lain , mulai 2013 , mts tanh merah akan dibuka utk perempuan sahaja . untuk pelajar lelaki , mts bustanul ariffin,tumpat , dan mts nurul aman kok lanas .

      arini azmi

      July 17, 2012 at 8:02 PM

  5. slm,apakah qualification untuk ke tahfiz? bagaimana permohonan di lakukan?tk

    zaidi hussin

    April 2, 2012 at 5:16 PM

    • rujuk blog yayasan islam kelantan .,

      arini azmi

      July 17, 2012 at 8:03 PM

    • as’mualaikum….tafiz nie utk lelaki sahaja ker..??nak apply secara on9 boleh ker..???

      syamsul

      September 19, 2012 at 10:55 PM

  6. goog intro info

    husnizai

    September 10, 2012 at 10:53 AM

  7. salam,

    saya setuju dengan penulis dan sekarang anak sulong saya (lelaki) juga sedang belajar di salah satu MTS di Kelantan. Walaupun sekolahnya kurang frasarana berbanding sekolah bantuan kerajaan tetapi mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dan dalam masa yang sama membina pelajar berjiwa sederhana dan berdikari… cukup dengan apa yang ada….Alhamdulillah

    noor haizan mohd nor

    September 16, 2012 at 9:07 AM

  8. salam, apakah kelayakan yg diperlukan? bagaimana nk memohon ? bilakah tarikh tutup utk kemasukan 2013? Brpkah yuran bulanannya ?

    sakinah salleh

    September 18, 2012 at 1:30 PM

  9. Assalamualaikum, adakah MST ini dibuka kepada pelajar bukan dari Kelantan. Saya dilahirkan di Kelantan tapi anak saya lahir di Kuantan.

    Normadiah Abdul Rahman

    November 24, 2013 at 5:56 PM

  10. APAKAH MATA PEJARAN UNTUK SIJIL SPM

    hakim kelantan

    December 31, 2013 at 1:46 PM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 71 other followers

%d bloggers like this: