The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Pembesaran Hotel Perdana Kota Bharu.

with 19 comments

Hotel Perdana

Lakaran Pembesaran Empat (4) Tingkat Sedia ada Serta Membina Satu Blok Tambahan 11 Tingkat Di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan

Foto ini bertarikh 10/02/2011 menunjukkan kerja-kerja pembinaan masih belum siap sepenuhnya sedangkan tarikh asal siap yang diberikan pemaju adalah bertarikh 17/10/2010 | setelah projek dimulakan sepenuhnya pada 17/06/2009.

Nilai asal projek adalah RM79,700,000.00. Kontraktor yang dilantik ialah Emaskang Sdn. Bhd. Pada awalnya, ia dibina sebagai hotel berstatus 4-Bintang pertama di Kelantan pada 4 Januari 1980.

Bangunan asal Hotel Perdana suatu ketika dahulu. (foto credit: mohdzawi.blogspot.com)

Hotel Perdana & Kompleks Sukan Perdana kini dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Hotel Perdana telah dijual dengan harga RM34 juta kepada Perbadanan Nasional Berhad (PNB), sebuah syarikat milik kerajaan persekutuan yang begitu dikenali. Kerajaan Negeri mengambil langkah menjual Hotel Perdana pada tahun 2008 lalu memandangkan perniagaan perhotelan bukan lagi menjadi teras kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). PKINK sebelum ini hanya menjadi perintis kepada industri perhotelan memandangkan ketika itu industri tersebut belum berkembang di Kelantan. Bagaimanapun, hari ini sudah banyak hotel berkelas bintang yang wujud di Kota Bharu termasuk Hotel Renaisance yang mempunyai taraf hampir lima bintang.

Tambahan pula, PKINK perlu menyuntik lebih banyak dana bagi meningkatkan taraf hotel tersebut supaya lebih berdaya saing. PKINK menggunakan wang tersebut untuk melabur dalam bidang asas perniagaan strategik PKINK termasuk sektor hartanah. Sejumlah RM 4.1 juta daripada bayaran yang diterima digunakan untuk membayar pampasan kepada seramai 170 kakitangan hotel yang diberhentikan dan daripada jumlah tersebut seramai 24 orang telah mendapat pekerjaan baru. Bekas-bekas pekerja juga akan diberi keutamaan oleh PNB untuk diambil sebagai kakitangan hotel baru yang akan beroperasi. Hotel baru itu dibina PNB setinggi 11 tingkat dan memerlukan kakitangan yang ramai.

Lokasi Hotel Perdana di Tengah Pusat Bandaraya Kota Bharu

Bangunan asal Hotel Perdana 1981

Hotel Perdana merupakan sebuah hotel berstatus 4-Bintang terletak ditengah-tengah bandar Kota Bharu. Lokasinya yang strategik iaitu diantara Pusat Kebudayaan Negeri di hadapan serta bersebelahan Stadium Sultan Muhammad IV. Hotel Perdana pada asalnya bina pada 4 Januari 1980 komited dalam menyediakan perkhidmatan perhotelan dan menawarkan produk yang terbaik dari segi mutu dan kualiti layanan kepada pengunjung.

Lihat juga:

Crown Garden Hotel Kota Bharu                                      star-rating
Crytal Lodge Hotel Kota Bharu                                         star-rating
Grand Riverview Hotel Kota Bharu                                star-rating
New Pacific Hotel Kota Bharu                                           star-rating
Perdana Hotel Kota Bharu                                                  star-rating
Renaissance Hotel Kota Bharu                                          star-rating
Suria Hotel Kota Bharu                                                          star-rating
Temenggong Hotel                                                                  star-rating

MY VERDICT ON HOTEL PERDANA:
A very run-down hotel. Very affordable.. :)

About these ads

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

March 9, 2011 at 11:54 AM

Posted in Infrastructure

19 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. serabut/tension dengan pekerjanya. suka sgt parking kereta menutupi pagar. x hormat lansung! benci!

    ann

    March 17, 2011 at 11:10 AM

  2. PNB hanya beli hotel perdana sahaja.kompleks sukan masih bawah pkink..

    salah satu sebab hotel perdana lambat sebab bangunan baru dibina atas bangunan lama. asas atau base bangunan lama tidak mampu menampung berat bangunan baru. jadi kerja2 menguatkan tapak yg melambatkan pembinaan krn ianya agak rumit. perlu diingat kontraktor yg terlibat bkan calang2, arup..sunway..semuanya nama2 besar dah terlibat dalam pembinaan di luar negara.
    tak silap saya pusat kebudayaan yg saudara sebut tu ialah pusat penerangan pelancongan kelantan. dulunya merupakan office resident british..
    betulkan saya jika tersilap.

    maafsebut

    May 22, 2011 at 9:50 AM

    • terima kasih atas info.. buleh menyumbang maklumat lain jika sekiranya berkelapangan untuk tatapan umum. kami hargainya.

      • Sorry sy clerk main contractor Emaskang, project dh delay lama atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan… Maaf sekian Terima Kasih

        Tarmimi

        March 8, 2012 at 1:57 AM

    • SO, AD AG X JWTAN KOSONG KT HOTEL PERDANA?

      AYUNI IZZYAN

      January 16, 2013 at 2:31 PM

  3. saya nak tanye pasal info

    Arai Man

    July 25, 2012 at 8:29 PM

  4. Salam. Bagaimana saya boleh dapatkan contact person yang incharge pasal hotel ini.

    Abdul Latib Bin Ahmad

    September 11, 2012 at 10:30 AM

    • Any job vacancy.? I need a contact number the person who incharge …

      Fahdilah kamal bharin

      April 3, 2013 at 12:34 PM

    • Saya pun berminat nak tahu ttg ni. Ada sesiapa yg boleh bantu.

      Hazni Bin Hamzah

      April 7, 2013 at 11:01 AM

  5. so,skarang ni belum siap lagi la? dah lama tak balik kelantan…nak balik ni ingat nak menginap kat situ, since ia dekat dengan gelanggan seni-tempat saya akan berurusan…tq

    chikbah

    November 3, 2012 at 2:44 PM

  6. assalamualaikum,
    saya ingin bertanya bagaimana saya nak memohon jawatan tukang masak. sekian terima kasih,

    shahrizal

    December 26, 2012 at 11:21 AM

  7. ada kerja kosong tak di hotel perdana

    mohd nor

    January 27, 2013 at 2:53 PM

  8. assalamualaikum,, bgaimna sy nk mmohon jwatan kosong d hotel perdana?? klau ada sbarang info hbungi sy..*0179189303

    mohamad qurrataayun bin mahamad

    February 17, 2013 at 11:12 AM

  9. Bolehkah sy memohon bahagian sumber manusia..bagaimana utk memohon..

    Nian

    March 4, 2013 at 11:50 AM

  10. kerje kosong admnin tak buka ke? nak apply

    faisal

    March 10, 2013 at 3:45 PM

  11. Sy nak tau pasal keja kosong kat situ.

    hafidziah

    March 23, 2013 at 1:16 PM

  12. Boleh saya tahu bila hotel ni dibuka?

    Jaja

    May 27, 2013 at 1:02 AM

  13. tq byk2,, really helpful info yg awk bg, dpt sy siapkan report pasal hotel perdana ni ..thx again

    arina

    March 29, 2014 at 4:32 PM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 71 other followers

%d bloggers like this: