The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

‘Lebuhraya Buatan’ di Bandaraya Kota Bharu!

leave a comment »

Perlaksanaan Sistem Jalan Sehala Empat Lorong di Pusat Bandar Kota Bharu bermula pada 11 Ogos 2009 ternyata telah berjaya mengurangkan kesesakan lalulintas di Bandar Kota Bharu berbanding dengan keadaan sebelumnya. Sebelum ini, kebanyakan jaringan jalanraya di pusat bandar Kota Bharu merupakan laluan dua hala iaitu laluan bertentangan telah ditukar menjadi sehala membolehkan sekurang-kurangnya 4 buah kenderaan dapat bergerak serentak ekoran keadaan jalannya yang lebar dan luas selepas pembahagi jalan dibuang.

Antara jalan-jalan yang terlibat menjadi laluan sehala iaitu Jalan Temenggong, Jalan Doktor, Jalan Hospital (bermula dari simpang empat Jalan Mahmood hingga ke Medan Tuan Padang), Jalan Gajah Mati, Jalan Tok Hakim, Jalan Pintu Pong menuju ke Pasar Siti Khadijah dan Jalan Parit Dalam. Laluan masuk ke Pusat Bandar dari 4 arah berasingan sebelun ini iaitu dari arah Pasir Puteh, Machang, Tumpat/Wakaf Bharu dan Pengkalan Chepa tidak berubah cuma berlaku satu penambahan pintu masuk di Jalan Sultan Ibrahim berhampiran stesen minyak Esso apabila pemandu yang datang dari arah Pasir Puteh, Tumpat dan Machang boleh terus ke Hospital Raja Perempuan Zainab II tanpa perlu melalui Bulatan Medan Tuan Padang (Menara Jam Besar).

Dengan pembukaan pintu masuk baru ini diyakini akan meminimumkan kesesakan lalulintas di Bulatan Medan Tuan Padang pada waktu puncak seperti menjelang musim perayaan ataupun selepas waktu bekerja (jam 5 petang). Apapun dengan pelaksanaan jalan sehala ini membantu mengurangkan kesesakan lalulintas terutamanya di sekitar Bulatan Medan Tuan Padang kerana sebelum ini bulatan tersebut menjadi tumpuan 4 arah laluan trafik telah dikurangkan kepada 3 laluan sahaja.

(Ambo seoloh-oloh baghu menetap di bandar koto bhagu, tukar-takir jale sehala. naek muto keno horn ko oghe sokmo. pening senggoti weih jale dio srupo masuq pitu blake tubik ikot tikak. jale koho lebar, koho ghama sep2 monggek nok nera muto diow. bagi ambo, bereh doh, pahni gak pro lar, amik maso ckit. Satu jah kelemahen: keno u’turn jauh la weih kalou saloh jale gak mugho xdop flyover. tapi bereh doh, rakyat kelate keno timo kaseh bany0k2 dengen kerajaen tok guru memimpin kelate membawo banyok perubahen. Molek doh 18 taun!)

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

September 15, 2009 at 10:34 PM

Posted in Infrastructure

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: