The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Kelantan’s Mobilisation: Jalan Hamzah bakal berubah wajah!

leave a comment »

Berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2009, Terminal Bas Jalan Hamzah telah berpindah ke terminal sementara di Bandar Baru Lembah Sireh berdekatan dengan pasaraya Tesco bagi memberi laluan kepada projek pembangunan baru dilaksanakan berkapasiti sederhana selari dengan kerja-kerja melebarkan Jalan Hamzah kepada empat lorong untuk melancarkan trafik menghala ke KB Mall dari arah Jambatan Sultan Yahya Petra.

Tinjauan mendapati terminal sementara di Bandar Baru Lembah Sireh agak strategik kerana ia dapat menampung jumlah aliran bas-bas antarabandar yang banyak kerana lokasi tersebut agak luas dan trafik menghala ke pasaraya Tesco lancar meskipun aliran trafik menghala ke Pasir Pekan sesak setiap kali menjelang waktu puncak. Ini merupakan satu lagi projek pembangunan mampan di Kelantan yang bakal dinafikan oleh Kerajaan Persekutuan dengan menyifatkan Kelantan sebagai miskin & mundur. Pooorahh!! Projek baru di tapak asal terminal Bas Jalan Hamzah bermula awal bulan ini dengan kerja-kerja merobohkan premis-premis di sekitar hentian berkenaan dan kawasan perumahan lama serta setinggan di belakang Hentian Bas Jalan Hamzah tersebut yang dahulunya terkenal sebagai ‘Lorong Haji Taib’ Kelantan.

Sebidang tanah bersebelahan Terminal Bas Jalan Hamzah telah pun di kosongkan sejak 2 tahun lalu sementara mencari lokasi yang sesuai untuk menempatkan Terminal Bas Jalan Hamzah yang baru untuk digabungkan dengan tapak tanah yang telah dikosongkan bersebelahan. Sedekad dua yang lalu, di tapak KB Mall bersebelahan dengan Terminal Bas Jalan Hamzah yang tersergam megah tersimpan sebuah cerita hitam, cerita gelap di Jalan Hamzah yang ‘masyhur’ di mana lelaki-lelaki yang dahaga belaian dan ‘kasih sayang’ mencari kepuasan daripada mek-mek kelantan iaitu sebelum tahun 1990, sebelum tiba ‘cahaya bulan’ merobohkan pondok-pondok persundalan dengan menggantikannya dengan pembinaan gedung-gedung perniagaan.


Hentian sementara ini terletak menghadap ke arah Tesco.


Hentian lama Jalan Hamzah ini akan dirobohkan serta-merta.

Membangun Bersama Islam.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

October 11, 2009 at 10:58 PM

Posted in Infrastructure

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: