The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Penyokong Kelantan: Antara Profesionalisme & Fanatik Extremis…!

with one comment

Apa sudah jadi penyokong fanatik…? Tanggal keramat 7 April & 7 November 2009 seakan-akan menterjemahkan tahap kefanatikan dan ektremis ‘sebilangan kecil’ penyokong Kelantan yang sudah sampai kepada amaran ‘jingga’. Seluruh Malaysia umumnya bertanggapan negatif terhadap keseluruhan penyokong & peminat Kelantan. Apa tidaknya, penyokong Kelantan kini telah menjadi bahan cemuhan dan stereotaip baik di kedai kopi mahupun di pentas media arus perdana dek kerana penangan serta ‘kerja-kerja bodoh’ oleh segelintir ‘penyokong’ dan bukannya peminat Kelantan. Pendefinisian ‘penyokong’ secara literalnya amat fanatik dan tidak dapat menerima hakikat kekalahan, manakala terminologi ‘peminat’ merupakan seseorang yang mempunyai ‘sporting spirit’ yang tinggi dan boleh dikatakan ‘enjoy the game’ serta jatuh bangunnya sesebuah pasukan tertentu, peminat akan setia menanti dibelakang. Namun, segala-galanya boleh berubah mengikut persekitaran dan faktor sosial sesebuah tempat tertentu. Dan, apakah faktor “gomo” itu sendiri telah membakar semangat penyokong Kelantan untuk ‘membakar’ stadium..?

Terma fanatik yang telah digalas oleh penyokong & peminat Kelantan selama ini amat berat untuk dipikul apatah lagi pasukan Kelantan sedang berada di kemuncak prestasi, dalam masa yang sama terpaksa berdepan dengan seribu satu karenah penyokong yang dilabel fanatik. Insiden 7 April seakan-akan telah dilupakan sebilangan kecil penyokong fanatik Kelantan apabila stadium keramat Sultan Muhammad-IV terpaksa ‘gulung tikar’ dan dalam masa yang sama KAFA berdepan hukuman keras oleh FAM hanya ‘kerana onar dua tiga orang, rosak penyokong satu stadium’. Segala-galanya mahu di cetuskan kembali malam semalam pada perlawanan akhir TM Piala Malaysia yang ke udara secara langsung di seluruh dunia melalui “TMNET” amat memalukan bolasepak Malaysia umumnya dan khasnya buat pasukan Kelantan. Harapan mereka-mereka yang ingin melihat kualiti sebenar bolasepak tempatan terpadam gara-gara balingan mercun dan aktiviti vandalisme segelintir “lautan merah”. Apapun, semangat fanatik tidak salah cuma ianya harus bertempat dan kena gayanya dan tidak seharusnya dicampur dengan Hooliganisme.

Seharusnya, Penyokong & peminat Kelantan kini harus menelan hakikat bahawa di dalam sesuatu pertandingan, mereka harus menerima keputusan pro dan kontra sesuatu perlawanan dengan semangat kesukanan dan tahap profesionalisme yang tinggi. Sudah menjadi adat sesuatu perlawanan bahawa menang kalah harus diterima dengan hati yang terbuka. Akan tetapi, apa yang berlaku malam semalam boleh ditujukan mereka-mereka yang diklasifikasikan sebagai ‘pengacau’ yang hanya menumpang kemeriahan bolasepak Kelantan demi mendapatkan kepuasan dengan cara balingan mercun dan membakar harta benda awam. Dari perspektif penyokong & peminat Kelantan, walaupun mereka memberi seribu satu alasan sekalipun yang antaranya faktor badi 39 tahun, Kelantan tidak pernah menjulang Piala Malaysia sejak tahun 1921, faktor perjalanan jauh ‘meredah banjir’ ke Bukit Jalil dan bermacam lagi alasan, satu perkara yang harus mereka pelajari adalah, Profesionalisme!.

Jika penyokong dan peminat Kelantan diterap dan dididik untuk bersikap profesional di dalam stadium, maka alangkah cantiknya ‘fanatik’ itu. Akan tetapi, mahukah penyokong Kelantan bersifat ‘skema’ semasa menonton bola..? Satu persoalan yang tiada garis noktahnya. Apapun kini, KAFA sedang menanti hukuman berat daripada FAM yang dijangkakan lebih ‘hebat’ dari insiden 7 April lalu yang bakal diketahui pada 11 November ini selepas badan induk FAM bermesyuarat untuk memutuskan status penalti yang sepatutnya dikenakan ke atas Kelantan. Di pihak Kelantan pula, khususnya peminat yang ‘profesional’.. mereka mencadangkan dua pilihan kepada KAFA, pertama, samada ingin terus beraksi di dalam Liga Malaysia musim depan tanpa kehadiran penyokong yang automatisnya akan menjejaskan kantung persatuan atau pilihan kedua untuk menarik diri dari kempen Liga Malaysia, bermakna tiada lagi Bolasepak untuk Kelantan sebagai jalan terakhir untuk menjamin kestabilan kewangan persatuan dari dibelenggu masalah hutang tertunggak. Sama-samalah kita nantikan…

HOBEN kiJANG HOBEN…

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

November 10, 2009 at 12:24 AM

Posted in Sports

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. gelombang merah.com….

    Cma Ashadi

    June 10, 2013 at 4:46 PM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: