The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Sensationally Kelantanese: Kawe Anok Kelatte…

with one comment


Kelantan terkenal dengan keunikan budaya dan kesenian mereka sehingga penduduk negeri Cik Siti Wan Kembang tidak segan silu menonjolkan warisan milik mereka, hatta sudah berhijrah ke tempat lain. Walaupun skop kecintaan terhadap budaya dan warisan itu adalah positif di dalam lingkungan masyarakat Kelantan, ada budaya negatif yang melingkari di dalam jiwa sesetengah orang Kelantan seperti yang dapat disaksikan di dalam filem, Budak Kelantan, arahan Wan Azli Wan Jusoh. Filem yang diarahkan anak jati Kelantan itu yang lebih memahami susur galur dan perilaku orangnya sendiri, seolah-olah telah menterjemah akan nilai sebenar perlakuan sesetengah daripada orang Kelantan, walaupun sesetengah adegan pahit untuk ditelan, tetapi ia sebahagian daripada realiti yang pernah berlaku. Melalui filem ini, khalayak dapat melihat perlakuan orang Kelantan apabila berinteraksi sesama mereka dan aspek emosi, sama ada ketika berada di negeri sendiri atau selepas berhijrah ke luar dan juga sikap mereka apabila berurusan dengan orang luar.

Pensyarah Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Dr. Ahmad Ramizu Abdullah, tidak menolak bahawa orang Kelantan memang ada sifat kecintaan dan rasa sayang yang jelas serta menebal dalam diri, terhadap budaya serta warisan mereka kerana ia sudah menjadi amalan sejak kecil. Lihat, ke mana saja masyarakat Kelantan pergi, mereka turut membawa makanan, percakapan, seni, budaya, dan permainan yang sudah sebati dalam diri, sekali gus memperlihatkan kesungguhan mereka dalam memperjuangkan serta mendaulatkan warisan bangsa. Situasi sebegini jelas sekali berbeza dengan negeri-negeri lain kerana mereka dikatakan kurang peka terhadap identiti kenegerian masing-masing yang berkemungkinan berpunca dari faktor-faktor luaran. Kecintaan terhadap budaya bagus untuk diamalkan, tetapi akan bertukar negatif apabila ada individu yang beranggapan hanya budaya sendiri yang betul sehingga tidak bersedia untuk menerima perubahan di persekitaran mereka.


Sikap dan budaya mempertahankan kekitaan orang Kelantan ini juga disebut ‘puok kito’ iaitu masyarakat Kelantan ada sifat dan hubungan keakraban jiwa yang erat dan kebenarannya perkara itu dapat dibuktikan melalui penggunaan dialek seharian mereka walaupun berada jauh di luar Kelantan. Di samping loghat Kelantan, ada satu lagi budaya kekitaan yang cukup tinggi dalam diri sesetengah daripada masyarakat negeri Kelantan iaitu suka berada dalam lingkungan mereka sendiri, akan tetapi, tidak boleh diklasifikasikan sebagai ‘berpuak-puak’ atau assabiah kerana ia turut memaparkan keakraban dan kekeluargaan yang berjaya ditanam dalam diri setiap anak negeri Kelantan. Masyarakat Kelantan umumnya tidak boleh dilabelkan sebagai tertutup kesan daripada pegangan kebudayaan dan kesenian yang amat menebal, sebaliknya, ia tidak tepat untuk memberi satu interpretasi sedemikian kerana masyarakat luar juga ada sikap serupa dalam mempertahan negeri, budaya dan warisan masing-masing. Kata-kata usikan seperti ‘oghe Kelate makae budu’ tidak akan menghentikan mereka daripada bertutur dalam loghat negerinya sebaik bertemu dengan rakan senegerinya, meskipun berada dalam kelompok bukan Kelantan di dalam atau hatta diluar negara sekalipun.

Fellow Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Teo Kok Seong, sikap kekitaan orang Kelantan berpunca daripada faktor sejarah lama Kelantan yang tersisih dari dunia luar disebabkan oleh faktor geografi. Kelantan meskipun mempunyai masyarakat Melayu paling ramai, tetapi disebabkan ia terletak di sempadan kawasan kumpulan bukan Melayu di utara yang dipanggil Austro-Asia iaitu dari kawasan Siam dan Kampuchea atau digelar “Monkhmer”. Maka oleh sebab itu, masyarakat Champa yang ada hari ini di Kelantan merupakan sebahagian daripada rumpun Melayu. Apapun, masyarakat di Kelantan perlu melahirkan jaringan komunikasi dan persahabatan yang lebih baik melalui sifat kekitaan, akan tetapi, sikap kekitaan yang negatif seperti yang berlaku di dalam ‘arena bolasepak kelantan’ baru-baru ini perlu dielakkan. Orang Kelantan perlu lebih rasional dan dapat mengawal emosi walaupun mereka terkenal dengan sifat pantang dicabar atau bae’ kaeng.

Kawe Anok Kelate… Demo…?

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

December 3, 2009 at 1:50 AM

Posted in History

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. kAwE BaNgGo JaDi aNoK KeLAtE

    NIA HANNA

    September 10, 2011 at 12:42 PM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: