The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Kelantan’s Riverview: The Embellish of JPS Jetty.

leave a comment »

Lakaran artis menunjukkan model projek memperindah tebing Sungai Kelantan dan pembinaan semula serta memperbesarkan Jeti Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Kelantan bagi menggantikan Jeti lama bersebelahan Tambatan D’Raja dan Ridel Hotel Avenue. Kontraktor dilantik ialah Pacific Elite Sdn. Bhd. Imej-imej terbaru menunjukkan kerja-kerja asas pembinaan Jeti Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Kelantan telah bermula pada Disember 2009 dan dijangka siap sepenuhnya penghujung Disember 2010.


Imej dari Bangunan Kastam (lama) menghala ke arah Ridel Hotel menunjukkan kerja-kerja menanam cerucuk sedang giat dijalankan.


Imej Dari Tambatan D’Raja menghala ke arah Ridel Hotel.


Kerja-kerja pembinaan masih lagi pada peringkat asas.


Imej dari Ridel Hotel Avenue menghala ke Tambatan D’Raja.

Apa yang blogger dapat simpulkan, rakyat Kelantan umumnya amat mengharapkan satu bentuk pembangunan syumul dan tidak hanya tertumpu kepada motif pembangunan fizikal semata-mata tanpa meletakan aspek kerohanian sebagai asas dalam mentarbiah rakyat Kelantan agar mereka mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

P/S: sekadar tambahan: (Harus diingat bahawa projek ini ber’tag’kan “…Satu Lagi Projek Kerajaan…” di bawah satu kementerian iaitu Kementerian Pelancongan… diharapkan projek ini tidak menjadi projek ‘White Elephant’ seperti projek Jambatan Sultan Yahya Petra ke-2 yang juga di’tag’kan “… Satu Lagi Projek Dibawah Kerajaan…”… Jangan jadikan ia sebagai gula-gula politik! Kerana rakyat Kelantan tidak mudah untuk ‘disusukan’…)

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

March 25, 2010 at 12:28 PM

Posted in Infrastructure

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: