The Kelantan Times

Writer of Life

Archive for April 2010

Kuala Lumpur For Kelantan: Kelantan Millennium Tower.

leave a comment »

KELANTAN MILLENNIUM TOWER

Projek ini telah dibangunkan oleh PMBK dengan pertimbangan untuk memaksimumkan penggunaan tanah yang dimiliki oleh KNK yang berada di tengah-tengah segitiga emas Kuala Lumpur. Umum mengetahui bahawa telah berlaku ledakan kenaikan harga tanah dan asset di kawasan ini selepas terbinanya Menara Berkembar Petronas atau KLCC. Langkah ini adalah amat bersesuaian dengan pembangunan kediaman mewah dan esklusif sesuai dengan golongan elit yang sentiasa mencari peluang pembelian aset di kawasan sigitiga emas ini.

Pembangunan tanah lot 265 Jalan Stonor, Kuala Lumpur seluas 14 0000 kaki persegi ini, telah mengambil kira keadaan tapak dan lokasi untuk memberi satu lagi bangunan yang mempunyai rekabentuk unik di kawasan tersebut. Lokasi di simpang Jalan Stonor dan Jalan Kia Peng membolehkan PMBK menawarkan 26 unit kediaman mewah 1 unit bagi 1 tingkat atau boleh disifatkan sebagai Bungalow in the sky. Ini bermakna pembeli akan dapat menikmati semua ruang dari built up area seluas 3965 kaki persegi di kondo ini dan menikmati 360 darjah (360 degree panoramic view) pandangan di sekitar KL.

Jarak strategik 400 meter antara lokasi projek dan KLCC akan memberi peluang kepada pembeli menikmati pandangan KLCC dari dalam unit kediaman. Perkara ini memberi impak yang amat tinggi terutama dalam penentuan harga bagi 10 unit teratas. Projek ini juga diunjurkan untuk menjadi batu lonjatan kepada PMBK untuk meneroka lebih jauh pembangunan hartanah mewah khususnya di sekitar Kuala Lumpur.

Advertisements

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

April 19, 2010 at 1:19 PM

Posted in Infrastructure

Kelantan’s Arabica: Pembinaan Battuta Ville. (Part I)

leave a comment »

 

Alam Daya Maju Sdn. Bhd., (ADM), dijangka melabur RM100 juta untuk membangunkan sebuah bandar satelit yang dikenali sebagai Battuta Ville di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu. Pengerusi Eksekutif ADM, Mohd. Ramli Yaacob berkata, reka bentuk bandar Battuta Ville itu bercirikan seni bina Islam dari enam buah negara iaitu Tunisia, Andalusia, Parsi, Mesir, India dan China. Projek itu yang dibangunkan daripada tapak bengkel Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) itu akan dimajukan dengan pelbagai projek hartanah seperti perumahan, lot perniagaan dan juga untuk pelancongan.

Reka bentuk projek yang bercirikan seni bina Islam ini dipilih sejajar dengan gelaran negeri ini sebagai ‘Serambi Mekah’. Pembangunan Battuta Ville akan menjadi mercu tanda baru di bandar ini dan pada masa yang sama ia akan membantu menjana pertumbuhan ekonomi dengan menambah peluang perniagaan dan pekerjaan kepada penduduk setempat.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

April 9, 2010 at 7:17 AM

Posted in Infrastructure

Kelantan’s Hollywood: Queenspark Sportscity & Boulevard.

with 12 comments

Queens Park Sportz City is an iconic commercial sports and recreational centre in Kota Bharu. It houses some of the first and probably the largest facilities in Kelantan and is equipped with international facilities for socializing, training and also competitions. The Ground Floor consists of a 24-hour drive-thru fast food restaurant and more than 40 kiosks and specialty retail shops. There is a 5,000sq.ft concourse on the ground floor which is an ideal area for exhibitions, events, promotions, ceremonies and more.

Security, Maintenance and First Aid Services are also provided to ensure the convenience, safety and peaceful environment for everyone. The entire building has adequate emergency staircases and passenger lifts for the convenience of young and old. Covered car parks are located at the Ground Floor for visitors, complete with VIP parking and Disable people facilities. Queens Park SportzCity is suitable for families, children, teenagers, health conscious people, sportsmen and sportswomen, celebrities and businessmen to interact and promote a healthy lifestyle.

Trainings, competitions and social events for families, schools, districts, states, national and international activities can also be held here. It was opportunities for advertisers, sponsors and company functions are also available at QueensParks SportzCity. Located just minutes from the Kota Bharu city centre and it accessible from high traffic areas like Pantai Cahaya Bulan (PCB) resort and Pengkalan Chepa Airport, QueensPark SportzCity & Boulevard will enjoy excellent opportunities and immediate success.

The centre of attraction and activities is the spacious 50ft wide boulevard at QueensPark Boulevard. Designed to offer an allure and engaging experience. Colourful and vibrant lightings add ambience to the boisterous atmosphere at the generous spaced 50ft wide central boulevard, lighting up the alfresco restaurants and cafes, accompanied by music to give a lasting impression of a truly lively and happening nightspot in Kota Bharu. Perfect place for food and beverage businesses with a relaxing view of river flowing by, the beautiful landscape, the nearby Taman Tengku Anis and the great family moments at the sports, recreational & alfresco dining. You will enjoy and cherish ‘A Brand New Experience’ at QueensPark Boulevard.

Info: http://www.queenspark.com.my
Source:atoqa (KELHOME)

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

April 7, 2010 at 9:54 AM

Posted in Infrastructure

Kelantan’s Future: Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh.

with one comment

Negeri Kelantan Darul Naim akan melakar sejarah dengan bakal terbinanya sebuah bandaraya satelit baru. Bandar satelit baru berkonsepkan ‘Islamic City’ yang menjadikan masjid sebagai ‘focal point’ juga berperanan menyokong fungsi bandar Kota Bahru. PEKAN PASIR TUMBOH yang terletak di pertengahan perjalanan antara Bandar Kota Bharu ke Pasir Puteh dijangka akan berubah wajah menjelang tahun 2014 apabila projek Pembangunan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh yang akan menelan perbelanjaan RM100 juta siap sepenuhnya menjelang tempoh tersebut.

Pasir Tumboh kini terkenal sebagai pusat pengajian pondok tradisional terbesar di negeri Kelantan menerusi Pondok Terusannya, selepas ini akan bertukar menjadi sebuah bandar yang akan dikenali Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh tanpa mengenepikan sistem pendidikan pondoknya. Majlis Pelancaran Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tapak Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh pada 19 Jun tahun lalu.

Antara komponen projek yang dibangunkan terdiri daripada kompleks masjid Al-Takwa yang bakal menjadi mercu tanda bagi Pasir Tumboh dengan gabungan seni bina Islam tempatan dan timur tengah, pusat pengajian pondok moden yang akan dilengkapi dengan kemudahan peralatan yang canggih dan moden serta hotel bajet. Manakala Dataran Takwa pula akan dikhaskan untuk pelbagai aktiviti seperti ceramah, riadah, jualan dan lain-lain. Di kawasan ini juga turut dibangunkan “street bazaar” yang dikenali sebagai An-Naim, menempatkan 80 unit gerai pelbagai saiz, pasar awam yang akan menempatkan sekurang-kurangnya 50 bangku niaga dan lain-lain kemudahan untuk pasar malam dan pasar tani.

Turut dibangunkan di kawasan ini adalah rumah-rumah kedai, pejabat, rumah kediaman sebanyak 45 unit dan 2 blok apartment yang mengandungi kira-kira 300 unit kediaman. Reka bentuk Bandar Satelit Islam ini telah diilhamkan daripada intergrasi dan hubungan 5 komponen Bandar dengan pencipta manusia iaitu Allah yang berpaksikan ketakwaan dan kebersihan. Lima komponen tersebut akan merangkumi aspek perniagaan, perkhidmatan, kediaman, riadah, masjid, pondok moden dan hotel bajet.

Walaupun kemahsyuran pondok mungkin akan ‘terkubur‘ hasil daripada pembangunan itu, namun kerajaan negeri tetap akan mengutamakan pendidikan agama menerusi pengajian pondok tetapi dengan mempermodenkannya melalui kelengkapan, peralatan dan kemudahan yang canggih. Bandar Satelit Islam ini merupakan ‘benchmark’ bagi kerajaan negeri untuk dicontohi pelbagai pihak kerana ia merupakan agenda pembangunan negeri yang sebenar sesuai dengan Dasar Membangun Bersama Islam. Pasir Tumboh yang juga merupakan pintu masuk atau gerbang masuk ke Kota Bharu akan menaikkan lagi imej Bandaraya Islam Kota Bharu.

Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh akan menyediakan kemudahan kepada 100 ribu penduduk sekitar dalam jarak radius 5 kilometer merangkumi kawasan Peringat, Bukit Marak, Binjai, Kubang Kerian, Tiong, Pauh Lima serta Limbat bahkan penduduk dari Bachok, Jelawat, Pasir Puteh dan Ketereh. Apa yang penting, kewujudan Bandar Satelit Islam ini dilihat secara langsung mampu mengurangkan tekanan pembangunan dan kesesakan lalulintas di pusat bandar Kota Bharu.

Membangun Bersama Islam…

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

April 5, 2010 at 4:27 PM

Posted in Infrastructure

Kelantan’s New Mosque: Al-Hussain Mosque.

with one comment

Sedikit Informasi Tentang Masjid Al-Hussain…

– Masjid ini akan didirikan di tapak seluas 9.40 ekar di Bandar Baru Tunjong.

– Terletak di persimpangan Jalan Kuala Krai ke Kota Bharu serta Jalan Kota Bharu ke Rantau Panjang.

– Pembinaannya Masjid ini menelan belanja hampir RM 8 juta.

– Mendapat sumbangan peribadi dari tokoh dermawan negara RM 7 juta.

– Reka bentuk masjid ini menggunakan ciri-ciri di zaman Uthmaniah (Turki) dan Fatimiah (Mesir) serta dilengkapi dengan sebuah pusat sumber Islam,Kelas Tahfiz, Kediaman Iman dan pegawai masjid.

– Pembinaan masjid ini akan mengambil masa selama 34 bulan dan apabila siap nanti masjid ini boleh menampung seramai 1750 jemaah pada satu-satu masa.

Segala sumbangan atau pertanyaan boleh hubungi Sekretariat Sumbangan Wakaf / Derma Tapak Masjid Al Hussain Bandar Baru Tunjong, Perbadanan Menteri Besar Kelantan,Tingkat 6, Bangunan PMBK,15050 Kota Bharu, Kelantan. Di talian 09-7474082 samb. 121/114 (waktu pejabat sahaja) En. Fatah/ Cik Izziani/ Puan Nor Inayati.

Mereka yang ingin memberikan sumbangan boleh juga menyalurkan derma terus ke akaun Bank Muamalat:
A/C No : 0301-0004812-71-7 atas nama Tabung Tapak Masjid Al-Hussain.

Source: http://serambinetwork.wordpress.com

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

April 3, 2010 at 4:20 PM

Posted in Infrastructure

Kelantan’s Urbanization: Tunjong New Development Area..

with 3 comments

Pas Kelantan Government has approved the development of Tunjong New Development Area since two year ago, is now being developed through the development of the first phase which started since last year. Chairman of Public Administration, Economic Planning, Finance and Community Development, Datuk Husam Musa said, that two development parcel covers an area of 12 hectares of parcel 1A and 2E, part of the Phase 1 development. He said, from an area of land, 6.8 hectares are owned by the developer and 5.2 hectares will be owned Kelantan Chief Minister Incorporated (PMBK) a purchase directly.

Both developed parcel involved in a joint-venture between PMBK and Naim Indah Corporation Berhad to be a catalyst to further development which continues to purchase land dealings are done with the help of the Kelantan Land Office . The state government agreed to place the Kelantan Land Office in Tunjong New Development Area in sector of 3.2 hectares, the Federal Court Complex (8 hectares) and the Syariah Court Complex (2 hectares) which coordinated the State Economic Planning Unit (UPEN).

In addition, five agencies of the Federal Government have made land acquisition in the area of Fama Kelantan (20 hectares), State Education Department (13.6 hectares), Immigration Department states (2.56 hectares) Fire and Rescue Department Kelantan (2.8 hectares) and NPFDB (2.4 hectares). Construction of National Food Terminal which is developed by Kelantan Fama will commence in this year while other agencies are still in the planning stages.

Meanwhile, based on my observation several days ago, regarding the development of Sireh Valley, the second bridge construction projects across the Kelantan river that should start in early 2007 suffered delays. The 2nd bridge construction still delays for many years, so that the state government must play their role in taking necessary and immediate steps to address them. Overall, Tunjong New Development Area not only house business, departments and agencies owned by state and federal government, but also it serves as an alternative for high-density of Kota Bharu City and newly-developed Kubang Kerian Satellite Town.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

April 1, 2010 at 4:14 PM

Posted in Infrastructure