The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Kelantan’s Future: Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh.

with one comment

Negeri Kelantan Darul Naim akan melakar sejarah dengan bakal terbinanya sebuah bandaraya satelit baru. Bandar satelit baru berkonsepkan ‘Islamic City’ yang menjadikan masjid sebagai ‘focal point’ juga berperanan menyokong fungsi bandar Kota Bahru. PEKAN PASIR TUMBOH yang terletak di pertengahan perjalanan antara Bandar Kota Bharu ke Pasir Puteh dijangka akan berubah wajah menjelang tahun 2014 apabila projek Pembangunan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh yang akan menelan perbelanjaan RM100 juta siap sepenuhnya menjelang tempoh tersebut.

Pasir Tumboh kini terkenal sebagai pusat pengajian pondok tradisional terbesar di negeri Kelantan menerusi Pondok Terusannya, selepas ini akan bertukar menjadi sebuah bandar yang akan dikenali Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh tanpa mengenepikan sistem pendidikan pondoknya. Majlis Pelancaran Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tapak Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh pada 19 Jun tahun lalu.

Antara komponen projek yang dibangunkan terdiri daripada kompleks masjid Al-Takwa yang bakal menjadi mercu tanda bagi Pasir Tumboh dengan gabungan seni bina Islam tempatan dan timur tengah, pusat pengajian pondok moden yang akan dilengkapi dengan kemudahan peralatan yang canggih dan moden serta hotel bajet. Manakala Dataran Takwa pula akan dikhaskan untuk pelbagai aktiviti seperti ceramah, riadah, jualan dan lain-lain. Di kawasan ini juga turut dibangunkan “street bazaar” yang dikenali sebagai An-Naim, menempatkan 80 unit gerai pelbagai saiz, pasar awam yang akan menempatkan sekurang-kurangnya 50 bangku niaga dan lain-lain kemudahan untuk pasar malam dan pasar tani.

Turut dibangunkan di kawasan ini adalah rumah-rumah kedai, pejabat, rumah kediaman sebanyak 45 unit dan 2 blok apartment yang mengandungi kira-kira 300 unit kediaman. Reka bentuk Bandar Satelit Islam ini telah diilhamkan daripada intergrasi dan hubungan 5 komponen Bandar dengan pencipta manusia iaitu Allah yang berpaksikan ketakwaan dan kebersihan. Lima komponen tersebut akan merangkumi aspek perniagaan, perkhidmatan, kediaman, riadah, masjid, pondok moden dan hotel bajet.

Walaupun kemahsyuran pondok mungkin akan ‘terkubur‘ hasil daripada pembangunan itu, namun kerajaan negeri tetap akan mengutamakan pendidikan agama menerusi pengajian pondok tetapi dengan mempermodenkannya melalui kelengkapan, peralatan dan kemudahan yang canggih. Bandar Satelit Islam ini merupakan ‘benchmark’ bagi kerajaan negeri untuk dicontohi pelbagai pihak kerana ia merupakan agenda pembangunan negeri yang sebenar sesuai dengan Dasar Membangun Bersama Islam. Pasir Tumboh yang juga merupakan pintu masuk atau gerbang masuk ke Kota Bharu akan menaikkan lagi imej Bandaraya Islam Kota Bharu.

Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh akan menyediakan kemudahan kepada 100 ribu penduduk sekitar dalam jarak radius 5 kilometer merangkumi kawasan Peringat, Bukit Marak, Binjai, Kubang Kerian, Tiong, Pauh Lima serta Limbat bahkan penduduk dari Bachok, Jelawat, Pasir Puteh dan Ketereh. Apa yang penting, kewujudan Bandar Satelit Islam ini dilihat secara langsung mampu mengurangkan tekanan pembangunan dan kesesakan lalulintas di pusat bandar Kota Bharu.

Membangun Bersama Islam…

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

April 5, 2010 at 4:27 PM

Posted in Infrastructure

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. x sabar nya nok tengok ianya jd kenyataan…..hrp2 umur panje…

    haze

    June 30, 2011 at 6:37 PM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: