The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Kuala Lumpur For Kelantan: Kelantan Millennium Tower.

leave a comment »

KELANTAN MILLENNIUM TOWER

Projek ini telah dibangunkan oleh PMBK dengan pertimbangan untuk memaksimumkan penggunaan tanah yang dimiliki oleh KNK yang berada di tengah-tengah segitiga emas Kuala Lumpur. Umum mengetahui bahawa telah berlaku ledakan kenaikan harga tanah dan asset di kawasan ini selepas terbinanya Menara Berkembar Petronas atau KLCC. Langkah ini adalah amat bersesuaian dengan pembangunan kediaman mewah dan esklusif sesuai dengan golongan elit yang sentiasa mencari peluang pembelian aset di kawasan sigitiga emas ini.

Pembangunan tanah lot 265 Jalan Stonor, Kuala Lumpur seluas 14 0000 kaki persegi ini, telah mengambil kira keadaan tapak dan lokasi untuk memberi satu lagi bangunan yang mempunyai rekabentuk unik di kawasan tersebut. Lokasi di simpang Jalan Stonor dan Jalan Kia Peng membolehkan PMBK menawarkan 26 unit kediaman mewah 1 unit bagi 1 tingkat atau boleh disifatkan sebagai Bungalow in the sky. Ini bermakna pembeli akan dapat menikmati semua ruang dari built up area seluas 3965 kaki persegi di kondo ini dan menikmati 360 darjah (360 degree panoramic view) pandangan di sekitar KL.

Jarak strategik 400 meter antara lokasi projek dan KLCC akan memberi peluang kepada pembeli menikmati pandangan KLCC dari dalam unit kediaman. Perkara ini memberi impak yang amat tinggi terutama dalam penentuan harga bagi 10 unit teratas. Projek ini juga diunjurkan untuk menjadi batu lonjatan kepada PMBK untuk meneroka lebih jauh pembangunan hartanah mewah khususnya di sekitar Kuala Lumpur.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

April 19, 2010 at 1:19 PM

Posted in Infrastructure

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: