The Kelantan Times

Writer of Life

Archive for May 2010

Kelantan’s Railways: Wakaf Bharu Will Be Rejuvenated?

with one comment

Stesen keretapi Wakaf Bharu merupakan sebuah stesen KTM Antarabandar di Wakaf Bharu, Kelantan Darul Naim. Stesen ini merupakan stesen kereta api yang paling hampir dengan ibu negeri Kelantan iaitu Bandaraya Kota Bharu melalui Laluan Persekutuan Malaysia 134 kerana bandar Kota Bharu tidak mempunyai stesen kereta api untuk dihubungkan. Stesen keretapi Wakaf Bharu ini merupakan stesen ke-2 di Aliran Pantai Timur selepas Stesen Keretapi Tumpat.

 

Terminal disini bakal diberi nafas baru menjadi KB tren sentral tidak lama lagi dan dengan terbinanya terminal baru ini, maka ia akan mewujudkan suatu connection yang cekap dan berpusat menghubungkan Sentral KB ke tren sentral di Wakaf Bharu itu. Hasil kos lepasnya atau opportunity cost ialah dengan adanya stesen yang serba baru ini, ianya boleh merancakkan lagi pembangunan & kegiatan perekonomian serta melebarluaskan lagi kawasan pembangunan sedia ada. Secara tidak langsung, ia boleh melebarkan lagi (spread) perbandaran KB sejauh 4km ke utara. Perumpamaannya, kalau KB diumpamakan KL, maka bolehlah dianggap Wakaf Bharu sebagai PJ-nya.


Written by Muhammad Ismail Ibrahim

May 17, 2010 at 3:18 PM

Posted in Infrastructure