The Kelantan Times

Writer of Life

Archive for December 2010

Diskriminasi Infrastruktur oleh Persekutuan di Kelantan

with 3 comments

rakyat Kelantan, khususnya di bandar Kota Bharu sedang menghadapi satu dilema mobilisasi yang baru sejak sekian lama bermula pada tahun 2007 apabila projek Jejambat Kota Bharutelah bermula berkesinambungan daripada projek Jambatan Sultan Yahya Petra ke-2 telah menyebabkan Jalan Hamzah kini ibarat ‘lorong kampung’ disebabkan projek Kerajaan Persekutuan yang pada fizikalnya terlalu perlahan. Sama seperti projek ‘abangnya’ (Projek Jambatan Sultan Yahya ke-2) yang terlalu perlahan, tinjauan blogger sepanjang berada di Kota Bharu tempoh hari mendapati kesesakan amat teruk setiap hari bermula dari Pasir Pekan hinggalah ke persimpangan Wakaf Siku terutama pada sebelah pagi dan petang.

Projek jambatan yang bernilai RM150 juta ini sepatutnya dapat disiapkan pada penghujung 2009 tetapi tempoh pembinaannya dilanjutkan setahun lagi dan tarikh akhir ialah 12hb. Disember 2010. Walaupun tempoh pelaksaan projek dilanjutkan, sayangnya kontraktor yang terbabit tidak mengambil peluang yang diberikan sebaik mungkin dan perkara ini amat mengecewakan sekali terutamanya rakyat yang terpaksa menempuh kesesakan di jambatan sedia ada yang tidak mampu lagi menampung peningkatan kapasiti kenderaan bermotor.

Dilema ini telah menghantui pengguna jalanraya yang sering menggunakan jalan ini sebagai laluan harian menyebabkan timbul keluh kesah tentang bilakah tarikh sebenar projek berkenaan dapat disiapkan meskipun tarikh asal telah pun diputuskan, sebaliknya, memandangkan keadaan fizikal projek berkenaan pada waktu ini amat perlahan, blogger yakin tarikh tersebut pasti tidak akan dapat dicapai. Soalnya, mengapa projek Jejambat di Bangsar (tempat blogger bermastautin) hanya mengambil masa 6 bulan untuk disiapkan walhal skalanya lebih besar sedangkan projek Jejambat Kota Bharu hanya berskala lebih kurang 2.5 kilometer.

Projek jambatan kedua ini melibatkan pembinaan dua buah jambatan di sebelah kiri dan kanan jambatan sedia ada dan juga sebuah jejambat (flyover) sepanjang kira-kira satu kilometer. Pembinaan dua buah jambatan tersebut masih lagi di peringkat kerja-kerja asas, iaitu menanam cerucuk dan juga membina tiang-tiang jambatan. Itupun belum siap sepenuhnya dan kontraktor masih lagi terkial-kial untuk membina tiang-tiang utama sedangkan projek ini telah lama dilancarkan, iaitu pada 02hb. Ogos 2007 lagi. Dalam masa yang sama, pembinaan jejambat dari kepala jambatan sehingga ke Simpang 3 Langgar sepanjang kira-kira satu kilometer belum lagi bermula.

Adakah ianya hanyalah dijadikan gula-gula politik yang dicanang setiap kali Pilihanraya Umum berlangsung semata-mata meraih undi tanpa memikirkan soal kepentingan rakyat jelata. Diskriminasi infrastruktur ini akhirnya akan merugikan semua pihak. Jika PM menyatakan bahawa rakyat didahulukan, maka dahulukan rakyat dari kepentingan politik masing2. mohon jasa baik Kementerian Kerja Raya agar dapat memantau rapi pelaksanaan projek ini kerana ia melibatkan imej Kerajaan Pusat dan telah beberapa kali ditegur oleh Sultan Kelantan tetapi tidak ada usaha bersungguh-sungguh yang menjayakannya. beberapa keping gambar yang diambil dari skyscrapercity menunjukkan keadaan terkini fizikal Jejambat Kota Bharu.

Read the rest of this entry »

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

December 22, 2010 at 9:55 PM

Posted in Infrastructure