The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Kelantan’s Mosque: Masjid Nuraini Pasir Hor…

with 2 comments

Masjid Nuraini juga dikenali sebagai Masjid Cahaya Mataku terletak di Pasir Hor, Kubang Kerian. Ianya mengambil masa kira-kira 10-15 minit dari pusat Bandar Kota Bharu dan lokasi masjid ini agak terselindung didalam kejiranan Pasir Hor. Masjid ini boleh menampung sehingga 1200 jemaah pada satu-satu masa dan kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM2 juta. Masjid ini telah dirasmikan pada 24 October 2009, oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Setia, Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat and dibiayai sepenuhnya oleh Tengku Ahmad Rithauddeen, dan Masjid ini dinamakan bersempena dengan nama isterinya.

Keunikan Masjid Nuraini ini adalah ianya merupakan 100% ukiran kayu pada setiap penjuru masjid dibuat khas dari Bali, Indonesia. Ukirannya sangat indah, dan mendamaikan serta memberikan ketenangan kepada jemaah yang bersolat di masjid ini. Dinding-dinding kayu diukir dengan ayat-ayat al-Quran dan di alaskan cermin dibelakangnya menambahkan lagi keunikan masjid ini. Pada malam Jumaat, akan diadakan kuliah agama dari Ustaz Hussin bin Noor, pesara pensyarah Bahasa Arab dari Universiti Malaya. Ada kitab-kitab tertentu yang digunakan dan biasanya jemaah masjid akan bawa kitab tersebut. Kepada mereka-mereka yang lalu di sekitar Kubang Kerian atau Kota Bharu, singgah-singgahlah ke Masjid Nuraini untuk menikmatikan kekhusyukan beribadat di masjid ala Bali ini. Sama-sama kita imarahkan rumah Allah. Insya-Allah.

Photo: dikelantan.com

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

January 10, 2011 at 11:10 AM

Posted in Infrastructure

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. I shall be there at the mosque one fine day!

    Boddin

    March 11, 2012 at 2:39 PM

  2. Salams, Terima Kasih atas memaparkan artikel ini. Saya ingin mengulaskan pada para 2, ukiran masjid dari Jepara, Jawa Tengah dan bukan dari Bali. Saya amat berbesar hati, jika tuan dapat membetulkan fakta tersebut diatas. Sekian Terima Kasih. Tengku Nor Aini.

    Idora Wan Rabeal

    February 14, 2014 at 6:06 PM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: