The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Kelantan’s Arabica: Pembinaan Batutta Ville. (Part II)

with 6 comments

Pemandangan Keseluruhan Batutta Ville

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH KOMPLEKS PEMBANGUNAN BERCAMPUR ‘BATTUTA VILLE’ YANG MENGANDUNGI LIMA BLOK KOMPLEKS PERNIAGAAN STRATA 3 TINGKAT, 1 UNIT KOMPLEKS PODIUM MENGANDUNGI 1 BLOK TINGKAT PASARAYA,2 TINGKAT TEMPAT LETAK KERETA (TLK), 1 TINGKAT SUB-BASEMENT (TLK) 20 TINGKAT KONDOMINIUM SERVIS DAN 20 TINGKAT HOTEL DI SEK.22 & 23, JAJAHAN KOTA BHARU,KELANTAN.

PERSIAN COURT.

PERSIAN COURT

Bangunan berkembar 20 tingkat , hotel yang akan diuruskan oleh LEGEND HOTEL KL dan servis apartment yang terdiri daripada unit-unit studio, 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik.Tempahan apartment telah dibuka, dan kini status tempahan adalah seperti berikut:-
studio : 20 kekosongan
1 bilik : Habis Dijual.
2 bilik : Habis Dijual.
3 bilik : Habis Dijual.

ANDALUSIA COURT.

ANDALUSIA COURT

Bangunan (3) tingkat yang dibangunkan seperti bangunan di Andalusia ini akan dibangunkan di tepi Jalan Kuala Krai yang mana jalan utama yang menghubung bandar Machang dan bandar Kota Bharu.

TUNISIA COURT.

TUNISIA COURT

CHINA COURT.

CHINA COURT

Bangunan yang berlatar belakangkan Negara China ini juga tidak ketinggalan daripada menjadi sebahagian daripada KOMPLEK BANGUNAN BATUTTA VILLE.

INDIA COURT.

INDIA COURT

6 MODEL BANGUNAN BANDAR UTAMA DUNIA AKAN DI BINA DI KOTA BHARU.

Blogger ingin memaparkan satu projek yang dijangka akan menjadikan Bandaraya Islam Kota Bharu sebagai bandar termoden di Pantai Timur apabila projek pembangunan semula tanah milik Majlis Perbandaran Kora Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) serta tanah milik persendirian seluas 4,292 ekar di Batu 2, Jalan Kuala Krai akan dimajukan tidak lama lagi. Projek pembinaan ini meliputi beberapa komponen seperti bangunan kediaman, pusat perniagaan, taman rekreasi serta pembinaan 6 buah medan selera (food court) yang terdapat di seluruh dunia itu akan dilaksanakan mengikut senibina Islam.

Sedikit informasi yang dapat saya kumpulkan dari beberapa sumber mengatakan projek pembangunan semula tanah tapak bengkel MPKB-BRI seluas 2.91 ekar bagi lot 114 dan 469 yang kini menempatkan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran MPKB-BRI serta tanah-tanah milik persedirian Jalan Kuala Krai dan Jalan Telipot itu akan dimajukan oleh Syarikat Alam Daya Maju Sendirian Berhad.
Majlis menandatangani perjanjian (MOU) perlaksanaan projek yang dinamakan Battuta Ville telah disempurnakan oleh Yang Dipertua, MPKB-BRI Haji Ahmad Mahmod dengan Syarikat Alam Daya Maju pada 18 Jun tahun lalu bertempat di sebuah hotel terkemuka di bandar ini.

Perjanjian tersebut turut disaksikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan Dato Haji Takiyuddin Hassan, Pegawai Kewangan Negeri Haji Mohd Faudzi Che Mamat, Ahli-ahli MPKB-BRI Haji Abdul Rahman Yunus, Hamid Seman, Mohamad Sulaiman, Ruzly Abdullah dan Setiausaha MPKB-BRI Haji Nazran Muhammad.
Pembinaan projek Battuta Ville yang berasaskan pengalaman pengembara Arab pada abad ke 14, Ibnu Batuta melalui lawatan beliau ke 6 buah bandar utama di dunia iaitu Tunisia, Andalusia, Parsia, Mesir, India dan China.

Keunitkan reka bentuk bangunan yang terdapat di negara-negara berkenaan telah dijadikan model untuk dibina di Battuta Ville tersebut khususnya dalam pembinaan kiosk atau medan selera.
Antara komponen utama projek yang bakal dilaksanakan, kompleks ruang perniagaan berstrata (lot kedai) 38 unit, 1 blok bangunan pejabat 6 tingkat, 135 unit apetment dan kondominium (12 tingkat), 20 unit medan selera dan 6 buah food court atau kiosk yang menyerupai bangunan di Andalusia, Sepanyor, Mesir, China, India, Tunisia dan Parsi, Dataran Tijarath, surau, kawasan rekreasi, Depatment store dan lain-lain lagi.

Apa yang pasti, saya merasakan projek ini akan mengangkat status Bandaraya Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam secara fizikalnya dan dapat ianya akan dapat menarik para pelabur luar untuk melabur di Kelantan atas faktor keyakinan yang ditunjukan Kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan tersebut. Diharap projek ini tidak hanya ‘indah’ di atas kertas sebaliknya perlu diterjemah kedalam bentuk fizikal mengikut jadual. Seni bina Moorish tetap akan menjadi pilihan kerajaan dan kita sebagai rakyat harus akur dengan kapasiti kerajaan negeri selain adalah untuk meninggalkan kesan sebuah pemerintahan kerajaan Islam. Kerajaan Kelantan mengadunkan senibina Islam/Arab ini untuk diketengahkan dalam perbandarannya dan tidak hanya western design semata-mata. Inilah uniknya Kelantan untuk pelancong2 luar berbanding negeri lain kerana dasar kerajan negeri ini iaitu menekankan Islamisasi. Ini kerana Islam dan Kelantan mempunyai ikatan yang kuat lagi tersendiri.

entri lama: Kelantan’s Arabica: Pembinaan Battuta Ville. (Part I)

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

January 13, 2011 at 11:42 AM

Posted in Infrastructure

6 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. ermm..projek ni slow benar kalu tengok ko progress dia..

    chaom

    February 16, 2011 at 10:28 AM

    • betul chaom… kawe gi dh site tu bulan lepas.. amat slow.. mungkin dana terhad seperti projek BB Pasir Tumboh, kena buat fasa demi fasa.. jual lot.. dapat modal balik, n then start other phase.. sama jugok dengan B.Ville… maklum la ni projek kerajaan negeri.. xperlu salahkn kerajaan negeri.. sebab sumber dana memang terhad tanpa bantuan kerajaan pusat… kadang2 projek kerajaan pusat pun slow lagi.. lihat projek flyover KB tu..🙂

      Muhammad Ismail Ibrahim

      February 16, 2011 at 10:51 AM

      • tp kawe rasaa projek ni pihak swasta yg buat keh..just JV dgn kerajaan negeri..rasanye syarikat x berprofile tinggi kot tuk buat projek mega camtu..

        rasanye kalu projek hok cepat siap n comel d KB syarikat sensatimur so jah hok buleh kato hebat nyoh..hehe

        chaom

        February 18, 2011 at 1:22 PM

  2. kawe pun berminat jugok tengok project gini tapi kawe kure confident kelih sales office pong supo bazar jah nok wat project mega ni.. takpolah harap2 berjayo la..jangan pengguna dok bayar bank project taok siap leloh la supo hok berlaku doh di tempat lain.

    harry

    September 7, 2011 at 1:33 AM

  3. ambo nok tau brapo peratus kemajue projek nie de tarikh dijangka siap. maklumlah ambo nie jare kelik klate admin wei. buleh deh

    Taqiuddin Omar Al-Kelantani

    September 15, 2012 at 5:54 PM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: