The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

ANJUNG VISTA: Mercu tanda Kubang Kerian.

with 12 comments

Gambaran artistic Anjung Vista

Lokasi Anjung Vista di Kubang Kerian

Pembinaan Anjung Vista Service Apartment dijangka bakal menjadi mercu tanda kepada bandar satelit Kubang Kerian dengan ketinggian pengsapurinya 21 tingkat. Setakat ini pemaju tersebut telah menerima tempahan sebanyak 85 peratus bagi kesemua jenis-jenis apartmen yang disediakan. Itulah antara informasi terbaru tentang mercu tanda Kubang Kerian yang kami dapat melalui sebuah laman yang akan menyaksikan satu pembangunan menyeluruh di sekitar Bandar Baru Kubang Kerian.

Anjung Vista Service Apartment mempunyai 251 unit pangsapuri dan satu unit lot komersial dua tingkat. Keluasan lot komersial sebanyak 5,100 kaki persegi dengan kos pembangunan dianggarkan RM39.9 juta. Pangsapuri itu menyediakan pelbagai kemudahan antaranya kolam renang, gimnasium, surau, dewan, kopitiam, kedai serbaneka, taman permainan kanak-kanak dan 24 jam kawalan keselamatan. Setakat ini, kami sedang mengenalpasti pemaju yang diberi hak untuk memajukan apartmen tersebut.

Selain itu, reka bentuk Anjung Vista Service Apartment yang menarik dan digabungkan dengan ciri elemen seni bina Islam ini di ilhamkan oleh arkitek tempatan yang mempunyai pengalaman dari luar negara. Perbezaan di antara Anjung Vista Service Apartment ini dengan pangsapuri lain di Kota Bharu ini ialah bangunan ini menyediakan kemasan dalaman yang tampak eksklusif dan bergaya. Ia sesuai dengan gaya hidup moden kini sebagai contoh keseluruhan ruang kecuali dapur, tandas dan balkoni menggunakan keemasan jenis kayu dan sebagainya. Projek pembinaan apartmen ini telah pun dimulakan dan dijangka siap pada pertengahan 2012.

Selain itu, untuk makluman, pemaju apartmen ini juga sedang dalam perancangan untuk memajukan projek lain di pinggir Kota Bharu seperti 224 unit perumahan teres di Jeli, 12 tingkat SOHO di Taman Sri Cemerlang, 60 unit perumahan mewah di Pantai Cahaya Bulan (PCB) dan 120 unit perumahan berpagar mewah Super-link house di Lundang. Kami sedang berusaha untuk mendapatkan informasi terbaru tentang pembinaan tersebut dan jika diizinkan Allah, kami akan siarkan di blog ini setelah informasi lengkap dikumpul sedikit masa lagi.

Kriteria Anjung Vista:

Location : Kubang Kerian (Main Front Road) Next to Muda Osman Book Store and 5 minutes walking distance from Mydin Hypermarket and HUSM.

Unit Types : Studio, 1 Bedroom, 2 Bedrooms, 3 Bedrooms, Duplex (4 Bedrooms). Fully furnished including Linen and soft furnishing, electrical appliances e.i LCD TV, Air-Cond etc.

Facilities : 24hours security, Swimming Pool, Mini Gymnaseum, Sundries Shop, Hall, Bistro, Playground, Balcony,Free Broadband, Covered Car Parking.

Construction Start : 9-Sep-2010

Construction Finish : 8-Sep-2012

Price From : RM 136,000.00

Interested Buyer: 09-741 9999 at office hour.
– Other Contact No. : 019-940 1100 (Razlan)
013-9213777 (Hj. Effendi)

*Updated: Developer:  GAZZRIZ Sdn Bhd.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

January 15, 2011 at 11:45 AM

Posted in Infrastructure

12 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. ad update bergambar x?kalu ad update bergambar lg ok..huhu

    chaom

    February 15, 2011 at 9:44 PM

    • ado.. cumo baru kerja2 asas tgh buat kt situ… nnti sampai 30% pembinaan baru sedak amik gmbr… napok mugo cikit.. hehe..

      Muhammad Ismail Ibrahim

      February 16, 2011 at 12:41 AM

  2. kalu buleh foto update projek pembesaran HUSM skali..

    chaom

    February 15, 2011 at 9:45 PM

    • insya-allah chaom, akn buat liputan situ bulan depe kelik kg…. admin hargai info dari chaom… byk bantu sikit dale update site baru.. terime kasih chaom…

      Muhammad Ismail Ibrahim

      February 16, 2011 at 12:44 AM

  3. ada floor plan x?

    ff

    April 2, 2011 at 10:13 PM

    • setakat ini saya tidak maklum akan floor plan tu, jika saudara/saudari berkelapangan sila lah ke rumah contoh anjung vista di kubang kerian. mungkin informasi disana lebih berguna.🙂

      Muhammad Ismail Ibrahim

      April 18, 2011 at 1:28 AM

  4. loni ado lagi ko wt available..kalu ado brapo hargo dio

    imi

    September 3, 2011 at 4:22 PM

    • demo buleh gi kat show room dia kat kubang kerian sebab ambo pun x pasti lagi hak available. try pergi check tengok dulu.

      Muhammad Ismail Ibrahim

      November 1, 2011 at 12:14 PM

  5. ada yang available lagi x? plz pm

    IZZAT

    November 29, 2013 at 1:07 AM

  6. Dan siap di bina ke? Ada unit untuk di sewa?

    Sephia

    December 22, 2013 at 6:21 PM

  7. Salam Bos,
    which company will run for the management of anjung Vista..?on the 2/2/2014 I have pass through the site ( anjung vista, and I found that, the construction in still progress, If you have any info which company has run the management, please pass the company name to me…

    wan

    February 3, 2014 at 1:24 AM

  8. Ada bilik studio untuk disewa x. Bila akan dibuka? Nampak Few lampu dah bernyala dh

    Gee

    June 12, 2014 at 4:00 PM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: