The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

KBTC Fasa II: Gabungan Apartmen-Hotel & KBTC.

with 2 comments

gambaran penuh KBTC Fasa II (gabungan KBTC & apartment+hotel)

Gambaran KBTC Fasa I (2009)

Pusat Perdagangan Kota Bharu (KBTC), jendela baru perdagangan terkini yang menjadi landasan pengusaha Kelantan memperdagang dan memasarkan pelbagai perniagaan, kini berkembang pada skala yang lebih besar apabila blok menara gabungan apartmen dan hotel 17 tingkat, dibina tahun ini. Pembinaan blok menara berkenaan merupakan fasa II, selepas fasa I yang menempatkan pasar raya Giant dan Parkson, penyewa utama pusat itu serta beberapa perniagaan lain, mula beroperasi sejak Ogos 2009.

KBTC yang beroperasi pada Ogos 2009, terletak di kawasan strategik di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Sebagai pusat tumpuan utama untuk perniagaan moden, blok podium menyediakan enam tingkat ruang perdagangan yang sesuai untuk pasar raya dan gedung membeli-belah manakala 17 tingkat lagi akan menempatkan gabungan hotel dan apartmen yang akan menjadi mercu tanda terkini gaya hidup moden di Kota Baharu. Jumlah kos pembinaan blok menara itu boleh dapat dianggarkan tetapi pembinaan dijangka bermula pada pertengahan tahun ini.

Para peniaga dialu-alukan untuk merebut peluang perniagaan di KBTC dengan menyewa tapak-tapak perniagaan yang disediakan. Bumiputera, digalakkan menyewa petak-petak khas yang dibina di tingkat tiga KBTC, yang dikenali sebagai Medan Kelantan, pada kadar sewa yang berpatutan. KBTC merupakan projek usaha sama Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandaraya Islam dan EC Alamjaya Sdn Bhd, dibina untuk menyerlahkan potensi dan peluang perniagaan di Pantai Timur dan Kelantan, khususnya.

Kompleks itu yang menggabungkan para peniaga di bawah satu bumbung, merupakan medium untuk peniaga hasil kraftangan memperkasakan potensi hasil seni kraftangan di Kelantan sebagai satu bidang ekonomi istimewa yang lebih berdaya maju.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

January 21, 2011 at 10:45 AM

Posted in Infrastructure

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. x suka la warna dia hok siap doh tu..hudoh ngelih..bakpo x ikut je warna cadangan asal..

    chaom

    February 20, 2011 at 11:42 AM

  2. biasalaa.. dale kertas mesti ado hok x samo atas pade… try tengok struktur bangunan tu.. banyak jugok hok x samo.. xkiro la bangunan mano2 pon.. kebanyakan kontraktor hok buat bangunan akan achieve at least 90-95 percent of original blueprint…. bukan x leh nok achieve tapi.. kemungkinan mereka pakai plan B untuk refurbishment..

    Muhammad Ismail Ibrahim

    February 20, 2011 at 3:49 PM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: