The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Sekolah Terbaik Kelantan: Maahad Muhammadi Lilbanat.

with 20 comments

Uploaded with ImageShack.us

Uploaded with ImageShack.us

Uploaded with ImageShack.us

Uploaded with ImageShack.us

Foto dikemaskini pada 5/3/2011:

Bangunan Baru Maahad Muhammadi Lilbanat

Bangunan Baru ini dapat menampung kebanjiran pelajar dari dalam dan luar negeri.

Pembesaran dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Namanya sehebat srikandinya

credit foto : Rabiatul Adawiah

Sekolah ini sekian lama menjadi idaman Kementerian Pelajaran Malaysia. Perlu diingat ia di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan. Sekolah yang telah ramai melahirkan SPM ‘Top Scorer’ peringkat Kebangsaan. Ramai ibu bapa yang memasang impian untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sini walaupun mereka berada di luar Kelantan. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan sekolah ini tidak hanya terbaik di Kelantan tetapi merupakan sekolah terbaik di Malaysia.

ANTARA SEJARAH SEKOLAH MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN – NIK NUR MADIHAH NIK MOHAMMAD KAMAL (PELAJAR CEMERLANG YANG MENDAPAT 19 A1 DAN 1 A2 DALAM SPM 2008)

Maahad Muhammadi Perempuan merupakan sebuah institusi pendidikan ugama yang berpengantarkan Bahasa Arab yang terulung dan tertua di negeri Kelantan. Sehingga kini, kegemilangannya terserlah dengan pengeluaran ribuan ulama’, cendekiawan, negarawan, usahawan, teknorat, penulis dan ahli-ahli politik yang matang dan berjaya. Ditubuhkan secara rasmi pada hari Khamis, 1 April 1937M bersamaan 20 Muharram 1356H dengan ampun perkenan dan titah baginda ke Bawah Duli Yang Maha Mulia As-Sultan Ismail Ibni Al-Marhum As-Sultan Muhammad IV, As-Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan pada waktu itu.

Sejak kelahirannya sehingga sekarang Maahad Muhammadi telah dikenali dengan pelbagai nama sehingga akhirnya ia kekal seperti dikenali sekarang. Tarikh 9 Mei 1964, adalah tarikh yang paling agung bagi Maahad Muhammadi. Tarikh ini merupakan hari yang paling bermakna dalam sorotan sejarah sekolah ini, di mana pada tarikh inilah, perasmian bangunan baru Maahad Muhammadi Jalan Merbau Kota Bharu telah disempurnakan perasmiannya oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Yahya Petra ibni Al-Marhum Al-Sultan Ibrahim, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim.

source: http://www.maahadmuhammadi.com

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

January 23, 2011 at 11:32 AM

Posted in Education

20 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. salam…ni guru di mahad tahfiz sains ke?
    mohon balas sbb kalu boleh nk no tlfon mahad tahfiz tu..

    hadi

    April 29, 2011 at 12:45 AM

  2. Salam

    I’Allah anak saya akan menduduki peperiksaan PMR tahun depan. Apakah kelayakan utk memasuki sekolah ini?

    Radziah Wahab

    July 26, 2011 at 8:04 AM

    • kelayakan minima iaitu untuk UPSR ialah 4 A 1 B & untuk PMR 8 A 1 B. Mudaha-mudahan anak saudari dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah impian ini. Insya-allah.

      Muhammad Ismail Ibrahim

      July 26, 2011 at 3:42 PM

      • macam mana nak mohon sekolah ni ? ade borang ataupun kena pergi sekolah ni sendiri ?

        Nur Fadhlin

        October 27, 2012 at 7:57 PM

  3. apakah syarat untuk memasuki sekolah ini untuk STAM? dan bagaimanakah caranya?

    nur amira

    September 15, 2011 at 10:09 PM

    • sila rujuk http://www.yik.edu.my/v2/ untuk maklumat lanjut.

      Muhammad Ismail Ibrahim

      November 1, 2011 at 11:56 AM

      • assalamualaikum, apakah syarat kelayakan untuk memasuki maahad ini ? pertama , anak saya sedang menunggu keputusan PMR. kedua, saya ada anak tahun depan akan menduduki peperiksaan PMR. adakah di boleh masuk sekolah ini dan mengambil PMR disini pd tahun 2013? mohon penjelasan dgn kadar segera amin.

        Pn Rosnie Bte Tjedde

        November 25, 2012 at 8:00 PM

  4. skrg ni sy tgkatan 4 d sek d kuala lumpur. sy teringin sgt msk ke skolah ni utk tgktn 5 thn hdpn…
    bgaimana ye..?

    alia

    April 29, 2012 at 9:29 AM

  5. sy form4 sekolah d kuala lumpur. teringin sgt msuk sek niyh utk taon dpn,form5.
    bgaimana ea…?

    alia

    April 29, 2012 at 9:30 AM

  6. saya dan anak saya memang bercita2 untuk ke sek ini….maksudnya anak saya berkeinginan untuk menuntut ilmu di sek ini.2013 beliau akan menduduki peperiksaan UPSR.Moga2 cita2 kami tercapai
    insyaallah…

    hajjah normazlida mamat

    July 3, 2012 at 9:30 PM

  7. kami menetap di mersing.Tapi saya berasal dari kg paloh rawa.Saya sentiasa buka laman sek tahfiz di kelantan utk melihat berita2 terkini.

    hajjah normazlida mamat

    July 3, 2012 at 9:33 PM

  8. kalau x ambil arab boleh ke masuk??

    aisyah

    August 10, 2012 at 11:44 PM

  9. saya berumur 12 tahun….insyaallah ,saya akan menduduki peperiksaan UPSR….pada peperiksaan PRA PERCUBAAN, saya mendapat 3a 2b kerana pada masa itu saya tidak beberapa sihat.namun pada peperiksaan yanag lepas..saya mendapat 5a..adakah saya boleh mendapat tawaran untuk memasuki maahad ini….

    husna

    August 25, 2012 at 8:38 PM

  10. assalamualaikum,..bilakah borang permohonan utk memasuki sekolah ini dibuka umum?..Mohon bantuan.Tk

    ahmad fauzi bin abdul hamid

    August 27, 2012 at 6:08 PM

  11. mcm mana nk dftar masuk ke tingktn 1 tahun 2013 nnti?? percubaan sya dpt 5A,, mint sgt nk msuk skolh ni..

    izzati zaidi

    September 21, 2012 at 7:46 PM

  12. salam.anak saya dh selesai upsr, bercita-cita belajar d mmp.saya nk tau, bila borg kemasukan ke tingkatan 1, mmp, blh diisi, di manakah boleh didapati borgnya.saya bekerja di Johor sekarang, cmner nk dptkn borg, ada online ke?

    pgikut assanusi

    September 27, 2012 at 11:17 PM

  13. Salam,
    Saya pelajar tingkatan 1 aliran arab di SMK Putatan, Kota Kinabalu, Sabah. Kini akan berhijrah ke Johor Bahru. Saya berminat untuk menyambung pelajaran di MMP, jadi bagaimana saya dapat mengajukan permohonn untuk belajar di MMP? Saya mendapat 3A, 1B dan 1C pada UPSR 2012. Harap mendapat penjelasan dari pihak Tuan. Terima kasih.

    Nurul Nadhirah Binti Arozi

    February 27, 2013 at 5:33 PM

  14. salam ble bleh mohon skolah ni utk sesi 2014
    saye murid tahun 6 di kuala lumpur
    mohon maklum balas pihak tuan dg kadar segera…:)

    :D

    September 6, 2013 at 6:36 PM

  15. assalammualaikum anak saya sekarang bersekolah di pondok pak ya dalam aliran tafiz sains.tahun depan akan menduduki peperiksaan pmr.bolehkah anak saya memasukisekolah ini dan apakah kelayakannya?

    ardat permata

    November 11, 2013 at 10:09 AM

  16. SALAM,
    Kami menyediakan perkhidmatan fotostat dan menjilid bahan bacaan seperti buku, majalah, akhbar dll untuk dijadikan buku sama ada dalam bentuk hard cover atau soft cover termasuk hot stamping gold berdasarkan permintaan pelanggan.
    Sekiranya berminat sila hubungi kami di Adamanis Bindery yang beralamat di pintu masuk utama UMK, Kampus Bachok atau lawati website kami di http://www.hotfrog.com /adamanishotbindery@blogspot.com

    adamanis bindery

    March 4, 2014 at 12:16 PM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: