The Kelantan Times

Writer of Life

QueensPark SportzCity & Boulevard: Dibuka suku pertama 2011!

with 16 comments

Pandangan hadapan Queenspark Boulevard.

pandangan hadapan Queenspark Boulevard

Pandangan sisi kanan Queenspark Boulevard.

Pandangan sisi kiri Queenspark Boulevard.

Queenspark Sportscity (belakang) & Queenspark Boulevard (hadapan).

QueensPark SportzCity (belakang) & Queenspark Boulevard (tepi).

Pandangan hadapan QueensPark SportzCity.

Melihat kepada kekurangan tempat bersantai bersama keluarga dan beriadah di Kota Bharu, Sultan Kelantan, Sultan Muhamad V, menyarankan kepada seorang pemaju untuk membangunkan sebuah kompleks mempromosikan gaya hidup sihat di Kota Bharu. Pemaju berkenaan, Datuk Dr. Stanley Chew yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Kristana Holdings Sdn. Bhd, menerima cadangan tersebut kerana beliau sudah dapat melihat prospek cerah terbentang di hadapan mata.
Kompleks ikonik yang diberi nama QueensPark SportCity and Boulevard ini merupakan kompleks rekreasi, sukan dan hiburan bersepadu pertama di Malaysia yang terdiri daripada dua blok bangunan iaitu kompleks sukan dan boulevard. Kompleks sukan dan rekreasi setinggi tiga tingkat itu menawarkan kemudahan bertaraf dunia antaranya gelanggang futsal yang mengikut standard Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), pusat snuker dan pool terbesar serta pusat boling 36 lorong.

Ia juga menyediakan gelanggang kasut roda bermuzik pertama di negeri itu manakala boulevard pula menekankan konsep gaya hidup moden sesuai untuk bersantai dan berhibur bersama keluarga. Ia menawarkan 68 lot kedai yang meliputi kafe berkonsep alfresco atau terbuka (open air), kedai serbaneka 24 jam, bank dan restoran makanan segera termasuklah pandu lalu dan hidangan antarabangsa.

Pengunjung juga akan dihiburkan dengan alunan muzik tradisional masyarakat Kelantan seperti dikir barat sambil menikmati hidangan di boulevard.Bagi memastikan Queenspark mengekalkan jati diri rakyat Kelantan dan dalam masa yang sama memperkenalkan keistimewaan makanan-makanan dari negeri itu, pihaknya amat selektif dalam memilih penyewa kedai.

70 peratus daripada penyewa perlu memastikan makanan yang disediakan adalah bercirikan negeri tersebut.
Lokasi QueensPark SportsCity and Boulevard amat strategik kerana ia dikelilingi oleh kawasan rekreasi iaitu Taman Perbandaran Tengku Anis dan Kompleks Taman Budaya. Ia juga hampir dengan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Pantai Cahaya Bulan, kawasan perumahan dan komersial. Projek ini akan dilancarkan tahun depan dengan harga jualan bagi lot runcit adalah di antara RM220 hingga RM250 sekaki persegi.

__________________

Monday, 15 November 2010
Jawatan Kosong di Queenspark SportzCity & Boulevard!
Pemaju di Kota Bharu

Queenspark SportzCity & Boulevard
Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bahru

Jawatan :

Eksekutif Pemasaran (Bahagian Kompleks Beli-belah)
Eksekutif Admin ( Bahagian Kompleks Beli-belah )
Eksekutif Pemasaran ( Bahagian Hartanah)

Kelayakan : SPM atau diploma ke atas,Sekurang-Kurangnya 1 Tahun Pengalaman Dalam Bidang Pentabiran kompleks beli-belah

email : tbstbsyh@yahoo.com atau hubungi 012-2622270

.
DiTampal Oleh JMC KOTA BHARU Pada 15.11.10

Entri lamaKelantan’s Hollywood: Queenspark Sportscity & Boulevard.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

February 9, 2011 at 10:08 AM

Posted in Infrastructure

16 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. lawa gambar..huhu..bagus2..keep it up..

    chaom

    February 9, 2011 at 11:44 PM

  2. […] pictures: (credit to The Kelantan Times) .gallery-item {width: 25%;} […]

    Queenspark Boulevard | ebar86

    February 11, 2011 at 9:01 PM

  3. buat liputan projek kota kenangan jln berek 12..
    shophouse dia nampak cantik dan kontemporari

    mee.kg.pek

    February 12, 2011 at 9:18 PM

  4. kalu boleh snap gambar khalifah suite sebelah masjid muhammadi atek..huhu..
    pastu projek 27 unit rumah kedai maju junction dekat simpang yg ad bangunan wisma norma nawi tu..

    chaom

    February 14, 2011 at 6:25 PM

  5. Insya-allah chaom.. jika ado kesempatan masa.. admin akan buat liputan kt situ… terima kasih sekali lagi chaom.. kalu tahu ado mano2 lagi perkembangan projek di lain2 tempat.. sudi2lah inform sini.. 🙂

    Muhammad Ismail Ibrahim

    February 15, 2011 at 1:15 AM

  6. Dengar-dengar khabar, Queenspark ade nak buat bazar Ramadhan, betul ke? Ade apa-apa maklumat bleh dikongsi x? Trm kasih

    anuar

    May 11, 2011 at 3:56 PM

  7. Dengar-dengar khabar, Queenspark ade nk buat Bazar Ramadhan bln 8 ni, betul ke? Ade apa2 maklumat bleh dikongsikan? Trm kasih byk.

    anuar123

    May 11, 2011 at 4:05 PM

  8. salam, nak taw lebih lanjut sal gelanggang kasut roda bermuzik tu ley x ? ^^

    nana

    August 21, 2011 at 9:16 PM

  9. agak2 bila nak mula ambil pekerja,

  10. sy nk taye…dekt queenspark ni ada sedia tmpt praktikal untuk pljr pelancongan x?

    maisarah

    February 14, 2012 at 8:51 PM

  11. boleh bgi alamat tak?nk pgi maen kolam renang kt kelantan ni….

    oner07@gmail.com

    mad

    October 13, 2012 at 12:23 AM

  12. tq..

    mad

    October 13, 2012 at 12:24 AM


Leave a reply to Queenspark Boulevard | ebar86 Cancel reply