The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Kompleks Pejabat Kerajaan Bandar Darulnaim.

with 18 comments

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan.

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

Dewan Serbaguna

Jabatan Tanah & Galian Negeri Kelantan.

Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian

Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian

Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian

Terminal Makanan Negara (TEMAN).

Terminal Makanan Negara (TEMAN)

Terminal Makanan Negara (TEMAN)

Terminal Makanan Negara (TEMAN)

Terminal Makanan Negara (TEMAN)

Terminal Makanan Negara (TEMAN)

Kompleks Mahkamah Syariah Baru.

Kompleks Mahkamah Syariah Baru

Kompleks Mahkamah Syariah Baru

Jabatan Audit Negeri Kelantan.

Jabatan Audit Negeri Kelantan

Jabatan Audit Negeri Kelantan

Ibu Pejabat Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Kelantan.

Ibu Pejabat Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Kelantan

Ibu Pejabat Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Kelantan

Ibu Pejabat Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Kelantan

Kompleks Pejabat Kerajaan Bandar Darulnaim Tunjong, Kota Bharu, Kelantan terletak kira-kira 5 kilometer (km) ke selatan pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan. Ia terletak terletak kira-kira 2.5 km) dari Kompleks Kota Darulnaim (pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan Darulnaim).

Kompleks Pejabat Kerajaan Bandar Darulnaim Tunjong ini dibangunkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan dijangka siap dalam tempoh RMK-10 (2011 – 2015). Ia akan menjadi kompleks pejabat kerajaan utama bagi Kerajaan Persekutuan di negeri Kelantan. Manakala beberapa agensi / jabatan di bawah Kerajaan Negeri Kelantan juga akan berpindah ke sini.

Projek pembangunan bandar baru Tunjong melibatkan kawasan seluas 800 hektar dengan menempatkan beberapa kompleks agensi Kerajaan Pusat dan negeri, telah mencapai pelaksanaan 30 peratus. Projek-projek tersebut diselaraskan oleh pihak Perbadanan Bandar Baru Tunjong (PBBT) bagi memastikan proses pengambilalihan tanah dan pembangunan projek berjalan lancar. Ia akan menempatkan beberapa buah kompleks kerajaan, dan juga dapat membantu mempercepatkan pembangunan bandar baru itu.

Bandar Baru Tunjong dirancang bagi menampung pembangunan Kota Bharu yang terlalu sesak serta kos tanah yang tinggi. Selain itu, ia juga akan membantu untuk menaik taraf Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sebagai bandar raya dan Majlis Daerah Ketereh sebagai majlis perbandaran.

Untuk pastikan bandar ini bergerak cergas, semua agensi kerajaan akan diletakkan di sini dan sehingga kini beberapa kompleks seperti pasukan bomba dan penyelamat, Terminal Makanan Negara (Teman) dan kompleks mahkamah syariah telah dibina di sini. Pembangunan di sini melalui konsep penswastaan, dengan menarik pelabur untuk membangunkan kawasan ini. Perbadanan akan menjadi agensi peneraju menyelaraskan kos pengambil tanah.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

February 13, 2011 at 1:16 PM

Posted in Infrastructure

18 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. rajin sunngoh demo amik gamabr..niway,mintak kebenaran untuk letak foto2 demo ni dalam forum skyscrapers deh..

    chaom

    February 13, 2011 at 6:31 PM

    • kerja ikhlas kawe buat untuk lihat negeri kito tidok di didiskriminasi oleh media arus perdano…. dedikasi untuk seluruh oghe kelate yang tercintoe… bereh chaom.. xdop masalah nok copy… kawe izin sangat sapo2 hok nok amik gambar kt wordpress ni.. sebab tujuan wordpress ni dibuat untuk promote kelate negeri tercintoe..🙂

      Muhammad Ismail Ibrahim

      February 13, 2011 at 11:18 PM

  2. demo kabo ko dok? hok demo dok sebut2 dale hok pusat ko hok negeri? wi gheti dulu gak kalau nok ngaku hok negeri buak pom.. wak malu ore cerdik pandai kelate jah demo neh

    orekelate

    February 14, 2011 at 11:06 PM

    • salam ‘orekelate’. kawe sengaja approve komen demo. biar pelayar wordpress ni baco gapo hok demo tulis.. artikel hok kawe post xpernoh ngaku tu sumo kerajaan negeri buat.. buktinya, kawe ado sebut ‘RMK (Rancangan Malaysia)’.. kawe ado sebut ‘ kompleks pejabat kerajaan utama bagi Kerajaan Persekutuan di negeri Kelantan’… sapo sebenar nyo hok wak malu ore cerdik pandai kelate ni saudara ‘orekelate’.. komen tu biar berasas dan berakal.. biarlah berhujah dan ado fakta benar… hati tu xpayah lah busuk dan penuh dengan ledakan emosi tanpa kewarasan.. wassalam.

      Muhammad Ismail Ibrahim

      February 15, 2011 at 1:09 AM

    • demo gak..nak harap ko ore umno wat blog gni jgn harap la..ni mujur ad en muhammad ismail nak promote negeri kelate,nak harap ko demo ko? KALU ORE DEMO GAK BILA SEBUT KELATE JAH AKAN ROYAK KO ORE LUAR KELATE NI SUPO NEGARA AFRICA JAH,XDO GO SKARO..tohok gak skit prasangka politik tu,amik kepentingan negeri kita atek..

      chaom

      February 16, 2011 at 10:20 AM

      • ntah la chaom.. kadang2 mesti ado oghe hok x sene nga kijo kito… bukan blog propaganda pun.. hanya ikhlas nok promote negeri kelate kepada umum di malaysia… tapi masih ado saki baki oghe srupo dio…

        Muhammad Ismail Ibrahim

        February 16, 2011 at 10:48 AM

  3. ‘ore kelate’ tu kecek supo ngn buke ore kelate jah… hehe… biaso la… xpuas hati nye psal…. tq byk la tuan mat kito sbb buat web nie…. biar ore luar bkk mato skit… duk kato klate mundur mace… hehe… mari gak dl kelate, baru tau….

    hilmee

    July 30, 2011 at 9:45 AM

  4. kalu jupo ular dgn ore kelate, katok ore kelate tu mappuh dulu
    ore dok kato nok promote pasal kelate, dio kecoh dok sebut projek tu hok federal buat, basso anying federal nih

    sekngucing

    August 31, 2011 at 11:59 PM

  5. Salam,
    Very great blog talking about our beloved Kelantan. Your posts keep my eyes&hands stick to my blackberry reading them.

    Ambo terpanggil nok komen jugok pasal ado jugok menasio xpuah ati wat nyibuk sini.ea ah..apo pesen la sibuk nok caro ko state ko federal punya projek..tengok gak wey ore tulih pasal pembangune klate..tafsir la dulu molek wahai cerdik pandai “oreklate” sebelum kecek, malu kokram.

    By the way, keep it up with your courages posting saudara Muhamad Ismail Ibrahim.

    Tajul Ariffin

    September 5, 2011 at 10:11 PM

    • wasallam, sorry for the very late reply. This is how I wants to show my contribution to my beloved state, Kelatte in a fair manner without prejudice whether they are the Govt or Opposition. Keep up your reading Bro Tajul Ariffin.🙂

      Muhammad Ismail Ibrahim

      November 1, 2011 at 12:12 PM

  6. salam.di mana saudara ambil fakta-fakta berkaitan dengan pembangunan bandar baru tunjong ni?amat berminat kerana saya penduduk tunjong.terima kasih.

    afina

    October 14, 2011 at 8:17 PM

    • maklumat lanjut boleh rujuk pejabat Tunjung Development Corporation di Bandar Baru Tunjong.

      Muhammad Ismail Ibrahim

      November 1, 2011 at 11:51 AM

    • Kawe sokong muhd ismail ibrahim..kepada afina,umh awk duk mana tunjong,betul ke tunjong atau kg lain yg berdekatan.

      Ore tunjong

      March 18, 2012 at 1:14 AM

  7. ho..jolo doh tu..ikut la sapo2 buat pun, janji klate kito maju..
    Govt & Opposition, kawe terimo kasih byk2..
    ore lain pun, jange la nok politicized every single thing..uduh perangai napok..xpade nge ngaji tinggi

    btw, maju, maju jugok…kebersihan keno pakat2 jago..sedih bena ambo kelik kota bharu jadi kotor bharu

    nayzi

    November 16, 2011 at 5:10 PM

  8. Assalamualaikum semua. seiring dengan pembangunan pesat negeri tercinta kita ni pasti banyak jawatan baru diwujudkan. Jika ada sesiapa tahu berkenaan kekosongan jawatan bidang IT boleh emelkan kepada saya. terima kasih

    Aina

    November 18, 2011 at 10:35 AM

  9. setiap pekerjaan ada ganjaran daripadaNya….niat kita ikhlas utk daulatkan negeri kelantan

    sabri

    January 25, 2012 at 10:03 PM

  10. Kawe sokong muhd ismail ibrahim!!kepada afina,awk duk mana tunjong,alik mana rumah?betul ke tunjong atau kg lain yg berdekatan.

    Ore tunjong

    March 18, 2012 at 1:17 AM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: