The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Bazaar Tok Guru & . . .

with 21 comments

Bazaar Tok Guru

Senibina Moorish

Bersebelahan Madinaturaudhah yang akan dibina pada Fasa II kelak...

Langit Biru Bazar Tok Guru

Persetujuan telah dicapai oleh 2 wakil persatuan...

Mereka kata tak apa asalkan dapat berniaga di Bazar Tok Guru... Tapi itu sebelum Bazar Tok Guru siap...

Dan selepas Bazaar Tok Guru siap... mereka kata SEMPIT.. adakah Pengerusi Persatuan tidak tahu untuk menilai 'built-up size' sebelum ini..?

Cukup2lah menghentam Kerajaan Kelantan... Ini adalah usaha Kerajaan Negeri membantu peniaga kecil di sekitar Bandar Kota Bharu.. jika nak diharapkan UDA.. lihat lah Arked UDA sekarang yang dibina sejak 1980an lagi... itulah sumbangan Kerajaan Pusat Kepada orang2 Melayu Kota Bharu.. bersyukurlah kerana dapat berniaga di Bazaar secantik ini...

"Lebih 'cantik' Arked UDA sekarang daripada Bazaar Tok Guru ni"... Hmm..

Selamat Datang buat peniaga2 Pasar Lama MPKB & Arked UDA..

Bazaar Tok Guru (BTG) bakal merupakan mercu tanda terkini di Kota Bharu. Pembangunan ini ditempatkan di atas tanah seluas 5.9 ekar iaitu tapak asal Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Namun begitu tapak bagi Bazar Tok Guru merangkumi keluasan 1.5 ekar sahaja. Tanah selebihnya diperuntukkan bagi pembangunan bercampur merangkumi hotel, apartmen dan premis perniagaan. Konsep rekabentuk BTG bercirikan senibina Islam yang diambil daripada elemen rekabentuk masjid di Mekah dan Madinah di antaranya ialah rekabentuk kubah dan gerbang masuk yang diambil daripada Masjid Nabawi. Bazar Tok Guru dibangunkan dengan impian untuk dimartabatkan sebagai mercu tanda bagi bandar Kota Bharu dan seluruh negeri Kelantan. Malah Bazar Tok Guru ini merupakan bazar yang paling besar dan luas di Kelantan, serta penampilan konsep grand bazaaryang berada di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu. Bagi memastikan bazar ini dikategorikan sebagai premis perniagaan yang mesra pengunjung, pelbagai kemudahan disediakan seperti kaunter penerangan pelancongan, surau, lot parkir, lif, medan makan, kaunter ATM, perhentian pengangkutan awam seperti bas, teksi dan beca serta pelbagai lagi kemudahan untuk pengunjung dan pelancong.

Kelebihan:

  • Tingkat Bawah – Lot-lot perniagaan.
  • Tingkat 1 & 2 – Lot-lot Bazar berjumlah lebih 400 unit.
  • Kemudahan tempat letak kereta di tingkat semi basemen.
  • Empat (4) gerbang masuk utama.
  • Tempat letak bas pelancong.
  • Perhentian pengangkutan awam seperti bas, teksi dan beca.
  • Kaunter Penerangan Pelancong.
  • Kemudahan bank dan mesin ATM.

saya mengambil jalan untuk tidak mengulas lanjut kontroversi yang melanda Bazaar Tok Guru mutakhir ini, cuma perincian harus dibuat bagi memberi pemahanan yang telus dan adil kepada semua pihak. Seelok-eloknya, isu ini dibincangkan oleh Persatuan Peniaga Arked Uda & Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB dengan MPKB-BRI. Isu Bazaar Tok Guru sengaja dimainkan media pro-UMNO untuk terus memutar belit fakta dan menyerang kepimpinan negeri serambi Mekah ini tanpa mengemukakan fakta dan realiti sebenar Bazaar Tok Guru. Walhal, pada asalnya, Bazaar Tok Guru dibina atas kapasiti untuk menempatkan 300 peniaga Pasar Lama MPKB mengikut perjanjian asal dan ruang niaga akan dibina pada skala lot kedai berkeluasan 3.04 x 3.65 meter persegi dengan harga RM40,000. Dalam masa yang sama, UDA Holdings mengarahkan peniaga-peniaga di Arked UDA untuk berpindah bagi memberi laluan kepada projek mendirikan sebuah pangsapuri dan pasaraya 3 tingkat di tapak asal menyebabkan para peniaga terpaksa mencari tempat baru.

Persatuan Peniaga Arked UDA telah berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz, Dato’ Husam & MPKB-BRI bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Lantas, para peniaga Arked UDA merayu untuk ditempatkan bersama2 dengan peniaga Pasar Lama MPKB menyebabkan Kerajaan Negeri tiada pilihan melainkan bersetuju untuk membantu menempatkan mereka di Bazaar Tok Guru bersama2 dengan peniaga Pasar Lama MPKB. Hakikatnya, Bazaar Tok Guru dibina atas kapasiti 300 peniaga Pasar Lama MPKB perlu dikecilkan saiz kedai bagi menampung kemasukan peniaga Arked UDA berjumlah 115 peniaga menjadikan keseluruhan 415 peniaga. Lalu perbincangan telah diadakan antara wakil2 peniaga dengan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan bagi membincangkan soal kemasukan peniaga Arked UDA dan mereka (wakil persatuan peniaga) bersetuju dengan dengan keluasan yang diputuskan asalkan mereka diberi tempat untuk berniaga bersama-sama peniaga Pasar Lama MPKB. Akan tetapi, apa yang berlaku hari ini amat mendukacitakan Tok Guru dan MPKB-BRI terutamanya terhadap Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Ab. Salim Ahmad, yang dikatakan tidak cakna ketika perjanjian dimeterai sehingga menimbulkan kontroversi yang menjatuhkan kredibiliti kerajaan negeri dan kesempatan ini diambil oleh musuh untuk menangguk di air keroh… Tidak berlaku kerugian RM 50 Juta seperti yang didakwa Media Pro-UMNO sebelum ini kerana mereka ini hanya tahu menyalak seperti TIN KOSONG! Harap Syed Azidi a.k.a Kickdefella tidak ‘merajuk’ dengan artikel ini.

Penjelasan lanjut berhubung Bazaar Tok Guru oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan , Nik Amar Nik Abdullah. Klik disini.

dan juga entri lama: Modernization of Kelantan: Madinatur Raudhah & Bazaar Tok Guru!

Filler Entry: Bazaar Tengku Anis, ‘Kembar’ Bazaar Tok Guru.🙂

Bazaar Tengku Anis


Written by Muhammad Ismail Ibrahim

February 17, 2011 at 3:46 PM

Posted in Infrastructure

21 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. huhu..pandai demo amik gambar..shot yg sangat menarik terutama yg second pic tu..

    chaom

    February 17, 2011 at 7:54 PM

  2. huhu..lepas snap gamabr hotel perdana plak deh..rasanye dah naik tingkat 10@11 dah tu..

    chaom

    February 18, 2011 at 12:36 AM

    • gambar ado doh saudara chaom.. cumo baru duk cari modal nok post.. x sedak jugok kalu tgk gambar tnpa ado berita terbaru dok? hehe..🙂

      Muhammad Ismail Ibrahim

      February 18, 2011 at 12:50 AM

      • haha..jolo doh..kawe kalu xdo gambar hok demo amik pon xdo modal jugak nak post dlm skyscrapers forum..sbb tu duk ita sokmo kot ni tu..mane tau kot2 ad gambr baru..haha

        chaom

        February 18, 2011 at 1:14 PM

  3. tahniah muhammad ismail..teruskn usaha anda utk posykan gmbar2 baru bkaitan dgn negari kelantan.

    fahr islam

    February 19, 2011 at 7:40 PM

  4. guano delete komen kawe gu? tak telus la lagu ni

    orekelate

    February 19, 2011 at 10:23 PM

  5. orekelate: anda adalah Pelakon Blog Terbaik… Pembaca sekalian.. saya serah kepada anda untuk menilai fitnah jahat dia.. memporak perandakan
    wordpress saya mengatakan saya telah delete komen dia.. walhal.. dia xpernah komen post ni dan kata saya tidak telus… saya akan publish apa saya komen dari pembaca walaupon sebusuk longkang… orekelate: PEMFITNAH si Busuk Hati!

    Muhammad Ismail Ibrahim

    February 20, 2011 at 3:40 PM

  6. blog yg bermanfaat! bagus2..teruskan lg usaha2 murni ni..
    ~biarlah ore nk fitnah pon..kerana ada yg melihat..ada yg mencatat..biarlah..ore kato..buat2 dek sudoh la..hoho

    cahayabulan

    February 20, 2011 at 4:41 PM

  7. salam..penjelasan yg sgt2 bagus & btl…
    mereka hnya pndai cakap2 je padahal xtau pn perkara sbnr…
    hnya org yg berada di pihak pengurusan bazar tok guru sja tau kebenarannya…i’m the one of them =)

    muslimah

    February 25, 2011 at 11:43 AM

  8. terima kasih muslimah: harap dapat bantu beri maklumat yang sahih lagi benar tentang keadaan dan situasi sebenar Bazaar Tok Guru.. demi maruah dan imej kerajaan negeri Kelantan.

    Muhammad Ismail Ibrahim

    February 25, 2011 at 6:09 PM

    • matlumat yang awak hebahkan tu tepat. sy bagi pihak pmbk mengucapkan terima kasih..

      muslimah

      February 27, 2011 at 4:04 PM

  9. […] Mahu lihat gambar-gambar Bazar Tok Guru? Lihat di sini […]

  10. lambat lagi la nk mula berniaga kat sini gamaknya…..makin hari makin bercelaru isu ni.

    merencatkan pembangunan tul

    edan

    March 31, 2011 at 9:33 AM

    • betul tu..kalo xde masalh dgn peniaga tu mesti projek madinaturhaudah dah boleh jalan dah kat sebelah bazar tok guru tu..pastu tapak bazar mpkb tu dah boleh diteruskan dgn projek hotel n tapak arked uda dah boleh dibangunkan dgn apartment seperti yg dirancang..

      masalah ni seolah2 telah dirancang untuk membantutkan pembngunan KB especially dah nak dekat2 PRU-13 ni..

      chaom

      May 1, 2011 at 2:49 PM

  11. alhamdulillah..mcm mana teruk pn kjaan negeri dihentam..mereka tak akn dpt mengalahkan kebenaran..kalau nak hrapkan media arus perdana buat pnjelasan spt ini..jgn haraplah..teruskn usaha saudara =)

    cangkulhijau

    May 6, 2011 at 6:12 PM

  12. tahniah buat penulis blog nie yg menegakkan yang haq dalam isu semasa negeri kelantan..blog ini telah menjadi media alternatif buat perantau yg berada di luar negeri.media2 arus perdana telah menipu kita..syabas buat penulis blog ini..smoga Allah merahmati tuan dan seluruh rakyat negeri.wassalam.

    kelatekito96

    August 3, 2011 at 5:09 AM

  13. Very good job tok guru

    Muhammad Faisal

    May 17, 2012 at 5:00 PM

  14. Baru pergi Bazaar Tok Guru minggu lepas. Ground floor agak sempit & cramp tapi sudah penuh dgn peniaga dan pengunjung juga ramai. Tingkat 1 dan 2 masih byk lot yg kosong & kurang dikunjungi mungkin kerana tidak banyak kedai yang boleh dikunjungi. Tingkat 1 dan 2 lebih luas dan selesa. Bazaar dilengkapi lif dan underground parking yg murah (RM 1 shj). Setelah meneliti saya bersutuju untuk menyewa 2 buah lot kedai di tingkat 1 kerana yakin Bazaar Tok Guru akan menjadi tumpuan utama selepas ini disebabkan lokasi yg strategik dan kemudahan asas yang lebih baik berbanding Bazaar MPKB yg dahulu.

    Hadi

    June 24, 2012 at 5:03 PM

  15. ada jugak org mcm salim tu. dah la dibantu, dia nak ‘gigit’ org yg tolong dia lagi. nak harap pasar lama MPKB mcm nak runtuh dah dgn bau busuknya, toilet dia toksah cerita lah. sekurang2nya bangunan baru ni kemudahan2 nya lebih selesa utk peniaga2 & pembeli.

    janji

    October 12, 2012 at 12:35 AM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: