The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Kelantan.

 

Bangunan Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Kelantan.

Tarikh siap : April 2011.

Pihak kontraktor dan konsultan yang terbabit melaksanakan projek pembinaan bangunan pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia negeri Kelantan di sini yang tergendala diberi tempoh dua bulan untuk menyiapkan projek bangunan empat tingkat di Seksyen 6 yang menelan kos RM4.7 juta sepatutnya siap bulan lalu tetapi tertangguh 3 bulan. Berikutan kelewatan pembinaan pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia negeri Kelantan yang disiarkan Akhbar Kosmo! bertarikh 1 Feb 2011, saya telah ke tapak projek untuk bertemu sendiri dengan penyelaras kontraktor, Mohd Amirul untuk menjelaskan keadaan sebenar status projek. Beliau kecewa kerana isu kelewatan tersebut telah diputar-belitkan fakta sebenar oleh media terbabit.

Menurut beliau, faktor kelewatan projek berhubung kait dengan kewujudan kubu asal peninggalan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua di tapak bangunan yang menyebabkan timbul kesulitan untuk memasukkan cerucuk ke bawah tanah dan pihak kontraktor mengambil masa 2 setengah bulan untuk meyelesaikan masalah foundation. Beliau menafikan berlaku masalah dari segi pengurusan dan lantikan kontraktor kerana menurut beliau, projek tersebut hanya mengambil masa tidak sampai setahun dari tarikh siap cerucuk dasar. Projek berkenaan telah dimulakan pada Julai 2009 dan tarikh jangka siap asalnya ialah pada 25 Jan 2011 dianjak kepada suatu tarikh yang baru iaitu April 2011.

Filler Entry: Modern & Contemporary Shophouses of Kota Kenangan, Cherang, Kota Bharu.

Modern & Contemporary Shophouses of Kota Kenangan, Cherang, Kota Bharu.

Telah Dibuka Januari 2011.

(Kepada semua pembaca yang budiman, blogger mengalu-alukan kesediaan kalian untuk menyalin semula semua artikel2 di Blog The Kelantan Times, cuma alangkah eloknya jika kalian dapat membuat ‘link back to original pages’. Ia sudah memadai sebagai tanda apresiasi kalian terhadap artikel asal yang dipaparkan. Sekian, Terima Kasih. -Admin)🙂

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

February 19, 2011 at 3:48 PM

Posted in Infrastructure

3 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. salam..kawe biasa kalu amik gambar cni kawe just bg alamat blog je tp x specific la dia punye entry tu..

    kawe rasa mesti dalam simpanan demo banyak lg gambar dok..
    xsabar nak tunggu entry terbaru..huhu..

    niway,saudara ni bekerja mano?di kelate ko luar?

    chaom

    February 19, 2011 at 4:25 PM

    • wslm.. ambo xkesah n mujur sgt2 kalo saudara chaom nok copy paste artikel2 cini.. sekadar berkongsi perkembangan terbaru negeri kelate n kito patot share biar seluruh ore kelate hok celik IT tahu serbo sedikit pasal kelate n kobar ko oghe ramai.. n xperlu la dio susoh2 cari berito terbaru lagi sohih dari utusan mahupon rtm/tv3… ambo xdop la banyok sgt gmbar psl kelate.. cikit2 jah..🙂 demo tahu raykinzoku fotopages.. dio la mentor kawe dale bab blogging ni… my effort on how to makes kelantan well-discovered..

      kawe student UM.. xkijo lagi.. kade2 kelik kb la ado bahan nk post… mesti outing photographing nga sek2 nnembok camera sain2 ambo… jadi ambik gmbr sekitar kelate ni meme hobi ambo… kade2 amik gambar oghe2 nikoh… kade2 amik gambar event/ceramah/forum kerajaan negeri… matlamat dio so jah.. biar oghe kelate tahu perkembangan semaso n bermaklumat supaya seksok kerajaan pusat xmudoh2 nok kkecing/lipaq rakyat kelate… sekian..🙂

      Muhammad Ismail Ibrahim

      February 19, 2011 at 5:20 PM

      • entry dlm fotopages raylinzoku dah ditamatkan keh..tu yah kawe duk cari pengganti dia tu nak rujuk sesuatu pasal kelate ni..
        agak sedih la bila raykinzoku tu stop gitu jah padahal ramai ore masuk tengok fotopages dia..

        demo ni study master ko?kawe pon studi lg tp baru 1st year second sem UG..haha

        chaom

        February 19, 2011 at 7:24 PM


Comments are closed.

%d bloggers like this: