The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Pembesaran Hospital Raja Perempuan Raja Zainab II.

with 4 comments

Projek Pembesaran HUSM (Gambar Hiasan)

Menurut Pengarah HRPZII, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan., tiga projek baru membabitkan peruntukan RM640 juta bakal dilaksanakan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Ketiga-tiga projek itu merupakan projek penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan hospital untuk kegunaan orang awam. Tiga projek yang akan dijalankan di HRPZ II nanti ialah pembinaan Kompleks Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak, Perkhidmatan Kardiotorasik serta Unit Rawatan Rapi yang bernilai RM500 juta.

Projek kedua pula membabitkan kos sebanyak RM100 juta iaitu membina bangunan empat tingkat sebagai wad pengasingan serta menggantikan wad kelas pertama dan kedua lelaki dan wanita. Sementara itu, projek ketiga pula membabitkan kos sebanyak RM40 juta iaitu bagi membina parkir bertingkat untuk kegunaan kakitangan serta pelanggan hospital yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Dua projek iaitu blok jabatan sajian HRPZII dan projek menaik taraf perkhidmatan rawatan perubatan di blok bangunan Ambulatory Care Centre (ACC) dan unit Haemodalisis (Kedua) kini hampir siap sepenuhnya tidak lama lagi. Manakala bagi projek menaik taraf perkhidmatan rawatan perubatan di blok bangunan Ambulatory Care Centre (ACC) dan unit Haemodalisis (Kedua) itu yang menelan kos RM10 juta kini pihak kontraktor sedang dalam peringkat menangani segala senarai kecacatan seperti klinik, respiratori, kepala paip dan sinki makmal.

– BERNAMA

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

February 23, 2011 at 10:45 AM

Posted in Infrastructure

4 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. silap gambar tu boh..gambar tu projek pembesaran Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM)..lgpon tu gambar lamo doh tu..

    chaom

    February 23, 2011 at 3:58 PM

    • kawe lupo nok tulis gambar sekadar hiasan.. kelik aritu xsempat snap photo baru.. search google lah.. hehe.. akan di update kemudian. thanks chaom kerana tolong ingt..🙂

      Muhammad Ismail Ibrahim

      February 23, 2011 at 7:21 PM

  2. Assalamualaikum tuan,
    Saya ingin tahu sama ada boleh ke saya ingin mendapatkan laman web Pusat Kesihatan Bandar dan Unit Otho serta lain-lain bahagian atau unit, termasuk carta pegawai dan kakitangan yang bertugas di kawasan unit tersebut. Sekian, terima kasih.

    Abbas Salimi

    March 13, 2011 at 9:25 PM

    • Assalamualaikum,
      Saya adalah penyelaras persatuan HOSPIS Negeri Kedah cawangan daerah bandar baharu.ingin tahu berkaitan onkology unit di HRPZ,kerana ada perancangan persatuan untuk buat lawatan ke unit itu

      mazni

      February 14, 2013 at 7:14 PM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: