The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Kompleks Pasar Baru Kota Jembal.

leave a comment »

Kompleks Pasar Baru Kota Jembal.

Didirikan di atas kawasan seluas 0.7 hektar

Kerja-kerja pembinaan masih lagi diperingkat asas.

Sebuah pasar baru bernilai RM3.25 juta bakal didirikan di Kedai Lalat, Mukim Tok Ku, Sering, dan dijangka siap menjelang Oktober 2011. Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Datuk Ahmad Mahmood, sebanyak 44 unit gerai tetap berbumbung dan 80 lot petak niaga terbuka disediakan bagi kemudahan peniaga setempat yang akan beroperasi di situ nanti. Projek di bawah seliaan MPKB-BRI itu membabitkan pembinaan sebuah pasar bercirikan tradisional Kelantan yang lengkap dengan infrastruktur moden termasuk sebuah masjid.

Kompleks Pasar Kota Jembal itu akan didirikan di atas kawasan seluas 0.7 hektar berbanding tapak pasar asal yang hanya seluas 0.052 hektar. Tujuan utama mendirikan pasar ini adalah untuk memberikan keselesaan kepada kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli. Tambahan pula, ia dapat mengelak kesesakan teruk di sekitar tapak asal yang berlaku sekarang sehingga mengganggu lalu lintas lebih-lebih lagi semasa Pasar Mingguan Pagi Jumaat apabila hampir 300 peniaga terpaksa bersesak-sesak di kawasan yang sempit.

Majlis Pecah Tanah Pasar Kota Jembal telah dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pembinaan kompleks itu dilaksanakan syarikat kontraktor Baha Construction & Engineering Service dan proses penyediaan tapak dan tebus guna tanah sejak 2008 melibatkan kos awal sebanyak RM290,000 dan pasar itu juga akan dilengkapi dengan pentas serbaguna sebagai pusat aktiviti dan 158 petak tempat letak kereta bagi kemudahan pengunjung.

Dengan terbinanya pasar ini kelak, diharap ia dapat memberi keuntungan bukan sahaja kepada penjual bahkan juga pembeli yang dapat berurusan dengan sempurna. Pihak MPKB-BRI berharap agar peniaga yang akan beroperasi di sini berusaha menjaga kebersihan kawasan dan juga melangsaikan sebarang cukai yang dikenakan demi melunaskan tanggungjawab sebagai rakyat.

(Gambar bertarikh 07/02/2011)

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

February 25, 2011 at 5:46 PM

Posted in Infrastructure

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: