The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Kelantan’s Mosque: Masjid Muhammadi.

leave a comment »

Kubah Berwarna Emas Masjid Muhammadi.

Kubah Berwarna Emas Masjid Muhammadi.

Waktu yang paling "romantik" dan paling "berkesan" untuk menghayati suasana sekitar Masjid Muhammadi ialah pada lewat petang cuaca cerah tidak berawan sekitar jam 5 - 7 petang. Lazimnya pada bulan Mac - Mei adalah musim yang paling sesuai ( langit cerah sepanjang musim)

Menaranya bercirikan senibina Inggeris.

rekabentuk Barat (Inggeris) telah dibuat pada tahun 1922

Pintu Masuk Utama Masjid Muhammadi.

Beduk yang terdapat didalam masjid ini.

Ukiran dan senibina Inggeris yang cukup klasik.

kontras Marmar dan warna pintu..

view petang yang agak sunny cukup nostalgik.

Tiang-tiang utama didalam masjid ini.

Ukiran di hujung tiang.

Penerapan elemen senibina Inggeris.

Ukiran yang terdapat di dinding blok utama.

lampu hiasan di blok utama...

struktur asas binaan masih kukuh lebih dari 100 tahun

Pintu masuk blok solat utama.

Mimbar Masjid Muhammadi.

...

...

senibina yang sungguh English authentic..

Permaidani baru ditukar 2 tahun lalu..

...

Inilah Masjid Muhammadi, Masjid kesayangan KDYMM Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V

Masjid Muhammadi merupakan masjid negeri bagi Negeri Kelantan Darul Naim. Masjid ini dibina pada tahun 1867 daripada kayu yang terpilih di zaman pemerintahan Sultan Muhammad ke-II (1830-1886).Pengubahsuaian Masjid ini daripada bangunan kayu kepada bangunan batu yang baru ala rekabentuk Barat (British) telah dibuat pada tahun 1922 dan telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail pada hari Jumaat 31 Julai 1931 serta dinamakan Masjid Muhammadi.

Pengubahsuaian dan tambahan kepada bangunan Masjid ini telah dijalankan beberapa kali umpamanya pada tahun 1959, 1968, 1976 dan 1987. Pada masa ini luas keseluruhan bangunan Masjid ialah 10,600 kaki persegi, boleh menampung 2,400 jemaah. Peringkat awal (1860an-1960an) Masjid ini merupakan Pusat Pengajian Islam terkenal. Antara guru yang pernah mengajar di Masjid ini ialah Hj. Abdul Rahman Arab, Hj. Wan Abdullah, Hj. Che Samat, Hj. Nik Wan Daud Hj. Wan Muhammad Gagah, Sheikh Daud al-Fatoni dan yang terkenal ialah Tok Kenali.

Masjid ini ditadbir oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Masjid ini dijadikan tempat menyambut perayaan agama Peringkat Negeri Kelantan seperti Sambutan Maulidur Rasul, Isra’ Mikraj dan lain-lain. Kewujudan masjid negeri, Masjid Muhammadi bukan sahaja gah dari sudut binaan dan sejarah yang memateri namanya, malahan, ia menjadi daya penarik minat jemaah dan pelancong untuk mengunjunginya sejak dahulu hingga sekarang.

Setiap kali masuknya waktu solat, tidak kurang 500 jemaah akan hadir menunaikan kewajipan rukun Islam itu di situ dengan pertambahan sehingga 600 orang pada sebelah malam. Imam Tua Masjid Muhammadi, Zulkiflee Mohamed, 43, berkata, kepelbagaian program yang disediakan di masjid selain keselesaan ruang solat berhawa dingin dan kedudukannya di pusat bandar mungkin menjadi penarik utama kepada umat Islam. “Setiap pagi selepas kuliah subuh, kita ada sesi ‘tadahan’ (pengajian) kitab kemudiannya diteruskan dengan pengajian Al-Quran untuk kanak-kanak dan dewasa. Ini disusuli pula dengan muzakarah sebelum asar dan kuliah maghrib.

Masjid Muhammadi merupakan masjid yang ‘mesra-jemaah’ dan memikat hati anak muda untuk mengimarahkannya. Dengan reka bentuk terbuka masjid itu juga menjadikan keadaan nyaman untuk menunaikan ibadah dan sebagai tempat berhenti rehat setelah sibuk bekerja. Dan jika dilihat dari suatu sudut, terdapt ramai anak muda yang menjadi pengunjung tetap dan bukan hanya dimonopoli golongan tua seperti lazimnya berlaku dimasjid2 lain. Masjid Muhammadi juga merupakan masjid kesayangan Baginda al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V yang selalu berangkat menunaikan solat fardhu di Masjid ini terutamanya solat fardhu Mahgrib dan Isya’ sambil bertemu rakyat jelata dengan pakaian kopiah berjubah putih tanpa ada kawalan protokol. AllahuAkbar!

Lihat juga entri lama berkenaan Masjid: sama-sama kita imarahkan rumah Allah…..

Kelantan’s Mosque: Masjid Nuraini Pasir Hor.

&

Kelantan’s Mosque: The Chinese Beijing Mosque.

Dan tidak ketinggalan apakah yang sebenarnya terdapat dihadapan Masjid Muhammadi sehingga membuatkan pengunjung tidak henti2 keluar masuk…

Lihat… Kelantanese’s Delights: White House Coffee!

Filler Entry: Masjid Muhammadi 1907.

Masjid Muhammadi Kota Bharu dirakamkan lebih 100 tahun yang lampau. Ketika itu dikenali sebagai Masjid Besar Kota Bharu. (Sumber imej : "Kelantan : A State of The Malay Peninsula " oleh W.A Graham dan diterbitkan oleh James Maclehose and Sons, Glasgow (1908).. )

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

March 3, 2011 at 1:19 PM

Posted in History

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: