The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Dataran MPKB Dalam Kenangan (1995-2009).

with 5 comments

Dataran MPKB suatu ketika dahulu...

Sekitar wakaf di hadapan A&W / The Store Kota Bharu..

kawasan ini sangat nostalgik pada suatu ketika dahulu..

Menara Telekomunikasi Kota Bharu @ "Eiffel Tower" of Kota Bharu.. he he he..

Berhampiran stesen bas Kota Bharu...

kudrat mereka masih ditagih...

menghala Pasar Siti Khadijah

disinilah mercu tanda bandar Kota Bharu suatu ketika dahulu..

pondok di hadapan The Store Kota Bharu..

kini hanya tinggal kenangan..

papan tanda ini menterjemahkan segalanya...

Elemen sebegini diterapkan dilaman sekitar Kota Bharu..

Entrance utama Dataran MPKB

Menghadap 'Kedai Api'...

Jika Bandaraya Kuala Lumpur terkenal dengan Dataran Merdeka serta Bangunan Sultan Abdul Samad, maka Bandaraya Islam Kota Bharu suatu ketika dahulu terkenal dengan Dataran MPKB dan ‘A&W’ nya…🙂 .Walaubagaimanapun, Dataran Majlis Perbandaran Kota Bharu (Dataran MPKB) yang diwujudkan sejak 1995 di tengah-tengah pusat telah dikembalikan fungsinya sebagai jalan raya 2 tahun lalu. Jalan ini ditutup 15 tahun lalu bagi membina Dataran Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB). Ketika itu, Jalan Tok Hakim menuju ke Jalan Padang Garong yang terletak berhampiran stesen bas SKMK dijadikan sebagai dataran, lengkap dengan kemudahan wakaf dan kios. Lokasi itu pernah menjadi tempat khemah tarawih pada bulan Ramadan. Namun sekarang disebabkan kesesakan lalu lintas yang semakin teruk menyebabkan jalan ini diwujudkan kembali di lokasi tersebut, lebih-lebih lagi di kawasan itu telah dibangunkan Kota Bharu Trade Centre (KBTC) yang merupakan sebuah tapak asal pasar malam Parit Dalam yang amat terkenal suatu ketika dahulu.

Di samping itu juga, pertambahan aliran lalu lintas yang semakin mendesak sejak beberapa tahun kebelakangan ini mendorong kerajaan negeri membuka semula laluan dua hala di situ. Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM200,000 bagi meroboh dataran dan melaksanakan pembinaan semula jalanraya di situ. Pun begitu, para peniaga di sekitar Jalan Tok Hakim menyambut baik langkah dan hasrat pihak berkuasa untuk membuka semula jalan. Langkah itu bukan sahaja merancakkan perniagaan yang malap sekian lama, malah membantu mengurangkan masalah kesesakan di pusat bandar terutama di sekitar Pasar Besar Siti Khadijah.

Selain pembukaan semula jalan itu, bagi melancarkan lagi aliran trafik beberapa perubahan telah dibuat iaitu Jalan Hospital dari lampu isyarat menuju ke Bulatan Tuan Padang telah ditukar daripada dua hala kepada sehala manakala Jalan Temenggong telah dijadikan jalan sehala menghala lampu isyarat Jalan Tok Hakim. Selain perubahan haluan lalu lintas ini, beberapa lampu isyarat baru telah dipasang iaitu di Jalan Sultan Ibrahim dari KB Mall menuju ke persimpangan Jalan Mahmood ke Stadium Sultan Muhammad IV dan beberapa lampu isyarat telah ditutup iaitu berhampiran Bazar Buluh Kubu dan lampu isyarat Jalan Hospital berhadapan dengan mahkamah. (sila rujukpelan keseluruhan pembinaan jalan sehala di Bandar Kota Bharu)

Beberapa keping foto di atas telah dirakam oleh photographer terkenal, Alfred Molon dari Muenchen, Germany pada sinaran matahari petang bulan September 2003. Beliau telah menjelajah keseluruh Benua, Negara serta ceruk rantau dan tidak terkecuali Kelantan . dan ini adalah pandangan beliau terhadap Kelantan …“ Kelantan is the most Islamic of the Malaysian states and you will quickly notice that by the way people dress on the street”. Juga tidak lupa kredit untuk Zainal Tajudin untuk beberapa keeping gambar miliknya yang saya ‘curi’ dari fotopages.. he he he..

dan apa berlaku di Dataran MPKB pada 2010 merentasi ‘mesin masa’… bagi yang lahir sebelum tahun 1990-an.. anda punya mata untuk melihat Kota Bharu sekarang tidak sama dengan Kota Bharu yang kita kenal dahulu… Walaupun ia tidak semaju Kota London atau Kota Osaka mahupun Kota California.. ini lah Kota Bharu yang kita kenali…

Kelahiran Semula Jalan Tok Hakim 'intersection' Jalan Padang Garong...

Bermula Di Jalan Temenggung..

Jalan Tok Hakim. KBTC / Pustaka Seri Intan..

Selamat hari lahir untuk lampu isyarat ini..🙂

dan hampir penamat kepada Dataran MPKB... Jalan Padang Garong / HSBC..

***dan setelah dua tahun dibuka… inilah mangsa pertama Jalan Padang Garong.. Nauzubillah..😦

Selamat tinggal Dataran MPKB.. sehingga berjumpa lagi melalui 'mesin merentas masa'...🙂

Filler Entry: Jalan Padang Garong suatu ketika dahulu.. (1980-an)

Credit Photo: Colour slides by Great Wall Photographers Sdn. Bhd. , Kuala Lumpur | Published by Great Star Enterprises, Kuala Lumpur .

Saya mengharapkan Bandaraya Islam ini dimajukan dengan langkah pintar dan masa depan yang lebih cerah untuk ‘Koto Barghu’…😉

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

March 19, 2011 at 12:37 PM

Posted in History

5 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Maaf laa yer … yang tu bukan kemalangan pertama setelah di besarkan jalan ni …

    telah ramai pakcik makcik yang berulang-alik stesyen bas dengan pasar kene langgar ~ gara-gara suis lalulintas pejalan kaki yang hilang selepas seminggu digunakan & takde jejantas …

    Adam

    May 3, 2011 at 5:42 PM

  2. Teringat masa muda-muda di jalan sekitar stesen bas semasa tersergam pawagam Rex setentang dengan Supermarket Sayang Berjaya. Turun dari bas distesen terus ke panggung wayang. Masa tu jalan wakaf sepanjang dataran MPKB belum ada. Kenderaan bertali arus. Sekarang kembali kepada asal. Nostalgik sekali. Bereh.

    Kamal

    January 14, 2012 at 8:42 AM

  3. salam, nice blog, teruskan berkarya, saya pasti ramai memerlukan info yang tepat mengenai sistem kesultanan di negara ni, by the way boleh saya gunakan gambar2 lama dalam blog ini?

    Maruwiah

    September 13, 2012 at 10:51 PM

  4. lama betul ban huat tu…

    any

    May 2, 2013 at 11:54 AM

  5. mohon share gmbr nie blh??teringt zaman lepak2 kat wakaf nie dl..:-)

    faris

    May 12, 2013 at 11:40 AM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: