The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Menanti pelangi petang di Pelangi Mall.

with 4 comments

Lakaran artistik Pelangi Mall & Condominium.


Mantera yang Allahyarham P. Ramlee sebut sewaktu mahu MEMBUKA pintu gua yang berbunyi

“Niat Insong Mata Kaji Semar…Ngiseng!” (Membuka Gua)

-maknanya: lepas makan Semar Berak.

Semar adalah nama bagi watak dalam wayang kulit Jawa yang mashyur, Ngiseng tu dalam bahasa jawa maksudnya berak la apa lagi kn hehe. Mata Kaji Semar Ngiseng juga boleh bermaksud mata yang rabun dekat. Wallahualam.

“Rampong ngiseng, Semar Tilem” (Tutup Gua)

-maknanya: lepas berak, Semar tidur

Tilem dalam bahasa jawa bermaksud tidur. Tapi, ini terjemahan dari kawan saya, apa yang cuba disampaikan oleh Allahyarham, wallahualam. Berikut adalah mantera pembuka pintu gua dalam versi bahasa lain, cerita Ali Baba dengan 40 penyamun ni kan masyhur dalam cerita 1001 malam. So bukan P.Ramlee je yang buat filem pasal Ali Baba ni. Dalam versi bahasa lain, mantera buka tutup pintu gua ni wajib ada, pasal macamtulah skrip asalnya seperti yang tertera dalam kitab hikayat 1001 malam.

Apabila Pintu Gua TIDAK Boleh DiBUKA….. (lihat minit ke 4:30)

Bercakap soal BUKA-MEMBUKA. Teringatlah pulak saya al-kisah anak kandung kepada The Mall, iaitu adik-beradik  KB Mall dan sepupu Mid Valley Mega Mall iaitu Pelangi Mall! yang sampai ke hari ini masih tidak mahu diBUKA (@tidak jadi diBUKA..?)

Pelangi Mall

Pelangi Mall dari arah Masjid Muhammadi.

Pemandangan Pelangi Mall dari udara.

Pelangi Mall terletak di tebing Sungai Kelantan (bersebelahan Grand Riverview Hotel, dahulunya Diamond Putri Hotel) di Jalan Post Office Lama dibina pada tahun awal 2005 dan siap sepenuhnya pada tahun 2008 masih belum beroperasi sehingga hari ini. Projek yang menelan jutaan ringgit ini hanya berfungsi dibahagian atasnya yang menempatkan  unit apartment dan kondominium yang sudah beroperasi sejak  3 tahun lalu. Pelangi Riverview Kondominium terdiri daripada 3 blok bangunan setinggi 15 dan 23 tingkat. Malah,budget hotel berskala kecil juga telah beroperasi di kawasan tersebut  sejak 2 tahun yang lalu seperti Ridel Hotel dan lain-lain yang menjadikan kawasan tersebut ‘hidup’ pada maktu malam khususnya di Ridel Avenue. Kawasan Ridel Avenue yang terletak di tebing Sungai Kelantan merupakan sebuah ‘food court’ yang beroperasi pada waktu malam.

Pelangi Condominium dari arah Sungai Kelantan.

Pelangi Condominium dari arah Sungai Kelantan.

Pelangi Condominium dari seberang Pasir Pekan.

Pelangi Mall dikatakan kurang strategik dan ramai pelabur luar tidak berminat untuk  membuat pelaburan dalam sektor hartanah di sini kerana beberapa faktor. Pertama, ia dikatakan kurang strategik kerana kawasan tersebut  dikelilingi oleh bangunan-bangunan gaya Greco-Roman yang berusia setengah abad lamanya dan disifatkan tidak harmoni untuk pasaraya diwujudkan di kawasan lingkungan itu. Kedua, ia tidak mempunyai jaringan jalanraya yang ideal untuk sebuah pasaraya dibuka kerana tiada pengangkutan awam yang melalui kawasan tersebut dan ia seperti ‘jalan mati’ untuk ke sana. Ketiga, ia mengambil kira faktor sejarah iaitu beberapa buah pasaraya yang pernah dibuka dikawasan lingkungan 4 km persegi sebelum ini kurang mendapat sambutan dan pelabur terpaksa ‘tutup kedai’ seperti Hankiu Jaya, Naim Jaya & The Store yang beroperasi di Bangunan PKINK yang jaraknya kurang dari 500m sahaja. (Bangunan PKINK merupakan struktur tertinggi di Kelantan sebelum tibanya Kota Seri Mutiara@Billion).

Apapun, saya mendapat maklumat tentang desas desus yang mengatakan bahawa Pelangi Mall bakal bertukar menjadi hotel bajet dan difahamkan pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) telah meluluskan pemBUKAan tersebut berikutan ketiadaan ‘anchor tenant’ untuk memBUKA lot Mall tersebut. Berkemungkinan besar Pelangi Mall akan diubah suai bagi memberi laluan kepada kemunculan hotel budget. Sama-samalah kita nantikan.
*Kebanyakan foto-foto diatas hasil ihsan Google Malaysia. mintak halal-lah tuan umpunye gambar.🙂

Filler Entry: senasib dengannya.🙂

KB Bazaar.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

April 19, 2011 at 7:46 PM

Posted in Infrastructure

4 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. kena cat warna lain bekali pelangi mall..warna kuning wat jadi koho x come..raso kalu wat warna putih lagi menyerlah bangunan dia..

    chaom

    April 20, 2011 at 1:18 AM

  2. putih..? xtakot napok srupo hospital ko?🙂 kalu cat warna asal srupo dale lakaran dio pon oke jugok ko guano?

    Muhammad Ismail Ibrahim

    April 20, 2011 at 2:56 AM

    • haha..meme come kalu cat ikut warna asal dia tp mungkin cost tinggi sikit bekali..huhu..kalu dia cat warna putih kena dgn cara buleh jadi lawa..pahtu buleh jimat kos..haha

      chaom

      April 23, 2011 at 12:20 AM

  3. Elok cat warna merah macam CIMB atau Fire Fly. Merah memberi maksud bersemangat dan berani. Perindahkan bangunan luar kondo dg pokok2 bunga. Harap kerajaan Kelantan boleh majukan lagi kawasan tebing sungai kelantan seperti di tebing sungai Melaka atau adakan lot2 kedai jual beranika produk Kelantan.

    Zaki Abdul

    January 5, 2016 at 2:24 PM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: