The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Seabad senibina Greco-Roman & Inggeris di Kota Bharu

leave a comment »

Jalan Post Office Lama

Jalan Post Office Lama

Menghala Jalan Temenggong.

Menghala ke Jalan Temenggong

Menghala ke Jalan Doktor

Bakal ditelan arus kemodenan.

Jalan Doktor.

Menuju Jalan Dato Pati.

Jalan Dato Pati

Jalan Dato Pati

Jalan Hilir Pasar

Jalan Ismail

Jalan Ismail

Setelah hampir satu abad berlalu, struktur seni bina gaya Greco Roman yang terdapat di Bandar Kota Bharu masih utuh dan tersergam indah walaupun setelah beberapa kali dibuat renovasi dan penambahbaikan. Bangunan-bangunan lama ini yang dibina semasa era penjajahan British secara tidak langsung di Tanah Melayu khususnya di Kelantan sekitar 1900 hingga 1940 menampakkan kesan dan tinggalan sehingga ke hari ini. Selain dari tinggalan rumah-rumah kedai, tidak ketinggalan adalah senibina Bank Kerapu dan juga Masjid Muhammadi yang mempunyai ciri-ciri langsung senibina Inggeris dan Greco-Roman. Kesan tinggalan sejarah ini memungkinkan anak-anak kita dimasa hadapan untuk melihat kesan fizikal penjajahan Inggeris di Kelantan terutamanya di pusat bandar Kota Bharu yang masih teguh walau berabad lamanya.

Bank Kerapu

Bangunan ini asalnya dikenali dengan nama Bank Kerapu memandangkan fungsi asalnya adalah sebagai sebuah bank perdangangan. Digelar ‘kerapu’ kerana keadaan dindingnya tidak licin dan menggerutu. Di bina dalam tahun 1912 dan digunakan sebagai sebuah bank iaitu The Mercantile Bank of India Ltd. Semasa pemerintahan Jepun pada tahun 1942-1945, bangunan ini dijadikan sebagai ibu pejabat kempetai (polis rahsia) Jepun. Selepas perang, bangunan ini digunakan semula sebagai sebuah bank. Pada tahun 1981, tingkat atas bangunan ini dijadikan sebagai Balai Seni Lukis manakala tingkat bawah merupakan Dewan Kraftangan. Fungsi bangunan bertukar pada tahun 1992 apabila ia dijadikan sebagai sebuah memorial. Memorial yang dinamakan Memorial Peperangan Dunia Kedua di Kelantan ini telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Kelantan pada tahun 1994. Bahan-bahan yang dipamerkan artifak serta gambar-gambar mengenai Peperangan Dunia Kedua.

Masjid Muhammadi

Masjid ini dibina pada tahun 1867 daripada kayu yang terpilih di zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (1830 hingga 1886). Pengubahsuaian masjid ini daripada bangunan kayu kepada bangunan batu telah dibuat pada tahun 1922 dan dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail pada Hari Jumaat 31 Julai 1931 serta dinamakan Masjid Muhammadi (nama asalnya adalah Masjid Besar Kota Bharu).

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

June 7, 2011 at 11:05 AM

Posted in History

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: