The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Arked MPKB Dalam Kenangan (1966-2011).

with 4 comments

Setelah hampir 50 tahun beroperasi, akhirnya pada 1 Julai 2011, Arked MPKB (Pasar Lama MPKB) secara rasminya melabuhkan tirai bagi memberi laluan untuk projek pembangunan semula bangunan yang berusia hampir setengah abad dek kerana terlalu uzur dan berisiko untuk terus digunakan. Sejumlah 300 peniaga-peniaga telah ditawarkan untuk berpindah ke Bazar Tok Guru dan kata sepakat akhirnya dapat dicapai setelah berlaku kemelut berpanjangan diantara pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Pemaju Sensa Timur & Persatuan Peniaga Arked MPKB. Walaubagaimanapun, Pengerusi Persatuan Arked MPKB, Ab. Salim telah pun memohon maaf di atas khilafnya yang dikatakan telah memburukkan nama baik Kerajaan Kelantan dengan dakwaan yang tidak berasas. Difahamkan hampir kesemua peniaga telah berpindah ke Bazaar Tok Guru pada minggu pertama bulan Julai 2011 dan pelbagai program bakal diadakan bagi mengadakan promosi untuk Bazaar baru ini antaranya Festival Makanan Antarabangsa Cheng Ho Kelantan (14 – 23 Julai 2011) di tapak pembangunan Hotel Madinaturraudhah & Galeri Tamadun Islam di Dewan Jubli Perak MPKB.

Sedikit Info tentang Arked MPKB (Pasar Lama MPKB) atau dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar, ia telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Kelantan, Almarhum Tuanku Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan & Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim pada 25hb Zulkaedah 1385 bersamaan dengan 17hb Mac 1966. Di bawah pasar ini terdapat hampir 50 buah gerai makan dan dibahagian atas pula mengandungi hampir 300 unit kedai yang kesemuanya telah uzur dimamah usia. Syarikat Pemaju terkenal di Kelantan, Sensa Simur Sdn. Bhd telah diberikan hak untuk membangunkan semula kawasan pasar yang dijangka bermula akhir tahun ini menjadikan ia suatu tranformasi baru yang bakal berubah wajah Bandar Kota Bharu. Terima kasih kepada Dato’ Annuar Tan Abdullah, Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang bertungkus lumus menguruskan perpindahan para peniaga Arked MPKB ke Bazaar Tok Guru. Semoga para peniaga di Bazaar Tok Guru dapat berniaga dengan lebih selesa dan selamat di Bazaar yang cantik lagi menawan.🙂

Arked MPKB dari Jalan Ismail

Arked MPKB dari Jalan Ismail

Arked MPKB

Arked MPKB ke arah Menara Telekomunikasi.

Arked MPKB di Jalan Temenggong.

Arked MPKB

Arked MPKB

Arked MPKB: Kini Tinggal Kenangan.

Arked MPKB

Arked MPKB: Gerai Makan Kak Pah antara gerai tersohor di dalam pasar.

Gerai Makan Mee Sup Mat Zin Champa

Arked MPKB : Selamat Jalan !

Arked MPKB : Keadaan luar dari kelaziman.

Kucing juga terpaksa berpindah🙂

Dan dia juga.🙂

...

Tazkirah ini diletakkan sewaktu kerajaan PAS mula dibentuk.

...

...

Plak perasmian suatu ketika dahulu.

Mengunjung untuk kali terakhir

Kebanyakan mereka telah mengosongkan kedai masing2.

Arked MPKB : Tiba masa mengucap selamat tinggal.

Arked MPKB : Sehingga berjumpa lagi di versi berlainan🙂

Entri Berkaitan:
1) Dataran MPKB Dalam Kenangan (1995-2009).

2) 30 Mac Dalam Kenangan (1980-2010).

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

July 11, 2011 at 11:01 AM

Posted in History

4 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. tempat saya selalu beli tudung🙂

    kunci

    July 14, 2011 at 2:15 AM

  2. Harap kerajaan negeri dapat menyediakan kertas kerja berkenaan penutupan Pasar Lama MPKB agar dapat dijadikan rujukan mengapa penutupan itu dilakukan. Dengan ini, penutupan pasar lama ini tidak dipersoalkan di masa akan datang.

    Terima kasih.

    Rahman Abdullah

    August 13, 2011 at 2:25 PM

    • ambo akan keluarkan artikel berkenaan penutupan Pasar Lama MPKB ini dengan digantikan dengan sebuah bangunan baru yang cantik tidak lama lagi. insya-allah.

      Muhammad Ismail Ibrahim

      November 1, 2011 at 12:26 PM

  3. Sifat berkebajikan kerajaan Pas Kelantan semakin menonjol apabila para peniaga Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) hilang RM3 juta dalam tiga hari sejak bekalan elektrik di pasar berkenaan diputuskan.

    Persoalannya siapa mahu menggantikan kerugian 344 peniaga yang malang akibat pemimpin Pas yang kononnya perjuangkan Islam dan kebajikan rakyat.

    Menurut sumber dalaman Pas wujudnya sifat dengki antara exco kerajaan Pas terhadap Ahli Parlimen Datuk Anuar Tan Abdullah kerana berjaya membaiki reputasi Pas dengan isu para peniaga di Pasar Lama MPKB. Justeru pemimpin itu telah mengarahkan Majlis Perbandaran Kota Baharu-Banda Raya Islam (MPKB-BRI) untuk menutup akaun elektrik terhadap para peniaga itu akibat rasa iri hati dan dengki.

    Siasatlah siapa Exco yang memegang MPKB-BRI.

    Manakala Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama Arked MPKB, Ab Salim Ahmad berkata sudah tiga hari para peniaga Pasar Lama MPKB tidak dapat berniaga di premis mereka akibat perbuatan yang disifatkannya sebagai sabotaj oleh pihak tertentu dalam kerajaan Pas Kelantan.

    “Secara purata hasil jualan bagi para peniaga kain dan makanan di pasar ini ialah RM3,000 sehari. Jika dikalikan dengan 344 peniaga di sini menjadikan jumlah keseluruhan jualan peniaga adalah RM1 juta sehari. Siapa hendak tanggung kerugian kami,”

    Beliau berkata tindakan arahan MPKB-BRI menutup akaun dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi pasar itu jelas menunjukkan wujudnya rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Pas negeri terhadap peniaga di sini.

    Ibarat jatuh ditimpa tangga, isu Para peniaga di Pasar Lama MPKB semakin meruncing sejak mereka menuntut kerajaan Pas Kelantan menunaikan janji pilihan raya 2008, iaitu untuk menyediakan lot yang selesa di Bazar Tok Guru, di sini dengan harga RM40,000 apabila Pasar Lama MPKB ditutup dan para peniaga dipindahkan ke Bazar Tok Guru.

    Setelah tiga tahun menunggu, sebaliknya kerajaan Pas menjualkan lot kedai di bazar Tok Guru itu kepada para peniaga dengan keluasan yang sempit serta dengan harga setiap lot kedai RM63,000.

    Ab Salim berkata para peniaga telah bersetuju untuk berpindah dan kerajaan Pas Kelantan telah mula meruntuhkan beberapa lot kedai bagi membuat laluan pejalan kaki yang selesa untuk pengunjung di Bazar Tok Guru.

    “Kita tiada masalah dengan kerajaan negeri. Mereka suruh kita pindah ke Bazar Tok Guru kita pindah, kita tunggu kerajaan buat undian untuk serah lot kedai di Bazar Tok Guru sahaja tetapi kenapa elektrik dipotong di Pasar Lama MPKB.

    “Kami tidak ada kedai lagi. Ini buktinya ada pihak cuba mengeruhkan keadaan, yang mangsanya adalah kami,”

    Tinjauan ke Pasar lama MPKB hari ini mendapati para peniaga memasang bendera parti Pas di sekeliling pasar itu besertakan puluhan manila kad digantung bersama bendera tersebut.

    Pada manila kad itu tertera tulisan mengecam kerajaan Pas Kelantan yang kononnya melaungkan negara berkebajikan tetapi memutuskan bekalan elektrik kepada para peniaga.

    “Kerajaan kebajikan rezeki rakyat disekat, rakyat menangis kami nak berniaga”; “Potong api potong rezeki pemimpin Pas suka ria tengok bola di Kuala Lumpur” dan “Angkara kerajaan tempatan, angkara kerajaan kebajikan, angkara manusia tamak, angkara parti bertopengkan Islam, angkara duit, angkara syaitan”.

    epondok

    March 14, 2012 at 4:23 PM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: