The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Sebuah Transformasi : Kota Bharu 2011 !

with 53 comments

Benarkah Kelantan mundur?

Kenapalah Kelantan jadi mundur?

Pelabur takut untuk melabur di Kelantan kerana rakyat miskin.

Banyak rakyat Kelantan merempat diluar negeri?

Tidak ada pembangunan !

Tiada peluang pekerjaan !

Tiada peluang pendidikan !

Sabar.

Mari dengar ini cerita.

Menurut cerita orang Kelantan lah,

bukan cerita dongeng orang luar,

kerana untuk mengetahui sesuatu perkara darinya,

perlulah bertanyakan kepada orangnya.

tak gitu?

Kelantan sudah jauh maju,

jauh dari itu kemajuan Islam Di Kelantan jauh mendahului negeri lain.

Ramai orang Kelantan sudah kaya raya di ibu kota Kuala Lumpur,

Sehingga Dato’ Tony Fernandes pula sibuk untuk bina Tune Hotel di negeri mundur ini,

Lihatlah airport negeri mundur, telah mencapai 1 juta trafik pada 2009.

mendahului airport domestic negeri maju lain.

Sebab itulah Jepun memilih untuk mendarat di Kuala Pak Amat  60 tahun lalu! Ha Ha. (Tiada Kaitan)

*****************************************************************************************************************

Pelaksanaan & Perancangan.

A) Pelaksanaan.

1) Kompleks Saidina Ali.

Kompleks Saidina Ali

Kompleks Saidina Ali

Kompleks Saidina Ali

Fasa pertama Kompleks Perniagaan Saidina Ali telah siap sepenuhnya awal tahun ini. Projek ini telah dimajukan oleh Ali Homes yang beribu pejabat di Kota Bharu.

2) Masjid Ayesha.

Masjid Ayesha

Masjid Ayesha

Sebuah masjid baru di Kok Lanas yang diberi nama Masjid Ayesha terletak bersebelahan Kompleks Perniagaan Saidina Ali. Status projek telah mencapai 65 % dan dijangka siap penghujung 2011.

3) KFC & Pizza Kok Lanas.

KFC & Pizza Kok Lanas

KFC & Pizza Kok Lanas

Satu-satunya Restoran bersama (single outlet) KFC-Pizza terletak di Kok Lanas telah dibuka awal tahun 2011 dilokasi yang strategik di antara Ketereh dan Kok Lanas.

4) KFC Kota Bharu.

KFC Kota Bharu

Restoran KFC kedua (single outlet) di Kota Bharu selepas pembukaan pertama (single outlet) KFC Kubang Kerian hampir 2 tahun lepas. Dijangka siap sepenuhnya Oktober 2011 dan dibuka kepada umum akhir tahun ini.

5) Pembesaran HUSM Kubang Kerian.

Pembesaran HUSM

Sebuah Projek Kerajaan Pusat menempatkan beberapa buah blok baru telah memasuki fasa terakhir setelah dimulakan pertengahan 2010 lalu.
6) Pembesaran HRPZ II. 

Pembesaran HRPZ

Juga sebuah projek Kerajaan Pusat untuk menambah 4 blok tambahan baru telah bermula awal tahun ini dan dijangka siap Mac 2013.

Entri Terdahulu: Pembesaran HRPZ.

7) Pemanjangan Laluan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Pemanjangan Laluan LTSIP

Pemanjangan Laluan LTSIP

Projek pemanjangan Laluan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa telah memasuki 90 % pelaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya September 2011.

Entri Terdahulu: Pemanjangan Laluan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

8 ) Pasar Kota Jembal.

Pasar Kota Jembal

Projek Pembinaan Pasar Baru Kota Jembal yang bermula pada awal tahun ini telah memasuki 70 % pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya Oktober 2011.

Entri Terdahulu: Pasar Baru Kota Jembal.

9) Medan Selera Kota Bharu.

Medan Selera Kota Bharu

Sebuah projek Kerajaan Pusat di bawah JPP untuk membina sebuah Medan Selera di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV telah bermula Jun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2012.

10) Wisma SPRM. 

Wisma SPRM

Sebuah Wisma Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Sultan Yahya Petra telah siap sepenuhnya pada Julai 2011 setinggi 8 tingkat ini dimasukkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9). Harap tiada yang jatuh lagi disini.

11) Wisma PERKESO.

Wisma PERKESO

Sebuah Wisma Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Jalan Kampung Sireh telah siap dan beroperasi pada pertengahan 2010.

12)  Battuta Ville.

Battuta Ville

Artistik Battuta Ville

Projek pembangunan semula tanah milik Majlis Perbandaran Kora Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) serta tanah milik persendirian seluas 4,292 ekar di Batu 2, Jalan Kuala Krai ini meliputi beberapa komponen seperti bangunan kediaman, pusat perniagaan, taman rekreasi serta pembinaan 6 buah medan selera (food court) yang terdapat di seluruh dunia itu akan dilaksanakan mengikut senibina Islam. Projek ini dimajukan oleh Syarikat Alam Daya Maju Sendirian Berhad.

Entri Terdahulu: Batutta Ville.

13) Anjung Vista.

Anjung Vista

Artistik Anjung Vista

Pembinaan Anjung Vista Service Apartment ini telah 30% siap dan ia bakal menjadi mercu tanda kepada Bandar Satelit Kubang Kerian dengan ketinggian pengsapurinya 21 tingkat. Setakat ini pemajunya Gazriz telah menerima tempahan sebanyak 85 peratus bagi kesemua jenis-jenis apartmen yang disediakan. Anjung Vista Service Apartment mempunyai 251 unit pangsapuri dan satu unit lot komersial dua tingkat. Keluasan lot komersial sebanyak 5,100 kaki persegi dengan kos pembangunan dianggarkan RM39.9 juta.

Entri Terdahulu: Anjung Vista Apartment.

14) Pembesaran Hotel Perdana.

Pembesaran Hotel Perdana

Pembesaran Hotel Perdana

Artistik Pembesaran Hotel Perdana

Sebuah Projek Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk menambah-baik dan pembinaan blok bangunan baru Hotel Perdana 11 Tingkat dijangka siap sepenuhnya menjelang Februari 2012.

Entri Terdahulu: Pembesaran Hotel Perdana

15) Holiday Villa. 

Holiday Villa

Artistik Holiday Villa

Sebuah bangunan hotel 9 Tingkat bertentangan dengan Pasar Wakaf Che Yeh dimiliki oleh Holiday Villa dan dijangka siap sepenuhnya September 2011.

16) One Residence. 

One Residence

Artistik One Residence

Sebuah Kondominium di Jalan Paya Bemban – Cherang setinggi 24 Tingkat telah dimulakan pembinaannya Jun 2011 dan dijangka siap sepenuhnya April 2013.

Entri Terdahulu: One Residence Condominium.

17)  Apartment KB Sentral.

KB Sentral

KB Sentral

KB Sentral

Entri Terdahulu: KB Sentral.

18) Mydin Mall (Terbesar di Malaysia). 

Mydin Mall Tunjong

Sebuah pasaraya Mydin Mall yang terbesar di Malaysia terletak di Bandar Baru Tunjong sedang dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya Dec 2012.


19) New Shop-lots.

Unit di Jalan Kelochor

Unit di Jalan Wakaf Mek Zainab

Unit di Paya Bemban


B) Perancangan. 

1) Hotel Madinaturraudhah.

Tapak pembinaan Hotel Madinaturraudhah

Artistik Hotel Madinaturraudhah

Imej Satelit Lokasi Hotel Madinaturaudhah

Entri Terdahulu: Hotel Madinaturaudhah

2) Bayan Residency.

Bayan Residency

Artistik Bayan Residency

Imej Satelit Lokasi Bayan Residency

Terletak diantara laluan Kota Bharu – Panji, Pembinaan Bayan Residency dijangka akan dimulakan Ogos 2011 setelah proses untuk mendapatkan kelulusan selesai.

3) Perdana Residency.

Artistik Perdana Residency

Imej Satelit Lokasi Perdana Residency

Perdana Residency di Jalan Sri Cemerlang setinggi 23 Tingkat ini yang dimiliki oleh PKINK akan menempatkan lebih dari 250 buah unit dan kerja pembinaan dijangka akan dimulakan seawal Oktober 2011.

4) Ali Vista.

Ali Vista

Imej Satelit Lokasi Ali Vista

Pembinaan Apartment Ali Vista yang dimajukan oleh Ali Homes ini masih belum dimulakan sepenuhnya.

 5) Apartment PKINK.

PKINK Apartment

Imej Satelit Lokasi PKINK Apartment

6) ND Mutiara.

ND Mutiara Tower

Imej Satelit ND Mutiara

Servis Apartment setinggi 23 tingkat ini bakal dimajukan oleh syarikat ND Mutiara Realties Sdn Bhd syarikat milik penuh Bumiputra Kelantan. Lokasinya terlerak di jalan utama ke Taman tengku Anis Tanjung Chat. Tempahan telah mencapai 85% dan pembinaan dijangka akan dimulakan pada bulan April 2011 setelah mendapat Lesen Pemaju dan Permit Iklan. Kebanyakan pembeli adalah terdiri daripada korporat-korporat Kelantan yang berniaga di Ibu Negara.

7) Hotel 26 Tingkat di Jalan Sultan Yahya Petra (Tapak Stesen Bas SKMK)

Hotel 26 Tingkat

Hotel 26 Tingkat

Imej Satelit Lokasi Hotel 26 Tingkat di Jalan Sultan Yahya Petra

Pembinaan Hotel setinggi 26 Tingkat ini di atas tapak bekas stesen bas SKMK di lihat sebagai salah satu mercu tanda yang terbaru di Kota Bharu. Proses pemilik tanah telah selesai dan pembinaan dijangka akan dimulakan pada penghujung 2011.
8 )  Apartment di Jalan Che Su

Pelan

Artistik Apartment

Artistik Apartment

Imej Satelit

Sebuah lagi pembinaan yang akan menambahkan lagi seri di tepi Sungai Kelantan. Terletak di antara Jalan Che Su dan Jalan Gajah Mati, Apartment ini bersebelahan GR Hotel (Grand RiverView), dan sekarang, ia dalam proses untuk mendapatkan tanah yang menempatkan lebih dari 50 buah rumah-rumah dan setinggan di tepi Sungai Kelantan. Menurut sumber, pemilikkan tanah sudah mencapai 30% iaitu ia akan bermula dari sebelah LIDO (lama) hingga Off Jalan Gajah Mati berhadapan Jalan Sultanah Zainab.


9) An-Naim Resident.

An-Naim Resident

Imej Satelit Lokasi an-Naim Resident

Pembinaan dijangka akan dimulakan pada pertengahan tahun 2012 setelah Taqwa Point di hadapan An-Naim Resident yang akan siap sepenuhnya menjelang Mei 2012.

10) Airport City.

Airport City

Airport City merupakan suatu pelan perancangan jangka panjang oleh MPKB-BRI meliputi tanah seluas 200 ekar di hadapan Pantai Sabak dan menghadap Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Suatu perancangan selepas projek-projek di Lembah Sireh dan Pasir Tumboh ini siap sepenuhnya.

Lain-Lain:

1) Pembangunan Lembah Sireh. (Kota Bharu Waterfront)

2) Bandar Satelit Pasir Tumboh. (Kota Tok Kenali)

3) Kompleks Pejabat Kerajaan Bandar Darulnaim. (Bandar Baru Tunjong)

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

July 24, 2011 at 12:51 PM

Posted in Infrastructure

53 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. salam..ismail,masjid baru kok lanas tu dana dari kerajaan negeri ko pusat?lawa design dia bagi kawe..tambah2 plok ad 4 menara meme lawa..huhu..

    kawe rasa demo ad tertinggal so lagi projek apartment dlm perancangan iaitu cityview apartment sebelah bank islam dekat simpang langgar dgn de muara residence lembah sireh..huhu

    chaom

    July 24, 2011 at 10:18 PM

    • milik negeri. dana derma dari dermawan.

      Muhammad Ismail Ibrahim

      July 25, 2011 at 6:12 PM

      • saya penduduk asal kok lanas, dan sertahu saya…masjid ayesha tu tiada kaitan dengan kerajaan negeri atau kerajaan pusat, masjid tue milik persendirian iaitu bekas ahli parlimen.

        Asraf

        November 16, 2011 at 6:15 PM

      • ambo komen doh sini…..demo delete ko???? masjid ayesha tu xdok kaitan dengan negeri or pusat…. it’s belong to bekas ahli parlimen kok lanas ok…..get ur information right before u answer something…..this kind of answer will make people more confuse……

        Al Ghazali

        November 19, 2011 at 10:39 PM

    • sebab itu ambo masukkan dalam post nie, meme lawa. meh2 masjid kampung laut versi modern ^_^ satu lagi masjid baru bina kat palekbang, lagi lawa dari masjid ni. xsempat shoot gmbar. huhu

      Muhammad Ismail Ibrahim

      July 25, 2011 at 6:17 PM

      • boh masjid baru palekbang tu namo gapo?siap doh ko loni sbb di pasir pekan tengah wat masjid baru jugak..

        chaom

        June 17, 2012 at 11:19 PM

  2. not bad Airport City tu kan……yg bestnye dekat tepi laut…..ocean view gitu….

    kairul

    July 25, 2011 at 12:51 AM

  3. wordpress ni buleh bukok mato ore luar hok kato klate mundur…
    buleh tgk byk pembangunan hok tgh & akn dibuat…
    mace2 ado…

    hilmiAziz

    July 30, 2011 at 8:21 PM

  4. salam,
    tahniah diatas maklumat ini. sy sungguh menghargai blog saudara.

    banyak lagi projek akan dilaksanakan oleh swasta iaitu tok bali port rm5.4b, petroleum pipeline usd2.4b, hotel and service aptmt and water theme park di pantai irama bachok, mix dev. taman chitawangsa di bandar k.krai,bandar sukan bukit merbau.

    lepas tu di ltsip ada asia pacific flgt trning, ada westas aviation- hub lojistik bg o&g di south china sea.

    bandar baru pasir mas.

    kalau ada lg ambo royat..

    sekian

    tq

    ismail nazwan

    August 1, 2011 at 1:25 AM

  5. Assalamualaikum.
    Terima kasih atas keprihatinan saudara atas pembangunan di negeri Kelantan. Sebagai salah seorang rakyat Kelantan, saya amat berbangga dengan kemajuan negeri Kelantan. Kelantan bukanlah semundur seperti yang dihebah-hebahkan oleh pihak media. Kita lebih kenal negeri kita sendiri.
    Walau bagaimanapun, saya agak terkilan melihat projek terakhir yang bersebelahan dengan GRV hotel. Pembangunan itu merupakan satu perubahan positif, tapi, saya ingin mengetahui. Bagaimanakah nasib mereka yang mendiami kawasan itu? Adakah mereka perlu bepindah ke tempat yang baharu? Adakah terdapat perkataan ‘DIUSIR’ nanti? Adakah kerajaan negeri/pihak pemaju akan menyediakan tempat tinggal untuk mereka? Saya faham projek ini masih dalam fasa perancangan. Ini hanyalah perancangan.
    Cuma satu sahaja keprihatinan saya pada isu ini; status penduduk kawasan yang terlibat. Harap kebajikan mereka tidak terabai.

    Mohon juga sekiranya saudara dapat melihat laman sesawang ini. http://live.dikelantan.com/2011/07/19/kelcheff-gagal/
    Laman sesawang ini menilai negeri kelantan secara objektif. Mungkin ada sesetengah artikel dianggap berat sebelah, namun, bagus sekiranya isu-isu yang dibangkitkan oleh penulisan penulis ini dapat dijadikan panduan ke arah pembangunan negeri Kelantan yang lebih baik. Insya Allah.

    Terima Kasih.

    Rahman Abdullah

    August 13, 2011 at 2:04 PM

    • insya-allah, ambo nak terima kasih atas cadangan Tuan Rahman dan ambo akan berbaiki mutu penyampaian ke arah yang ke arah yang lebih telus dan saksama. Tanah projek terakhir yang bersebelahan dengan GRV hotel itu adalah tanah majlis yang dihuni lebih 100 tahun. cuma majlis perlu menyediakan rangka dan pelan pemusatan penempatan baru untuk mereka supaya mereka tidak dianggap diusir. notis telah diberikan berbulan2 yang lalu, tetapi penduduk disitu tidak mengendahkannya.

      Muhammad Ismail Ibrahim

      November 1, 2011 at 12:30 PM

      • Tanah di jalan che su ini adalah melibatkan tanah pusaka keluarga saya. Ianya adalah miliki individu dan bukannya milik majlis. Apa yang menjadi persoalannya kenapa pengambilan tanah di sini tidak mengikut harga semasa? Jika ianya untuk kemudahan awam boleh di pertimbangkan tetapi secara terang-terangan adalah untuk tujuan komersial. Pihak pemaju menawarkan harga 50 peratus lebih rendah daripada harga pasaran dan ungut tuan tanah untuk membawa kes ini ke makamah jika tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan. Tentu sekali kami tidak bersetuju dengan harga tersebut dan sanggup ke makamah untuk menuntut hak kami.

        Adakah demi kemajuan sanggup ‘DIUSIR’ tuan tanah? siapa yang akan mendapat laba yang besar daripada projek ini? Harap kerajaan negeri menilai permasalahan kami dengan teliti.

        Lebih kurang 3-5 tahun lepas ada ‘orang besar’ dari MPKB untuk membeli tanah keluarga saya dengan harga 8 kali lebih rendah daripada harga semasa. Malah mengungut kami untuk mendenda kami jika tidak menerima tawaran tersebut atas alasan membuat pengubahsuaian rumah tanpa kebenaran pihak MPKB.

        Persoalannya kenapa ‘orang besar’ ini beriya-iya untuk mendapatkan tanah kami? Jelas sekali dia telah mengetahui lebih awal tentang pembangunan tanah ini dan cuba untuk mendapatkan dengan harga yang lebih rendah agar mendapatkan laba yang besar daripada jual-beli tanah ini pada hari ini.

        cayrul

        November 20, 2011 at 1:19 AM

  6. Salam,

    memanglah ramai rakyat kelantan kaya raya di luar kelantan. tengok saje lah restoran2, gerai2,perniagaan2.. semua dikuasai oleh orang kelantan
    Sebab apa?
    Sebab negeri sendiri mundur, tak maju, peluang pekerjaan terhad.
    Setelah bertahun2 mencari rezeki di negeri orang tak mustahil lah, sekarang kelantan mula membangun..

    saya bukan anti-kelantan, tapi itulah..dimana2 je ada orang kelantan, lemass!

    protonizer

    September 8, 2011 at 10:47 AM

    • helo protonizer…mu ni mata tak berapa celik la…tengok kl bila raya…tengok jalan mana yang jem …utara selatan pun jem timur pun jem… kl kosong orang balik kampung bukan ke kelantan saja… negeri2 lain pun sama banyak…

      greenbottle

      September 10, 2011 at 12:03 PM

    • salam…
      sbb ape ade org klntan ade d mane2?????
      sbb drang berusaha untuk mjukn diri sndri,bkn “ktak bwah tempurung” y tkut nk idup di tmpt org…
      org y xse tubik dri ngri sndri tu tkut u mnghadapi risiko…
      sape bantu sape ni kwan….huhu
      salam~~

      hamba ALLAH...

      November 16, 2011 at 1:07 PM

      • klu ado button like kawe teke dh ni atah komen demo..hihi

        sek kito

        November 16, 2011 at 9:57 PM

      • setuju. org lua suka kutuk qlate, tpi yg plk lgi benci bila dpat kije qlate x mo kuar lak. sbb tu org qlate mcm saya ni x dpt blk berbakti pda ngri sndri. huh.

        saya

        November 16, 2011 at 10:31 PM

    • org klate ney suke hdup mncbar bia tmpat ore pon dio bleh hidup..tp ore lua ado ko g tu? protonizer demo bkan bodo tp xbapo cidik jah kcek g tu….

      can

      November 16, 2011 at 2:49 PM

    • naper nak marah2 plak lau ore kelate ada kat mana2 jer?
      itu tndanya orng kelate suka berhijrah….n rmai syarikat2 yng luar ngeri kelate suka ambik diorng kerja….jadi xslahkan…lau xsuka blik negeri sndiri n xpyah g negeri orng lain…rsnya mna2 negeri pun rmai juga orng dri ngeri lain tapi mgkin xnmpak sngat, org kelate ni orng cpat knal coz dialek xtnggal xkira g mna pun…..

      siti

      November 16, 2011 at 6:13 PM

    • ni bermakna jugak org klntn xtkt nk merantau n mencuba nasib kt mana saje….bumi allah luas,kita manusia kalifah, elok la digunakan smua kurniaan dgn sebaik nye….org islam gak disaran kan bnyk kn zuriat,utk ape?mantap kn dan sebarkan islam….xda slh nye kan ramai zuriat yang boleh kembang kan ekonomi dgn skil yg meluas…..itulah kebanggaan KELANTAN…..jgn lemas, contohi je….walau org dok mengata,kelantan xkata ape cuma trus kn menyumbang idea,syukur ngn ape yg allah bg n share dgn smua….wallahu’alam….

      yaniey

      November 16, 2011 at 7:33 PM

    • bila ramai orang kelantan yg sememangnya orang melayu islam saudara lemas..tp bila kaum lain yg ramai menguasai ekonomi negeri saudara tidak pula dipersoalkan..inilah hakikat orang islam di malaysia..sikap PHD tinggi sangat..dan x kena tempat..

      chaom

      November 20, 2011 at 10:33 PM

  7. hotel perdana mmg cantik..276 room..5 star

    Tengku Faris

    October 19, 2011 at 11:55 PM

  8. Tahniah Abi Husna, molek post awak di FoKS. Apabila kita maju kedepan, sesekali kena tengok dibelakang. Sebenar orang Kelantan maju.Pada saya maju dan mundur tidak ada titik mula dan titik akhir.

    Abdulmajid Hjyahya

    October 23, 2011 at 10:08 AM

  9. assalamualaikum…..timo kasih bnyok la ko abg ismail atas photo2 menarik berkenaan kelntan td…tuah rasa jd anak kelantan tamboh pulok n di pimpin oleh golongan ulama pahtu raja pulok jiwa rakyat….biar miskin dunia jgn miskin akhirat….biar buto mato jgn buto hati….tuah sgt doh rakyat kelntan….sapo2 hok kato kelantan mundur…mari kawe ajak g melawat di borneo n…..tgk sapo ag mundur….ambo buleh tgk dalam gmbr gn jah negeri kesayangan ambo n…..apa2 pon.tahniah kepada tuan guru sebb banyak membimbing ratyat dn negeri……………..sokong kepimpinin ulama…………..

    sanin

    November 16, 2011 at 11:18 AM

  10. tp mydin mall kat tunjong org kata PAVILLION?betul ker???

    iesta

    November 16, 2011 at 2:41 PM

  11. banyak hak pusat nih….

    jj

    November 16, 2011 at 3:53 PM

  12. tinggal satu bnde jh ore kelate kito keno ubah. bnde ni saen2 ambo hk bdk2 luar pn ado sebut. kade2 mari panas palo jgk, tp gk kno terimo hakikat la jgk. pasal kebersihan negeri kito. saen ambo kato kato dio suko mari krlate tp gk hk dio x suko kelate kito kotor. kalu bulih uboh hok tu gk,,nescayo bertamboh maju kelate kito. InsyaAallah.🙂

    Afiq

    November 16, 2011 at 3:57 PM

  13. tp nampaknya semua pembangunan byk di KB jah…sekali sekala saya balik dan gi pasar besar pasir mas…sedih pulak tgk…dok lagu tu jah jak saya sekolah sampai la anak 3 doh loni…tp tanah merah byk nampak pembangunan…

    en aziz

    November 16, 2011 at 4:05 PM

  14. Assalamualaikum……
    berbanyak tima kasih kpd saudara Muhammad Ismail dgn gambar2 dam info yg disediakan. Kalu ikut kae info tu semua pembangunan tu di pusat bandar spt di KB, K.K P.Mas dan K.Krai……. bagaimane plak pembangunan di kws luar bandar dan pendalaman?……boleh bg info dan gambar ke…..nak tahu jgak muga kita duk jauh ni gak………tk.

    portneed

    November 16, 2011 at 4:35 PM

  15. ore klate ni ibarat ore cino ,
    kalu sep2 demo tgk ore cino d sluruh plusuk dunio ,
    di tnh arab pon ore cino ado .
    ore klate pon lagu tu jgk acu g ita sumo 14 negeri d malaysia ,
    sumo negeri mesti ado ore klate .
    sbb apo ? sbb ore klate panda carik pluang .
    buke po ore negeri lain , buke nk ngato .
    tp gak ore negeri lain agah . kato gitu la kato gini la . oh jeng!

    ARAF

    November 16, 2011 at 5:04 PM

  16. salam..jgn lupo selit2kn jgk rncangan2 hok krajaan pusat nk buat ko klate kito deh..tunjuk la etek kito ni tdk di anak tirikn sprtimano hok rama ore kato..salam maju jaya kelate kito

    wau bule

    November 16, 2011 at 5:49 PM

  17. SYUKURNYO negeri berkat negeri kelate… busuk ati kerajaan BN prnah kata dulu kelate dlm gerhana… baso mulut jht

    Nik Luqman Nurhakim

    November 16, 2011 at 7:50 PM

  18. salam..mohon dshare post ni di blog saya..
    mintak boleh disharekan🙂

    يورحامي يوسف

    November 17, 2011 at 12:59 AM

  19. Saya ada melawat Negeri Kelantan tahun lepas, last balik kampung masa darjah 6 dan dtg balik bercuti ke kelantan pada umur 23 tahun dan dtg balik ke kelantan pada umur 25 tahun. Memang banyak berbeza sungguh negeri Kelantan. Rasa aman dan tenang aja di negeri yang penuh sentiasa solat berjemaahnya.Bangunanpun dan jalan raya, jambatan dah terlalu banyak sngt pembangunan dan perubahan. Rumah2 kediamanpun kebanyakkan macam istana. Untuk makluman saya bukan org kelantan .Saya anak jati Negeri Pahang. Tapi kalau ada org ckp negeri kelantan miskin, tentu anda org yang kaya raya, so boleh datang ke negeri kelantan untuk shooping, melabur dan berjalan2, tidur di hotel 5 bintang di kelantan, menyaksikan sendiri hakikat kehidupan dan pembagunan di negeri kelantan tu. So..banyak berjalan luas pemandangan.

    berduri mawar putih

    November 17, 2011 at 10:18 AM

  20. sebahagian dari rancangan pembangunan tu dibuat oleh kerajaan pusat dan badan berkanun! kalau orang kelantan berpuas hati dengan apa yang mereka ada alhamdulillah! keka
    dang manusia tak tahu pun apa yang mereka terlepas! Ignorance is a bliss sometimes!

    shukree

    November 17, 2011 at 4:15 PM

  21. bangga ase jd rakyat klate..wlau ape pom demo duk ngato…skurang2nye kelate insyaAllah xdop dbnjiri dgn tempat2 maksiat…ALHAMDULILAH..

    sueisdarkgurl

    November 17, 2011 at 6:15 PM

  22. takbir

    Tony Jaa

    November 17, 2011 at 6:36 PM

  23. unit di paya bemban. nama tempat tu bukan paya bemban tapi cherang.

    sobri

    November 18, 2011 at 2:16 PM

  24. Salamwarahmatullah… syukran ats info2 yg diberi ni.. rasa bangga bila jd anok jati kelate.. =)
    skang ni kelate mmg amat maju… seiringn dengan kemajuan Islam di negara ni.. ikut la ore luar nk kata kelate mundur (sbb pd mereka mundur mereka pd hiburan) jd x rugi rasanya klu kita mundur dlm hiburan yg trlampau.. selagi mana dpt jaga hati kita..ore2 kito..
    tiap kali kelik kelate.. sy makin pening jalan2 kt kelate.. x leh kluar sorg2 dh skang..nnt sesat jalan..jalan mcm kt kuala lumpur dh.. hehe dlm hati ” Ya Allah… kalaulah mereka2 di luar sana datang lihat sndiri dgn mata kepala diorg apa yg dh berlaku dgn kemajuan kt kelantan skang di bawah pimpinan Ulama..pasti mereka terdiam” (I LOVE KELATE) =)

    Wardatul

    November 18, 2011 at 2:23 PM

  25. Maaf lah nok komen..ni ore kato indah khabar dari rupa..ambo ore kelate ambo tahu la.. di KB sdiri bersepah lg kedai2 atau rumah2 kampung hok dop standard.. projek hok kat atah ni buleh kiro dgn jari jah, tu pun xsiap lg dan kebanyakan baru jah siap.. tgk disepanjang jln KB-Machang sudoh..xsoh tgk di sepanjang jln Machang-gua Musang lah.. tgk dlm google maps pun dah buleh banding dgn negeri lain..

    Dari segi kijo plok, acu bui contoh kompeni gapo di Kelate hok buleh offer fresh grad engineering hok gaji lebih rm2,500?? no wonder kebanyakan bijok pandai anok negeri Kelate terpaksa kijo kat luar negeri.. ambo anok Kelate sedih terpaksa merantau sbb nok cari rezeki lebih sikit..

    ut

    November 18, 2011 at 4:00 PM

    • setuju dgn demo…bukan nyo kawe anti kelate…tp buka la mato sikit…ramai anok kelate…lepas grad jah…keno kijo luar kelate….sbb negeri sendiri xdok peluang pekerjaan….

      Kelate

      February 4, 2012 at 12:46 AM

  26. ambo sangat2 berbanggo menjadi rakyat Kelantan…Sama-sama kita memartabatkan Kelantan di mata dunia

    Muhd NasrulAzim

    November 19, 2011 at 8:15 AM

  27. LIHATLAH DUNIA…..BETAPE MAJUNYE KELANTAN!

    azpexs

    November 19, 2011 at 11:47 AM

  28. kelate terbaik lah..tuoh sy lahir cni…
    demo nk kato gapo pom ikutlah…
    TAKBIR!!!

    hamba ALLAH...

    November 20, 2011 at 10:44 PM

  29. KOK LANAS…..TEMPAT AMBO DILAHIRKAN…BERTUAH SUNGGUH BERASO…

    Zackhy Sfera

    November 26, 2011 at 1:07 PM

  30. ya..la org kelate g sbelah luar2 sebab d kelate penuh ngan org thai buke kedai senenya org luar mari bisnes d malaysia kaya raya wat banglo d thailand….org kelate g cari alah luar2..tingal kg…..

    nanie nie

    August 26, 2012 at 9:13 AM

  31. ya..la org kelate g sbelah luar2 sebab d kelate penuh ngan org thai buke kedai senenya org luar mari bisnes d malaysia kaya raya wat banglo d thailand….org kelate g cari alah luar2..tingal kg…..org thai jadi tokey org tepatan jadi koli

    nanie nie

    August 26, 2012 at 9:17 AM

  32. semoga kelantan maju

    ismail mat daud

    July 20, 2013 at 7:25 PM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: