The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Kelantan & Ramadhan | Episod I : Badri Radzi.

with 21 comments

Mohd Badhri Radzi | Piya

al-kisah dari tangga Masjid Muhammadi, salah satu masjid tertua dan tersohor di Kelantan. Masjid yang pernah dikeluarkan artikel tentangnya sebelum ini. Tidak lain melainkan al-kisah seorang pemain bola sepak Kelantan, atau dalam bahasa politik komersialnya, The Red Warriors, pemain yang baru sahaja mendapat cap pertama bersama skuad kebangsaan Harimau Malaya menentang kelab Liga Inggeris, Chelsea,  juga seorang kapten di tengah padang Stadium Sultan Muhammad IV, al-kisah pemuda ini dengan kerja amalnya di luar kotak penalti. Tidak akan di paparkan oleh Sinar Harian mahupun Kosmo! melainkan The Kelantan Times. Suatu petang Ramadhan apabila matahari menanda Asar sudah mengetuk pintunya, maka bersolatlah seluruh manusia di dalamnya. Pernah juga terkadang itu melihat kelibatnya solat berjemaah Asar & Isya’, kerana dikatakan rumahnya berhampiran dari sini. Usai solat, terduduk ditangga sedang membelek-belek helaian nashkah al-Quran yang berada dalam genggaman, maka, secara kebetulan terlihat pula nama pemilik yang mewaqafkan al-Quran tersebut.

Jika dilihat serampang dua mata, modus operandi-nya samalah seperti Frederic Kanoute, pemain kelahiran Mali yang berkelana di Sevilla, kelab La Primera Liga Sepanyol dengan kerja amalnya sebagai seorang Muslim. Kanoute telah membeli sebuah masjid untuk masyarakat di Sevilla untuk menyelamatkannya daripada ditutup, cerita Badhri Radzi tidaklah sehebat Kanoute, tapi ia cukup untuk membuka mata kita untuk beramal tidak kira siapa kita akan statusnya. Mohd Badhri Radzi atau Piya telah membeli puluhan naskhah al-Quran untuk diwaqafkan kepada jemaah Masjid Muhammadi Kota Bharu. Satu usaha yang baik dari seorang pemain bola sepak, bah kan seorang kapten contoh anak tempatan di atas padang. Namun, usahlah dinilai melalui sumbangan material semata-mata, apa yang nampak dimata tidak sama yang terbit dihati, kerana keihklasan dalam memberi itu lebih mulia dari material yang disumbangkan, samalah seperti 10 Sen yang ikhlas lebih baik dari 1 Ringgit yang riak. Tapi, Badhri Radzi : Seorang kapten contoh !

Senashkah al-Quran

 

Senashkah al-Quran

 

Bila terlihat kepada pemilik al-Quran yang diwaqafkan ini..

 

Tetuan Piya, Mohd Badhri Radzi

 

Masjid Muhammadi

TINGKATKAN AMALAN KITA DIBULAN YANG MULIA INI.
…SALAM RAMADHAN 1432H.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

August 7, 2011 at 1:01 PM

Posted in News

21 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. respect untuk piya dariku

    cikli

    August 9, 2011 at 6:39 AM

  2. itu lah Piya…pernah sekali di wisma FAM melihat skuad Msia blatih sblm game dgn Chelsea, kebetulan waktu tu, coach buat frenly game, mula pukul 3…habis game+training dh kul 7…ingatkan dpt jumpa player2 tmasuk Piya, btanya khabar, tgk2 lorat balik ke bilik….lps tu br dpt tahu rupanya lorat nk smaye asar sbb lewat benar doh…

    Ad

    August 13, 2011 at 11:25 PM

  3. izin share deh, kredit to kelte times n penulih =)

    rasheeq

    August 19, 2011 at 12:36 AM

  4. caya lah my brother…..gooooodd……abe piya meme baek….

    iman rayyanhan

    August 19, 2011 at 9:26 PM

  5. i know him…congrats piya….. teruskan amalan ni….aminn…

    Ana Qlate

    August 21, 2011 at 12:08 PM

  6. piya..nk kt sy peminat no 1 piya..sapolah sayo..
    tp hok sayo bleh jamin sy akn cuba jadi peminat no 1 piya aka badhri radzi sokmo…
    sy ni baru jah mnat tgok bola dari 2 tahun lepas…minat red warriors of course…
    piya, maso piya tibo2 x main untuk kelate ari 2 , sy tertanyo2 bakpo..rupo2 nyo nk kno berehat dulu..start ari2 la sy minat piya…

    piya nonie

    September 20, 2011 at 12:30 PM

  7. piya sy xtaw betul ke dok..tp, dlm wikipedia tulis birthday piya ari nie eh….happy birthday…

    piya nonie

    September 20, 2011 at 12:31 PM

  8. alhamdulillah…

    Mijah

    September 20, 2011 at 12:38 PM

  9. mohon share🙂

    ammar

    December 2, 2011 at 7:13 PM

  10. meme terbaik!!! sy meme mnat sgt k0 piya nie..mnat do’oh nah!! meme piya takkn hile dlm hati sy..hehe.. =) l0ve u always piya..

    Ehan

    December 6, 2011 at 1:58 PM

  11. piya….piya…harap2 bleh d teruskan…

    love piya

    January 2, 2012 at 3:48 PM

  12. Nitis air mato baco nie..moga piya berkati n d murahkn rezeki

    epul

    May 20, 2012 at 9:33 PM

  13. Alhamdullillah..aku bersyukur kerane dapat seorang kapten yang baik lagi pemurah..semoga rezeki beliau bertambah dan berkat dalam kerjaya beliau..aminn

    muhammad

    July 19, 2012 at 2:01 PM

  14. mne2 pom kte duduk..
    atas ko bawah ko…
    Allah s..w.t la hok tolong kito….

    amerah

    July 19, 2012 at 2:18 PM

  15. Hampir2 nok nitik air mata. Ore po piya wat ada nama, dkenali pn mrendah diri dgn Allah, kt konon2nya cbuk nk g jemaah sx smggu pn susoh…

    pizah

    July 19, 2012 at 3:02 PM

  16. kemah ore jale baye..

    fauzi

    July 19, 2012 at 6:09 PM

  17. sykurla..mga a.piya dberkati.amin. go.go.go.a.piya.

    nurhayu

    September 20, 2012 at 7:20 PM

  18. piya truskn usha anda …….i always support u..

    tykah

    September 30, 2012 at 4:28 PM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: