The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Inilah masanya, Sultan Muhammad V.

with 2 comments

Sultan Muhammad V di Majlis Mesyuarat Raja-Raja baru-baru ini.

Bismillah, junjung kasih dan tahniah daripada saya rakyat marhean keseluruhannya kepada Sultan Kelantan Malikussoleh, KDYMM Sultan Muhammad ke V yang baru sahaja dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang diPertuan Agong, semoga Allah SWT melimpahkan keberkatan dan kesejahteraan yang berpanjangan buat KDYMM Tuanku al-Sultan Kelantan. Allahuakbar!

Inilah masanya, inilah masanya yang ditunggu-tunggu rakyat Kelantan khasnya & Malaysia secara umumnya ingin melihat seorang Sultan berjiwa rakyat bergandingan dengan seorang Sultan berjiwa Islamik kesayangan rakyat jelata. Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya Jumaat (14 Oct 2011) bersetuju mengisytihar Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa pada 13 Disember manakala Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru bagi tempoh sama.

Almarhum Sultan Yahya Petra

Rakyat ingin melihat kelainan corak pemerintahan untuk tempoh 5 tahun seterusnya. Semoga sinar roh Islamik al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dapat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Untuk rekod, Sultan Kelantan pertama yang dilantik ke jawatan seumpamanya ialah Sultan Yahya Petra pada 21 September 1970  hingga 20 September 1975 sebelum ditabal sebagai Yang Dipertuan Agong ke-6 pada penggal berikutanya. Ketika Sultan Yahya Petra dilantik menjadi Timbalan Yang di Pertuan Agong, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ditabal sebagai Yang di Pertuan Agong ke-5 dari tarikh yang sama. Perkara sama berulang hampir 30 kemudian apabila cucunda baginda, Sultan Kelantan, Malikussoleh Sultan Muhammad ke-V bakal sekali lagi digandingkan dengan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mana bakal memegang jawatan Yang di Pertuan Agong kali kedua dalam sejarah pelantikan Yang di Pertuan Agong di Malaysia.

Sebelum ini, Sultan Kelantan yang pertama dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong ialah Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim merupakan Yang diPertuan Agong ke-6 dari 21 September 1975 hinggalah kepada kemangkatan baginda pada 29 Mac 1979. Bahan bacaan terdahulu berkenaan pemerintahan Sultan Yahya Petra disini.

Sultan Muhammad ke-V bakal dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang di Pertuan Agong pada Disember nanti.

Sejarah tercipta pada 4 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010 Di Balai Rong Seri Istana Balai Besar Kota Bharu Sultan Kelantan yang ke-29, Sultan Muhammad Faris Petra dimasyhurkan. Baginda dengan serentak menggunakan nama Sultan Muhammad Ke-V sebagai nama rasmi. Rakyat Kelantan gembira diatas pemasyhuran Tuanku! Serentak dengan itu juga, Tarikh sambutan hari keputeraan yang baru telah diwartakan pada 11 & 12 November menggantikan tarikh sambutan tahunan pada 30 & 31 Mac sebelum ini. Disamping itu juga,  penggantian seruan “Daulat Tuanku” kepada seruan “Allahu Akbar” telah dibuat menggambarkan baginda seorang yang mementingkan sifat kekhalifahan yang mendaulatkan keesaan Allah sebagai kuasa mutlak.  Allahu Akbar!  Allahu Akbar!  Allahu Akbar!

Inilah bakal Timbalan Yang di Pertuan Agong kita ! 

Sultan Muhammad V dengan 'pakaian rasmi' Baginda.

Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

October 15, 2011 at 12:10 PM

Posted in News

2 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. Allahu Akhbar!

    abahaman

    October 17, 2011 at 8:10 AM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: