The Kelantan Times

Writer of Life

Archive for November 2011

Sinar Islam dari Istana Kelantan.

with 3 comments

Foto-foto sempena Majlis Hari Haul AL-MARHUM SULTAN MUHAMMAD IV, SULTAN ISMAIL IBNI AL-MARHUM SULTAN MUHAMMAD IV, SULTAN IBRAHIM IBNI AL-MARHUM SULTAN MUHAMMAD IV DAN SULTAN YAHYA PETRA IBNI AL-MARHUM SULTAN IBRAHIM bagi tahun 2011 yang telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Istana Negeri pada hari Khamis,  3 November 2011.

Hari Haul di Istana Kelantan

Ketibaan KDYMM Sultan Muhammad V

Tetamu yang hadir.

Turut diundang adalah pelajar-pelajar tahfiz.

...

KDYMM Sultan Muhammad V bersalaman dengan para pelajar tahfiz.

KDYMM Sultan Muhammad V menitahkan sesuatu kepada adinda baginda, Tengku Muhammad Faiz Petra.

SULTAN-SULTAN TERDAHULU.

Almarhum Sultan Muhammad IV

Almarhum Sultan Ismail

Almarhum Sultan Ibrahim

Almarhum Sultan Yahya Petra

Belum pernah saya melihat sesebuah Istana begitu dekat dihati rakyat jelata. Sejak perginya zaman Khilafah-Khilafah terdahulu hingga sekarang, Istana tidak lagi memainkan peranan yang aktif sebagai hub Islam. Kecuali, jika diselak kembali lembaran sejarah Kesultanan Kelantan, Sultan Muhammad II adalah perintis syiar Islam yang pertama di dalam institusi raja di Kelantan. Setelah hampir 200 tahun, barulah usaha-usaha baginda dihidupkan kembali oleh keturunan baginda, Sultan Muhammad V. Suatu perkara yang saya ingin perkatakan ialah, apabila nama rasmi Sultan Muhammad digunapakai semula setelah ditinggalkan oleh 4 Sultan terdahulu, saya dapat merasakan bahawa sesuatu yang istimewa terdapat pada diri baginda. Kesolehannya hasil tarbiah ulama’ lewat 80-an dahulu telah membuahkan hasil. Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah bin Abdul Rahman (mudir Pondok Lubuk Tapah), Tuan Guru Haji Hashim (pengasas Pondok Pasir Tumboh) pernah dihantar ke Istana untuk memberi pendidikan agama secara langsung kepada baginda. Natijahnya, apa yang rakyat dapat lihat pada hari ini adalah kemesraan baginda disulami nilai2 Islam yang tersemat dihati baginda, dan apabila terpandang rakyat jelata kepada sifat2 yang dimiliki oleh seorang Sultan ini, lantas hati mereka terus mengingati Allah sebagai Rabb al-Jalil. Itulah semulia-mulia Raja dan Sultan, manusia yang mengagungkan Raja yang sebenar. Allahu Akbar!

Foto ihsan Nik Khairul (Koleksi Kelantan, Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan).


Written by Muhammad Ismail Ibrahim

November 22, 2011 at 8:17 PM

Posted in Events

Sultan Muhammad V & 11/11/11.

with 3 comments

Sambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V

Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Malikussoleh Sultan Muhammad V

&

Kehidupan Tuanku akan bertambah indah serta lebih ceria jika diserikan dengan kehadiran seorang ratu.

Kami berdoa agar Tuanku bertemu jodoh yang terbaik sebagai gandingan Tuanku untuk menaungi negeri ini.

“Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung”

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

November 15, 2011 at 11:54 AM

Posted in News

Malam-Malam Kota Bharu.

with 4 comments

Selepas menghirup secawan teh tarik, sepinggan roti bakar dan telur separuh masuk di White House Coffee berhadapan Masjid Muhammadi, selepas berbual dengan pemiliknya, Siow Boon Suan, rasanya tidak lengkap jika tidak mengambil foto ‘malam-malam Kota Bharu’, bersiar-siar seorang diri di Bandar Kota Bharu disulami hujan renyai-renyai basah bertemankan EOS Canon sebelum tengkujuh yang bakal kunjung tiba 2 atau3 minggu dari sekarang. Jam ditangan menunjukkan jam 11 malam dan inilah kerja overtime ! ha ha.

Dataran al-Quran

 

Dataran al-Quran

 

Masjid Muhammadi

 

Menara Jam Bulatan Tuan Padang.

 

Jalan Temenggong

 

Ohh.. Malam yang sungguh tenang di Bandar Kota Bharu sebelum tengkujuh yang bakal kunjung tiba.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

November 1, 2011 at 1:30 AM

Posted in History