The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Sinar Islam dari Istana Kelantan.

with 3 comments

Foto-foto sempena Majlis Hari Haul AL-MARHUM SULTAN MUHAMMAD IV, SULTAN ISMAIL IBNI AL-MARHUM SULTAN MUHAMMAD IV, SULTAN IBRAHIM IBNI AL-MARHUM SULTAN MUHAMMAD IV DAN SULTAN YAHYA PETRA IBNI AL-MARHUM SULTAN IBRAHIM bagi tahun 2011 yang telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Istana Negeri pada hari Khamis,  3 November 2011.

Hari Haul di Istana Kelantan

Ketibaan KDYMM Sultan Muhammad V

Tetamu yang hadir.

Turut diundang adalah pelajar-pelajar tahfiz.

...

KDYMM Sultan Muhammad V bersalaman dengan para pelajar tahfiz.

KDYMM Sultan Muhammad V menitahkan sesuatu kepada adinda baginda, Tengku Muhammad Faiz Petra.

SULTAN-SULTAN TERDAHULU.

Almarhum Sultan Muhammad IV

Almarhum Sultan Ismail

Almarhum Sultan Ibrahim

Almarhum Sultan Yahya Petra

Belum pernah saya melihat sesebuah Istana begitu dekat dihati rakyat jelata. Sejak perginya zaman Khilafah-Khilafah terdahulu hingga sekarang, Istana tidak lagi memainkan peranan yang aktif sebagai hub Islam. Kecuali, jika diselak kembali lembaran sejarah Kesultanan Kelantan, Sultan Muhammad II adalah perintis syiar Islam yang pertama di dalam institusi raja di Kelantan. Setelah hampir 200 tahun, barulah usaha-usaha baginda dihidupkan kembali oleh keturunan baginda, Sultan Muhammad V. Suatu perkara yang saya ingin perkatakan ialah, apabila nama rasmi Sultan Muhammad digunapakai semula setelah ditinggalkan oleh 4 Sultan terdahulu, saya dapat merasakan bahawa sesuatu yang istimewa terdapat pada diri baginda. Kesolehannya hasil tarbiah ulama’ lewat 80-an dahulu telah membuahkan hasil. Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah bin Abdul Rahman (mudir Pondok Lubuk Tapah), Tuan Guru Haji Hashim (pengasas Pondok Pasir Tumboh) pernah dihantar ke Istana untuk memberi pendidikan agama secara langsung kepada baginda. Natijahnya, apa yang rakyat dapat lihat pada hari ini adalah kemesraan baginda disulami nilai2 Islam yang tersemat dihati baginda, dan apabila terpandang rakyat jelata kepada sifat2 yang dimiliki oleh seorang Sultan ini, lantas hati mereka terus mengingati Allah sebagai Rabb al-Jalil. Itulah semulia-mulia Raja dan Sultan, manusia yang mengagungkan Raja yang sebenar. Allahu Akbar!

Foto ihsan Nik Khairul (Koleksi Kelantan, Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan).


Written by Muhammad Ismail Ibrahim

November 22, 2011 at 8:17 PM

Posted in Events

3 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. terbaik la. jupo blog demo ni secara x sengaja. banyak sgt info hok kwe xtau. maklum la lamo x kelik kelate. kelik hjg2 mgu jah. huhu. nwy, mula2 ingat ko admin page ni orang sama dgn http://raykinzoku.fotopages.com. dlu kwe duk folo fotopages tu, tapi nmpk mcm dah tak update.

    terima kasih kerana mmberi info yg sgt berguna, especially org2 kt luar sane hok duk pandang serong psl negeri kesayangan kito ni. keep it up. jazakallahu khaira..

    arthept

    November 23, 2011 at 4:19 PM

  2. bekas mudir Pondok Lubuk Tapah nama Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah bin Abdul Rahman..bukan Nik Abdullah @ Pok Nik Lah..harap diperbetulkan..

    Zaki

    December 1, 2011 at 10:10 AM

  3. salam. ambo nak tanya pihak demo ada simpan gambar2 lama ke? kawe skrg tgh cari gambar lama sekolah menengah kebangsaan sultan ibrahim satu pasir mas. kalu ada harap demo boleh share dgn kawe. tq

    ridzuan yaakub

    October 27, 2012 at 6:01 PM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: