The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

13/12/11: Dirgahayu Tuanku Sultan Muhammad V

with 8 comments

Allahu Akhbar !

Hari ini merupakan satu lagi detik bersejarah buat rakyat Kelantan amnya di atas perlantikan Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang baru. Patik selaku rakyat jelata tumpang gembira dan bangga dengan perlantikan Tuanku yang sangat besar ertinya buat seluruh rakyat Kelantan. Suatu sejarah baru dimana Tuanku merupakan Sultan Kelantan kedua menyandang jawatan tersebut selepas Almarhum Sultan Yahya Petra pada tahun 1979. Ia secara tidak langsung memberi gambaran sinar Islam akan terus didaulat di bumi Malaysia ini dan semoga Allah melanjutkan usia baginda untuk terus memerintah Kelantan dan Malaysia 5 tahun dari sekarang.

Baginda telah menambat hati seluruh rakyat Kelantan dengan perwatakan Islamik dimana saja baginda pergi yang menyebabkan hubungan Istana dan rakyat begitu akrab. Semoga Tuanku dipertemukan jodoh dengan isteri yang Islamik yang dapat membantu baginda menjalankan urusan pentadbiran bersama. Kami rakyat Kelantan masih menanti perkhabaran yang baik dari Istana Kelantan tentang Raja Perempuan Kelantan yang baru. Allahu Akhbar !

Petikan Akhbar semalam.

Segak. Tuanku Sultan Muhammad V di Istana Negara hari ini.

Koleksi gambar lama dari 90-an

Sewaktu pemasyhuran sebagai Sultan Kelantan.

Sewaktu Perasmian Jajahan Kecil Lojing.

Sewaktu upacara penyembelihan Qurban di Masjid Muhammadi

Sewaktu Majlis Sambutan Maal Hijrah di Balai Islam

...

...

Sewaktu di Masjid Muhammadi

Sewaktu di Masjid Telipot

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Sebagai rakyat Kelantan, kita seharusnya bersyukur kerana dilahirkan di zaman pemerintahan Malikussoleh Sultan Muhammad ke-V (Ketua Negeri) & Ulama’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Ketua Kerajaan)… Suatu gandingan ideal yang Islamik!

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

December 13, 2011 at 9:51 PM

Posted in News

8 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. sultan jadi imam tu.. daulat tuanku

    dea

    March 1, 2012 at 10:46 PM

    • inilah gandingan ulama’ dan umara’ yg dinanti2kn

      Dzul

      April 8, 2012 at 3:37 PM

    • Bukan daulat tuanku…šŸ™‚ .. Allahuakhbar!! kerana itu saranan baginda sultan.

      achmad abdollah

      June 11, 2012 at 1:29 PM

  2. Kami menjunjung Sultan..Sultan macam ni sahaja

    saari

    July 7, 2012 at 12:42 PM

    • Selama ni semasa doa utk Sultan dalam khutbah aku lgsg x ikhlas doa, tapi untuk Tuanku Sultan Muhammad V, tak cukup doa khutbah, aku tambah lg doa aku sdiri.. Tak pernah dalam sejarah Malaysia seorang Sultan begitu zuhud, Islamik, dan cukup menghormati ulama’. Ya Allah, lanjutkan Usia Sultan Muhammad V, sesungguhnya Baginda merupakan pemimpin yang menegakkan agamau di muka bumi ini :’)

      Khairuddin

      August 12, 2012 at 11:57 PM

  3. Bangga rasanya dilahirkan sebagai rakyat Kelantan kerana mempunyai Sultan yang sangat rendah diri dan islamik ini… Semoga Allah swt. lanjutkan usia sultan….Aminnn…

    Mohamad Imran Aziz

    August 5, 2012 at 2:53 AM

  4. Aku bukan rakyat Kelate tapi aku respek abis kpd baginda Sultan Kelate… Aku sanggup mempertahankan baginda selagi baginda mempertahankan Allah dan Rasul-Nya Nabi Muhammad SAW.

    panglima

    September 30, 2013 at 10:50 PM

  5. Allahu Akhbar !


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: