The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Kelantan & Kaya Akhirat.

with 21 comments

Ulama, Menteri Besar dan Imam.

Ini adalah merupakan suatu pemandangan Subuh ‘biasa-biasa’ di Kelantan pada hening Jumaat di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan. Solat Subuh atau biasanya dipanggil Subuh Sajadah akan diimamkan sendiri oleh Tuan Guru Dato’ Menteri Besar, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun dalam keadaan beliau yang uzur. Para jemaah datang dari segenap penjuru Kota Bharu menyebabkan Masjid 2 tingkat ini sentiasa melimpah keluar setiap pagi Jumaat. Berdasarkan pengalaman saya bermastautin di luar Kelantan selama lebih daripada 5 tahun, keadaan ini sangat ‘rare’ di negeri-negeri lain.

Inilah Subuh yang digeruni Yahudi. Inilah Subuh di Negeri yang dikatakan miskin. Miskin Material, tapi percayalah kita kaya Akhirat. Sesuatu yang tidak ada di negeri lain adalah berkat Ulama terdahulu dalam menegakkan kalimah Allah dibumi Kelantan dan Pattani menyebabkan negeri ini dan rakyatnya sangat cintakan Islam. Rakyat Kelantan tidak memuja Tuan Guru Nik Aziz bahkan jauh dari itu. Tapi rakyat telah dididik dan diasuh minda oleh ‘orang tua ini’ supaya cintakan Islam dan mengambil Islam sebagai suatu cara dan gaya hidup, dan bukannya seperti yang diamalkan oleh mereka2 yang lain yang mengambil solat sahaja dari Islam.

Islam tidak mengajar penganutnya untuk berfikir kebelakang, malah kita adalah perintis pemikiran ke hadapan iaitu Akhirat. Kita banyak sangat fikir dunia menyebabkan kita melihat dunia material sesuatu yang perlu diberi fokus. Ingat, kita dalam permusafiran, sebagai adat dalam permusafiran, kita perlu ambil yang mana perlu sahaja kerana kita perlu berjalan lagi dan terus berjalan hingga ke negeri yang kekal abadi. Itulah Akhirat. Kita tidak diajar untuk bermewah. Kita tidak diajar untuk itu kerana untuk apa diciptakan syurga jika di dunia ini kita telah memasuki ‘syurga’. Hiduplah sederhana. Kita di Kelantan, Alhamdulillah. Walaupun tidak semaju mereka, tapi nilai Islam itu sangat mahal.

Jemaah melimpah ke bibir masjid.

 

Subhanallah!

 

Islam di Kelantan.

 

Usai Solat Subuh, Tuan Guru memimpin bacaan Mathurat bersama-sama jemaah.

 

Majlis tahniq akan diadakan selepas solat Subuh setiap Jumaat sekiranya Tuan Guru Nik Aziz tiada urusan di luar Kelantan dan kesihatan yang mengizinkan.

 

Percuma! Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran.

 

Setiap kali majlis berlangsung, hampir 40 orang bayi akan ditahniq sendiri oleh beliau.

 

Berkat Seorang Ulama.

 

Penat dan lelah, beliau tidak pernah menolak permintaan untuk ditahniq.

 

Seorang tukang urut sentiasa berada di belakang beliau, dan jika beliau terasa penat, beliau akan minta tangguh seketika untuk solat sunat 2 rakaat untuk menambah tenaga. Allahu Akbar!

 

Jemaah yang sedang menunggu giliran diluar.

 

Walaupun mereka berada disekitar Kota Bharu, dan walaupun keadaan yang sempit untuk parkir kenderaan, ramai jemaah hadir dengan kenderaan masing2. Orang Kelantan memang miskin!

 

Kita tidak semiskin seperti yang digembar-gemburkan mereka. Bahkan kita kaya ! Kaya akhirat.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

February 29, 2012 at 12:23 PM

Posted in Events

21 Responses

Subscribe to comments with RSS.

  1. syahdunya tebgok gambar2 ni..
    betul2 rare dan tak ada di negeri lain macam ni..

    yana

    February 29, 2012 at 3:03 PM

  2. walaupun duk d kelantan…ambo belum berkesempatan utk solat di masjid tok guru..insyallah suatu hari nanti…

    naimMD

    March 12, 2012 at 2:47 PM

  3. Berapa banyak masjid di kelantan yang subuhnya digeruni yahudi?
    Atau mungkin juga yahudi berasa sungguh gembira kerana ketaksuban melampau terhadap manusia?

    ezmanshah

    March 14, 2012 at 11:35 PM

    • apakah ketaksuban melampau terhadap manusia yang tuan maksudkan? saya harap tuan boleh kongsikan di sini untuk sama2 kita ambil ikhtibar supaya tidak berulang lagi…stk

      Malik Ali

      March 15, 2012 at 6:29 PM

    • Kawe nk tanyo demo?. Demo gi smayang subuh hari2 ko di masjid? Klu x gi jgn hina org yg gi hari smbhyag subuh di masjid..

      yie

      May 23, 2012 at 3:08 PM

    • InsyaAllah….Akhirat jua kita akan kunjungi…en ezmanshah akan bertanggungjawab penuh atas apa saja tohmahan dan pandangan jahat yg tuan buat….hati2lah dengan komen2 berkaitan ulama…sapa lagi nak waris ilmu Allah dan Rasul?…bimbang2 tuan terkomen Penciptanya plk….terkeluar dari agama nt…

      zul putrajaya

      May 30, 2012 at 12:04 PM

  4. Nik Aziz pernah kata yang dia malu mengaku dirinya Melayu. Kerana terlalu kayakan akhirat hingga dilahirkan menjadi bangsa Melayu pun tidak disyukuri? Bukankah berbagai-bagai bangsa Allah SWT ciptakan untuk saling kenal-mengenali?
    Bukan itu sahaja, Nik Aziz juga pernah menghina Orang Asli suku Jakun. Beginikah sikap seorang pemimpin negeri yang kononnya kaya akhirat? Mulut tidak dijaga, kerap menyakitkan hati sesama Islam.
    Sebenarnya Nik Aziz merupakan pemimpin yang kaya dengan caci maki, kata nista, dendam kesumat, riak, angkuh, bongkak dan banyak lagi sifat keji yang tidak mungkin ada pada seorang yang dikatakan bertaraf ulama.
    Mungkin juga cita-cita Nik Aziz ingin meletakkan dirinya sebaris dengan tokoh Syiah Iran, Imam Khomeini sehingga kain kapan jenazahnya direbut-rebut dan dicarik-carik oleh pengikutnya untuk mencari keberkatan?
    Nauzubillah!

    ezmanshah

    March 15, 2012 at 9:21 AM

    • Jakun yang dimaksudkan ialah orang yg tk pernah terdedah pada dunia luar, nampak apa yg ada disekelilingnya saja bukan kaum jakun. Sperti kuih cucur meneram..sesetengah negeri dipanggil kuih telinga keling..bukan menghina kaum india..Perkataan yg disalahtafsir ..perbezaan dialek negeri. Kenyataan TGNA mengenai sedih dilahirkan sebagai melayu..merupakan rasa sedih kerana begitu sukar mengubah mentaliti melayu terhadap Islam. Mungkin kerana Islam yang diterima melalui keturunan. Saya telah berkhidmat di 5 negeri..memang Kelantan ada kelainan. Allah S.W.T akan beri kemenangan apabila ada usaha yg kuat dan istaqamah. Jika kita baca buku mengenai Bagaimana kemenangan yg dicapai oleh Muhd Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubi dan Khalifah Umar Abd. Aziz kita akan faham erti kemenangan. . Jgn kita samakan TGNA dgn Ayatollah Khomeini. Rujuk buku salahfaham SYIAH. Khoimini pernah berkata jika aku ke Madinah akan ku bongkar kubur Syaidina Abu Bakar dan akan ku bogelkan jenazahnya. Lalu Allah S.W.T aibkan dengan dibogelkan mayatnya oleh pengikutnya sendiri disaat akhir jenazahnya diusung.

      Samsul Hashim

      March 25, 2012 at 9:15 PM

    • Mamat ezamshah tu dio sokong dunia hiburan skrg ni.. Dio takut AF, mantor.,mcm lg r yg bodoh2 tu x kuar tv lg.

      yie

      May 23, 2012 at 3:13 PM

  5. saya belum lagi mendengar TG berkata2 spt yg dikatakan tuan ezmanshah. Boleh tak tuan berikan petikan kata2 TG untuk saya mendengarnya sendiri untuk mempercayai “statement” di atas. Fail AV penuh amat2 dialu2kn…stk

    Malik Ali

    March 15, 2012 at 6:35 PM

  6. baca komen saudara ezmanshah ni nampak sanagt apa yg dia komen kat nik aziz tu terpalit kat dia..suatu komen yg penuh kebencian terhadap ulama..kagumi ulama lagi baik drpd kagumi bangsa sendiri sampai meletakkan bangsa lagi tinggi drpd agama sehinggakan soal bangsa tidak boleh disentuh langsung namun soal agama diambil ringan..dunia akhir zaman..

    chaom

    March 17, 2012 at 2:09 AM

    • Ambo sokong, ,,azman shah tu diò xpehe lg gapo sbb kurang gi masjid dgr ceramah yg dio gi ceramah politik.

      yie

      May 23, 2012 at 2:58 PM

  7. ezmanshah….statment yang awak kata tu memang awak dengar sendiri dari mulut nik aziz ke? atau dengar dari mulut ke mulut…kalau benda tu fitnah…maka awk gak salah seorang penabur fitnah….takut dosa fitnah. kaau tak pasti kebenaran, baik diam je..

    mcklate

    March 26, 2012 at 12:26 AM

  8. sbrnya sape yg suka caci maki ni, TGNA atau ezmanshah…tgk ayat pn da tahu…
    sblm menilai org nilai diri sndiri dlu…
    Allah akn mnjatuhkn seseorg pemimpin sekiranya dia mmpermainkn agama ALLah…
    setuju dhn chaom..kagumi ulama lagi baik drpd kagumi bangsa sendiri sampai meletakkan bangsa lagi tinggi drpd agama sehinggakan soal bangsa tidak boleh disentuh langsung namun soal agama diambil ringan..dunia akhir zaman….

    c-ti

    March 30, 2012 at 8:48 AM

  9. guano lama x update admin?tiada perkembangan terbaru ke kelantan kita?

    chaom

    May 5, 2012 at 11:23 PM

    • ada masalah sikit dengan WP ni. baru2 ni dihack, amik masa untuk stabil balik, biasa lah bila kito kecek jujur ada hok tak berkenan dgn cara kita, tapi biasa lah tu, adat manusia ada baik mesti ada hak jahatnya. sila sebar2 ke sain2 hok lama menanti post terbaru disini. insya-allah. dalam masa terdekat akan keluar artikel baru. insya-allah doakan.

      • owh sian ko demo..xpo,kita wat benda baik jangan takut..wordpress demo ni banyak info menarik..kawe cek sokmo wordpress demo ni supo kawe cek FP raykinzoku dulu..

        jgn lupa update gambar2 terbaru dikelantan..huhu

        chaom

        May 7, 2012 at 7:07 PM

  10. salam..
    boleh abg tolong dptkn info rumah baru yang dibina berhampiran sungai kelantan..
    klu x silap perumahan mewah..

    azmi

    May 6, 2012 at 8:12 PM

  11. As salam. Mano berito2 terbaru klate nyo? Lamo doh tu x update..rindu kawe ke klate tercinto.

    AZCH

    July 17, 2012 at 12:24 PM

  12. assalam,walaupun saya org N9,saya menghormati TGNA sebagai seorg ulama yg zuhud dan tidak pernah melatah walaupun dituduh dgn pelbagai tohmahan..saya juga amat tertarik dgn pendekatan pemimpin terutama TGNA dlm menerapkan budaya dan cara hidup Islam dalam kehidupan di kalangan rakyat negeri kelantan..diharap agar budaya ini dapat dikekalkan walaupun TGNA tiada lagi kelak..Insyaallah

    Haziq

    July 31, 2013 at 10:13 PM


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: