The Kelantan Times

Writer of Life

Archive for the ‘Education’ Category

Persoalan Takdir Dalam Kehidupan

with one comment

...

Akar Persoalan Takdir

Perbahasan mengenai persoalan takdir ini perlu diberi perincian yang khusus dan teliti serta berhati-hati supaya kita tidak terjerumus ke dalam pemikiran aliran Jabariah, Qadariah mahupun Mu’tazilah tanpa kita sedar ! Jabariah menekankan konsep bahawa segala perkara yang terjadi di dunia ini merupakan suratan dan telah ditakdirkan Allah secara total, manakala Qadariah telah meletakkan hak dan kebebasan mutlak diberikan kepada manusia dalam ruang lingkup kehidupan manusia dan terlepas dari kehendak Allah.

Secara umumnya, takdir bererti ketentuan dan ketetapan daripada Allah. Takdir berhubung kait dengan konsep Qada’ dan Qadar yakni sesuatu perkara yang dikendaki oleh Allah akan pasti terlaksana. Sekiranya seseorang berkehendakkan sesuatu dalam kehidupan dengan jalan usaha untuk mendapatkannya, tetapi akhirnya gagal memperolehnya maka inilah yang dikatakan sebagai takdir, suatu ketentuan yang mempunyai hikmah yang tersembunyi.

Dalam kehidupan ini, ramai insan yang tersalah sangka dan tersilap faham tentang maksud sebenar Qada’ dan Qadar. Dalam banyak keadaan, mereka sering menyalahkan Tuhan atas apa saja yang menimpa dalam kehidupan mereka dengan keluhan, “sudah takdir ilahi”. Perbuatan ini seolah-olah menganggap bahawa mereka tidak pernah bersalah dalam kehidupan dengan melepaskan kekhilafan diri sendiri untuk disandarkan kepada Tuhan atas nama takdir.

Za’ba berkata;

Diyakini (kononnya) sesuatu perkara yang kita lakukan, baik benar atau salah dan sesuatu perkara yang berlaku di atas seseorang.. semuanya itu telah ditetapkan dari sedia kala (oleh Allah) dengan tiada boleh diubah dan ditukar lagi… Walau bagaimanapun dijalankan usaha dan ikhtiar hendak melawan atau menyahkan ketetapan (takdir menurut keyakinan tadi) itu, sama sekali tidak dapat… Ini bermakna nasib seseorang itu telah termeterai mati di atas dahinya dengan betul dan tepat, seperti yang akan terjadi” -Falsafah Takdir (1932)

Za’ba telah mengkritik fahaman sedemikian kerana ia membunuh sifat-sifat untuk berusaha dan bersabar serta menghilangkan kebebasan berikhtiar pada manusia dengan batas-batas kemampuannya sebelum menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. Begitu juga ‘tweet’ Prof Madya Dato’ Dr Asri Zainul Abidin di dalam Twitter beliau:

“Jika semua takdir Allah, maka apakah tiada siapa yang salah?! Manusia buat salah, Tuhan yang bertanggungjawab?!” -Tweet bertarikh 9 Jan 2014, 11.02pm
...

Realiti Kehidupan
Setelah mencapai usia matang, setiap insan dalam kehidupan ini mesti berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan yang melanda sebagai asam garam menempuh alam dunia. Usia matang tidak boleh diberi tempoh yang spesifik kerana ada yang lebih awal sampai ke peringkat itu dan ada yang sebaliknya. Usia matang yang insan sedang lalui ini pernah dilalui oleh insan-insan terdahulu dan bakal dilalui oleh yang terkemudian daripada kita. Peringkat ini merupakan fasa di mana insan benar-benar merasai bahawa inilah sebuah perjalanan dalam kehidupan. Ujian kehidupan tidak mengenal rupa, pangkat dan keturunan. Ia boleh hadir pada bila-bila waktu dan dari jalan yang tidak disangka-sangka, baik dengan jalan nikmat (istidraj), mahupun dengan ditimpa musibah. Ini bergantung kepada kekuatan spiritual insan untuk menghadapi jenis-jenis ujian tersebut. Maka secara komparatifnya, seorang pemimpin negara akan menghadapi ujian yang berbeza dengan seorang nelayan. Namun pada penilaian Tuhan, ujian itu menurut kemampuan insan.

Saban hari kita melihat, mendengar (dan merasai) sendiri keluh kesah insan-insan malang di sudut dunia yang menghadapi pelbagai ujian dalam hidup mereka. Seorang isteri mengadu sering di pukul suami siang malam, seorang suami pula mengeluh akan isterinya yang tidak mendengar kata, ataupun sepasang suami isteri yang sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Kesemuanya, baik si isteri yang malang, suami yang penyabar mahupun pasangan yang kesunyian dalam rumahtangga memilih jalan sabar setelah berhabis daya untuk berusaha bagi menyelamatkan rumahtangga mereka daripada porak-peranda. Betapa cekalnya mereka dalam menghadapi ujian ini hanya mereka dan Allah SWT yang Maha Mengetahui.

Namun persoalannya, apakah mereka mengikut garis panduan yang disyorkan oleh Baginda Rasulullah SAW sebelum memilih pasangan hidup? Dan jika mereka benar beriman, tidak semestinya tiada ujian datang menimpa. Maka alangkah baiknya jika kita menyoroti firman Allah SWT yang bermaksud:

Sesiapa yang beramal soleh, sama ada lelaki dan perempuan, sedang dia beriman, sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan” (Surah an-Nahl, ayat 97)

Terkadang ujian yang menimpa kehidupan ini ialah sebagai asbab untuk kita lebih dekat mengenal Tuhan, lebih menghayati erti keberadaan Tuhan pada setiap masa dalam kehidupan ini. Sesetengah insan merasakan bahawa ujian yang mereka hadapi terlalu berat untuk dipikul sendirian, namun setelah mendengar kisah-kisah ujian yang dihadapi oleh insan-insan terdahulu, melihat keadaan insan-insan lain yang lebih berduka dalam hidup mereka, maka tekanan perasaan yang dihadapi insan itu sedikit reda. Sudah tentu ujian itu tidak hilang akan tetapi dengan izin-Nya, nikmat syukur itu telah masuk, menerobos ke dalam jantung hati mereka menjadikan jiwa mereka terasa aman, tenang dan tenteram.
Begitu juga dengan keluhan anak muda yang ingin memiliki seorang gadis, saban hari dia berusaha dan berdoa supaya diperkenankan permohonannya. Tanpa dia sedar, terdapat ramai lagi insan-insan lain di luar sana yang turut memanjatkan doa dan harapan untuk memiliki gadis yang sama. Maha Suci Allah, Dia-lah yang mengatur dan mencaturkan peraturan alam, Dia memberi kepada sesetengah yang dikehendaki-Nya, dan Dia menangguhkan pemberian-Nya kepada setengah yang lain. Allah SWT mengetahui apa yang terbaik buat diri insan. Itulah hikmah berusaha dan bersabar dalam menghadapi takdir-Nya.

Prof Dr Hamka pernah mengungkap:

“Yang ada ini sudah harapan kita. Jangan dipandang yang tiada, sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kerana mengeluh itu tanda tidak reda dengan ketentuan Tuhan”  – petikan dari rakaman audio kuliah Subuh di Masjid al-Azhar, Kebayoran, Jakarta Selatan dengan tajuk; Bersyukurlah.

...

Bersyukurlah
Lihatlah bagaimana nilaian dan pemberian nikmat Tuhan kepada sesetengah insan yang tidak pernah terlintas atau terfikir akan hadirnya nikmat itu dari jalan yang tidak disangka-sangka. Terkadang insan yang hidup bergelandangan, menjadikan surau dan masjid sebagai tempat berteduh hujan dan panas, lebih merasai nikmat lena dan ketenangan dalam hidup berbanding insan-insan yang tidur berlantaikan tilam yang empuk, berudarakan pendingin hawa dan ditemani isteri yang cantik akan tetapi tidak senang hatinya, tidak lena tidurnya memikirkan soal hutang piutang dan orang-orang yang ingin menjatuhkannya. Dan jika kita perhatiankan, terkadang lauk yang dimakan oleh pak cik mak cik di kampung itu nampak lebih berselera daripada Dato’ Datin yang sentiasa mengeluh akan ketiadaan selera oleh kerana sentiasa berulang alik dari hospital disebabkan diabetes dan hipertensi yang dihadapinya. Kehidupan kita terikat dengan pelbagai pihak dan keadaan di dalam satu putaran alam maka lihatlah bagaimana Allah SWT membahagi-bahagikan nikmat-nikmat-Nya kepada hamba-Nya.
Justeru itu, seorang teruna yang belum berkahwin akan menghargai dan mensyukuri nikmat kehidupan yang ada setelah dia melihat rumahtangga insan lain yang dibina secara terburu-buru tanpa persediaan diri dan tidak didasarkan kepada iman dan taqwa akhirnya gugur di pertengahan jalan. Begitu juga kepada pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata, mereka akan lebih merasai erti syukur dengan keadaan sekarang setelah melihat pasangan lain yang menghadapi pelbagai ujian hidup untuk membesarkan anak-anak. Ini bukanlah bermakna kita perlu terus-menerus berada dalam keadaan demikian, teruskan berusaha kerana sesungguhnya Dia Maha Melihat akan keazaman dan semangat hamba-hamba-Nya.
Allah SWT berfirman, ertinya:

Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).

      ” (Surah Ibrahim, ayat 34)

Dan ingatlah bahawa dunia yang kita huni hari ini bukanlah tempat perhitungan yang sebenar. Selagi mana ia bernama dunia, maka selagi itulah akan terdapatlah segala macam kekurangan dan kelompongan yang kita akan hadapi bagi meneruskan kelangsungan penghidupan di hari-hari muka. Bila sudah tiba masanya kita ditakdirkan berada ‘di sana’, maka kita akan merasakan ujian-ujian yang kita hadapi sewaktu hidup di dunia dahulu tidaklah setimpal dengan segala nikmat pemberian Tuhan yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pula pernah terlintas dihati.

Beristighfarlah, semoga hati akan tenang.

 

 

Turut disiarkan di The Malaysian Insider & Sinar Harian

 

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

June 16, 2014 at 4:17 PM

Posted in Education

Karya-Karya Abdul Kadir Adabi

with 2 comments

Foto Abdul Kadir Adabi bin Ahmad sewaktu di usia 30-an

Foto Abdul Kadir Adabi bin Ahmad sewaktu di usia 30-an ditahun 1930-an

Satu perkembangan yang sangat menarik perhatian di Kelantan dalam tahun-tahun 1930-an ialah adanya usaha yang bersungguh-sungguh untuk menerbitkan novel-novel berbahasa Melayu. Sekurang-kurangnya sepuluh buah novel diterbitkan di Kelantan dalam bentuk buku sepanjang tahun-tahun tersebut. Usaha ini dilakukan oleh Haji Ahmad bin Ismail (1899-1969) melalui penerbitannya al-Matba’ah al-Asasiah di Kota Bharu. Beliau yang bertindak sebagai pengarang dan penerbit telah menerbitkan majalah al-Hidayah (1923-1926) dan al-Hikmah (1934-1941) untuk sasaran pembaca terutamanya pembaca di Kelantan. Sehubungan itu, beliau telah melantik Abdul Kadir Adabi bin Ahmad sebagai penyunting.

Sebelum Abdul Kadir Adabi menjadi penyunting al-Hikmah, beliau merupakan seorang penulis yang giat menulis di dalam pelbagai majalah terutamanya Majalah Pengasuh. Sepanjang tahun 1921-1941, beliau telah menghasilkan tidak kurang daripada 110 buah karya/rencana dalam pelbagai lapangan meliputi kritikan sosial, soal ekonomi, politik, pendidikan dan agama. Rencana-rencananya yang bersifat kontroversial sangat mendapat perhatian yang mendalam dari golongan establishment Kelantan. (S. Othman Kelantan)

Naskah sulung Pengasuh

Naskah sulung Pengasuh yang diterbitkan pada tahun 1918. Tok Kenali dilantik sebagai pengarang yang pertama.

Selain daripada majalah Pengasuh dan al-Hikmah, Abdul Kadir Adabi turut mencurahkan tulisannya dalam majalah lain seperti Edaran, Kencana dan Putera. Walaupun beliau banyak menulis rencana berkaitan kemasyarakatan namun bakat sebagai penulis kreatif turut terserlah dengan terhasilnya 3 buah novel bermula dengan Acuman Mahkota. Novel ini merupakan novel beliau yang pertama yang disiarkan secara bersiri dalam majalah al-Hikmah, bermula dari tahun ketiga penerbitan (bilangan 131, bertarikh 18 Mac 1937) hinggalah tahun kelima penerbitan (bilangan 191, bertarikh 12 Mei 1938) iaitu sebanyak 61 siri keseluruhannya. Sehinggalah pada tahun 1988, tulisan bersiri di dalam majalah al-Hikmah ini kemudiannya diselenggara dan telah dibukukan oleh Sasterawan Negara, S. Othman Kelantan. Novel Acuman Mahkota cetakan pertama pada tahun 1988 telah diterbitkan oleh Teks Publishing Sdn Bhd mengandungi 585 muka surat.

Novel beliau yang kedua, iaitu Sebelas Rejab juga disiarkan di dalam Majalah al-Hikmah secara bersiri pada tahun kelima penerbitan iaitu bermula pada (bilangan 219, bertarikh 24 November 1938) hingga (bilangan 237, bertarikh 30 Mac 1939) iaitu sebanyak 19 siri. Karya bersiri ini juga telah dibukukan pada tahun 1980 atas inisiatif Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu sebanyak 176 muka surat. Begitu juga novel ketiga beliau iaitu Melati Kota Bharu yang disiarkan di dalam Majalah al-Hikmah bermula dari tahun keenam penerbitan, pada (bilangan 272, bertarikh 30 November 1939) sehingga tahun ketujuh penerbitan pada (bilangan 301, bertarikh 29 Jun 1940) sebanyak 30 siri keseluruhannya. Novel ini juga diselenggara oleh S. Othman Kelantan pada tahun 1988 dan dicetak buat kali kedua pada 1992 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada tahun  2011, Institut Terjemahan & Bahasa Malaysia (ITBM) telah menterjemahkan novel ini ke dalam bahasa Inggeris yang berjudul The Jasmine of Kota Bharu. Selain itu, Abdul Kadir Adabi turut menghasilkan dua buah cerpen/novel saduran iaitu Ceritera Anusyirwan (1929) dan Persemburan Darah di Bawah Lipatan Takdir (1940-1941).

Karya-karya Abdul Kadir Adabi

Karya-karya Abdul Kadir Adabi

Sebelum kita mengetahui dan memahami sesuatu unsur atau elemen yang digarap oleh seseorang penulis di dalam sesebuah novel, perlu dijelaskan juga bahawa novel yang dihasilkan ketika itu adalah tidak sebagaimana yang difahami dalam erti kata novel moden hari ini. Novel yang dihasilkan pada awal abad ke-20 merupakan hasil pengamatan dan kesedaran yang timbul daripada latar masa dan tempat di mana seseorang penulis dipengaruhi untuk menterjemahkan fikiran dan pendapat dalam karya masing-masing.

Semua novel Melayu sebelum perang bersifat didaktik. Ini adalah ciri yang menonjol bagi novel-novel zaman ini. Begitu pun teknik yang digunakan berlainan dan pencapaian dari masing-masing pengarang juga berlainan peringkat. Dalam bentuk yang lebih sederhana, pengarang muncul dari tengah-tengah ceritanya untuk memberikan ceramah kepada pembacanya. Dalam bentuk lain, barangkali dapat dikatakan lebih maju, pengarang menciptakan watak-watak ideal untuk menjadi contoh tauladan dari pandangan moralnya. (A. Bakar Hamid)

Maka, penulis menggunakan peluang yang ada untuk menerapkan pelbagai elemen seperti nasihat, saranan dan seruan kepada masyarakat terutamanya kaum pembaca sebagai salah satu bentuk Dakwah bil Kitabah menurut kesesuaian masa tersebut. Oleh yang demikian, novel novel yang terhasil sangat bermanfaat, baik untuk generasi hari ini dan juga yang terkemudian untuk mengambil pelajaran dan nasihat kehidupan seperti mana juga novel-novel yang dihasilkan oleh Prof Dr Hamka seperti Keadilan Ilahi, Terusir dan Merantau ke Deli.

Saya tidaklah berhajat untuk mengambil masa pembaca dengan menceritakan serba sedikit berkenaan biografi dan pemikiran Abdul Kadir Adabi, saya pasti sudah ada insan lain yang menukilkannya di dalam laman sesawang masing-masing, cukuplah di sini sekadar mengambil beberapa mutiara kata untuk dimanfaatkan bersama di dalam menempuh hidup.

Di dalam ketiga-tiga buah novel ini, beliau telah memuatkan kata-kata peringatan di awal tulisan yang berbunyi;

Bahawa riwayat-riwayat yang berguna itu sayugialah dihidangkan kepada pengetahuan dan pandangan orang-orang yang kasihkan faedah mutlaah dan membaca. Maka demikianlah tujuan saya menzahirkan riwayat ini, mudah-mudahan mendapatlah daripadanya sedikit sebanyak munafaatnya. Kepada Allah jua saya memohon petunjuk dan pertolongan. Allahumma amin“.

Kata mutlaah memberikan petunjuk bahawa cerita ini bukan untuk dibaca sebagai cerita sahaja tapi untuk diteliti lebih mendalam lagi untuk mendapatkan faedah daripadanya. Abdul Kadir Adabi tidak berfalsafah dan berkuliah di dalam novelnya. Ia hanya memperlihatkan watak-wataknya begerak dan berinteraksi di antara satu sama lain. Dengan perkataan lain, beliau berhasil menyebatikan nilai-nilai moralnya ke dalam sesebuah cerita.

Di sini saya turunkan beberapa petikan, nasihat-nasihat berguna di dalam kehidupan dari novel-novel Abdul Kadir Adabi.

1) Acuman Mahkota.

Novel ini mengisahkan konflik perebutan kuasa, pertentangan fikiran dan pergolakan politik khususnya melibatkan golongan istana yang terjadi daripada suatu kenyataan sejarah pada awal abad ke-18 di zaman Long Abdul Rahman memerintah Kelantan. Hassan, seorang anak muda yang bertindak selaku pemegang watak utama berperanan menumpaskan musuh istana. Novel ini turut memperlihat peranan wanita yang turut terlibat dalam konflik istana melalui watak Zainab atau nama sebenarnya Tuan Kembang yang memainkan peranan penting untuk menaik dan menjatuhkan kerajaan Kelantan.

 

Memanda berpendapat pada hal-ehwal hidup yang telah memanda rasai sendiri bahawa punca kebahagiaan dan keselamatan di dalam kehidupan itu sekurang-kurangnya hendaklah ada baik budi bahasa yang menarikkan kesukaan orang kepada kita. Sanya adalah budi bahasa yang halus manusia di atas itulah yang amat dipandang orang. Biar pun bagaimana adanya pangkat kebesaran kita, atau kekayaan kalau tiada baik budi bahasa, maka tiadalah dipandang orang dan tidak malu segan melainkan dihina“.

Apabila berkata-kata maka termestilah memeliharakan lidah, iaitu sebelum daripada mengeluarkan perkataan itu hendaklah berfikir-fikir dahulu. Janganlah biasa berkata-kata dengan tiada berfikir apa-apa. Ingatlah selalu bahawa perkataan itu anak panah dan lidah itu busurnya, apabila terlepas ia maka tiadalah boleh dikembalikan lagi, dan apabila ia menikam kepada hati orang yang lain maka lukalah hati orang itu“.

Sesungguhnya kita sendiri, ayhai anakanda, tidaklah sedar yang diri kita sedang berjalan ke akhirat. Jikalau kita tidak selalu-selalu mengingati kepadanya yang kita pada tiap-tiap saat itu telah melangkah menuju ke tempat yang akhir itu, semakin hari adalah kita semakin dekat kepadanya“.

Hidup kita ini hanya jalan atau tempat singgah di dalam perjalanan kita kembali tempat kediaman kita yang kekal. Maka tempat yang kekal itu ialah akhirat itulah, sebabnya dunia itu dinamakan negeri yang fana dan akhirat itu negeri yang baqa. Dan itulah sebabnya tiap-tiap seorang manusia itu dituntut mengetahui jalan ke akhirat  supaya berbekal di dalam dunia ini mula pula ke negeri yang bawa dengan tiada kurang dan rugi“.

Dan lagi seorang yang ada berilmu tetapi tiada menggunakan ilmu itu bila-bila merasai rajin sahaja ilmu digunakan dan bila datang malasnya ditinggalkannya, sesungguhnya itulah orang yang khianatkan keuntungan diri sendiri.”

Dan selain daripada itu pula adalah sekuat-kuat pesanan memanda bahawa jangan sekali-kali mengkhianatkan manusia walaupun pada jalan meluluskan tujuan. Kerana bahawasanya khianat itu daripada syaitan. Adapun menyampaikan dan menjayakan barang yang diingin-ingin oleh manusia itu hanya Tuhan jua“.

2) Sebelas Rejab.

Novel ini mengisahkan konflik rumahtangga yang terjadi di antara suami isteri, Sulaiman dan Rafeah bersama anaknya, Mamat dengan campur tangan seorang orang luar bernama Jalal. Sulaiman telah digambarkan sebagai seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan kurang bijaksana dalam menguruskan rumahtangga akibat daripada pengaruh yang ditanamkan oleh Jalal, seorang outsider yang bertindak sebagai seorang kawan makan kawan, yang tamakkan harta, ingin merampasnya daripada kawan baiknya. Dengan kelicikannya, Jalal memainkan jarum halus, menawan hati Rafeah yang akhirnya menyebabkan rumahtangga Sulaiman dan Rafeah retak. Jalal berhasil mengahwini Rafeah dan membolot tanah dan harta yang ditinggalkan Sulaiman. Perbuatan ini mendapat balasan di akhir cerita di mana Mamat, bertindak sebagai hero, membalas perbuatan Jalal terhadap orang tuanya.

Novel ini mengisahkan konflik rumahtangga yang terjadi di antara suami isteri, Sulaiman dan Rafeah bersama anaknya, Mamat dengan campur tangan seorang orang luar bernama Jalal. Sulaiman telah digambarkan sebagai seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan kurang bijaksana dalam menguruskan rumahtangga akibat daripada pengaruh yang ditanamkan oleh Jalal, seorang outsider yang bertindak sebagai seorang kawan makan kawan, yang tamakkan harta, ingin merampasnya daripada kawan baiknya. Dengan kelicikannya, Jalal memainkan jarum halus, menawan hati Rafeah yang akhirnya menyebabkan rumahtangga Sulaiman dan Rafeah retak. Jalal berhasil mengahwini Rafeah dan membolot tanah dan harta yang ditinggalkan Sulaiman. Perbuatan ini mendapat balasan di akhir cerita di mana Mamat, bertindak sebagai hero, membalas perbuatan Jalal terhadap orang tuanya.

“Bukankah baik beringat berjaga daripada marabahaya itu sebelum dia mendatangi kita kerana pesanan orang-orang tua ‘sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna’ itu bukan sahaja ia benar, bertambah lagi di atas kebenaran itu telah banyak orang-orang yang telah menyesalkan lupa lalainya kemudian daripada balak bencana mendatangi dia pada hal kesesalanya itu telah menjadi sia-sia belaka”.

“Tetapi aduhai malangnya kehidupan orang yang lurus yang berharapkan sahabat handai yang khianat dan berhaluba tamakkan bagi faedah dan kemauan nafsunya sendiri”.
“Maka sekaranglah baharu aku mengetahui dan aku sedar bahawa Allah dan Rasul (SAW) itu mengamanahkan perempuan kepada laki-laki dan anak itu kepada ibu bapanya supaya berhidup di dalam sentosa dan bahagia”

“Bala bencana itu jika tiada terbit daripada kita sendiri adalah diterbitkan daripada orang yang berkehendakkan sesuatu faedahnya…”
“Bahawa tanah yang tidak diusahakan itu tiada ubahnya daripada sekeping batu yang mati dan orang yang tidak mengusahakan tanah-tanahnya itu tidaklah ubahnya daripada haiwan yang di cerang dan hutan rimba itu sama kepada mereka itu mempunyai tanah-tanah dengan tidaknya…”

“Aku telah percaya buta-buta kepada laki-laki ini tetapi biarlah aku diam dahulu aku datang bila aku sembuh daripada demam ini tidaklah wajib berserah tuli kepadanya kerana bagiku ada anak yang tunggal dan ia pun telah hampir-hampir boleh diperbuat berkira dan patut pula ia mengetahui sedikit sebanyak akan harta punya ibunya sendiri”
 
“Orang-orang tua daripada kita selalu berkata ‘mengharapkan kasih sayang yang sejati daripada manusia itu tidaklah jauh daripada mengharapkan bulan jatuh ke riba’, kenait (ibarat) daripada seolah-olah mustahil dapatnya dalam pada itu pun tak baik seseorang itu berputus asa, kerana kasih dan benci seorang kepada seorang itu di tangan Allah semata-mata”.

“Berkehendakkan orang muda kerana mengharapkan akan dikurnia Allah baginya anak, tubuh yang telah tua, harta pun ada apabila mati dengan tiada meningggalkan anak yang boleh mewarisinya tentulah harta itu akan berselerakkan dengan tiada tentu halanya dan anak itu ialah sebaik-baik pertolongan kepada ruh orang yang mati yang diharapkan mendoakan baginya apabila jasad terbenam ke dalam tanah perkuburan”.

“Berkehendakkan perempuan yang beriman kepada Allah dan Rasul supaya apabila dikurnia Allah anak daripadanya diharapkan anak yang saleh yang berbakti kepada ibu bapa dan hamba Allah sekalian, dan daripadanya menghidupkan nama baka keturunannya di dalam pergaulan hidup orang-orang di muka bumi, yang demikian diharapkan tidaklah menjadi sia-sia sahaja seperti kebanyakan anak yang telah  diperanakkan ke dalam dunia ini kerana manusia yang celaka itu lebih baik tidak diperanakkan dia”

3) Melati Kota Bharu.
Novel ini mengisahkan perjuangan politik beliau yang digambarkan melalui watak dua orang anak muda yang mempunyai wawasan yang tinggi untuk kemajuan anak bangsa. Berlatar belakangkan negeri Kelantan, novel ini membincangkan kedudukan gelaran Tengku dalam masyarakat, bagaimana perlunya persatuan untuk orang-orang Melayu, persatuan buruh, membentuk badan ekonomi Melayu, perjalanan politik tanahair, bagaimana membendung kebanjiran imigran Cina ke Kelantan dan sebagainya. Persoalan-persoalan ini dikupas dalam teknik dialog yang menarik di antara dua orang protagonisnya, Abdul Rahman dan Tengku Maimunah yang nama timang-timangnya 'Melati Kota Bharu'. Berbeza dengan Acuman Mahkota dan Sebelas Rejab yang lebih bebas dialognya dan tidak terasa kehadiran pengarangnya, Melati Kota Bharu amat terasa dan terdengar campur tangan pengarangnya dalam dialog watak-watak tersebut.

Novel ini mengisahkan perjuangan politik beliau yang digambarkan melalui watak dua orang anak muda yang mempunyai wawasan yang tinggi untuk kemajuan anak bangsa. Berlatar belakangkan negeri Kelantan, novel ini membincangkan kedudukan gelaran Tengku dalam masyarakat, bagaimana perlunya persatuan untuk orang-orang Melayu, persatuan buruh, membentuk badan ekonomi Melayu, perjalanan politik tanahair, bagaimana membendung kebanjiran imigran Cina ke Kelantan dan sebagainya. Persoalan-persoalan ini dikupas dalam teknik dialog yang menarik di antara dua orang protagonisnya, Abdul Rahman dan Tengku Maimunah yang nama timang-timangnya ‘Melati Kota Bharu’. Berbeza dengan Acuman Mahkota dan Sebelas Rejab yang lebih bebas dialognya dan tidak terasa kehadiran pengarangnya, Melati Kota Bharu amat terasa dan terdengar campur tangan pengarangnya dalam dialog watak-watak tersebut.

“…tetapi sekarang masa telah berubah zaman sudahlah beredar, kita manusia ini kenalah adat mengikut masa bukannya masa mengikut adat. Kalau berkekalanlah kita berpegang kepada adat sahaja dengan tidak memikirkan peredaran masa yang sentiasa berubah-ubah lagi maka bukanlah boleh dihitung kita orang yang hidup di dalam kandungan perubahan zaman yang beredar…” 

“Tetapi jikalau sudah anakanda tidak boleh menumpang daripadanya tentang ilmu pengetahuan, akal bicara, harta punya, maka janganlah pula akan menghabiskan harta punya anakanda sendiri dengan sebab bersuamikan kerabat yang berbangsa Tengku. Mengikut zaman kita ini bonda sebesar-besar aiblah kepada anak-anak perempuan itu jikalau bersuamikan orang yang tidak boleh memasuki majlis ahli-ahli ilmu pengetahuan, tidak boleh dibuat kira bicara dan akan menghabiskan harta punya sendiri..”

“Adapun zaman sekarang ialah zaman keinsafan dan keadilan, zaman manusia itu mengharapkan makna-makna kemanusiaan dan kehidupan akal dan kesuburannya perhubungan insaf dan adil itu tidak tersekat dan tergalang antara timur dan barat, maka itulah sebabnya tulah dan ditimpa daulat itu telah berkubur”.

“Sesungguhnya adalah kejadian manusia itu mengandungi di dalam dirinya persambungan yang tersembunyi antara dua aliran seruan hati yang boleh diibaratkan magnet baginya antara laki-laki dengan perempuan. Apabila terpetik salah satu daripada keduanya maka berjalanlah seruan hati ke atas yang satu lagi itu sebagai penarik besi berani atau istijelab yang merupakan panggilan dan mengkhabarkan keadaan tanggungannya… ”

“Nyatalah sangat begitu dan menambahkan harapan dan perserahan itu janganlah kita lalai, kerana Allah itu tiada mengubahkan nasib manusia, melainkan apabila kita sendiri mulai mengubahkan nasib itu. Oleh sebab itulah sebaik-baik ingat dan rahmat Allah itu ke atas orang yang ingat”.

“Tetapi kepada orang yang memikirkan asal usul manusia itu tiadalah tempat terbitnya lain daripada Adam dan Hawa yang kejadiannya daripada tanah hidup sekaliannya, di atas tanah dan tempat kembalinya ke dalam tanah jua”

“Oleh sebab itu lain daripada ikhtiar dan beringat-ingat itu termestilah kita bersungguh-sungguh memohon pertolongan Allah dan berharap kepada-Nya.” 

“… Kasih berahi kepada orang muda itu bukanlah semata-mata kasih berahikan kemudaan rupa parasnya, budi pekertinya, ilmu pengetahuannya, lebih lagi daripada itu kasih berahikan imannya yang teguh, kesabarannya yang kuat, akal fikirannya yang tetap lagi berahi serta bersetujuan pandangan dan pendapatnya pada kehidupan di dalam alam ini”.

“Tetapi apa boleh buat rupanya telah teradatlah di dalam alam ini tiap-tiap manusia itu ada baginya kelebihan yang tertentu daripada orang lain dan ada pula kekurangan yang tertentu di atas dirinya daripada yang lainnya. Jikalau tidak nescaya alam ini hanya mengandungi perkara atau benda yang bersamaan sahaja di mana-mana dan di dalam segala masa”.

“Oleh sebab itulah kebanyakan masa dan tempat itu kita lihat orang-orang yang di dalam kawasan belia itulah yang sangat-sangat kuat perasaan dan kecenderungannya tertarik masuk ke dalam lingkungan menyerupai orang-orang yang memerintah atau menaklukkan mereka itu dan juga mereka-mereka yang bebal”.

“Tatakala kita telah sama-sama berani memecahkan adat, maka adat bagi hati yang berteguh setia itu beranilah pula menanggung apa pun bahaya bencana yang mendatangi kita.” 

“Seseorang yang tiada memperbuat kemuliaan-kemuliaan pekerjaan itu pada makna kehidupan pergaulan, maka ialah kerendahan dan kehinaan walaupun ia menghantarkan ke atas namanya itu dengan apa-apa kalimah yang berseri-seri sebutan…”

Naskah yang diterbitkan dalam versi bahasa Inggeris.

Naskah yang diterbitkan dalam versi bahasa Inggeris.

Saya telah meneliti hampir keseluruhan karya-karya Abdul Kadir Adabi samada ulasan berbentuk rencana di dalam beberapa majalah-majalah dan kupasan novel-novel didaktik, tidaklah keterlaluan jika saya katakan Abdul Kadir Adabi sebagai ‘The Little Hamka’. Walaupun Abdul Kadir Adabi bukanlah seorang yang berstatus dalam kalangan ulama, namun daripada satu sisi yang lain merupakan insan yang banyak menyumbang kepada pembangunan fikrah umat. Beliau hidup sezaman dengan Prof Dr Hamka namun tiada fakta-fakta yang kukuh dalam menerangkan hubungan bilateral sesama mereka ketika itu. Sepertimana juga Prof Dr Hamka, seorang ulama merangkap sasterawan yang bergerak cergas mencurahkan pendapat di dalam Majalah Panji Masyarakat dan Pedoman Masyarakat, penglibatan Abdul Kadir Adabi dalam bidang penulisan terutamanya ketika bersama Majalah Pengasuh, al-Hidayah dan al-Hikmah membuktikan bahawa beliau merupakan seorang yang cukup profilik dalam menghasilkan karya-karya yang bermanfaat untuk masyarakat.

Tanpa kita sedari, kita pernah memiliki seorang tokoh pemikir yang prolifik. Namun, oleh kerana beliau dijemput pulang ke Rahmatullah di dalam usia yang masih muda, dan juga kurang pendedahan yang dilakukan menyebabkan kebanyakan daripada generasi hari ini tidak mengenali beliau serta sumbangannya dalam dunia penulisan sebelum merdeka melainkan yang dikenali hanya Maktab Adabi, Jalan Abdul Kadir Adabi dan anak tunggal beliau, Mansor Adabi (suami pertama Natrah). Memandangkan kesemua buku-buku karya Abdul Kadir Adabi tidak lagi berada dalam pasaran, saya sangat berharap pihak Dewan Bahasa Pustaka mengambil inisiatif untuk mencetak kembali karya-karya beliau yang sangat berharga ini seperti mana usaha yang telah dilakukan terhadap karya-karya Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) terhadap buku-bukunya seperti Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri dan lain lain.


Cadangan:
Dan sekiranya pembaca berminat untuk mengetahui biografi penuh dan pemikiran Abdul Kadir Adabi dalam pelbagai lapangan kehidupan zaman sebelum merdeka, yang diterjemahkan melalui tulisan-tulisan beliau di dalam majalah-majalah seperti Kencana, Pengasuh, al-Hidayah dan al-Hikmah, boleh dapatkan buku tulisan Abdul Rahman al-Ahmadi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka di Dawama.

Abdul Kadir Adabi dan Asaad Shukri: Suatu Perbandingan. Cetakan Pertama 2004.

Abdul Kadir Adabi dan Asaad Shukri: Suatu Perbandingan. Cetakan Pertama 2004.

Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan yang dilakukan dan semoga beliau di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Marilah kita sama-sama sedekahkan pahala bacaan al-Quran kepada beliau, mudah-mudahan ilmu yang beliau curahkan kepada masyarakat digolongkan sebagai ilmu yang bermanfaat (Ilm yuntafa’u biha).

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

May 21, 2014 at 4:41 PM

Posted in Education

Pengalaman Hidup

leave a comment »

The Challenging Times merupakan kumpulan artikel-artikel yang ditulis oleh Almarhum Tunku di dalam tahun 80-an

Challenging Times merupakan kumpulan artikel-artikel yang ditulis oleh Almarhum Tunku di dalam tahun 80-an

Unity in Diversity

Unity in Diversity, satu ungkapan yang senantiasa kedengaran khususnya di dalam negara ini dalam menerangkan konsep multi-ras, multi-budaya dan pelbagai lagi demi menjaga hubungan baik antara masyarakat pelbagai kaum berbilang bangsa dan berlainan agama. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra (semoga Allah SWT menerima amal kebaikannya) di dalam buku beliau berjudul ‘Challenging Times’ menyatakan keinginan Raja Faisal, pemerintah kerajaan Saudi ketika itu supaya beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung OIC yang baru sejurus meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Lantikan tersebut di buat setelah mengambil kira keupayaan dan kebolehan Almarhum Tunku menyatukan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia untuk hidup harmoni di dalam sebuah negara baru.

Memetik kata-kata King Faisal:

I know all about you and I am not asking you to be the imam of Islam. I know you can bring about Islamic unity“. Challenging Times. p.226

Tidak dapat dinafikan, kita perlu akui bahawa tugas untuk memimpin dunia Islam bukanlah satu tugas yang mudah, bahkan ia lebih rumit jika dibandingkan secara apple-to-apple dalam konteks Malaysia. Apa tidaknya, negara-negara Islam yang menganjur dari benua Afrika Utara hingga ke Selatan Nusantara itu kebanyakkannya baru mengecapi nikmat kemerdekaan daripada Tuan Kolonial selepas berakhir perang dunia ke-2. Kebanyakan negara-negara OIC pula mewakili umat Islam yang menganut pelbagai mazhab dan aliran dan ini sedikit sebanyak mengujikan kebijaksaan Tunku dalam memberi pandangan dan pendapat berdasarkan isu-isu semasa yang melingkari zamannya. Walau bagaimanapun, Tunku dengan pengalaman yang ada terbukti mampu menggalas tugas tersebut dengan baik.

 

Tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri (1957-1970) dan Setiausaha Agung OIC (1971-1973) telah mewakili daerah pemikiran dan pendekatan yang berbeza dalam mewujudkan kesepaduan dalam kepelbagaian masyarakat Malaysia dan Dunia Islam amnya. Walaupun terdapat sesetengah pihak generasi baru tidak sependapat dengan pendekatan beliau berhubung Secular State dan beberapa isu lain, perlu diakui bahawa Tunku telah banyak menyumbang kepada Dunia Islam dan umat khususnya PERKIM dan RESEAP. Sekurang-kurangnya, walaupun kita yang dilahirkan dalam sebuah negara yang sudah merdeka tanpa merasai jerit perit kesusahan hidup yang dialami masyarakat sebelum merdeka perlulah menyelami latar masa dan merasai keadaan zaman tersebut untuk mengetahui sebab dan punca sesuatu pendekatan yang diambil oleh insan yang terdahulu dan tidak hanya ‘completely dismissed‘ mereka yang tidak sealiran dengan kita.

Bila saya membawa contoh seperti Almarhum Tunku, bukanlah bermakna saya merupakan seorang pengkagum para pejuang aliran kebangsaan, cuma mesej yang ingin saya sampaikan adalah; tidakkah boleh kita melihat sisi-sisi kebaikan yang telah dilakukan insan semasa hayatnya tanpa dinafikan beberapa kelemahan yang mesti ada selagi mana dia bernama manusia.

Memetik kata-kata Tunku:

We faced the greatest challenge to life. As a result, I took to prayer and made a study of the religion. From that moment, my life changed“. Challenging Times. p.138

 

Memahami Teks dan Konteks

Setelah mencapai kemerdekaan 57 tahun yang lalu, kita ketandusan produk-produk insaniah seperti Tunku. Negarawan ulung yang mempunyai sudut pandang yang luas dan mampu menangani kerumitan kepelbagaian ideologi dan pemikiran di awal penubuhan Malaya dengan berlapang dada. Masyarakat moden hari ini, dengan segala kecanggihan sains dan teknologi yang melingkari kehidupan ini (ujian Tuhan untuk umat zaman ini), perlu menggarap sebaik mungkin kebolehan dan kemudahan untuk menjadi seorang insan yang kritis, progresif yang Islamis. Agamawan khususnya, perlu mempunyai suatu pandangan yang rentas sempadan dalam melihat kewujudan kepelbagaian aliran yang muncul dan mempunyai penilaian yang baik terhdap sesuatu perkara yang terjadi di dalam kehidupan ini. Zaman dimana agamawan hanya perlu melihat kepada teks semata-mata sudah berlalu. Institusi dan akademi pengajian agama kita tidak perlu lagi melahirkan agamawan yang bersifat demikian. Kewujudan agamawan yang rigid dan literal dalam melihat sesuatu teks (nas) semata-mata tanpa melihat konteks akan menyebabkan kerugian kepada perkembangan umat Islam. Proses ijtihad pula perlu berlangsung secara terus-menerus dengan melihat kepada kerangka yang lebih luas dan mengambil kira pelbagai aspek supaya penyakit umat terdahulu seperti bertaqlid buta mampu dihindari.

 

Syed Syeikh al-Hadi bersama cucu beliau, Syed Muhammad bin Alwi al-Hady

Syed Syeikh al-Hadi bersama cucu beliau, Syed Muhammad bin Alwi al-Hady

Di sini, perlunya kita melihat kepada institusi-institusi yang membentuk sikap dan melahirkan pemikiran agamawan sebagai generasi penerus kesinambungan di kemudian hari. Walaupun institusi-institusi pengajian yang wujud di Tanah Melayu 100 tahun yang lalu seperti Madrasah al-Mashoor di Penang (1919) dan Madrasah Muhammadiyah di Kelantan (1917) tidak semekar seperti yang ada pada hari ini, akan tetapi generasi terdahulu telah merintis beberapa perkara di mana sebahagian besar generasi hari ini telah dan sedang menikmati hasil semaian mereka. Pelopor pemikir seperti Syed Syeikh al-Hadi (1867-1934), Abdul Kadir Adabi (1901-1944) dan Zainal Abidin Bin Ahmad @ Za’ba (1895-1973), (semoga Allah memberi ganjaran atas usaha mereka) walaupun dibangkitkan daripada kancah suasana persekitaran yang tidak kondusif di era kolonial namun masih mampu menyumbang sesuatu yang berharga kepada umat Islam di Tanah Melayu sehingga kini, ‘menggerakkan mana-mana tidur, membangkitkan mereka dari lena yang panjang’ dengan penuh hikmah dan sabar. Dan antara satu kelebihan yang ada pada generasi terdahulu yang tiada pada sisi sebahagian besar daripada kita generasi terkemudian ini dalam berdakwah menyampaikan ilmu, menegur kecacatan dan kelompongan yang berlaku di dalam masyarakat iaitu; kekurangan pengalaman hidup.

 

Abdul Kadir Adabi, wira yang tak di dendangkan.

Abdul Kadir Adabi, wira yang tak di dendangkan. Pemergiannya sewaktu usia yang masih muda merupakan satu kehilangan besar untuk kita semua.

 

Kekurangan pengalaman hidup inilah mendorong kita untuk melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir terlebih dahulu akan akibat dan kesan yang akan dihadapi dalam menangani kepelbagaian aliran. Hal ini berlaku khususnya di universiti dan institusi pengajian agama di mana pengikut pelbagai aliran pemikiran yang sebahagian besarnya anak-anak muda yang baru mengenal dunia keilmuan. Cabaran yang kita hadapi merupakan cabaran lama yang muncul dalam versi baru. Pertembungan pengikut aliran Sufi-Salafi, Asya’ari-Madkhali dan Tradisionalis-Modernis merupakan satu ‘comeback‘ kepada apa yang berlaku hampir 100 tahun lalu di Tanah Melayu. Walaupun ianya tidak lagi dinamakan Kaum Tua atau Kaum Muda, namun sikap sesetengah mereka secara tidak langsung mewakili kelompok-kelompok tersebut. Sikap sindir-menyindir, perli-memerli dan kutuk mengutuk atas nama memperbetulkan kesilapan dalam memahami keaslian amalan agama yang terjadi di media baru saban hari adalah punca-punca lain terjadinya perpecahan dalam kalangan umat Islam. Ia diburukkan lagi oleh sikap sesetengah agamawan yang gagal memahami waqi (the understanding the reality), dan tidak dapat membezakan di antara usul fiqh (fundamental of jurisprudence) dengan furu’ (branches of jurisprudence) yang akhirnya membawa kepada tercetusnya bibit-bibit permusuhan dalam kalangan pengikut.
Almarhum Prof Dr Hamka, insan kebangsaan seluruh Nusantara.

Almarhum Prof Dr Hamka, insan kebanggaan seluruh Nusantara.

 

Bersederhanalah

Bersederhanalah dan berlapang dada lah. Selagi mana aliran pemikiran mana-mana kelompok (schools of thought) masih berada di dataran sunnah, yakni masih terikat dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah dan selagi mana ia tidak melampaui batas-batas agama (exaggeration), maka bersederhana lah. Tanganilah jiwa muda yang sedang bergelojak dan membara di kala usia muda sebegini. Contohi lah kelunakan Imam as-Syafi’e (767-820) dan kelembutan Imam al-Ghazali (1058-1111) rahimahullahu anhum dalam menyampaikan ilmu kepada sasaran dakwah mereka. Dan adalah sesuatu yang baik juga rasanya jika kita mengambil pedoman daripada kesederhanaan Almarhum Prof Dr. Haji Abdul Malik Bin Abdul Karim Amrullah atau Buya Hamka di dalam menangani kepelbagaian aliran pemikiran dalam kehidupan beragama. Selain karya ulung Tafsir al-Azhar dan lain-lainnya, karya beliau yang berjudul Falsafah Hidup merupakan karya yang menjadi inti kepada kesederhanaan dalam melihat kepelbagaian pemikiran yang muncul dalam kehidupan. Almarhum Buya Hamka tidak hanya menegur apa-apa yang difikirnya tidak betul dalam masyarakat sebaliknya turut memberi penawar untuk merawatnya sebagai contoh karya beliau yang berjudul Tasawuf Moden, sebuah buku yang menerangkan ciri-ciri sebenar amalan Tasawuf hasil reaksi beliau terhadap beberapa amalan tarikat sufi yang menyeleweng di Indonesia.

Di dalam konteks universiti di Malaysia, samada mahasiswa-mahsiswi tergolong baik dalam kumpulan harakah mahupun dakwah, masing-masing ingin mencari redha Allah menerusi jalan dan gerak kerja yang berbeza menurut kesesuaian kebolehan mereka dalam usaha untuk sampai kepada matlamat yang ingin dituju. Samada mereka mewakili Jama’at Tabligh atau pun IKRAM, PEMBINA dan lain -lain pertubuhan dakwah, masing-masing menyimpan walau sekelumit cita-cita untuk menyahut seruan berdakwah. Dan jika seseorang itu meminati kelancaran al-Habib Ali Zaenal Abidin ketika memberi tausiyah, mereka pergi ke Masjid Muadz Bin Jabal di Setiawangsa manakala kepada yang ingin mendengar ulasan-ulasan agama yang kontemporari oleh Prof Dato’ Dr Asri Zainul Abidin, maka mereka boleh menuju ke KGPA di Damansara. Bagi yang berminat mendengar ulasan speaker-speaker dari luar negara boleh menghadiri program-program yang dianjurkan oleh al-Maghrib Institute atau al-Kauthar Institute seperti Ilm’ Fest dan Twins of Faith. Maka tidak perlu lah satu pihak merendahkan kumpulan pihak yang lain yang tidak sependapat dengan mereka. Kutiplah ilmu dari mana-mana daerah sekalipun asalkan ia masih tidak melencong dari dua jalan asal iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Maka amat rugilah jika kita terlalu fanatik terhadap satu aliran dengan mengenepikan aliran yang lain dengan meninggalkan sebahagian besar khazanah ilmu yang tersimpan dalam aliran tersebut.

Ambil lah mana-mana ilmu yang bermanfaat, dan tinggallah mana-mana yang tidak perlu.

**Artikel ini juga telah disiarkan di The Malaysia Insider bertajuk Kesepaduan Dalam Kepelbagaian Aliran.
 

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

April 16, 2014 at 4:45 PM

Posted in Education

Produk Kelantan: Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong.

with 3 comments

 

Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat.

Maahad Tahfiz al-Quran Wal-Qiraat.

Salah sebuah sekolah kelolaan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang telah banyak menyumbang  dalam bidang pendidikan di Kelantan terutamanya pendidikan beraliran agama ialah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong. Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat (معهد تحفيظ القرآن والقراءات) atau singkatan MTAQ merupakan sebuah sekolah agama/arab yang merangkumi tiga bidang pengajian iaitu Al-Quran Wal-Qiraat, Bahasa Arab dan Akademik. Ia diwujudkan hasil cadangan YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan setelah menerajui Kelantan pada tahun 1990. Maahad Tahfiz Al-Quran (MTAQ) telah ditubuhkan pada tahun 1992 dan ia diletakkan di bawah pengurusan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Objektif utama penubuhan MTAQ ini adalah untuk menyediakan kemudahan mengkaji al-Quran dan mempelajari Ulum al-Quran, menghidupkan kembali Ulum Al-Quran dan memperdekatkan Ulum Al-Quran kepada masyarakat serta mampu melahirkan ulama hafiz yang memahami isi kandungan al-Quran dan menjadi rujukan masyarakat. Selain itu, penubuhan sekolah ini adalah untuk memelihara isi kandungan al-Quran dan keaslian bacaannya dari sebarang penyelewengan dan membentuk insan yang mempunyai ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi, beramal soleh, bertakwa kepada Allah s.w.t. dan berakhlak mulia.

Mula dibina pada 16 Mei 1993, kompleks MTAQ terletak di Pulai Chondong dengan sebuah bangunan di atas tanah seluas 4.8 ekar. Walaupun para pelajar terpaksa menghadapi segala kekurangan dari segi prasarana dan kemudahan, namun mereka berjaya mengikuti segala proses pembelajaran seperti mana yang diharapkan oleh kerajaan. Pada akhir tahun 2006, pihak kerajaan telah membeli sebidang  tanah seluas 2.9 ekar untuk membina sebuah masjid. Dengan pembelian tanah ini, ia menjadikan keluasan tapak MTAQ berjumlah 12.7 ekar. Pada 22 Oktober 2007, MTAQ menerima kemasukan seramai 53 orang pelajar dari salah sebuah maahad tahfiz cawangan di Pasir Putih yang telah mengalami bencana kebakaran. Manakala baki yang lain dari sekolah tersebut telah dipindahkan ke satu lagi cawangan MTAQ di Pasir Mas.

Pada hari ini MTAQ berdiri gah di mata masyarakat sebagai sebuah pusat tahfiz yang berprestij dan berperanan melahirkan generasi huffaz yang bakal menjadi pemimpin masyarakat di masa yang akan datang. Antara kejayaan yang mula-mula dicapai oleh MTAQ ialah Anugerah Sekolah YIK Terbaik SPM1997 dan Anugerah Sekolah Terbaik YIK STU 1997. Kejayaan yang diraih ini sekaligus menjawab persoalan di kalangan masyarakat bahawa menghafaz al-Quran tidak menghalang kecemerlangan di dunia.

Sejak penubuhannya, MTAQ telah menempa beberapa kejayaan yang membanggakan, antaranya:

1. Anugerah Sekolah Terbaik YIK Keseluruhan pada tahun 1997, 1998, 2000, 2003, 2004, 2005 dan 2007.

2. Anugerah Sekolah Terbaik SMU YIK pada tahun 2000, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2008.

3. Anugerah Sekolah Terbaik SPM YIK pada tahun 1997, 1998, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006 dan 2007.

4. Anugerah Sekolah Terbaik STAM YIK pada tahun 2004. (MTAQ hanya memasuki STAM secara rasmi pada tahun 2004 sahaja)

5. Anugerah Sekolah Cemerlang SPM 2003 peringkat kebangsaan bagi kategori SAN/SMKA.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, MTAQ turut serta dalam Pertandingan Hafazan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa dan telah merangkul beberapa anugerah.

analisa keputusan peperiksaan

Excerpted: http://mtaq.edu.my

Entri Lama:

1)Sekolah Terbaik Kelantan: Maahad Muhammadi Lilbanat

2)Produk Kelantan: Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah

3)SPM 2010: Kelantan Terbaik dalam tempoh 7 tahun.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

April 8, 2011 at 3:28 PM

Posted in Education

SPM 2010: Kelantan terbaik dalam tempoh 7 tahun.

leave a comment »

Sebahagian pelajar Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu, tenang menunggu keputusan SPM 2010 diumumkan.

Pelajar cemerlang SPM 2010, Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu, Nik Aisyah Najwa, mendapat 11 A, 10 A+.

Kelantan mencatat keputusan terbaik pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dalam tempoh tujuh tahun yang diumumkan hari ini dengan Gred Purata Negeri (GPN) mengatasi peringkat kebangsaan iaitu 5.15 berbanding 5.19. Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang berkata, sebanyak 93.73 peratus daripada 35,594 calon yang menduduki peperiksaan itu layak mendapat sijil, berbanding 91.2 peratus di peringkat nasional. Seramai 278 calon mendapat keputusan cemerlang dengan enam orang memperoleh semua A bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

Di peringkat sekolah kementerian, enam calon cemerlang itu ialah Faiz Ziad Zainuddin dan Liew Hong Kheng kedua-duanya dari Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu yang memperoleh 10A ; Song Chai Lin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kota Bharu juga 10A . Turut memperoleh keputusan cemerlang ialah Muhamad Izzat Syameer Mohd. Zaid dari Sekolah Menengah Agama Lati, Pasir Mas (11A ); Imran Ariffin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas dan Salina A/P Sangguan (10A ) dari SMK Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, masing-masing 10A .Pada tahun ini terdapat 59 buah sekolah mengatasi peratus calon yang layak mendapat sijil peringkat negeri dengan 22 sekolah mencapai kelulusan 100 peratus berbanding 18 buah sekolah tahun lalu.  lihat disini.

Saya tidaklah ingin membangkitkan motif politik dalam soal pendidikan di Kelantan kerana kita menerima keputusan SPM 2010 ini dengan penuh kesyukuran terhadap Allah s.w.t berkat usaha dan peranan yang dimainkan semua pihak. Negeri ini terdapat keberkatan di dalamnya, bumi tadahan wahyu, berkat ulama’ dahulu yang mengangkat agama Allah, biarpun Kelantan yang selalu dipandang enteng oleh Pusat, selalu terkena tempias ‘double standard’, selalu dinafikan kredibiliti dan kebolehan sekolah aliran agama-nya, namun keputusan SPM 2010 yang merupakan satu keputusan terbaik dalam tempoh 7 tahun menjadi satu manifestasi kepada keyakinan rakyat Kelantan terhadap sistem pendidikan di Kelantan. Walaupun kekangan kewangan yang terhad dalam menyediakan suasana pendidikan yang kondusif, kita mampu menerajui pencapaian SPM di Malaysia.

Sementara itu, Pelajar Maahad Muhammadi Lelaki (MML) Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam diumumkan Pelajar Cemerlang SPM 2010 keseluruhan sekolah itu dan keseluruhan pelajar SPM 2010 bagi sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK). Namun seperti yang kita sedia maklum, perkara yang berlaku sebelum ini menimpa Siti Fatimah Mokhtar & Nik Nur Madihah turut berlaku kepada adik Nik Muhammad Farhan.  Namanya tidak iktiraf sebagai pelajar terbaik Kelantan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dibawah Jabatan Pendidikan Negeri yang mana mengiktiraf pelajar dari sekolah kementerian yang mendapat 10A sedangkan adik Nik Muhammad Farhan mendapat 11A. Apapun TAHNIAH buat Yayasan Islam Kelantan kerana melahirkan SPM’s top scorer buat 3 tahun berturut-turut. Alhamdulillah.

Laporan Ringkas SPM Tahun 2010 Sekolah-Sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

1. Bilangan Calon SPM 2010.

Calon sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang menduduki peperiksaan bertulis SPM tahun 2010 adalah seramai 4657 orang berbanding tahun 2009 seramai 6046 orang. Calon SMU(A) Kerajaan / Maahad adalah seramai 3354 orang ( 97.97 %) manakala calon SMU(A) Bantuan Kerajaaan adalah seramai 1303 orang ( 92.25 %).

2. Prestasi Keseluruhan SPM tahun 2010
2.1. Calon yang layak mendapat sijil bagi semua sekolah Yayasan Islam Kelantan adalah seramai 4488 calon ( 96.89 berbanding seramai 5799 calon ( 95.91 %).
2.2. Bilangan dan peratus calon yang layak mendapat sijil dan pernyataan mengikut kategori sekolah adalah seperti berikut:-
2.2.1. SMU(A) Kerajaan / Maahad
Seramai 3286 calon ( 97.97 %) layak mendapat sijil dan seramai 54 calon ( 1.61 %) layak mendapat pernyataan.
2.2.2. SMU(A) Bantuan Kerajaaan
Seramai 1202 calon ( 94.05 %) layak mendapat sijil dan seramai 57 calon ( 4.46 %) layak mendapat pernyataan.

3. Pencapaian Keseluruhan Sekolah
Sekolah yang mendapat kelulusan 100 % (semua calonnya layak mendapat sijil)

3.1. SMU(A) Kerajaan / Maahad
3.1.1. Maahad Ar Rahmah Kenali
3.1.2. Maahad Muhammadi Lelaki
3.1.3. Maahad Muhammadi Perempuan
3.1.4. Maahad Muhammadi Pasir Mas
3.1.5. Maahad Muhammadi Pasir Pekan
3.1.6. Maahad Muhammadi Tumpat
3.1.7. Maahad Pengajian Islam*
3.1.8. Maahad Syamsul Maarif (L)
3.1.9. Maahad Syamsul Maarif (P)
3.1.10. Maahad Tahfiz AlQuran Pulai Chondong
3.1.11. Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah
3.1.12. Pusat Pengajian Pondok

3.2 SMU(A) Bantuan Kerajaan
3.2.1. SMU(A) Al Ittihadiah Tanjung Pagar
3.2.2. SMU(A) Diniah Permatang Rambai
3.2.3. SMU(A) Ismailaiah Binjai Manis
3.2.4. SMU(A) Nurul Huda Bukit Yong

4. Kecemerlangan Calon
4.1. Seramai 40 orang calon mendapat 11A
4.2. Seramai 51 orang calon mendapat 10A
4.3. Seramai 76 orang calon mendapat 9A
4.4. Seramai 91 orang calon mendapat 8A
4.5. Seramai 158 orang calon mendapat 7A

Kredit Photo: Rizal Tahir.

Entri Lama: Sekolah Terbaik Kelantan : Maahad Muhammadi Lilbanat.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

March 23, 2011 at 8:14 PM

Posted in Education

Produk Kelantan: Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.

with 15 comments

Maahad Tahfiz Sains

Menyentuh soal pendidikan di Negeri Kelantan, sejak kebelakangan ini kebanyakkan sekolah-sekolah di Kelantan terutamanya sekolah kelolaan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah banyak memateri nama sebagai sekolah ‘Top Scorer” di peringkat negeri bahkan juga di peringkat kebangsaan. Kejayaan sistem pendidikan di Kelantan yang berorientasikan aliran agama setanding dengan sekolah-sekolah di bawah KPM telah membuka mata banyak pihak terutama ibubapa yang kini lebih cenderung untuk menghantar anak mereka ke sekolah aliran agama. Kejayaan ini sekaligus menafikan anggapan Pusat bahawa sekolah berorientasikan aliran agama tidak mampu untuk pergi lebih jauh.

Berbalik kepada topik asal, saya telah membuat sedikit tetapi tidaklah banyak kajian berkenaan sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan dalam bidang pendidikan terutamanya pendidkan beraliran agama di Kelantan dan artikel yang terdahulu pernah saya ‘post’ berkenaan Maahad Muhammadi Lilbanat dan kini saya melihat sebuah sekolah yang berpotensi besar untuk dijadikan kilang melahirkan cendikiawan kontemporari yang syumul dari aspek pendidikan dunia dan akhirat. Sekolah yang dimaksudkan ialah Maahad Tahfiz Sains (MTS) yang merupakan salah sebuah sekolah kawalan di bawah pengurusan Yayasan Islam Kelantan yang telah diluluskan penubuhannya di dalam Mesyuarat Lembaga YIK 4/2003 bertarikh 10 Ramadhan 1424 bersamaan 5 November 2003. MTS mengambil pelajar sulung seramai 120 orang(60 lelaki dan 60 perempuan) dan menumpang di SMU(A) Maahad Muhammadi (L) dan SMU(A) Maahad Muhammadi (P).

Perasmian MTS telah diadakan pada 25 Januari 2004 di Dewan Teratai disempurnakan oleh YAB Dato Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Seterusnya MTS berpindah ke Berangan, Tumpat sehingga akhir 2006 sebelum berpindah ke kampus tetapnya di Bendang Baru, Bukit Panau, Tanah Merah pada 2 Januari 2007. MTS merupakan aliran Tahfiz yang kedua selepas Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat yang terletak di Pulai Chondong. Namun hala tuju dan konsepnya terdapat perbezaan iaitu MTS memberi penekanan kepada aliran pengajian Sains di samping pengajian Tahfiz Al-Quran. Permohonan yang terlalu ramai sehingga melebihi 1000 orang untuk menduduki ujian saringan telah menyebabkan kampus-kampus baru MTS dibuka di kawasan-kawasan lain.

MTS sering menerima kunjungan daripada warga sekolah mahupun agensi dan jabatan-jabatan kerajaan serta swasta baik dari dalam negara mahupun luar negara. Kini, sistem pengajian MTS telah diguna pakai untuk menubuhkan madrasah-madrasah beraliran seumpama ini di negeri-negeri lain. Pada tahun 2008, jumlah penuntut di MTS adalah seramai 715 orang yang ditempatkan di dalam 18 buah kelas. Jumlah kakitangan pula ialah seramai 70 orang iaitu 19 orang guru akademik, 6 orang guru Arab dan agama, 42 orang guru al-Quran dan 7 orang kakitangan sokongan.

Antara Okjektif penubuhan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah adalah:

1) menyediakan peluang-peluang pengajian dalam aliran Tahfiz al-Quran dan Sains.

2) menggabung jalin keupayaan pembelajaran dalam mata pelajaran tahfiz, agama dan akademik(sains).

3) melahirkan saintis dan profesional al-quran yang menghafaz al-quran dan menghayati kandungannya.

4) menjana pelapis kepimpinan ummah yang mempunyai pelbagai keterampilan dan pengetahuan dalam globalisasi.

5)mewujudkan zon pembelajaran yang kondusif bagi melahirkan generasi al-quran yang mampumenghayati dan menghafal al-quran, menguasai ilmu wakie dan syarie serta memiliki sahsiah terpuji di samping mempunyai kecerdasan mental dan fizikal Selain itu, Masjid Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang berharga RM 557,992.50 telah pun siap dibina.

Masjid 2 tingkat dengan keluasan lebih kurang 10,600 kaki persegi ini dapat menampung seramai 750 orang pelajar (jemaah) serentak. Dengan siapnya masjid ini ia dapat membantu para pelajar untuk melaksanakan pelbagai program kerohanian dengan lebih selesa. Di samping itu ianya juga dapat memberikan keselesaan kepada para ibu bapa semasa mereka mengunjungi anak-anak mereka semasa hujung minggu ataupun pada hari cuti. Setakat itu dulu ulasan berkenaan MTS Tanah Merah. Nanti artikel berkaitan iaitu Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat Pulai Chondong April ini.

Excerpted from:http://www.mts.kelantan.edu.my/home.html

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

March 5, 2011 at 1:11 PM

Posted in Education

Sekolah Terbaik Kelantan: Maahad Muhammadi Lilbanat.

with 20 comments

Uploaded with ImageShack.us

Uploaded with ImageShack.us

Uploaded with ImageShack.us

Uploaded with ImageShack.us

Foto dikemaskini pada 5/3/2011:

Bangunan Baru Maahad Muhammadi Lilbanat

Bangunan Baru ini dapat menampung kebanjiran pelajar dari dalam dan luar negeri.

Pembesaran dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.

Namanya sehebat srikandinya

credit foto : Rabiatul Adawiah

Sekolah ini sekian lama menjadi idaman Kementerian Pelajaran Malaysia. Perlu diingat ia di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan. Sekolah yang telah ramai melahirkan SPM ‘Top Scorer’ peringkat Kebangsaan. Ramai ibu bapa yang memasang impian untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sini walaupun mereka berada di luar Kelantan. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan sekolah ini tidak hanya terbaik di Kelantan tetapi merupakan sekolah terbaik di Malaysia.

ANTARA SEJARAH SEKOLAH MAAHAD MUHAMMADI PEREMPUAN – NIK NUR MADIHAH NIK MOHAMMAD KAMAL (PELAJAR CEMERLANG YANG MENDAPAT 19 A1 DAN 1 A2 DALAM SPM 2008)

Maahad Muhammadi Perempuan merupakan sebuah institusi pendidikan ugama yang berpengantarkan Bahasa Arab yang terulung dan tertua di negeri Kelantan. Sehingga kini, kegemilangannya terserlah dengan pengeluaran ribuan ulama’, cendekiawan, negarawan, usahawan, teknorat, penulis dan ahli-ahli politik yang matang dan berjaya. Ditubuhkan secara rasmi pada hari Khamis, 1 April 1937M bersamaan 20 Muharram 1356H dengan ampun perkenan dan titah baginda ke Bawah Duli Yang Maha Mulia As-Sultan Ismail Ibni Al-Marhum As-Sultan Muhammad IV, As-Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan pada waktu itu.

Sejak kelahirannya sehingga sekarang Maahad Muhammadi telah dikenali dengan pelbagai nama sehingga akhirnya ia kekal seperti dikenali sekarang. Tarikh 9 Mei 1964, adalah tarikh yang paling agung bagi Maahad Muhammadi. Tarikh ini merupakan hari yang paling bermakna dalam sorotan sejarah sekolah ini, di mana pada tarikh inilah, perasmian bangunan baru Maahad Muhammadi Jalan Merbau Kota Bharu telah disempurnakan perasmiannya oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Yahya Petra ibni Al-Marhum Al-Sultan Ibrahim, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim.

source: http://www.maahadmuhammadi.com

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

January 23, 2011 at 11:32 AM

Posted in Education