The Kelantan Times

Membangun Bersama Islam

Archive for the ‘Infrastructure’ Category

Istana Sultan Muhammad V

with 3 comments

KDYMM Sultan Muhammad ke V bersama YTM Tengku Mahkota Kelantan mencemar duli ke Majlis Solat Hajat dan Upacara Perletakan Batu Asas Pembinaan Istana Kelantan di Lembah Sireh belakang Istana Kota Lama,turut hadir sama pembesar-pembesar negeri dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Istana Kelantan ini akan dibina ditepi Sungai Kelantan di Kawasan Projek Pembangunan Lembah Sireh iaitu betul-betul di belakang Istana Kota Lama.

Untuk makluman, pembinaan Istana Kelantan adalah untuk memberi ‘rumah baru’ kepada Sultan Muhammad V  kerana selama ini baginda bersemayam di Istana Telipot yang mana ia sepatutnya menjadi tempat bersemayam Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra yang kini baginda juga ‘menumpang’ di Istana Kota Lama yang diubahsuai untuk baginda.  Istana Mahkota di Kubang Kerian telah menempatkan Sultan Ismail Petra bersama Raja Perempuan Kelantan dan anakanda baginda, Tengku Amalin Aisyah.

Gambaran artistik Istana Kelantan.

menghadap Sungai Kelantan.

Istana Kelantan menjadi ‘rumah baru’ buat Sultan Tercinta, Sultan Muhammad V.

Istana-Istana Kelantan.

Istana Telipot.

Istana Kota Lama

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

July 5, 2012 at 4:48 PM

Posted in Infrastructure

Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong.

with one comment

Semalam telah berlangsung Majlis Pengumuman Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong  bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu. Majlis disemprunakan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Klik pada imej untuk melihat pelan penuh.

 

Pelan Pembangunan Kota Bharu Sentral

 

Tunjong Pavilion, salah satu projek bersepadu Kota Bharu Sentral.

 

Video Promo:

 

Ulasan Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

January 17, 2012 at 11:25 AM

Posted in Infrastructure

Sebuah Transformasi : Kota Bharu 2011 !

with 53 comments

Benarkah Kelantan mundur?

Kenapalah Kelantan jadi mundur?

Pelabur takut untuk melabur di Kelantan kerana rakyat miskin.

Banyak rakyat Kelantan merempat diluar negeri?

Tidak ada pembangunan !

Tiada peluang pekerjaan !

Tiada peluang pendidikan !

Sabar.

Mari dengar ini cerita.

Menurut cerita orang Kelantan lah,

bukan cerita dongeng orang luar,

kerana untuk mengetahui sesuatu perkara darinya,

perlulah bertanyakan kepada orangnya.

tak gitu?

Kelantan sudah jauh maju,

jauh dari itu kemajuan Islam Di Kelantan jauh mendahului negeri lain.

Ramai orang Kelantan sudah kaya raya di ibu kota Kuala Lumpur,

Sehingga Dato’ Tony Fernandes pula sibuk untuk bina Tune Hotel di negeri mundur ini,

Lihatlah airport negeri mundur, telah mencapai 1 juta trafik pada 2009.

mendahului airport domestic negeri maju lain.

Sebab itulah Jepun memilih untuk mendarat di Kuala Pak Amat  60 tahun lalu! Ha Ha. (Tiada Kaitan)

*****************************************************************************************************************

Pelaksanaan & Perancangan.

A) Pelaksanaan.

1) Kompleks Saidina Ali.

Kompleks Saidina Ali

Kompleks Saidina Ali

Kompleks Saidina Ali

Fasa pertama Kompleks Perniagaan Saidina Ali telah siap sepenuhnya awal tahun ini. Projek ini telah dimajukan oleh Ali Homes yang beribu pejabat di Kota Bharu.

2) Masjid Ayesha.

Masjid Ayesha

Masjid Ayesha

Sebuah masjid baru di Kok Lanas yang diberi nama Masjid Ayesha terletak bersebelahan Kompleks Perniagaan Saidina Ali. Status projek telah mencapai 65 % dan dijangka siap penghujung 2011.

3) KFC & Pizza Kok Lanas.

KFC & Pizza Kok Lanas

KFC & Pizza Kok Lanas

Satu-satunya Restoran bersama (single outlet) KFC-Pizza terletak di Kok Lanas telah dibuka awal tahun 2011 dilokasi yang strategik di antara Ketereh dan Kok Lanas.

4) KFC Kota Bharu.

KFC Kota Bharu

Restoran KFC kedua (single outlet) di Kota Bharu selepas pembukaan pertama (single outlet) KFC Kubang Kerian hampir 2 tahun lepas. Dijangka siap sepenuhnya Oktober 2011 dan dibuka kepada umum akhir tahun ini.

5) Pembesaran HUSM Kubang Kerian.

Pembesaran HUSM

Sebuah Projek Kerajaan Pusat menempatkan beberapa buah blok baru telah memasuki fasa terakhir setelah dimulakan pertengahan 2010 lalu.
6) Pembesaran HRPZ II. 

Pembesaran HRPZ

Juga sebuah projek Kerajaan Pusat untuk menambah 4 blok tambahan baru telah bermula awal tahun ini dan dijangka siap Mac 2013.

Entri Terdahulu: Pembesaran HRPZ.

7) Pemanjangan Laluan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Pemanjangan Laluan LTSIP

Pemanjangan Laluan LTSIP

Projek pemanjangan Laluan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa telah memasuki 90 % pelaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya September 2011.

Entri Terdahulu: Pemanjangan Laluan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

8 ) Pasar Kota Jembal.

Pasar Kota Jembal

Projek Pembinaan Pasar Baru Kota Jembal yang bermula pada awal tahun ini telah memasuki 70 % pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya Oktober 2011.

Entri Terdahulu: Pasar Baru Kota Jembal.

9) Medan Selera Kota Bharu.

Medan Selera Kota Bharu

Sebuah projek Kerajaan Pusat di bawah JPP untuk membina sebuah Medan Selera di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV telah bermula Jun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2012.

10) Wisma SPRM. 

Wisma SPRM

Sebuah Wisma Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Sultan Yahya Petra telah siap sepenuhnya pada Julai 2011 setinggi 8 tingkat ini dimasukkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9). Harap tiada yang jatuh lagi disini.

11) Wisma PERKESO.

Wisma PERKESO

Sebuah Wisma Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Jalan Kampung Sireh telah siap dan beroperasi pada pertengahan 2010.

12)  Battuta Ville.

Battuta Ville

Artistik Battuta Ville

Projek pembangunan semula tanah milik Majlis Perbandaran Kora Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) serta tanah milik persendirian seluas 4,292 ekar di Batu 2, Jalan Kuala Krai ini meliputi beberapa komponen seperti bangunan kediaman, pusat perniagaan, taman rekreasi serta pembinaan 6 buah medan selera (food court) yang terdapat di seluruh dunia itu akan dilaksanakan mengikut senibina Islam. Projek ini dimajukan oleh Syarikat Alam Daya Maju Sendirian Berhad.

Entri Terdahulu: Batutta Ville.

13) Anjung Vista.

Anjung Vista

Artistik Anjung Vista

Pembinaan Anjung Vista Service Apartment ini telah 30% siap dan ia bakal menjadi mercu tanda kepada Bandar Satelit Kubang Kerian dengan ketinggian pengsapurinya 21 tingkat. Setakat ini pemajunya Gazriz telah menerima tempahan sebanyak 85 peratus bagi kesemua jenis-jenis apartmen yang disediakan. Anjung Vista Service Apartment mempunyai 251 unit pangsapuri dan satu unit lot komersial dua tingkat. Keluasan lot komersial sebanyak 5,100 kaki persegi dengan kos pembangunan dianggarkan RM39.9 juta.

Entri Terdahulu: Anjung Vista Apartment.

14) Pembesaran Hotel Perdana.

Pembesaran Hotel Perdana

Pembesaran Hotel Perdana

Artistik Pembesaran Hotel Perdana

Sebuah Projek Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk menambah-baik dan pembinaan blok bangunan baru Hotel Perdana 11 Tingkat dijangka siap sepenuhnya menjelang Februari 2012.

Entri Terdahulu: Pembesaran Hotel Perdana

15) Holiday Villa. 

Holiday Villa

Artistik Holiday Villa

Sebuah bangunan hotel 9 Tingkat bertentangan dengan Pasar Wakaf Che Yeh dimiliki oleh Holiday Villa dan dijangka siap sepenuhnya September 2011.

16) One Residence. 

One Residence

Artistik One Residence

Sebuah Kondominium di Jalan Paya Bemban – Cherang setinggi 24 Tingkat telah dimulakan pembinaannya Jun 2011 dan dijangka siap sepenuhnya April 2013.

Entri Terdahulu: One Residence Condominium.

17)  Apartment KB Sentral.

KB Sentral

KB Sentral

KB Sentral

Entri Terdahulu: KB Sentral.

18) Mydin Mall (Terbesar di Malaysia). 

Mydin Mall Tunjong

Sebuah pasaraya Mydin Mall yang terbesar di Malaysia terletak di Bandar Baru Tunjong sedang dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya Dec 2012.


19) New Shop-lots.

Unit di Jalan Kelochor

Unit di Jalan Wakaf Mek Zainab

Unit di Paya Bemban


B) Perancangan. 

1) Hotel Madinaturraudhah.

Tapak pembinaan Hotel Madinaturraudhah

Artistik Hotel Madinaturraudhah

Imej Satelit Lokasi Hotel Madinaturaudhah

Entri Terdahulu: Hotel Madinaturaudhah

2) Bayan Residency.

Bayan Residency

Artistik Bayan Residency

Imej Satelit Lokasi Bayan Residency

Terletak diantara laluan Kota Bharu – Panji, Pembinaan Bayan Residency dijangka akan dimulakan Ogos 2011 setelah proses untuk mendapatkan kelulusan selesai.

3) Perdana Residency.

Artistik Perdana Residency

Imej Satelit Lokasi Perdana Residency

Perdana Residency di Jalan Sri Cemerlang setinggi 23 Tingkat ini yang dimiliki oleh PKINK akan menempatkan lebih dari 250 buah unit dan kerja pembinaan dijangka akan dimulakan seawal Oktober 2011.

4) Ali Vista.

Ali Vista

Imej Satelit Lokasi Ali Vista

Pembinaan Apartment Ali Vista yang dimajukan oleh Ali Homes ini masih belum dimulakan sepenuhnya.

 5) Apartment PKINK.

PKINK Apartment

Imej Satelit Lokasi PKINK Apartment

6) ND Mutiara.

ND Mutiara Tower

Imej Satelit ND Mutiara

Servis Apartment setinggi 23 tingkat ini bakal dimajukan oleh syarikat ND Mutiara Realties Sdn Bhd syarikat milik penuh Bumiputra Kelantan. Lokasinya terlerak di jalan utama ke Taman tengku Anis Tanjung Chat. Tempahan telah mencapai 85% dan pembinaan dijangka akan dimulakan pada bulan April 2011 setelah mendapat Lesen Pemaju dan Permit Iklan. Kebanyakan pembeli adalah terdiri daripada korporat-korporat Kelantan yang berniaga di Ibu Negara.

7) Hotel 26 Tingkat di Jalan Sultan Yahya Petra (Tapak Stesen Bas SKMK)

Hotel 26 Tingkat

Hotel 26 Tingkat

Imej Satelit Lokasi Hotel 26 Tingkat di Jalan Sultan Yahya Petra

Pembinaan Hotel setinggi 26 Tingkat ini di atas tapak bekas stesen bas SKMK di lihat sebagai salah satu mercu tanda yang terbaru di Kota Bharu. Proses pemilik tanah telah selesai dan pembinaan dijangka akan dimulakan pada penghujung 2011.
8 )  Apartment di Jalan Che Su

Pelan

Artistik Apartment

Artistik Apartment

Imej Satelit

Sebuah lagi pembinaan yang akan menambahkan lagi seri di tepi Sungai Kelantan. Terletak di antara Jalan Che Su dan Jalan Gajah Mati, Apartment ini bersebelahan GR Hotel (Grand RiverView), dan sekarang, ia dalam proses untuk mendapatkan tanah yang menempatkan lebih dari 50 buah rumah-rumah dan setinggan di tepi Sungai Kelantan. Menurut sumber, pemilikkan tanah sudah mencapai 30% iaitu ia akan bermula dari sebelah LIDO (lama) hingga Off Jalan Gajah Mati berhadapan Jalan Sultanah Zainab.


9) An-Naim Resident.

An-Naim Resident

Imej Satelit Lokasi an-Naim Resident

Pembinaan dijangka akan dimulakan pada pertengahan tahun 2012 setelah Taqwa Point di hadapan An-Naim Resident yang akan siap sepenuhnya menjelang Mei 2012.

10) Airport City.

Airport City

Airport City merupakan suatu pelan perancangan jangka panjang oleh MPKB-BRI meliputi tanah seluas 200 ekar di hadapan Pantai Sabak dan menghadap Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Suatu perancangan selepas projek-projek di Lembah Sireh dan Pasir Tumboh ini siap sepenuhnya.

Lain-Lain:

1) Pembangunan Lembah Sireh. (Kota Bharu Waterfront)

2) Bandar Satelit Pasir Tumboh. (Kota Tok Kenali)

3) Kompleks Pejabat Kerajaan Bandar Darulnaim. (Bandar Baru Tunjong)

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

July 24, 2011 at 12:51 PM

Posted in Infrastructure

Khalifa Suites : Islamic, Modern & Contemporary.

with 13 comments

f

Khalifa Suites

Khalifa Suites

Khalifa Suites

Khalifa Suites

Khalifa Suites

Khalifa Suites

Khalifa Suites

Khalifa Suites

Khalifa Suites

Khalifa Suites

Finished on scheduled, Khalifa Suites, a 5 storey serviced apartments-cum-hotel with Modern, Islamic architecture located in the heart of Kota Bharu and opposite of Masjid Muhammadi is ready to be opened soon. The 5-S building with an elevator, basement for car parking, located in a safe and quiet area of Kota Ismail Petra is owned by Encik Nordin, a well-known philanthropist and a lawyer in Kota Bharu.  Added to this, even a 5-S apartment, Khalifah Suite will become a new landmark of Kota Bharu with its Islamic finishing furnished with final touch, a tiny golden dome at the top of its building. Recently, dome had showed an important element in Kelantan’s architecture that symbolizes an Islamic archi of Islamic State of Kelantan, the legacy of its reign, the same goes to Kelantan Trade Center (KTC), Kota Bharu Trade Center (KBTC), Bazar Tok Guru, Bazar Tuan Padang known as Bazar Tengku Aisyah, State Education Department & Observation Tower beside murky Kelantan River.  Here some of its photo in the sunny evening of Kota Bharu for the viewers.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

July 18, 2011 at 12:03 PM

Posted in Infrastructure

Palekbang melambai & Penambang memanggil.

with 6 comments

Kampung Banggol dari Kampung Sungai Pinang, Palekbang.

Pemandangan Kota Bharu dari Jeti Kampung Laut, Palekbang.

Sebuah Jeti di Kampung Laut.

Pekan Palekbang suatu ketika dahulu namanya meniti dibibir masyarakat dek kerana disitulah terletaknya masjid tertua di Malaysia iaitu di Kampung Laut sebelum ianya dipindahkan ke Nilam Puri berlaku hakisan akibat banjir saban tahun. Kampung Laut,sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tebing Sungai Kelantan ini sarat dengan kisah dan sejarah silam sebelum Perang Dunia ke-II meletus. Namanya seakan-akan nama sebuah negeri di Indonesia, iaitu Palembang. 🙂

Kampung Sungai Pinang, Palekbang merupakan sebuah perkampungan di pinggir Sungai Kelantan dan terletak di Pekan Palekbang, Tumpat. Tumpat merupakan daerah paling kecil di Negeri Kelantan yang berkeluasan kira-kira 169 kilometer persegi. Sebahagian besar daerah ini adalah dataran tanah pamah dan terdapat banyak gugusan pulau sungai atau island river yang berpotensi dimajukan untuk industri pelancongan. Selain industri pelancongan yang mampu bertapak di kawasan sekitar Tumpat, sejarah juga memainkan peranan penting sebagai salah satu faktor memperkenalkan kawasan sekitar Tumpat di mata pelancong. Salah satu produk sejarah tersebut adalah stesen kereta api Palekbang.

Bot yang berulang alik dari Jeti Kampung Laut ke Tambatan DiRaja.

Stesen kereta api Palekbang merupakan stesen kereta api utama di Kelantan suatu ketika dahulu. Ia menjadi hub utama bagi penduduk Jajahan Tumpat dan Kota Bharu untuk ke suatu destinasi terutama ke Pahang dan negeri Pantai Barat. Pada ketika itu, perkhidmatan feri yang menggunakan kayuhan roda besar dan mampu membawa kereta disediakan dari Kota Bharu ke Palekbang untuk kemudahan penduduk Kota Bharu ke stesen kereta api ini. Minyak juga diangkut dari stesen kereta api ini ke Kota Bharu dengan menggunakan kapal minyak. Kilang air Fraser & Neave (F&N) juga didirikan bersebelahan stesen kereta api ini. Selepas siap pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra, fungsi stesen kereta api Palekbang sebagai stesen utama bagi dua jajahan ini telah diambil alih secara berperingkat- peringkat oleh Stesen kereta api Wakaf Bharu. Kini, semuanya hanya tinggal kenangan kerana bangunan-bangunan lamanya telah dirobohkan dan yang tinggal hanyalah tapak sebagai lambang sejarah sahaja.

Menurut cerita anak jati Kampung Sungai Pinang, ketika era pemberontakan komunis kawasan kampung ini dahulunya adalah lokasi penempatan tentera Thailand. Ketika itu, kawasan hutan di sekitar kampung ini didiami tentera komunis. Lokasi kampung ini adalah markas pentadbiran komunis dalam usaha mereka meluaskan pengaruh ke Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Oleh sebab kedudukan kampung yang bersempadan dengan Thailand maka tentera negara Gajah Putih itu turut membantu memerangi komunis dan menjadikan Kampung Sungai Pinang sebagai markas penempatan askar Thailand. Nama Kampung Sungai Pinang dikatakan berasal dari pokok pinang atau nama saintifiknya Areca Catechu yang tumbuh melata di tebing Sungai Kelantan. Suatu masa dahulu, penduduk tempatan kerap mengambil buah pinang untuk dimakan bersama daun sirih. Selain itu, penduduk juga gemar menjadikan isi buah pinang sebagai jeruk. Lantaran itu, kampung ini dikenali sebagai Kampung Sungai Pinang.

Melihat kepada pembangunan pesat di Bandar Kota Bharu yang menghadap ke arah Palekbang yang semakin hari semakin terkehadapan sesuai dengan fungsinya sebagai ibu negeri, maka situasi ‘in reverse’ menampakkan bahawa pekan Palekbang semakin ketinggalan saban hari bagaikan Palekbang tersangat ‘cemburu’ dengan perkembangan di Bandar Kota Bharu yang berada dihadapannya. Dari arah Palekbang menuju ke Tumpat, terdapat sebuah Hospital Besar Tumpat, Balai Bomba dan beberapa infrastruktur asas yang dilihat bahawa kawasan ini ada potensi untuk dibangunkan bermula dengan satu infrastruktur  iaitu sebuah Jambatan yang dapat menghubungkan Pekan Palekbang dan Bandar Kota Bharu selain daripada jaringan jalan raya lain yang jauh.
Terdapat pelbagai pembolehubah yang boleh membawa kepada perkembangan sesuai tempat dan kawasan sebagai contoh logistik iaitu jaringan yang baik, faktor muka bumi, kepadatan penduduk dan sebagainya. Antara pembolehubah yang terpenting adalah perhubungan dan jaringan jalan raya yang baik untuk memungkin sesuatu kawasan dimajukan. Merujuk kepada akses di pekan Palekbang, kebanyakan mereka yang ingin ke Kota Bharu lebih mudah dengan menaiki bot yang hanya memakan masa selama 5-8 minit berbanding mereka melakukan ‘pusingan’ untuk ke Kota Bharu melalui Wakaf Bharu & Pasir Pekan yang mamakan masa 45-60 minit ditambah dengan kesesakan laluan di Jambatan Sultan Yahya Petra.

Imej Satelit 1: Imej Palekbang & Penambang

Imej Satelit II: Lokasi Cadangan Pembinaan Jambatan Palekbang-Penambang

Jikalau sekiranya disediakan suatu peruntukan baru untuk membina jambatan baru di Palekbang-Penambang, ia akan memberi faedah kepada lebih ramai penduduk tempatan terutamanya masyarakat Bumiputra dan sekali gus akan meningkatkan lagi nilai tanah dan aktiviti perekonomian di kawasan tersebut. Kawasan-kawasan di Palekbang seperti di Kampung Laut & Kampung Sungai Pinang akan menikmati pembangunan yang seimbang dengan Kedai Buloh dan Kuala Besar jika akses seperti sebuah Jambatan yang merentasi Sungai Kelantan dibina.

Ini kerana, penduduk di Jajahan Tumpat sekarang hanya menggunakan Jambatan Sultan Yahya, iaitu satu-satunya Jambatan di Kota Bharu untuk merentasi Sungai Kelantan untuk ke Kota Bharu berbanding Jajahan Pasir Mas yang mempunyai 2 Jambatan (Jambatan di Tendong & Jambatan Salor-Pasir Mas) untuk menyeberangi Sungai Kelantan walaupun perbezaan jurang penduduk sangat ketara dengan Kota Bharu yang semakin padat. Jambatan Sultan Yahya Petra yang dibina pada tahun 60-an ini sudah tidak mampu lagi menampung pertambahan kenderaan dan kesesakan berlaku setiap hari walaupun kemunculan Jambatan Sultan Yahya Petra ke-II dilihat sebagai suatu pembesaran laluan dan bukan sebuah laluan alternatif kerana penduduk di Jajahan Tumpat (melalui Wakaf Baru & Pasir Pekan) hanya dihubungkan melalui arteri yang sama sebelum masuk ke Bandar Kota Bharu melalui Kampung Sireh.

Difahamkan bahawa projek untuk melebarkan jambatan tersebut sedang dijalankan, tetapi ia hanya berdasarkan kajian jumlah kenderaan beberapa tahun lepas. Sebagai perbandingan, penduduk di Jajahan Pasir Mas tidak menghadapi kesulitan seperti penduduk Tumpat kerana mereka boleh menggunakan dua buah jambatan, iaitu di Salor dan Pasir Mas, tiada kesesakan lalulintas berlaku sedangkan jumlah penduduknya lebih sedikit daripada penduduk Jajahan Tumpat. Manakala di Kota Bharu, jika dilihat Jambatan Sultan Yahya Petra II dari satu sudut, ianya adalah suatu pembesaran yang tidak semestinya dapat mengurangkan kesesakan pada arteri Kota Bharu melainkan perlunya satu laluan alternatif yang bukan sahaja bertindak sebagai alternatif kepada Jambatan Sultan Yahya, tetapi juga ia membuka ruang untuk Palekbang dimajukan untuk seimbangkan jurang sosial antara Kota Bharu Barat & Kota Bharu Timur iaitu antara Kampung Laut, Kampung Sungai Pinang dan Pulau Daruna dengan Kedai Buloh, Kuala Besar dan Pulau Beluru. Lihatlah perbezaan kepadatan pembangunan dan penduduk antara Kota Bharu dan Palekbang di Tumpat melalui imej satelit.

Peta Jajahan Kota Bharu & Tumpat di pisahkan oleh Sungai Kelantan

Masyarakat di Kota Bharu diharap tidak mudah dimainkan dengan isu yang menyentuh soal politik infrastruktur oleh Pusat dengan realiti semasa yang dialami Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri punyai alasan yang kukuh untuk tidak meneruskan pelaksanaan pembinaan jambatan yang dahulunya telah pun diletakkan batu asas di Palekbang pada tahun 1996 atas faktor-faktor peruntukan yang dinafikan. Asasnya, lokasinya sudah ada, cuma ia perlu diberi nafas baru, tidak membiarkan batu asas itu menjadi ‘monumen bersejarah’, dimana projek berkenaan perlu disemak semula dari masa ke semasa dan jika difikirkan perlu, jika Kerajaan Negeri punya kewangan yang kukuh hasil tuntutan Royalti Minyak yang dinafikan, mengapa tidak untuk meneruskan kembali pelan asal untuk menghubungkan Palekbang dan Penambang. Terdapat satu sumber menyatakan bahawa Pelan  Projek Pembinaan Lembah Sireh (Kota Bharu Waterfront) merangkumi pembinaan sebuah jambatan yang menghubungkan Palekbang dengan Penambang di Kota Bharu.

Sedangkan penduduk Dabong juga telah pun ada jambatan yang baru walhal jumlah penduduknya jauh lebih sedikit berbanding mereka di Palekbang dan sekitarnya. Jika sekarang sebagai contoh penduduk di Kampung Laut mengambil masa sejam untuk sampai ke Kota Bharu kerana kesesakan lalu lintas di waktu pagi, amatlah diyakini jika dengan adanya jambatan baru ini akan memendekkan masa perjalanan Kota Bharu-Palekbang yang hanya akan mengambil masa lima minit untuk sampai ke Kota Bharu. Semoga hasrat rakyat terbanyak dapat direalisasikan untuk mengilhamkan sebuah Jambatan yang menghubungkan Palekbang ke Penambang merentasi Sungai Kelantan. Semoga ia dinamakan Jambatan Sultan Muhammad V dapat diilhamkan sebagai hadiah kepada Sultan Kelantan yang baru, yang Soleh lagi Berjiwa Islam.

Imej Dari Palekbang ke Arah Penambang.

Jalanraya dari Pekan Palekbang.

Jalanraya Pekan Palekbang berakhir disini.

Dipisahkan oleh Landasan Keretapi Palekbang di tebing Sungai Kelantan.

Menghadap Sungai Kelantan, kelihatan sebuah batu asas.

Batu asas pembinaan jambatan ini dibina pada tahun 1996 dalam percubaan pertama untuk menghubungkan Palekbang ke Penambang, tapi gagal. Percubaan kedua sedang berjalan, doakan...

Kelihatan Tokong Mek, Kampung Cina dari Seberang Palekbang.

Imej Ke Arah Penambang.

Ke Arah Sungai Kelantan di Jalan Wakaf Mek Zainab.

Bulatan di Kampung Cina.

Menghadap Sungai Kelantan, iaitu terletak kira-kira 100 meter di hadapan.

Menghadap semula ke arah Kota Bharu.

Pengakhiran sebuah Jambatan di Jalan Wakaf Mek Zainab.

Dan…

kisah seorang Gemuloh yang genius dan sarat dengan karya yang sinikal serta mesej yang sarcastik untuk bangsanya yang akan menyusul selepasnya. Jika, kita mendalami dan meneliti semua filemnya, maka satu per satu filemnya terkena diatas batang hidung kita. Mari bercerita soal rasmi merasmi ladang limau dan kandang harimau mahupun sebelum subuh dan sesudah subuh..

Sekadar hiburan dan tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang sudah pergi.

***********************************************************************************************************************

EDISI TAMBAHAN: Pengaliran Sungai Kelantan bermula di pertemuan Sungai Galas dan Sungai Lebir (Gua Musang) dan berakhir di Kuala Besar (Kota Bharu). Sehingga ke hari ini, jika bercakap soal Jambatan-Jambatan di Sungai Kelantan, terdapat lima buah jambatan yang merentangi Sungai Kelantan.

*Bermula dengan Jambatan keretapi terpanjang dan tertua di Malaysia iaitu Jambatan Keretapi Guillemard (1925) di Tanah Merah.

Jambatan Keretapi Guillemard.

*kemudianya Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu yang bina pada 17 April 1965.

Jambatan Sultan Yahya Petra.

*Disusuli oleh Jambatan Tanah Merah-Machang  di Tanah Merah pada 1988.

Jambatan Tanah Merah-Machang

*selepas itu Jambatan Pasir Mas-Salor di Pasir Mas pada 30 Mei 1991

Jambatan Pasir Mas-Salor

*dan akhir sekali Jambatan Sultan Ismail Petra di Tendong, Pasir Mas pada 15 Sep 2003.

Jambatan Sultan Ismail Petra

*sebelum mengilhamkan Jambatan Sultan Muhammad ke-V (Palekbang-Penambang) di Kota Bharu, Insya-allah.

Jambatan Sultan Muhammad ke-V (Old Albert: Gambar Hiasan) 🙂

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

June 29, 2011 at 12:13 PM

Posted in Infrastructure

Pembangunan Lembah Sireh (Kota Bharu Waterfront)

with 15 comments

Tahukah anda bahawa Projek Pembangunan Lembah Sireh (Kota Bharu Waterfront) merupakan hartanah terbesar negeri Kelantan yang mana keseluruhan projek dianggarkan bernilai RM 2 Billion sedang dimajukan oleh Pemaju Liziz Standaco Sdn Bhd. Pembinaan projek tersebut  dibangunkan diatas tanah berkeluasan 202 hektar ditebing arteri Sungai Kelantan dan Jambatan Sultan Yahya Petra dijalankan mengikut beberapa fasa iaitu fasa  1 telah pun siap sepenuhnya merangkumi pasaraya Tesco serta puluhan lot-lot kedai dan kini difahamkan ia telah memasuki fasa kedua yang membabitkan pembinaan 2,000 lot-lot kedai, pasaraya antarabangsa, hotel terkemuka dan esplanade sepanjang 4km walaupun pembinaannya dikatakan sedikit perlahan.

Pembangunan Lembah Sireh (KB Waterfront)

Dimajukan oleh Liziz Standaco Sdn Bhd.

Pelan Konsep (Kota Bharu)

Pelan Konsep (Tumpat) - Lihat infrastruktur didalam kotak berwarna hitam.

Ia Dibahagi kepada empat zon: Zon A - Bahagian Barat Zon B - Selatan Zon C - Depan Kota Bharu Zon D - Kg. China

Pelan Susur Atur

Pelan Jaringan Jalanraya

 Sejarah Lembah Sireh.

Suatu ketika dahulu.

Terletak di arteri Sungai Kelantan

KB Waterfront: Imej Satelit.

 

Dibangunkan diatas bekas tanah pertanian

Realiti Semasa:

Projek Lembah Sireh Fasa 1 dari arah Jambatan Sultan Yahya.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

June 27, 2011 at 11:13 AM

Posted in Infrastructure

Kelantan’s Mosque: Masjid Sultan Ismail Petra.

with 3 comments

Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian telah disempurnakan pembukaannya oleh Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Al-marhum Sultan Yahya Petra Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Darul al-Naim pada 8 Safar 1413 hijrah bersamaan dengan 7 haribulan Ogos 1992 masihi. Masjid ini merupakan antara masjid negeri yang tercantik di Malaysia dan mampu menampung jemaah sebanyak 2400 orang pada satu-satu masa.

Panorama Masjid Sultan Ismail Petra

Masjid Sultan Ismail Petra

Panorama Masjid Sultan Ismail Petra

Panorama Masjid Sultan Ismail Petra

Panorama Masjid Sultan Ismail Petra

Panorama Masjid Sultan Ismail Petra

Panorama Masjid Sultan Ismail Petra

Panorama Masjid Sultan Ismail Petra

Panorama Masjid Sultan Ismail Petra

Minaret Masjid Sultan Ismail Petra

Minaret Masjid Sultan Ismail Petra

Masjid Sultan Ismail Petra

Lihat juga entri lama berkenaan Masjid: sama-sama kita imarahkan rumah Allah…..

Kelantan’s Mosque: Masjid Muhammadi

&

Kelantan’s Mosque: Masjid Nuraini Pasir Hor.

&

Kelantan’s Mosque: The Chinese Beijing Mosque.

 

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

June 25, 2011 at 2:18 AM

Posted in Infrastructure