The Kelantan Times

Writer of Life

Archive for September 2010

Allahu Akhbar! Sultan Muhammad V: Sultan Kelantan Ke-29.

with 7 comments

Merafak Sembah Menjunjung Kasih & Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Dari Blogger The Kelantan Times diatas pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang ke-29. Majlis pemasyhuran Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan
Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Kelantan Serta Seluruh Jajahan Takluknya pada 4 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010 Di Balai Rong Seri Istana Balai Besar Kota Bharu. Baginda bakal menggunakan nama Sultan Muhammad Ke-V sebagai nama rasmi. Rakyat Kelantan gembira diatas pemasyhuran Tuanku!

(HEBAHAN: Penggantian seruan “Daulat Tuanku” kepada seruan “Allahu Akbar”… Ini bermakna, selepas ini tiada lagi seruan (untuk tujuan rasmi) menggunapakai seruan “Daulat Tuanku”, tetapi ianya perlu diubah kepada seruan “Allahu Akhbar” Titah ini hanyalah terpakai khusus untuk Sultan Negeri Kelantan Darul Naim. Kenyataan dari pejabat istana ini adalah untuk menafikan tuduhan rekayasa yang dilemparkan kepada kerajaan negeri terhadap institusi raja kelantan)

Dirgahayu Tuanku!

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

September 17, 2010 at 11:42 PM

Posted in Uncategorized