The Kelantan Times

Writer of Life

Archive for the ‘News’ Category

Alhamdulillah! Saya kembali.

with 3 comments

 

Alhamdulillah ! Alhamdulillah ! Alhamdulillah !

Setelah lebih daripada setahun saya meninggalkan bidang penulisan di The Kelantan Times, dengan nikmat kesihatan akal dan kelapangan masa yang dikurniakan Allah SWT, hari ini saya mengambil keputusan untuk kembali menulis. Kotak e-mail dipenuhi dengan berpuluh-puluh pertanyaan-persoalan daripada netizens yang meminta supaya meneruskan ‘Press’ ini. Berpuluh-puluh draft artikel masih tergantung, juga komentar-komentar pengunjung setia yang tidak sempat di balas, saya memohon ribuan kemaafan.

Saya mengambil  keputusan untuk ‘bercuti’ lebih daripada setahun tersebut disebabkan ingin menumpukan sepenuhnya terhadap pengajian tahun akhir di Universiti Malaya. Diharapkan, dalam tempoh berbaki ini (insya-allah sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Warwick, U.K) saya dapat memanfaatkan ruang dan peluang untuk cuba menyiapkan bebarapa draft artikel yang masih tergantung. Di dalam artikel-artikel yang seterusnya, beberapa skop baru akan ditampilkan dalam penulisan khususnya berkaitan tokoh-tokoh, kesusasteraan, pendidikan dan keagamaan.

Memetik kata-kata sahabat; “Di saat insan tersungkur di dalam kehidupan, ia pantas bangkit untuk terus mara. Beberapa perkara yang terjadi dalam kehidupan ini dengan takdir-Nya tidak akan melemahkan semangat insan sebaliknya menguatkan tekad dan meneguhkan azam untuk meneruskan cita-cita, meneruskan sisa-sisa kehidupan untuk berbakti. Kerana kejatuhan itu, insan memilih untuk bangun!”

 

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

April 3, 2014 at 7:22 PM

Posted in News

13/12/11: Dirgahayu Tuanku Sultan Muhammad V

with 8 comments

Allahu Akhbar !

Hari ini merupakan satu lagi detik bersejarah buat rakyat Kelantan amnya di atas perlantikan Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang baru. Patik selaku rakyat jelata tumpang gembira dan bangga dengan perlantikan Tuanku yang sangat besar ertinya buat seluruh rakyat Kelantan. Suatu sejarah baru dimana Tuanku merupakan Sultan Kelantan kedua menyandang jawatan tersebut selepas Almarhum Sultan Yahya Petra pada tahun 1979. Ia secara tidak langsung memberi gambaran sinar Islam akan terus didaulat di bumi Malaysia ini dan semoga Allah melanjutkan usia baginda untuk terus memerintah Kelantan dan Malaysia 5 tahun dari sekarang.

Baginda telah menambat hati seluruh rakyat Kelantan dengan perwatakan Islamik dimana saja baginda pergi yang menyebabkan hubungan Istana dan rakyat begitu akrab. Semoga Tuanku dipertemukan jodoh dengan isteri yang Islamik yang dapat membantu baginda menjalankan urusan pentadbiran bersama. Kami rakyat Kelantan masih menanti perkhabaran yang baik dari Istana Kelantan tentang Raja Perempuan Kelantan yang baru. Allahu Akhbar !

Petikan Akhbar semalam.

Segak. Tuanku Sultan Muhammad V di Istana Negara hari ini.

Koleksi gambar lama dari 90-an

Sewaktu pemasyhuran sebagai Sultan Kelantan.

Sewaktu Perasmian Jajahan Kecil Lojing.

Sewaktu upacara penyembelihan Qurban di Masjid Muhammadi

Sewaktu Majlis Sambutan Maal Hijrah di Balai Islam

...

...

Sewaktu di Masjid Muhammadi

Sewaktu di Masjid Telipot

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

...

Sebagai rakyat Kelantan, kita seharusnya bersyukur kerana dilahirkan di zaman pemerintahan Malikussoleh Sultan Muhammad ke-V (Ketua Negeri) & Ulama’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Ketua Kerajaan)… Suatu gandingan ideal yang Islamik!

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

December 13, 2011 at 9:51 PM

Posted in News

Sultan Muhammad V & 11/11/11.

with 3 comments

Sambutan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V

Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Malikussoleh Sultan Muhammad V

&

Kehidupan Tuanku akan bertambah indah serta lebih ceria jika diserikan dengan kehadiran seorang ratu.

Kami berdoa agar Tuanku bertemu jodoh yang terbaik sebagai gandingan Tuanku untuk menaungi negeri ini.

“Islam Dijunjung, Raja Disanjung, Rakyat Dipayung”

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

November 15, 2011 at 11:54 AM

Posted in News

Inilah masanya, Sultan Muhammad V.

with 2 comments

Sultan Muhammad V di Majlis Mesyuarat Raja-Raja baru-baru ini.

Bismillah, junjung kasih dan tahniah daripada saya rakyat marhean keseluruhannya kepada Sultan Kelantan Malikussoleh, KDYMM Sultan Muhammad ke V yang baru sahaja dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang diPertuan Agong, semoga Allah SWT melimpahkan keberkatan dan kesejahteraan yang berpanjangan buat KDYMM Tuanku al-Sultan Kelantan. Allahuakbar!

Inilah masanya, inilah masanya yang ditunggu-tunggu rakyat Kelantan khasnya & Malaysia secara umumnya ingin melihat seorang Sultan berjiwa rakyat bergandingan dengan seorang Sultan berjiwa Islamik kesayangan rakyat jelata. Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya Jumaat (14 Oct 2011) bersetuju mengisytihar Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa pada 13 Disember manakala Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru bagi tempoh sama.

Almarhum Sultan Yahya Petra

Rakyat ingin melihat kelainan corak pemerintahan untuk tempoh 5 tahun seterusnya. Semoga sinar roh Islamik al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dapat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Untuk rekod, Sultan Kelantan pertama yang dilantik ke jawatan seumpamanya ialah Sultan Yahya Petra pada 21 September 1970  hingga 20 September 1975 sebelum ditabal sebagai Yang Dipertuan Agong ke-6 pada penggal berikutanya. Ketika Sultan Yahya Petra dilantik menjadi Timbalan Yang di Pertuan Agong, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ditabal sebagai Yang di Pertuan Agong ke-5 dari tarikh yang sama. Perkara sama berulang hampir 30 kemudian apabila cucunda baginda, Sultan Kelantan, Malikussoleh Sultan Muhammad ke-V bakal sekali lagi digandingkan dengan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mana bakal memegang jawatan Yang di Pertuan Agong kali kedua dalam sejarah pelantikan Yang di Pertuan Agong di Malaysia.

Sebelum ini, Sultan Kelantan yang pertama dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong ialah Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim merupakan Yang diPertuan Agong ke-6 dari 21 September 1975 hinggalah kepada kemangkatan baginda pada 29 Mac 1979. Bahan bacaan terdahulu berkenaan pemerintahan Sultan Yahya Petra disini.

Sultan Muhammad ke-V bakal dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang di Pertuan Agong pada Disember nanti.

Sejarah tercipta pada 4 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010 Di Balai Rong Seri Istana Balai Besar Kota Bharu Sultan Kelantan yang ke-29, Sultan Muhammad Faris Petra dimasyhurkan. Baginda dengan serentak menggunakan nama Sultan Muhammad Ke-V sebagai nama rasmi. Rakyat Kelantan gembira diatas pemasyhuran Tuanku! Serentak dengan itu juga, Tarikh sambutan hari keputeraan yang baru telah diwartakan pada 11 & 12 November menggantikan tarikh sambutan tahunan pada 30 & 31 Mac sebelum ini. Disamping itu juga,  penggantian seruan “Daulat Tuanku” kepada seruan “Allahu Akbar” telah dibuat menggambarkan baginda seorang yang mementingkan sifat kekhalifahan yang mendaulatkan keesaan Allah sebagai kuasa mutlak.  Allahu Akbar!  Allahu Akbar!  Allahu Akbar!

Inilah bakal Timbalan Yang di Pertuan Agong kita ! 

Sultan Muhammad V dengan 'pakaian rasmi' Baginda.

Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

October 15, 2011 at 12:10 PM

Posted in News

From Pasir Mas to Narathiwat: Mundok Free-Zone.

with 5 comments

Mundok, or locally best known as Munok located in the southern provinces of Narathiwat, Thailand. The border of these two countries were separated by Kolok River or famously known by Kelantanese as Sungai Golok from upstream of Jeli to downstream of Pengkalan Kubor, Tumpat.  Malaysia lies to the south of the border while Thailand lies to the north. The Kolok River forms the easternmost 95 km stretch of the land border. The land border is based on the 1909 treaty between Thailand, then known as Siam, and the British which started to exert its influence over the northern Malay states of Kedah, Kelantan, Perlis and Terengganu in the early 20th century.

It was situated in a remote area of Banggol Chicha-Jeram Perdah  in Pasir Mas about 10 minutes off the city Pasir Mas or 30 minutes drive from Kota Bharu. Before the emerge of Mundok as a new low-priced area, usually, people have to drive straight away from Kota Bharu to Rantau Panjang’s duty-free zone or Pengkalan Kubor of  Tumpat to discover economical and affordable clothes, utensils, Siamese rice and firecracker (it was legal to sell such things out there). In the early 2010, Mundok took over from Pengkalan Kubor and Rantau Panjang as new and alternative destination for low-priced goods in Kelantan. It is understood that the prices for such goods in Mundok much cheaper than Rantau Panjang, Pengkalan Kubor and Kota Bharu (Wakaf Che Yeh). Mundok simply the right place to shop.

The area was patrolled by border troops along the Kolok river within Mundok and Pasir Mas area. Mundok Market usually opens twice weekly, Monday & Friday. It is recommended to be there on Monday to avoid long traffic congestion as Friday is off day in Kelantan, and surprisingly, border-pass or passport is an exception to cross the clear border through rushing river flow of Kolok using long boat for only RM2 going back and forth. Mundok Market located only 11 kilometers from Golok outskirts. There are two-currencies being used there, which are Ringgit Malaysia and also Bath Thailand (Malay native in Southern Thailand Yala, Pattani and Narathiwat often called it as Kourk). The exchange rate of RM 1 is equivalent to 10 Bath (Kourk).

No Pasport.. No Border Pass.. No Custom Checked. Mundok Market: Simply low-priced & safe.

crossing the rushing flow of Kolok River

Mundok Market from the river.

'Malaysia' : from Mundok Narathiwat, Thailand 🙂

Bamboo rafting set as a jetty.

20 Bath is equivalent to RM 1. Most groceries accept both currency.

Hectic Mundok Market

The Birdcage.

Thais milk.

Pickle chicken legs is good for health.

Apple Guava: Product of Thailand.

This baby porcupine (also called porcupet) rarely found in albino. Porcupines are rodents with a coat of sharp spines, or quills, that defend or camouflage them from predators.

Narathiwat state-assemblyman, Mr. Fauzi Bin Ishak

Passenger boat back and forth & take and drop.

Boat Engine.

Boat Propeller.

Welcome to Mundok !

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

August 20, 2011 at 11:08 AM

Posted in News

Kelantan & Ramadhan | Episod I : Badri Radzi.

with 21 comments

Mohd Badhri Radzi | Piya

al-kisah dari tangga Masjid Muhammadi, salah satu masjid tertua dan tersohor di Kelantan. Masjid yang pernah dikeluarkan artikel tentangnya sebelum ini. Tidak lain melainkan al-kisah seorang pemain bola sepak Kelantan, atau dalam bahasa politik komersialnya, The Red Warriors, pemain yang baru sahaja mendapat cap pertama bersama skuad kebangsaan Harimau Malaya menentang kelab Liga Inggeris, Chelsea,  juga seorang kapten di tengah padang Stadium Sultan Muhammad IV, al-kisah pemuda ini dengan kerja amalnya di luar kotak penalti. Tidak akan di paparkan oleh Sinar Harian mahupun Kosmo! melainkan The Kelantan Times. Suatu petang Ramadhan apabila matahari menanda Asar sudah mengetuk pintunya, maka bersolatlah seluruh manusia di dalamnya. Pernah juga terkadang itu melihat kelibatnya solat berjemaah Asar & Isya’, kerana dikatakan rumahnya berhampiran dari sini. Usai solat, terduduk ditangga sedang membelek-belek helaian nashkah al-Quran yang berada dalam genggaman, maka, secara kebetulan terlihat pula nama pemilik yang mewaqafkan al-Quran tersebut.

Jika dilihat serampang dua mata, modus operandi-nya samalah seperti Frederic Kanoute, pemain kelahiran Mali yang berkelana di Sevilla, kelab La Primera Liga Sepanyol dengan kerja amalnya sebagai seorang Muslim. Kanoute telah membeli sebuah masjid untuk masyarakat di Sevilla untuk menyelamatkannya daripada ditutup, cerita Badhri Radzi tidaklah sehebat Kanoute, tapi ia cukup untuk membuka mata kita untuk beramal tidak kira siapa kita akan statusnya. Mohd Badhri Radzi atau Piya telah membeli puluhan naskhah al-Quran untuk diwaqafkan kepada jemaah Masjid Muhammadi Kota Bharu. Satu usaha yang baik dari seorang pemain bola sepak, bah kan seorang kapten contoh anak tempatan di atas padang. Namun, usahlah dinilai melalui sumbangan material semata-mata, apa yang nampak dimata tidak sama yang terbit dihati, kerana keihklasan dalam memberi itu lebih mulia dari material yang disumbangkan, samalah seperti 10 Sen yang ikhlas lebih baik dari 1 Ringgit yang riak. Tapi, Badhri Radzi : Seorang kapten contoh !

Senashkah al-Quran

 

Senashkah al-Quran

 

Bila terlihat kepada pemilik al-Quran yang diwaqafkan ini..

 

Tetuan Piya, Mohd Badhri Radzi

 

Masjid Muhammadi

TINGKATKAN AMALAN KITA DIBULAN YANG MULIA INI.
…SALAM RAMADHAN 1432H.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

August 7, 2011 at 1:01 PM

Posted in News

Bazaar Tok Guru & . . . Reloaded !

with 2 comments

Gambar Bazaar Tok Guru dari The Kelantan Times di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 1 Ogos 2011.

*Keratan Akhbar Sinar Harian bertarikh 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 H. Baca selanjutnya di sini.

Bazaar Tok Guru.

Setelah pendedahan yang dibuat oleh ambo 4 bulan lalu berkenaan tiada salah laku & penyelewengan berlaku dalam pengurusan projek Bazar Tok Guru, hari ini Pengarah SPRM tampil untuk memberi kenyataan yang sama. (rujuk Sinar Harian bertarikh 1 Ogos). Dengan berakhirnya kemelut ini, maka peniaga-peniaga di Bazaar Tok Guru dan juga pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) masing-masing sudah boleh melupakan isu yang memalit arang terhadap nama baik Kerajaan Negeri. Dan tidak lupa, semoga Ayoh Ziq kito diberikan kesihatan untuk terus memimpin Kelate. Insya-allah.
Entri terdahulu : Bazaar Tok Guru & . . . 

*

*

*

………………………………………………………………… مرحباً يا رمضان

Masjid Muhammadi

Hayatilah Kemuliaan Ramadhan 1432H. Selamat beribadat untuk semua pelawat “The Kelantan Times”. 🙂

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

August 1, 2011 at 12:06 PM

Posted in News

Petang Kota Bharu Dari Seberang Sungai Kelantan.

with 8 comments

Grand Riverview Hotel.

Kota Bharu Big Ben.

Pelangi Mall

Pelangi Mall

Pemandangan petang Kota Bharu dari Seberang Sungai Kelantan.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

May 22, 2011 at 10:47 PM

Posted in News

KB Mall & Terjunan Half Somersault.

with one comment

Hari-hari normal di KB Mall...

Al-kisah daripada suasana kedamaian petang Khamis di Kota Bharu, terselit kisah seorang gadis ini. Alahai adik manis, al-kisah di sebuah pasaraya tersohor di Kelate. Barang sesiapa yang mengenali Mid Valley dan tidak mengenali KB Mall, maka dia bukanlah dikalangan orang-orang Kelate. 🙂 KB Mall… hypermarket seindah nama, yang amat kusayangi dan kucintai, dan juga bikin hatiku tersentuh bila mana semalam, yang merupakan satu sejarah, buat pertama kalinya, kejadian bunuh diri (tapi selamat) paling famous direkodkan terjadi di KB Mall selepas insiden KB FALL. Malang sekali terjunan separuh somersault itu tidak menjadi kerana ketangkasan pihak bomba yang datang tepat pada masa nya dan juga salah satu faktor bahawa ia terjadi di KB Mall dan bukannya Kota Sri Mutiara, Billion yang merupakan struktur binaan tertinggi di Pantai Timur :). Buat pertama kalinya kejadian terjunan tanpa parachute di KB Mall direkodkan dalam sejarah Kelantan moden kerana almaklumlah sebelum ini tiada bangunan-bangunan yang tinggi di Kota Bharu. 🙂 Dan jika adapun kejadian bunuh diri sebelum ini sekalipun, ia merupakan satu rekod sulit oleh PDRM di Kelantan. Mungkin teori dan motif bunuh diri semalam adalah tidak kena mengena dan tiada kaitan langsung dengan kematian Mendiang Teo Beng Hock ataupun Alvin Kong.

Cakap tentang kes bunuh diri ini, tiba-tiba saya teringatlah pulak akan satu dialog dalam babak bunuh diri dari salah sebuah filem tersohor arahan Gemuloh Tan Sri Dr. P.Ramlee iaitu Madu Tiga (1964.) Bila mana Apek sedang duduk bercangkung di atas pokok, akibat PUTUS HARAPAANN…. Dan katanya…
(lihat minit ke 4:30)

Quotes:
“Amoi ya.. sampai hati ninda tinggalkan kanda…”
“naripada hidup lagi baik gua mati..”
“hai tuhan, ampunkan la gua punya nosa..”
……
“banyak tinggi.. mekecai gua punya badan..”
Tuanadee…
Tup tup.. sampai ‘syurga’..
“ haiya.. baru gua tau.. lupenye olang mati naik keleta lecing yaa..”
……
P.Ramlee pon mencelah… “Apek.. lu sudah mati bukan..?
Apek… ”yaa.. gua baru mati… turujun pokok..”
P.Ramlee… “Apasal lu terjun pokok?
Apek… “pasal.. PUTUS HARAPAANNN….”
~he he he~
“…dan seterusnya P.Ramlee pula ingin membunuh diri setelah melarikan diri dari Kak Tipah, Kak Hasnah & Rohani…” 🙂

Setelah menonton untuk entah kali ke berapa juta dan mengamatinya, Kita harus akui bahawa jenaka yang dihasilkan oleh Gemuloh Tan Sri P.Ramlee memang genius dan ‘evergreen’ .. Beliau gemar menyelitkan banyak mesej dalam karyanya untuk ditelaah dan dikaji. Lawaknya yang sinis sedikit sebanyak terasa diri ini disindir, betapa, dalam kita memainkan watak masing-masing dalam kehidupan seharian.

Klip ini sekarang sedang hangat bertebaran di alam maya Kelantan dan seanteronya… dan bakal memecahkan kutipan penonton Filem Hantu Kak Limah… ~he he he~ Mujurlah 4 keping tilam sempat diletakkan pihak penyelamat…

Angle 1 :

Angle 2:

dan juga versi bergambar:

Akhbar Versi Kosmo!. (tapi tajuk yang di highlight itu agak menampakkan yang mereka anti-Kelantan)

Sumber: Kosmo!

Dan Versi Berita Harian

Sumber: Berita Harian.

Artikel ini adalah sekadar berkongsi jenaka yang mendidik kita dalam kehidupan bermasyarakat. Tidaklah bermaksud menghina, mencaci dan mengeji, kerana ia sebenarnya bertujuan untuk memberi peringatan kepada diri kita dan masyarakat supaya tidak melakukan perkara yang dimurkai Allah. Manusia yang baik, tidak akan menambahkan kesusahan orang lain. Sama-samalah kita berdoa semoga gadis berkenaan mendapat hidayah daripada Allah. Barakallah….

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

March 25, 2011 at 7:42 AM

Posted in News

The Kelantan Times

leave a comment »

Selamat Datang ke Versi WordPress The Kelantan Times: Kelantan Spokesperson. WordPress ini adalah berkesinambungan dari blog The Kelantan Times dimana tujuan peralihan kepada penggunaan WordPress ini adalah ianya memiliki ciri-ciri tambahan dan menu yang pelbagai memudahkan kerja-kerja penambah-baikan dan edisi kemaskini entri-entri sebelum ini. WordPress ini akan memaparkan artikel-artikel berkaitan Kelantan & persekitarannya dengan paparan imejan yang lebih jelas dan berskala besar untuk tatapan anda pengunjung yang budiman. Untuk makluman, atas permintaan melalui emel yang diperolehi oleh beberapa pengunjung setia Blog ini, kami telah melancarkan logo baru The Kelantan Times bertujuan supaya blog ini mempunyai ‘trademark’ tersendiri dan dapat memaparkan entri-entri kepada ramai pelayar internet (wider view). Kami mengharapkan setiap sokongan anda dalam meningkatkan kualiti entri dan mutu penyampaian kepada masyarakat umum. Kami Menghargai Di Atas Kunjungan Anda Melayari Halaman Ini. Terima Kasih DAun Keladi, Senang-Senang Singgah Lagi. 🙂

Pengiktirafan Laman Ini oleh Pengendali Laman Facebook Terkenal “Kota Bharu Bandar Raya Islam”…

Pengiktirafan Laman Ini...

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

January 8, 2011 at 8:41 PM

Posted in News