The Kelantan Times

Writer of Life

Archive for February 2011

Kompleks Pasar Baru Kota Jembal.

leave a comment »

Kompleks Pasar Baru Kota Jembal.

Didirikan di atas kawasan seluas 0.7 hektar

Kerja-kerja pembinaan masih lagi diperingkat asas.

Sebuah pasar baru bernilai RM3.25 juta bakal didirikan di Kedai Lalat, Mukim Tok Ku, Sering, dan dijangka siap menjelang Oktober 2011. Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Datuk Ahmad Mahmood, sebanyak 44 unit gerai tetap berbumbung dan 80 lot petak niaga terbuka disediakan bagi kemudahan peniaga setempat yang akan beroperasi di situ nanti. Projek di bawah seliaan MPKB-BRI itu membabitkan pembinaan sebuah pasar bercirikan tradisional Kelantan yang lengkap dengan infrastruktur moden termasuk sebuah masjid.

Kompleks Pasar Kota Jembal itu akan didirikan di atas kawasan seluas 0.7 hektar berbanding tapak pasar asal yang hanya seluas 0.052 hektar. Tujuan utama mendirikan pasar ini adalah untuk memberikan keselesaan kepada kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli. Tambahan pula, ia dapat mengelak kesesakan teruk di sekitar tapak asal yang berlaku sekarang sehingga mengganggu lalu lintas lebih-lebih lagi semasa Pasar Mingguan Pagi Jumaat apabila hampir 300 peniaga terpaksa bersesak-sesak di kawasan yang sempit.

Majlis Pecah Tanah Pasar Kota Jembal telah dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pembinaan kompleks itu dilaksanakan syarikat kontraktor Baha Construction & Engineering Service dan proses penyediaan tapak dan tebus guna tanah sejak 2008 melibatkan kos awal sebanyak RM290,000 dan pasar itu juga akan dilengkapi dengan pentas serbaguna sebagai pusat aktiviti dan 158 petak tempat letak kereta bagi kemudahan pengunjung.

Dengan terbinanya pasar ini kelak, diharap ia dapat memberi keuntungan bukan sahaja kepada penjual bahkan juga pembeli yang dapat berurusan dengan sempurna. Pihak MPKB-BRI berharap agar peniaga yang akan beroperasi di sini berusaha menjaga kebersihan kawasan dan juga melangsaikan sebarang cukai yang dikenakan demi melunaskan tanggungjawab sebagai rakyat.

(Gambar bertarikh 07/02/2011)

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

February 25, 2011 at 5:46 PM

Posted in Infrastructure

Pembesaran Hospital Raja Perempuan Raja Zainab II.

with 4 comments

Projek Pembesaran HUSM (Gambar Hiasan)

Menurut Pengarah HRPZII, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan., tiga projek baru membabitkan peruntukan RM640 juta bakal dilaksanakan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Ketiga-tiga projek itu merupakan projek penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan hospital untuk kegunaan orang awam. Tiga projek yang akan dijalankan di HRPZ II nanti ialah pembinaan Kompleks Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak, Perkhidmatan Kardiotorasik serta Unit Rawatan Rapi yang bernilai RM500 juta.

Projek kedua pula membabitkan kos sebanyak RM100 juta iaitu membina bangunan empat tingkat sebagai wad pengasingan serta menggantikan wad kelas pertama dan kedua lelaki dan wanita. Sementara itu, projek ketiga pula membabitkan kos sebanyak RM40 juta iaitu bagi membina parkir bertingkat untuk kegunaan kakitangan serta pelanggan hospital yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Dua projek iaitu blok jabatan sajian HRPZII dan projek menaik taraf perkhidmatan rawatan perubatan di blok bangunan Ambulatory Care Centre (ACC) dan unit Haemodalisis (Kedua) kini hampir siap sepenuhnya tidak lama lagi. Manakala bagi projek menaik taraf perkhidmatan rawatan perubatan di blok bangunan Ambulatory Care Centre (ACC) dan unit Haemodalisis (Kedua) itu yang menelan kos RM10 juta kini pihak kontraktor sedang dalam peringkat menangani segala senarai kecacatan seperti klinik, respiratori, kepala paip dan sinki makmal.

– BERNAMA

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

February 23, 2011 at 10:45 AM

Posted in Infrastructure

Menara Peninjau JPS Kelantan.

with 2 comments

Menara Peninjau JPS Kelantan dari arah Padang Bank.

Menara Peninjau JPS Kelantan dari Tambatan Diraja.

Menara Peninjau JPS Kelantan dari Sungai Kelantan.

Menara Peninjau JPS Kelantan dari Bangunan Kastam (Baru).

Sebuah projek memperindah tebing Sungai Kelantan dan sebuah menara peninjau JPS Kelantan serta pembinaan semula dan memperbesarkan Jeti Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Kelantan bagi menggantikan jeti lama bersebelahan dengan Tambatan D’Raja dan Ridel Hotel Avenue. Ia merupakan sebuah projek Kerajaan Pusat dibawah Kementerian Pelancongan Malaysia yang dimulakan pada Disember 2009 dan dijangka siap sepenuhnya penghujung Disember 2010 lalu. Namun, sehingga bulan Februari 2011, projek tersebut masih belum siap sepenuhnya dari jangkaan asal. Gambar2 diatas bertarikh 07/02/2011.

Entri Lama: Kelantan’s Riverview: The Embellish of JPS Jetty.

.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

February 21, 2011 at 12:08 PM

Posted in Infrastructure

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Kelantan.

 

Bangunan Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Kelantan.

Tarikh siap : April 2011.

Pihak kontraktor dan konsultan yang terbabit melaksanakan projek pembinaan bangunan pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia negeri Kelantan di sini yang tergendala diberi tempoh dua bulan untuk menyiapkan projek bangunan empat tingkat di Seksyen 6 yang menelan kos RM4.7 juta sepatutnya siap bulan lalu tetapi tertangguh 3 bulan. Berikutan kelewatan pembinaan pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia negeri Kelantan yang disiarkan Akhbar Kosmo! bertarikh 1 Feb 2011, saya telah ke tapak projek untuk bertemu sendiri dengan penyelaras kontraktor, Mohd Amirul untuk menjelaskan keadaan sebenar status projek. Beliau kecewa kerana isu kelewatan tersebut telah diputar-belitkan fakta sebenar oleh media terbabit.

Menurut beliau, faktor kelewatan projek berhubung kait dengan kewujudan kubu asal peninggalan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua di tapak bangunan yang menyebabkan timbul kesulitan untuk memasukkan cerucuk ke bawah tanah dan pihak kontraktor mengambil masa 2 setengah bulan untuk meyelesaikan masalah foundation. Beliau menafikan berlaku masalah dari segi pengurusan dan lantikan kontraktor kerana menurut beliau, projek tersebut hanya mengambil masa tidak sampai setahun dari tarikh siap cerucuk dasar. Projek berkenaan telah dimulakan pada Julai 2009 dan tarikh jangka siap asalnya ialah pada 25 Jan 2011 dianjak kepada suatu tarikh yang baru iaitu April 2011.

Filler Entry: Modern & Contemporary Shophouses of Kota Kenangan, Cherang, Kota Bharu.

Modern & Contemporary Shophouses of Kota Kenangan, Cherang, Kota Bharu.

Telah Dibuka Januari 2011.

(Kepada semua pembaca yang budiman, blogger mengalu-alukan kesediaan kalian untuk menyalin semula semua artikel2 di Blog The Kelantan Times, cuma alangkah eloknya jika kalian dapat membuat ‘link back to original pages’. Ia sudah memadai sebagai tanda apresiasi kalian terhadap artikel asal yang dipaparkan. Sekian, Terima Kasih. -Admin) 🙂

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

February 19, 2011 at 3:48 PM

Posted in Infrastructure

Bazaar Tok Guru & . . .

with 21 comments

Bazaar Tok Guru

Senibina Moorish

Bersebelahan Madinaturaudhah yang akan dibina pada Fasa II kelak...

Langit Biru Bazar Tok Guru

Persetujuan telah dicapai oleh 2 wakil persatuan...

Mereka kata tak apa asalkan dapat berniaga di Bazar Tok Guru... Tapi itu sebelum Bazar Tok Guru siap...

Dan selepas Bazaar Tok Guru siap... mereka kata SEMPIT.. adakah Pengerusi Persatuan tidak tahu untuk menilai 'built-up size' sebelum ini..?

Cukup2lah menghentam Kerajaan Kelantan... Ini adalah usaha Kerajaan Negeri membantu peniaga kecil di sekitar Bandar Kota Bharu.. jika nak diharapkan UDA.. lihat lah Arked UDA sekarang yang dibina sejak 1980an lagi... itulah sumbangan Kerajaan Pusat Kepada orang2 Melayu Kota Bharu.. bersyukurlah kerana dapat berniaga di Bazaar secantik ini...

"Lebih 'cantik' Arked UDA sekarang daripada Bazaar Tok Guru ni"... Hmm..

Selamat Datang buat peniaga2 Pasar Lama MPKB & Arked UDA..

Bazaar Tok Guru (BTG) bakal merupakan mercu tanda terkini di Kota Bharu. Pembangunan ini ditempatkan di atas tanah seluas 5.9 ekar iaitu tapak asal Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. Namun begitu tapak bagi Bazar Tok Guru merangkumi keluasan 1.5 ekar sahaja. Tanah selebihnya diperuntukkan bagi pembangunan bercampur merangkumi hotel, apartmen dan premis perniagaan. Konsep rekabentuk BTG bercirikan senibina Islam yang diambil daripada elemen rekabentuk masjid di Mekah dan Madinah di antaranya ialah rekabentuk kubah dan gerbang masuk yang diambil daripada Masjid Nabawi. Bazar Tok Guru dibangunkan dengan impian untuk dimartabatkan sebagai mercu tanda bagi bandar Kota Bharu dan seluruh negeri Kelantan. Malah Bazar Tok Guru ini merupakan bazar yang paling besar dan luas di Kelantan, serta penampilan konsep grand bazaaryang berada di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu. Bagi memastikan bazar ini dikategorikan sebagai premis perniagaan yang mesra pengunjung, pelbagai kemudahan disediakan seperti kaunter penerangan pelancongan, surau, lot parkir, lif, medan makan, kaunter ATM, perhentian pengangkutan awam seperti bas, teksi dan beca serta pelbagai lagi kemudahan untuk pengunjung dan pelancong.

Kelebihan:

  • Tingkat Bawah – Lot-lot perniagaan.
  • Tingkat 1 & 2 – Lot-lot Bazar berjumlah lebih 400 unit.
  • Kemudahan tempat letak kereta di tingkat semi basemen.
  • Empat (4) gerbang masuk utama.
  • Tempat letak bas pelancong.
  • Perhentian pengangkutan awam seperti bas, teksi dan beca.
  • Kaunter Penerangan Pelancong.
  • Kemudahan bank dan mesin ATM.

saya mengambil jalan untuk tidak mengulas lanjut kontroversi yang melanda Bazaar Tok Guru mutakhir ini, cuma perincian harus dibuat bagi memberi pemahanan yang telus dan adil kepada semua pihak. Seelok-eloknya, isu ini dibincangkan oleh Persatuan Peniaga Arked Uda & Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB dengan MPKB-BRI. Isu Bazaar Tok Guru sengaja dimainkan media pro-UMNO untuk terus memutar belit fakta dan menyerang kepimpinan negeri serambi Mekah ini tanpa mengemukakan fakta dan realiti sebenar Bazaar Tok Guru. Walhal, pada asalnya, Bazaar Tok Guru dibina atas kapasiti untuk menempatkan 300 peniaga Pasar Lama MPKB mengikut perjanjian asal dan ruang niaga akan dibina pada skala lot kedai berkeluasan 3.04 x 3.65 meter persegi dengan harga RM40,000. Dalam masa yang sama, UDA Holdings mengarahkan peniaga-peniaga di Arked UDA untuk berpindah bagi memberi laluan kepada projek mendirikan sebuah pangsapuri dan pasaraya 3 tingkat di tapak asal menyebabkan para peniaga terpaksa mencari tempat baru.

Persatuan Peniaga Arked UDA telah berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz, Dato’ Husam & MPKB-BRI bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Lantas, para peniaga Arked UDA merayu untuk ditempatkan bersama2 dengan peniaga Pasar Lama MPKB menyebabkan Kerajaan Negeri tiada pilihan melainkan bersetuju untuk membantu menempatkan mereka di Bazaar Tok Guru bersama2 dengan peniaga Pasar Lama MPKB. Hakikatnya, Bazaar Tok Guru dibina atas kapasiti 300 peniaga Pasar Lama MPKB perlu dikecilkan saiz kedai bagi menampung kemasukan peniaga Arked UDA berjumlah 115 peniaga menjadikan keseluruhan 415 peniaga. Lalu perbincangan telah diadakan antara wakil2 peniaga dengan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan bagi membincangkan soal kemasukan peniaga Arked UDA dan mereka (wakil persatuan peniaga) bersetuju dengan dengan keluasan yang diputuskan asalkan mereka diberi tempat untuk berniaga bersama-sama peniaga Pasar Lama MPKB. Akan tetapi, apa yang berlaku hari ini amat mendukacitakan Tok Guru dan MPKB-BRI terutamanya terhadap Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Ab. Salim Ahmad, yang dikatakan tidak cakna ketika perjanjian dimeterai sehingga menimbulkan kontroversi yang menjatuhkan kredibiliti kerajaan negeri dan kesempatan ini diambil oleh musuh untuk menangguk di air keroh… Tidak berlaku kerugian RM 50 Juta seperti yang didakwa Media Pro-UMNO sebelum ini kerana mereka ini hanya tahu menyalak seperti TIN KOSONG! Harap Syed Azidi a.k.a Kickdefella tidak ‘merajuk’ dengan artikel ini.

Penjelasan lanjut berhubung Bazaar Tok Guru oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan , Nik Amar Nik Abdullah. Klik disini.

dan juga entri lama: Modernization of Kelantan: Madinatur Raudhah & Bazaar Tok Guru!

Filler Entry: Bazaar Tengku Anis, ‘Kembar’ Bazaar Tok Guru. 🙂

Bazaar Tengku Anis


Written by Muhammad Ismail Ibrahim

February 17, 2011 at 3:46 PM

Posted in Infrastructure

Pusat Perniagaan Bandar Darulnaim, Tunjong.

with 3 comments

Unit Komersial (Left Unit - Front Block).

Unit Komersial (Right Unit - Front Block)

Semua 5 Lot Komersial Front Block ini dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat Jaafar Rawas.

Unit Komersial (Right Unit - Front Block).

Unit Komersial: Left & Right Unit (Middle Block)

Unit Komersial (Left Unit - Middle Block)

Unit Komersial (Right Unit - Middle Block).

Unit Komersial (Right Unit - Back Block).

Pejabat Tunjong Development Corporation Sdn Bhd

Model Keseluruhan Fasa I & II Pusat Perniagaan Bandar Darulnaim, Tunjong.

Brochure Projek Pusat Perniagaan Bandar Darulnaim, Tunjong.

Pusat Perniagaan Bandar Darulnaim, di Tunjong Fasa 1 telah siap sepenuhnya pertengahan tahun 2010. Lot komersial 2.5 tingkat itu telah dimajukan oleh pemaju Creative Springs Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) manakala pengurus projek ialah Naim Indah Corporation Bhd. Lihat info berdasarkan daripada brochure projek tersebut…

Property Type: Shop Office (2.5 storey)
Location: Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu, Kelantan.
Tenure of Land: Freehold.
Price: RM 488,000.
Built-up: 22 x 75.
Bumi Discount: 8%.
Total Unit: 139 Units.
Project Manager: Naim Indah Corporation Bhd.
E-Mail: creativesprings@hotmail.com.

lihat…

Entri lamaKelantan’s Urbanization: Tunjong New Development Area.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

February 15, 2011 at 11:47 AM

Posted in Infrastructure

Kompleks Pejabat Kerajaan Bandar Darulnaim.

with 18 comments

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan.

Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan

Dewan Serbaguna

Jabatan Tanah & Galian Negeri Kelantan.

Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian

Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian

Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian

Terminal Makanan Negara (TEMAN).

Terminal Makanan Negara (TEMAN)

Terminal Makanan Negara (TEMAN)

Terminal Makanan Negara (TEMAN)

Terminal Makanan Negara (TEMAN)

Terminal Makanan Negara (TEMAN)

Kompleks Mahkamah Syariah Baru.

Kompleks Mahkamah Syariah Baru

Kompleks Mahkamah Syariah Baru

Jabatan Audit Negeri Kelantan.

Jabatan Audit Negeri Kelantan

Jabatan Audit Negeri Kelantan

Ibu Pejabat Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Kelantan.

Ibu Pejabat Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Kelantan

Ibu Pejabat Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Kelantan

Ibu Pejabat Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Kelantan

Kompleks Pejabat Kerajaan Bandar Darulnaim Tunjong, Kota Bharu, Kelantan terletak kira-kira 5 kilometer (km) ke selatan pusat bandar raya Kota Bharu, Kelantan. Ia terletak terletak kira-kira 2.5 km) dari Kompleks Kota Darulnaim (pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan Darulnaim).

Kompleks Pejabat Kerajaan Bandar Darulnaim Tunjong ini dibangunkan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan dijangka siap dalam tempoh RMK-10 (2011 – 2015). Ia akan menjadi kompleks pejabat kerajaan utama bagi Kerajaan Persekutuan di negeri Kelantan. Manakala beberapa agensi / jabatan di bawah Kerajaan Negeri Kelantan juga akan berpindah ke sini.

Projek pembangunan bandar baru Tunjong melibatkan kawasan seluas 800 hektar dengan menempatkan beberapa kompleks agensi Kerajaan Pusat dan negeri, telah mencapai pelaksanaan 30 peratus. Projek-projek tersebut diselaraskan oleh pihak Perbadanan Bandar Baru Tunjong (PBBT) bagi memastikan proses pengambilalihan tanah dan pembangunan projek berjalan lancar. Ia akan menempatkan beberapa buah kompleks kerajaan, dan juga dapat membantu mempercepatkan pembangunan bandar baru itu.

Bandar Baru Tunjong dirancang bagi menampung pembangunan Kota Bharu yang terlalu sesak serta kos tanah yang tinggi. Selain itu, ia juga akan membantu untuk menaik taraf Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) sebagai bandar raya dan Majlis Daerah Ketereh sebagai majlis perbandaran.

Untuk pastikan bandar ini bergerak cergas, semua agensi kerajaan akan diletakkan di sini dan sehingga kini beberapa kompleks seperti pasukan bomba dan penyelamat, Terminal Makanan Negara (Teman) dan kompleks mahkamah syariah telah dibina di sini. Pembangunan di sini melalui konsep penswastaan, dengan menarik pelabur untuk membangunkan kawasan ini. Perbadanan akan menjadi agensi peneraju menyelaraskan kos pengambil tanah.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

February 13, 2011 at 1:16 PM

Posted in Infrastructure

Bandar Satelit Islam, Pasir Tumboh: Pelaksanaan hampir 40%.

leave a comment »

Unit-Unit Fasa 1

Unit-unit Fasa 1.

Pandangan Keseluruhan Unit.

Pandangan hadapan.

Unit-unit hadapan Fasa 1 siap sepenuhnya.

Keseluruhan Unit A

Pandangan keseluruhan Unit B

Gambaran artistic keseluruhan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh.

Kemajuan Projek Bandar Satelit Islam, Pasir Tumboh kini telah sampai ke tahap 40 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2012 atau pun awal 2013. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan, projek itu sebagai penambahbaikan kepada Pondok Pasir Tumboh, dengan mengekalkan struktur asalnya. Ia bakal dijadikan sebagai tempat ibadat, pusat pengajian agama Islam, dilengkapkan dengan hotel serta kedai. Projek Bandar Satelit Islam satu projek usahasama antara Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan sebuah syarikat swasta, MSO Corporation Sdn Bhd. Tinjauan blogger mendapati projek pembinaan Bandar Satelit Islam, Pasir Tumboh fasa 1 telah siap sepenuhnya daripada keseluruhan 5 fasa, pembinaan fasa 2 dan 3 hampir 40 peratus manakala fasa 4 & 5 masih di peringkat kerja-kerja asas.

Sementara Produk Pelancongan Kandis, Bachok seluas tujuh ekar dalam kawasan Pondok Moden (Pusat Pengajian Pondok), Bachok pula dibangunkan dengan kos RM18 juta. Dibangunkan hotel apartmen yang ketinggiannya 16 tingkat, mempunyai 107 unit bilik apartmen, sama ada berbentuk satu bilik, dua bilik dan juga tiga bilik bagi satu-satu unit, terletak di dalam kawasan Pondok yang berkonsepkan berkonsepkan ‘Bakti Katil’ dan ‘Perkongsian Masa’ (times sharing syarie) di samping disediakan untuk pesara-pesara dan pelajar IPTA.

Dengan konsep ‘Bakti Katil’ di mana sasarannya ialah untuk jutawan anak-anak Kelantan yang berada di perantauan, mereka boleh menempatkan keluarga mereka, manakala konsep ‘Perkongsian Masa’ pula membolehkan pembeli memberi sewa kepada orang lain atau menetap sendiri dalam tempoh beberapa hari atau waktu. Sementara ‘Hotel Untuk Pesara’ pula membolehkan sama ada pesara berkenaan menetap di situ atau menetap ketika pulang dari perantauan.

Dan pembinaan hotel itu ‘mengadunkan’ suasana antara masjid dan pondok serta antara laut dan kawasan rekreasi untuk percutian. Kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri ini pada 2009 ialah seramai 4.8 juta orang yang terdiri daripada 4.2 juta pelancong domestik, manakala pelancong antarabangsa ialah 0.6 juta. Sementara itu, jumlah kemasukan pelancong bagi 2010 ialah 78.76 peratus.

Membangun Bersama Islam!

lihat..

Entri lamaKelantan’s Future: Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh.


 

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

February 11, 2011 at 10:55 AM

Posted in Infrastructure

QueensPark SportzCity & Boulevard: Dibuka suku pertama 2011!

with 16 comments

Pandangan hadapan Queenspark Boulevard.

pandangan hadapan Queenspark Boulevard

Pandangan sisi kanan Queenspark Boulevard.

Pandangan sisi kiri Queenspark Boulevard.

Queenspark Sportscity (belakang) & Queenspark Boulevard (hadapan).

QueensPark SportzCity (belakang) & Queenspark Boulevard (tepi).

Pandangan hadapan QueensPark SportzCity.

Melihat kepada kekurangan tempat bersantai bersama keluarga dan beriadah di Kota Bharu, Sultan Kelantan, Sultan Muhamad V, menyarankan kepada seorang pemaju untuk membangunkan sebuah kompleks mempromosikan gaya hidup sihat di Kota Bharu. Pemaju berkenaan, Datuk Dr. Stanley Chew yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Kristana Holdings Sdn. Bhd, menerima cadangan tersebut kerana beliau sudah dapat melihat prospek cerah terbentang di hadapan mata.
Kompleks ikonik yang diberi nama QueensPark SportCity and Boulevard ini merupakan kompleks rekreasi, sukan dan hiburan bersepadu pertama di Malaysia yang terdiri daripada dua blok bangunan iaitu kompleks sukan dan boulevard. Kompleks sukan dan rekreasi setinggi tiga tingkat itu menawarkan kemudahan bertaraf dunia antaranya gelanggang futsal yang mengikut standard Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), pusat snuker dan pool terbesar serta pusat boling 36 lorong.

Ia juga menyediakan gelanggang kasut roda bermuzik pertama di negeri itu manakala boulevard pula menekankan konsep gaya hidup moden sesuai untuk bersantai dan berhibur bersama keluarga. Ia menawarkan 68 lot kedai yang meliputi kafe berkonsep alfresco atau terbuka (open air), kedai serbaneka 24 jam, bank dan restoran makanan segera termasuklah pandu lalu dan hidangan antarabangsa.

Pengunjung juga akan dihiburkan dengan alunan muzik tradisional masyarakat Kelantan seperti dikir barat sambil menikmati hidangan di boulevard.Bagi memastikan Queenspark mengekalkan jati diri rakyat Kelantan dan dalam masa yang sama memperkenalkan keistimewaan makanan-makanan dari negeri itu, pihaknya amat selektif dalam memilih penyewa kedai.

70 peratus daripada penyewa perlu memastikan makanan yang disediakan adalah bercirikan negeri tersebut.
Lokasi QueensPark SportsCity and Boulevard amat strategik kerana ia dikelilingi oleh kawasan rekreasi iaitu Taman Perbandaran Tengku Anis dan Kompleks Taman Budaya. Ia juga hampir dengan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Pantai Cahaya Bulan, kawasan perumahan dan komersial. Projek ini akan dilancarkan tahun depan dengan harga jualan bagi lot runcit adalah di antara RM220 hingga RM250 sekaki persegi.

__________________

Monday, 15 November 2010
Jawatan Kosong di Queenspark SportzCity & Boulevard!
Pemaju di Kota Bharu

Queenspark SportzCity & Boulevard
Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bahru

Jawatan :

Eksekutif Pemasaran (Bahagian Kompleks Beli-belah)
Eksekutif Admin ( Bahagian Kompleks Beli-belah )
Eksekutif Pemasaran ( Bahagian Hartanah)

Kelayakan : SPM atau diploma ke atas,Sekurang-Kurangnya 1 Tahun Pengalaman Dalam Bidang Pentabiran kompleks beli-belah

email : tbstbsyh@yahoo.com atau hubungi 012-2622270

.
DiTampal Oleh JMC KOTA BHARU Pada 15.11.10

Entri lamaKelantan’s Hollywood: Queenspark Sportscity & Boulevard.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

February 9, 2011 at 10:08 AM

Posted in Infrastructure