The Kelantan Times

Writer of Life

Archive for March 2011

30 Mac Dalam Kenangan (1980-2010) : Selamat Tinggal Hari Pujo Umor.

leave a comment »

Pesta Cahaya Sambutan 'Hari Pujo Umor' Sultan Ismail Petra pada 2010. (photo: saljuhumairah)

PERUBAHAN TARIKH SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN SULTAN KELANTAN.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra ibn almarhum Sultan Yahya Petra ialah Sultan Kelantan dari 30 Mac 1980 hingga 13 September 2010. Bermula dari tahun 2011, tarikh sambutan hari keputeraan Sultan Kelantan yang sebelum ini adalah pada 30 dan 31 Mac telah diubah menjadi 11 dan 12 November.

Sebelum ini sambutan hari keputeraan sultan kelantan diraikan oleh rakyat Kelantan pada 30 dan 31 Mac setiap tahun. Bermula tahun ini sebagaimana yang dilaporkan dari Istana Kelantan, tarikh baru bagi sambutan hari keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ibn Sultan Ismail Petra telah dipinda ke tarikh baru iaitu pada 11 dan 12 November setiap tahun. Tarikh 11 dan 12 November tersebut juga di isytiharkan sebagai cuti umum baru bagi negeri Kelantan.

Setiausaha kerajaan negeri Kelantan Datuk Mohd Aiseri Alias juga memaklumkan kerajaan negeri Kelantan pada 1 Disember tahun lepas juga telah bersetuju dengan pindaan tarikh sambutan hari keputeraan sultan kelantan tersebut. Untuk makluman juga tarikh 11 dan 12 November merupakan tarikh sambutan rasmi hari keputeraan Sultan Kelantan manakala tarikh lahir sebenar sultan kelantan sekarang iaitu Sultan Muhammad V adalah pada 6 Oktober.

Berkemungkinan besar juga sambutan Pesta Cahaya, Kereta Berhias & Pintu Gerbang tidak lagi diteruskan sebagaimana secara tradisinya dijalankan ketika di bawah pemerintahan bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra-Tengku Anis Abdul Hamid. Ini kerana, pembaharuan telah dilakukan di bawah pemerintahan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, iaitu digantikan dengan program kerohanian dan solat hajat di seluruh masjid-masjid di negeri Kelantan.

Ini kerana berdasarkan kepada sambutan sempena dengan Keputeraan KDYMM Tuanku Al-Sultan Muhammad V yang sebenar iaitu pada 6hb Oktober 2010, program berbentuk keagamaan dan kebajikan telah diatur oleh Pejabat Sultan Kelantan dengan titah Sultan, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Ketua-Ketua Jajahan. Aturcara program yang diatur adalah pada 8hb Oktober 2010 lalu bersamaan 29 Syawal 1431H KDYMM Tuanku Al-Sultan telah mengampuni perkenan untuk mengedarkan 99 ekor lembu ke seluruh Kelantan kepada rakyat miskin. Pada sebelah pagi, KDYMM Tuanku telah menyembelih sendiri lembu di Masjid Muhammadi, kemudian KDYMM Tuanku bersolat Jumaat di masjid tersebut. Lembu-lembu lain pula akan diedarkan kepada Ketua-Ketua Jajahan untuk diagihkan kepada sekalian rakyat jelata.

Program bersempena dengan Keputeraan Tuanku Al Sultan Muhammad V telah dilangsungkan di perkarangan masjid kesayangan Baginda iaitu di Masjid Muhammadi sebelum solat Jumaat pada 08 Oktober 2010. (photo: Topeng Perak Unmasked).

Album sekitar Majlis Sembelih Lembu Oleh Sultan Muhammad V di Masjid Muhammadi.

dan juga lihat acara-acara lepas yang telah dijalankan pada tahun 2006, 2008 & 2009 sempena sambutan hari Keputeraan Sultan Kelantan ke-28, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

DOAKANLAH KEBAIKAN KE ATAS SULTAN MUHAMMAD KE-V

Alhamdulillah, akhirnya kebenaran berjaya juga mengatasi kebatilan.

Firman Allah, mafhumnya: Dan janganlah kamu mencampuradukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. (Surah al-Baqarah: Ayat 42)

Firman Allah lagi, mafhumnya: Dan katakanlah, “Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik), sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”. (Surah al-Isra’: Ayat 81)

Insya’Allah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V akan berusaha sedaya-upaya Baginda untuk melaksanakan amanah memerintah negeri Kelantan Darul Naim sebaik mungkin di antara lainnya dengan berdasarkan kepada panduan-panduan berikut:

1. Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (Surah Muhammad: Ayat 7)

2. Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan munkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya. (Surah al-Nahli: Ayat 90)

3. Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Surah al-Hujurat: Ayat 9)

4. Ya Allah, barangsiapa yang menguasai sesuatu dari urusan pemerintahan umatku kemudian ia membuat kesengsaraan kepada mereka maka berilah kesengsaraan kepada orang itu sendiri, sedang barangsiapa yang menguasai sesuatu dari urusan pemerintahan umatku kemudian ia menunjukkan kasih sayang kepada mereka, baik ucapan ataupun perbuatannya, maka kasih sayangilah orang itu. (Riwayat Muslim)

5. Pemimpin-pemimpin pilihan di antara kamu ialah orang-orang yang kamu mencintai mereka dan mereka pun mencintai kamu, juga yang kamu mendoakan kebaikan untuk mereka dan mereka pun mendoakan kebaikan untuk kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di antara kamu ialah orang-orang yang kamu membenci mereka dan mereka pun membenci kamu, juga yang kamu melaknat mereka dan mereka pun melaknat kamu. (Riwayat Muslim)

6. Barangsiapa yang diserahi oleh Allah akan sesuatu kekuasaan dari beberapa urusan pemerintahan kaum Muslimin, kemudian orang itu menutup diri (tidak memerhatikan) perihal hajat, kepentingan atau kefakiran orang-orang yang di bawah kekuasaannya maka Allah juga akan menutup diri (yakni tidak memerhatikan) perihal hajat, kepentingan atau kefakirannya sendiri pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Sama-samalah kita semua mendoakan kebaikan, pemeliharaan dan limpahan rahmat Allah ke atas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V yang kita kasihi.

Allahu Akbar.

Berkaitan: Elia Suhana masih isteri kedua Sultan Ismail Petra.

Entri lama: Kelantan’s Special One: March 30th & 31st: The Days of ‘Luminous’.


Written by Muhammad Ismail Ibrahim

March 30, 2011 at 8:41 PM

Posted in Events

KB Mall & Terjunan Half Somersault.

with one comment

Hari-hari normal di KB Mall...

Al-kisah daripada suasana kedamaian petang Khamis di Kota Bharu, terselit kisah seorang gadis ini. Alahai adik manis, al-kisah di sebuah pasaraya tersohor di Kelate. Barang sesiapa yang mengenali Mid Valley dan tidak mengenali KB Mall, maka dia bukanlah dikalangan orang-orang Kelate. 🙂 KB Mall… hypermarket seindah nama, yang amat kusayangi dan kucintai, dan juga bikin hatiku tersentuh bila mana semalam, yang merupakan satu sejarah, buat pertama kalinya, kejadian bunuh diri (tapi selamat) paling famous direkodkan terjadi di KB Mall selepas insiden KB FALL. Malang sekali terjunan separuh somersault itu tidak menjadi kerana ketangkasan pihak bomba yang datang tepat pada masa nya dan juga salah satu faktor bahawa ia terjadi di KB Mall dan bukannya Kota Sri Mutiara, Billion yang merupakan struktur binaan tertinggi di Pantai Timur :). Buat pertama kalinya kejadian terjunan tanpa parachute di KB Mall direkodkan dalam sejarah Kelantan moden kerana almaklumlah sebelum ini tiada bangunan-bangunan yang tinggi di Kota Bharu. 🙂 Dan jika adapun kejadian bunuh diri sebelum ini sekalipun, ia merupakan satu rekod sulit oleh PDRM di Kelantan. Mungkin teori dan motif bunuh diri semalam adalah tidak kena mengena dan tiada kaitan langsung dengan kematian Mendiang Teo Beng Hock ataupun Alvin Kong.

Cakap tentang kes bunuh diri ini, tiba-tiba saya teringatlah pulak akan satu dialog dalam babak bunuh diri dari salah sebuah filem tersohor arahan Gemuloh Tan Sri Dr. P.Ramlee iaitu Madu Tiga (1964.) Bila mana Apek sedang duduk bercangkung di atas pokok, akibat PUTUS HARAPAANN…. Dan katanya…
(lihat minit ke 4:30)

Quotes:
“Amoi ya.. sampai hati ninda tinggalkan kanda…”
“naripada hidup lagi baik gua mati..”
“hai tuhan, ampunkan la gua punya nosa..”
……
“banyak tinggi.. mekecai gua punya badan..”
Tuanadee…
Tup tup.. sampai ‘syurga’..
“ haiya.. baru gua tau.. lupenye olang mati naik keleta lecing yaa..”
……
P.Ramlee pon mencelah… “Apek.. lu sudah mati bukan..?
Apek… ”yaa.. gua baru mati… turujun pokok..”
P.Ramlee… “Apasal lu terjun pokok?
Apek… “pasal.. PUTUS HARAPAANNN….”
~he he he~
“…dan seterusnya P.Ramlee pula ingin membunuh diri setelah melarikan diri dari Kak Tipah, Kak Hasnah & Rohani…” 🙂

Setelah menonton untuk entah kali ke berapa juta dan mengamatinya, Kita harus akui bahawa jenaka yang dihasilkan oleh Gemuloh Tan Sri P.Ramlee memang genius dan ‘evergreen’ .. Beliau gemar menyelitkan banyak mesej dalam karyanya untuk ditelaah dan dikaji. Lawaknya yang sinis sedikit sebanyak terasa diri ini disindir, betapa, dalam kita memainkan watak masing-masing dalam kehidupan seharian.

Klip ini sekarang sedang hangat bertebaran di alam maya Kelantan dan seanteronya… dan bakal memecahkan kutipan penonton Filem Hantu Kak Limah… ~he he he~ Mujurlah 4 keping tilam sempat diletakkan pihak penyelamat…

Angle 1 :

Angle 2:

dan juga versi bergambar:

Akhbar Versi Kosmo!. (tapi tajuk yang di highlight itu agak menampakkan yang mereka anti-Kelantan)

Sumber: Kosmo!

Dan Versi Berita Harian

Sumber: Berita Harian.

Artikel ini adalah sekadar berkongsi jenaka yang mendidik kita dalam kehidupan bermasyarakat. Tidaklah bermaksud menghina, mencaci dan mengeji, kerana ia sebenarnya bertujuan untuk memberi peringatan kepada diri kita dan masyarakat supaya tidak melakukan perkara yang dimurkai Allah. Manusia yang baik, tidak akan menambahkan kesusahan orang lain. Sama-samalah kita berdoa semoga gadis berkenaan mendapat hidayah daripada Allah. Barakallah….

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

March 25, 2011 at 7:42 AM

Posted in News

SPM 2010: Kelantan terbaik dalam tempoh 7 tahun.

leave a comment »

Sebahagian pelajar Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu, tenang menunggu keputusan SPM 2010 diumumkan.

Pelajar cemerlang SPM 2010, Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu, Nik Aisyah Najwa, mendapat 11 A, 10 A+.

Kelantan mencatat keputusan terbaik pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 dalam tempoh tujuh tahun yang diumumkan hari ini dengan Gred Purata Negeri (GPN) mengatasi peringkat kebangsaan iaitu 5.15 berbanding 5.19. Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang berkata, sebanyak 93.73 peratus daripada 35,594 calon yang menduduki peperiksaan itu layak mendapat sijil, berbanding 91.2 peratus di peringkat nasional. Seramai 278 calon mendapat keputusan cemerlang dengan enam orang memperoleh semua A bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

Di peringkat sekolah kementerian, enam calon cemerlang itu ialah Faiz Ziad Zainuddin dan Liew Hong Kheng kedua-duanya dari Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu yang memperoleh 10A ; Song Chai Lin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kota Bharu juga 10A . Turut memperoleh keputusan cemerlang ialah Muhamad Izzat Syameer Mohd. Zaid dari Sekolah Menengah Agama Lati, Pasir Mas (11A ); Imran Ariffin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas dan Salina A/P Sangguan (10A ) dari SMK Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas, masing-masing 10A .Pada tahun ini terdapat 59 buah sekolah mengatasi peratus calon yang layak mendapat sijil peringkat negeri dengan 22 sekolah mencapai kelulusan 100 peratus berbanding 18 buah sekolah tahun lalu.  lihat disini.

Saya tidaklah ingin membangkitkan motif politik dalam soal pendidikan di Kelantan kerana kita menerima keputusan SPM 2010 ini dengan penuh kesyukuran terhadap Allah s.w.t berkat usaha dan peranan yang dimainkan semua pihak. Negeri ini terdapat keberkatan di dalamnya, bumi tadahan wahyu, berkat ulama’ dahulu yang mengangkat agama Allah, biarpun Kelantan yang selalu dipandang enteng oleh Pusat, selalu terkena tempias ‘double standard’, selalu dinafikan kredibiliti dan kebolehan sekolah aliran agama-nya, namun keputusan SPM 2010 yang merupakan satu keputusan terbaik dalam tempoh 7 tahun menjadi satu manifestasi kepada keyakinan rakyat Kelantan terhadap sistem pendidikan di Kelantan. Walaupun kekangan kewangan yang terhad dalam menyediakan suasana pendidikan yang kondusif, kita mampu menerajui pencapaian SPM di Malaysia.

Sementara itu, Pelajar Maahad Muhammadi Lelaki (MML) Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam diumumkan Pelajar Cemerlang SPM 2010 keseluruhan sekolah itu dan keseluruhan pelajar SPM 2010 bagi sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK). Namun seperti yang kita sedia maklum, perkara yang berlaku sebelum ini menimpa Siti Fatimah Mokhtar & Nik Nur Madihah turut berlaku kepada adik Nik Muhammad Farhan.  Namanya tidak iktiraf sebagai pelajar terbaik Kelantan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dibawah Jabatan Pendidikan Negeri yang mana mengiktiraf pelajar dari sekolah kementerian yang mendapat 10A sedangkan adik Nik Muhammad Farhan mendapat 11A. Apapun TAHNIAH buat Yayasan Islam Kelantan kerana melahirkan SPM’s top scorer buat 3 tahun berturut-turut. Alhamdulillah.

Laporan Ringkas SPM Tahun 2010 Sekolah-Sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

1. Bilangan Calon SPM 2010.

Calon sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang menduduki peperiksaan bertulis SPM tahun 2010 adalah seramai 4657 orang berbanding tahun 2009 seramai 6046 orang. Calon SMU(A) Kerajaan / Maahad adalah seramai 3354 orang ( 97.97 %) manakala calon SMU(A) Bantuan Kerajaaan adalah seramai 1303 orang ( 92.25 %).

2. Prestasi Keseluruhan SPM tahun 2010
2.1. Calon yang layak mendapat sijil bagi semua sekolah Yayasan Islam Kelantan adalah seramai 4488 calon ( 96.89 berbanding seramai 5799 calon ( 95.91 %).
2.2. Bilangan dan peratus calon yang layak mendapat sijil dan pernyataan mengikut kategori sekolah adalah seperti berikut:-
2.2.1. SMU(A) Kerajaan / Maahad
Seramai 3286 calon ( 97.97 %) layak mendapat sijil dan seramai 54 calon ( 1.61 %) layak mendapat pernyataan.
2.2.2. SMU(A) Bantuan Kerajaaan
Seramai 1202 calon ( 94.05 %) layak mendapat sijil dan seramai 57 calon ( 4.46 %) layak mendapat pernyataan.

3. Pencapaian Keseluruhan Sekolah
Sekolah yang mendapat kelulusan 100 % (semua calonnya layak mendapat sijil)

3.1. SMU(A) Kerajaan / Maahad
3.1.1. Maahad Ar Rahmah Kenali
3.1.2. Maahad Muhammadi Lelaki
3.1.3. Maahad Muhammadi Perempuan
3.1.4. Maahad Muhammadi Pasir Mas
3.1.5. Maahad Muhammadi Pasir Pekan
3.1.6. Maahad Muhammadi Tumpat
3.1.7. Maahad Pengajian Islam*
3.1.8. Maahad Syamsul Maarif (L)
3.1.9. Maahad Syamsul Maarif (P)
3.1.10. Maahad Tahfiz AlQuran Pulai Chondong
3.1.11. Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah
3.1.12. Pusat Pengajian Pondok

3.2 SMU(A) Bantuan Kerajaan
3.2.1. SMU(A) Al Ittihadiah Tanjung Pagar
3.2.2. SMU(A) Diniah Permatang Rambai
3.2.3. SMU(A) Ismailaiah Binjai Manis
3.2.4. SMU(A) Nurul Huda Bukit Yong

4. Kecemerlangan Calon
4.1. Seramai 40 orang calon mendapat 11A
4.2. Seramai 51 orang calon mendapat 10A
4.3. Seramai 76 orang calon mendapat 9A
4.4. Seramai 91 orang calon mendapat 8A
4.5. Seramai 158 orang calon mendapat 7A

Kredit Photo: Rizal Tahir.

Entri Lama: Sekolah Terbaik Kelantan : Maahad Muhammadi Lilbanat.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

March 23, 2011 at 8:14 PM

Posted in Education

Hilir & Daghak: جسكو ke Kelantan.

with one comment

Sudut pandang kuasa beli rakyat Kelantan tidak dapat dinafikan amat penting dalam meningkatkan sosio-ekonomi negeri ini yang sejak kebelakangan ini dikatakan mundur oleh Pusat. Penghijrahan rakyat Kelantan ke negeri lain khususnya Lembah Klang adalah merupakan suatu bentuk migrasi dalaman yang wujud secara aktif sejak akhir tahun 1997 akibat krisis kemelesatan ekonomi, pendidikan, pengangguran dan beberapa faktor lain. Dan akhir-akhir ini, walaupun ditinggalkan rakyatnya, Kota Bharu tetap ceria 🙂 bersama dengan rakyat sejatinya dengan memperlihatkan satu bentuk menifestasi dalam aspek pembangunan selepas hampir 20 tahun Kerajaan PAS mengambil alih. Penonjolan aspek keislamikan telah menjadi aspek teras dalam setiap pembangunan yang hendak dilaksanakan baik dari Pusat, Negeri mahupun pihak swasta iaitu dengan menekankan elemen model negeri Islam di Kelantan.

Supermarket yang cukup nostalgik kepada Kelantanese yang lahir di era 80-an. 😉

Dan menyebut soal kuasa beli, kebanyakkan rakyat Kelantan yang lahir di sekitar era 80-an dan sebelum itu, dimana pada masa itu wujudnya pasaraya ‘generasi pertama’ atau nostalgik supermarket di Kelantan iaitu Chin Seng (bapa supamarkek kelantan), Hankiu Jaya@Naim Jaya, Mydin, Addin Ria?, Parkson Ria, Pantai Timur dan juga The Store, mereka tidak lagi berminat untuk membeli-belah di situ kerana wujudnya persekitaran yang serba moden di Kota Bharu dengan sekarang ini telah wujudnya pasaraya ’genarasi kedua’ di Kelantan iaitu Tesco, Parkson, Giant dan yang terbaru ialah Jusco. Sebut pasal pasaraya terkemuka di Malaysia, Kelantan dikatakan agak ketinggalan sedikit jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain khususnya dalam penerimaan syarikat-syarikat luar yang beroperasi di negara ini untuk membuat pelaburan di Kelantan. Ia disebabkan Kerajaan Negeri telah mengamalkan beberapa dasar dan syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat-syarikat tertentu yang ingin membuka rangkaian baru di Kelantan dan bukan disebabkan Kelantan tiada sumber pelaburan atau lebih tepat dikatakan mundur.

Kelantan Islamic-Style: Apabila TESCO menjadi تيسكو.

Dan mengikut sejarahnya, Tesco atau secara literal di Kelantan menyebut Tisku (تيسكو). TESCO mula bertapak di Malaysia menerusi penubuhan TESCO Store Malaysia Berhad pada 9 November 2001 melalui pakatan strategik SIME DARBY BERHAD. Kini ia mempunyai lebih 20 cawangan di seluruh Malaysia .Ber-ibu pejabat di UK, TESCO merupakan peruncit ketiga terbesar di dunia dari segi hasil kutipan (selepas Wal-Mart dan Carrefour) dan kedua terbesar didunia dari segi catatan keuntungan (selepas Wal-Mart). Setelah hampir 8 tahun beroperasi di Malaysia barulah TESCO memilih Kota Bharu, Kelantan sebagai rangkaian baru yang strategik. Buktinya, setiap hari minggu TESCO Kota Bharu memungut kutipan lebih RM1 juta sehari. Pun begitu, kemasukan TESCO di Kelantan telah dilengkapkan dengan beberapa prosedur dan syarat tertentu untuk dipatuhi bagi membolehkan TESCO bertapak di Kelantan. Antaranya, TESCO Kota Bharu merupakan TESCO pertama di dunia yang ditutup pada waktu Sembahyang Jumaat dan merupakan TESCO yang pertama di dunia tidak menjual minuman keras/arak ataupun produk segar yang tidak halal. Selain itu, TESCO Kelantan turut menyediakan tempat Solat yang cukup selesa kepada pekerja muslim. Dan apa yang menarik sekali ialah TESCO Kelantan merupakan TESCO pertama di dunia menggunakan tulisan jawi sebagai sebahagian jenamanya. Iaitu gabungan “Ta, ya, sin, kaf dan wau” dengan sebutan (تيسكو) TISKU. 🙂

Kelahiran bersama PARKSON & GIANT di KBTC.

PARKSON pula telah dibuka pada 15 Ogos 2009 di Kota Bharu Trade Centre (KBTC) iaitu ‘mall’ yang terbesar di Kelantan. Ia merupakan rangkaian Parkson ke-34 di seluruh Malaysia. Ditubuhkan pada pada tahun 1987, Parkson Corporation Sdn Bhd – merupakan sebuah rangkaian terbesar di Malaysia. Dan setelah hampir dengan usia saya 😉 , barulah PARKSON menjejakkan kaki mereka ke Kelantan. Parkson di KBTC dibina dengan keluasan 100,000 kaki persegi, berkapasiti 3 tingkat dan menjual lebih 350 barangan berjenama, contohnya wangi-wangian, kosmetik, tas tangan seperti Estee Lauder, Lancome, Kate Moss, Giorgio Armani, URS, Nichi, Tiffany, Alain Delon, GMV, Valentino Rudy, Oreef, Camel Active, Hush Puppies, Elle Paris. Walaupun ianya agak ‘hilir’ bagi rakyat Kelantan, sekurang-kurangnya ia memberi sedikit kelainan dan memberi pilihan kepada sesuatu yang baru bagi mereka-mereka yang mempunyai selera yang tinggi atau secara jujurnya di Kelantan menyebut ‘hilir/iaitu kontra kepada daghak’.. 🙂 . Pun begitu. PARKSON turut mematuhi beberapa prosedur dan syarat-syarat tertentu sebelum lulus dan dibenarkan membuka rangkaian baru mereka di Kelantan seperti apa yang kita lihat hari ini. dan seperti biasa apa yang nak di highlight kan ialah perkataan Parkson dalam Rumi (Romanised Malay) ditukarkan kepada Old Malay (Jawi) menjadi Paqsin (ڤقسين). 🙂

Bersama-sama dengan PARKSON di KBTC ialah GIANT Hypermarket. GIANT ditubuhkan pada 1944 di Kuala Lumpur oleh Keluarga Teng sebagai peruncit kecil-kecilan dan berkembang pesat dengan penubuhan beberapa cawangan di seluruh Malaysia sehingga lewat 1999. Ia merupakan salah sebuah anak syarikat Dairy Farm International Holdings (DFI) yang berpangkalan di Hong Kong. Sehingga 2006, syarikat berkenaan telah beroperasi dengan 86 hypermarkets/supermarkets di seluruh Malaysia dan tidak terkecuali Kelantan. GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, pemilik pasar raya besar Giant tersebut telah membuka cawangan pertamanya di Kota Bharu pada 2009 dengan mematuhi etika Islam di mana Iklan, garis panduan pakaian hendaklah mengikut syariah. Pengarah Pemasarannya, Ho Mun Hao, dipetik berkata “cawangan yang akan dibuka di Kota Bharu Trade Centre (KBTC) itu memberi pengalaman baru kepada GCH Retail”. “ Ini adalah sebuah cawangan yang istimewa bagi Giant. Bagi cawangan ini kami menyediakan laluan membayar dan bilik mencuba pakaian yang berasingan untuk lelaki dan wanita. “Selain itu semua gambar bagi iklan dan risalah bagi cawangan ini juga akan dipastikan mengikut garis panduan ditetapkan terutama dari aspek etika berpakaian” . sila rujuk disini.

Jusco dengan perkataan semulajadinya 🙂

Kelantan-shock: adakah JUSCO bertukar menjadi جسكو...? 🙂

Dan yang terbaru akan tiba di Kelantan ialah JUSCO. ÆON CO. (M) BHD. (dahulunya kenali sebagai Jaya Jusco Stores Bhd) telah ditubuhkan pada 1984 hasil usaha sama dengan sebuah syarikat Jepun telah mempunyai lebih daripada 20 rangkaian seluruh Malaysia. Difahamkan ( ÆON) menyasarkan tempoh tiga tahun lagi untuk melengkapkan rangkaian pusat beli-belahnya Jusco meliputi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Menurut Pengarah Urusan ÆON, Nagahisa Oyama, pada masa ini, ÆON mempunyai rangkaian di seluruh negara tetapi tidak di Sabah, Sarawak, Pahang dan Kelantan. Oleh itu, bagi peluasan ke empat buah negeri itu, pihaknya sedang membuat perancangan teliti termasuk kajian tentang pasaran yang boleh diterokai sebelum menetapkan tempoh yang sesuai bagi pembukaan rangkaian gedung Jusco. Pada masa kini, Jusco masih belum mempunyai rangkaian pusat beli-belah di Pahang dan Kelantan begitu juga Sabah dan Sarawak. Jusco sememangnya mempunyai rancangan untuk membukanya tidak lama lagi. Usaha meneruskan pembukaan cawangan baru menjadi agenda utama, tapi ia mengambil masa untuk menubuhkannya kerana ia memerlukan perancangan rapi sebelum membuka cawangan lain di empat negeri berkenaan. Apapun, segala penerangan yang saya huraikan adalah picisan jika hendak dibandingkan dengan hakikat dan realiti di Kota Bharu itu sendiri dalam usaha untuk menjadikan Kelantan sebuah model negeri Islam di Malaysia. Dan adakah Jusco akan bertukar menjadi جسكو apabila tiba di Kelantan..? sama-sama kita nantikan… 🙂

Bahan bacaan terdahulu.

Older Entry: The Perchasing Power of Kelantanese!

Edisi Berkaitan.

Filler Entry: Mydin Bandar Baru Tunjong, Mydin terbesar di Asia Tenggara.

Tapak Pembangunan Mydin Mall berhadapan dengan Bandar Baru Tunjong.

Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) kini dalam proses terakhir untuk membina pasar raya Mydin terbesar di Asia Tenggara yang bernilai RM200 Juta yang dibina di atas tanah berkeluasan 18 ekar daripada keseluruhan 28 ekar dan dijangkakan beroperasi menjelang tahun 2012.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

March 21, 2011 at 5:01 PM

Posted in Infrastructure

Dataran MPKB Dalam Kenangan (1995-2009).

with 5 comments

Dataran MPKB suatu ketika dahulu...

Sekitar wakaf di hadapan A&W / The Store Kota Bharu..

kawasan ini sangat nostalgik pada suatu ketika dahulu..

Menara Telekomunikasi Kota Bharu @ "Eiffel Tower" of Kota Bharu.. he he he..

Berhampiran stesen bas Kota Bharu...

kudrat mereka masih ditagih...

menghala Pasar Siti Khadijah

disinilah mercu tanda bandar Kota Bharu suatu ketika dahulu..

pondok di hadapan The Store Kota Bharu..

kini hanya tinggal kenangan..

papan tanda ini menterjemahkan segalanya...

Elemen sebegini diterapkan dilaman sekitar Kota Bharu..

Entrance utama Dataran MPKB

Menghadap 'Kedai Api'...

Jika Bandaraya Kuala Lumpur terkenal dengan Dataran Merdeka serta Bangunan Sultan Abdul Samad, maka Bandaraya Islam Kota Bharu suatu ketika dahulu terkenal dengan Dataran MPKB dan ‘A&W’ nya… 🙂 .Walaubagaimanapun, Dataran Majlis Perbandaran Kota Bharu (Dataran MPKB) yang diwujudkan sejak 1995 di tengah-tengah pusat telah dikembalikan fungsinya sebagai jalan raya 2 tahun lalu. Jalan ini ditutup 15 tahun lalu bagi membina Dataran Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB). Ketika itu, Jalan Tok Hakim menuju ke Jalan Padang Garong yang terletak berhampiran stesen bas SKMK dijadikan sebagai dataran, lengkap dengan kemudahan wakaf dan kios. Lokasi itu pernah menjadi tempat khemah tarawih pada bulan Ramadan. Namun sekarang disebabkan kesesakan lalu lintas yang semakin teruk menyebabkan jalan ini diwujudkan kembali di lokasi tersebut, lebih-lebih lagi di kawasan itu telah dibangunkan Kota Bharu Trade Centre (KBTC) yang merupakan sebuah tapak asal pasar malam Parit Dalam yang amat terkenal suatu ketika dahulu.

Di samping itu juga, pertambahan aliran lalu lintas yang semakin mendesak sejak beberapa tahun kebelakangan ini mendorong kerajaan negeri membuka semula laluan dua hala di situ. Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM200,000 bagi meroboh dataran dan melaksanakan pembinaan semula jalanraya di situ. Pun begitu, para peniaga di sekitar Jalan Tok Hakim menyambut baik langkah dan hasrat pihak berkuasa untuk membuka semula jalan. Langkah itu bukan sahaja merancakkan perniagaan yang malap sekian lama, malah membantu mengurangkan masalah kesesakan di pusat bandar terutama di sekitar Pasar Besar Siti Khadijah.

Selain pembukaan semula jalan itu, bagi melancarkan lagi aliran trafik beberapa perubahan telah dibuat iaitu Jalan Hospital dari lampu isyarat menuju ke Bulatan Tuan Padang telah ditukar daripada dua hala kepada sehala manakala Jalan Temenggong telah dijadikan jalan sehala menghala lampu isyarat Jalan Tok Hakim. Selain perubahan haluan lalu lintas ini, beberapa lampu isyarat baru telah dipasang iaitu di Jalan Sultan Ibrahim dari KB Mall menuju ke persimpangan Jalan Mahmood ke Stadium Sultan Muhammad IV dan beberapa lampu isyarat telah ditutup iaitu berhampiran Bazar Buluh Kubu dan lampu isyarat Jalan Hospital berhadapan dengan mahkamah. (sila rujukpelan keseluruhan pembinaan jalan sehala di Bandar Kota Bharu)

Beberapa keping foto di atas telah dirakam oleh photographer terkenal, Alfred Molon dari Muenchen, Germany pada sinaran matahari petang bulan September 2003. Beliau telah menjelajah keseluruh Benua, Negara serta ceruk rantau dan tidak terkecuali Kelantan . dan ini adalah pandangan beliau terhadap Kelantan …“ Kelantan is the most Islamic of the Malaysian states and you will quickly notice that by the way people dress on the street”. Juga tidak lupa kredit untuk Zainal Tajudin untuk beberapa keeping gambar miliknya yang saya ‘curi’ dari fotopages.. he he he..

dan apa berlaku di Dataran MPKB pada 2010 merentasi ‘mesin masa’… bagi yang lahir sebelum tahun 1990-an.. anda punya mata untuk melihat Kota Bharu sekarang tidak sama dengan Kota Bharu yang kita kenal dahulu… Walaupun ia tidak semaju Kota London atau Kota Osaka mahupun Kota California.. ini lah Kota Bharu yang kita kenali…

Kelahiran Semula Jalan Tok Hakim 'intersection' Jalan Padang Garong...

Bermula Di Jalan Temenggung..

Jalan Tok Hakim. KBTC / Pustaka Seri Intan..

Selamat hari lahir untuk lampu isyarat ini.. 🙂

dan hampir penamat kepada Dataran MPKB... Jalan Padang Garong / HSBC..

***dan setelah dua tahun dibuka… inilah mangsa pertama Jalan Padang Garong.. Nauzubillah.. 😦

Selamat tinggal Dataran MPKB.. sehingga berjumpa lagi melalui 'mesin merentas masa'... 🙂

Filler Entry: Jalan Padang Garong suatu ketika dahulu.. (1980-an)

Credit Photo: Colour slides by Great Wall Photographers Sdn. Bhd. , Kuala Lumpur | Published by Great Star Enterprises, Kuala Lumpur .

Saya mengharapkan Bandaraya Islam ini dimajukan dengan langkah pintar dan masa depan yang lebih cerah untuk ‘Koto Barghu’… 😉

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

March 19, 2011 at 12:37 PM

Posted in History

Kelantan’s Castle: The Royal Palace.

with one comment

Istana Negeri, Kubang Kerian

Istana Negeri, Kubang Kerian.

Istana Negeri, Kubang Kerian.

Istana Negeri, Kubang Kerian.

Istana Negeri, Kubang Kerian.

Kubang Kerian is a city, district and constituency in Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. This area also where Royal Palace, Istana Negeri Kubang Kerian or State Castle was located and became the official residence of the Sultan of Kelantan and the royal family. In addition, a number of official appointments or enthronement ceremony was performed at the Palace.

Istana Mahkota.

Istana Mahkota.

Istana Mahkota.

Furthermore, besides State Palace of Kubang Kerian, there was another castle located in Kubang Kerian, near the Blue Mosque of Kubang Kerian, i.e Istana Mahkota or Crown Castle which is the official residence of Sultan Ismail Petra (former Sultan of Kelantan) and Tengku Anis.

Istana Balai Besar.

Istana Balai Besar.

Istana Balai Besar.

“Built in 1840 on the orders of Sultan Mohamed II, the Istana Balai Besar replaces the old palace, Istana Kota Lama on the Sungai Kelantan (Kelantan River).”
Built in 1840 on the orders of Sultan Mohamed II, the Istana Balai Besar replaces the old palace, Istana Kota Lama along the Sungai Kelantan (Kelantan River) as the Sultan of Kelantan’s new administrative centre (then). Since the palace was erected, the town where the Istana Balai Besar is located has been named Kota Bharu (New Town) and later became the state capital of Kelantan.
The palace stands proudly, surrounded by a fort within an area that covers over 1627square metres. This beautiful wooden structure is made of timber provided with courtesy from the people of Ulu Kelantan and Pasir Puteh. The palace houses an impressive audience hall, throne room and a fine collection of royal regalia. Once the residence of Sultans in the past, Istana Balai Besar today serves mainly as a venue for official state functions and investiture ceremonies, and is mostly restricted to visitors.

The palace was built in 1844 along Malay architecture lines that were hugely popular in the 19th century. Skilled carpenters from all over Kelantan constructed the palace from choice of cengal timber or scientifically (Neobalanocarpus heimii).

Istana Telipot.

Istana Telipot.

Istana Telipot.

Istana Telipot.

Istana Telipot is located in Kota Bharu, Kelantan. It was the official residence of Tengku Muhammad Faris Petra, Crown Prince & Regent of Kelantan (then) after his ailing father, Sultan Ismail Petra having stroke.

Istana Kota Lama.

Istana Kota Lama.

Istana Kota Lama.

Istana Kota Lama.

Istana Kota Lama.

It was the old palace of the state of Kelantan. Located at the bank of the Kelantan River, it was the official residence of the rulers of Kelantan in the early 19th century. However, its proximity to the river made it prone to flooding. The palace was used until 1840, when a new palace now known as Istana Balai Besar, was built to replace it farther inland from the Kelantan River. After the relocation, initiated during the reign of Sultan Muhammad II, the old palace was known as Istana Kota Lama (Old Fortress Palace), while the new site, with its palisade fortifications, was known as Kota Bharu (New Fortress). Today Istana Kota Lama has been fully restored and rebuilt. What you see today are the new palace complex that continues to be used as one of the official residences of the Kelantan royalty.

Istana Jahar.

Istana Jahar.

Istana Jahar.

Istana Jahar.

Istana Jahar houses the Museum of Royal Traditions and Ceremonies. This unique palace was built in 1887 by the( then) Sultan of Kelantan, Sultan Ahmad (1886 – 1889) for his son, Long Kudin who succeeded him as sultan. The name Jahar was taken from the tree that stands at the entrance, also known as ‘Flame of the Forest’. There are several interesting items stored under this timber palace. Ornately carved river vessels were used by the Sultan for his royal trips downriver. Old dugouts and sampans give insight into the mode of transport common in the early 1900’s when roads were scarce and the waterways were the main roads into the interior. Models of traditional Kelantan timber houses are also displayed here.

Istana Batu.

Istana Batu.

Istana Batu.

Across the road from the Craft Museum is the Royal Museum. Swathed in a subtle hue of sky blue, this Museum also known as Istana Batu or Stone Palace was one of the first concrete buildings built in the state. Not terribly old – in fact it was only completed in 1939, Istana Batu was built by Sultan Ismail (1920 – 1944) as a wedding gift for his nephew, Sultan Yahya Petra. In 1969, Istana Batu became the official residence of the then Crown Prince Ismail Petra.

Currently, this Museum’s exhibit goes through the who’s who of Kelantan’s Royal Family with photo exhibits of the royal family in the main hall. Rooms leading off the main hall allow the public a peek into the lifestyle of the royal family in the 1900s. Black & white photos line the walls. Young children celebrating their birthdays with friends, the Crown Prince on an overseas trip, a black tie event, the royal family in royal attire for a family portrait. Items collected over the years are displayed on tables, in cabinets everywhere. Beautiful china, silverware and official gifts from other leaders.

Filler Entry: Istana Balai Besar in 1907.

pic source: W.A Graham. Kelantan : A state in peninsula (1907)

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

March 17, 2011 at 12:55 PM

Posted in History

Allahuakhbar ! Sultan Muhammad V: “Malikussoleh”!

with 2 comments

Salasilah Keturunan Long Yunus.

Salasilah Kesultanan Kelantan sejak tahun 1900

4 Sultan Kelantan terakhir sebelum Sultan Muhammad V.

Sultan Muhammad IV (duduk) bersama Sultanah Zainab serta Sultan Ismail (kiri)

Sultan Yahya Petra, Tengku Zainab (tiga dari kiri) bersama anakanda baginda termasuk Sultan Ismail Petra (tengah).

Sultan Muhammad V (kanan) bergambar bersama ayahanda baginda dan Tengku Anis serta Tengku Muhammad Faiz Petra (depan kiri), Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A'ishah Putri.

Sultan Muhammad V melantik adinda baginda, Tengku Muhammad Faiz Petra sebagai waris serta mengurniakan gelaran Tengku Mahkota di Istana Negeri, Kota Bharu.

Semalam telah genaplah 6 bulan tarikh pemasyhuran Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Allahuakhbar!!..di Kelantan rakyat menggelarkan baginda Sultan Kelantan yang baru sebagai “Malikussoleh” … iaitu pemerintah yang soleh. Tuanku Muhammad Faris Petra telah selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September lalu dan kini bergelar Sultan Muhammad ke-V. Perkembangan yang berlaku di Kelantan mengenai keperibadian Baginda al-Sultan, bukan setakat menarik minat rakyat jelata negeri Kelantan, bahkan seluruh lapisan masyarakat di Malaysia yang ingin ‘menumpang kasih’ di bawah payung putera istana Kelantan yang islamik. Sehingga kini ramai yang masih menunggu saat pertabalan Tuanku Sultan Muhammad ke-V sebagai Sultan Kelantan ke-29.

Pemilihan putera berusia 41 tahun yang juga anakanda sulung, Tuanku Ismail Petra dan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, juga mengakhiri kemelut menyelubungi Istana Kelantan. Pemasyhuran itu mencipta sejarah keluarga diraja di negara ini kerana baginda dilantik menjadi Sultan untuk memerintah negeri ketika ayahandanya masih hidup. Namun, pelantikan baginda dibenarkan mengikut Perkara 23A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua). Majlis Perajaan Negeri (MPN) Kelantan yang bersidang sebulat suara memilih, mengesahkan Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai raja memerintah dan menaiki takhta kerajaan Kelantan.

Selepas beberapa hari membuat ‘kerja rumah’ berkenaan kesultanan Kelantan, saya ingin mengimbau kembali salasilah keluarga Diraja Kelantan serta sejarah ringkas Kesultanan negeri ini yang menggunakan nama rasmi Sultan Muhammad dari pertama hingga ke kelima. Salasilah keluarga Sultan Muhammad ke-V bermula dari keturunan Long Yunus Long Sulaiman, Sultan yang memerintah Kelantan antara 1765-1795.

Sultan Muhammad I

1800 – 1835: Paduka Sri Sultan Muhammad I Khalilu’llah ibni al-Marhum Sultan Long Yunus [Sultan Mandul] yang memerintah Kelantan dari tahun 1800 hingga 1835. Baginda diputerakan di Losong sekitar tahun 1742, merupakan anak ke-6 Sultan Long Yunus bin Long Sulaiman. Baginda ditabalkan sebagai Raja Kubang Labu pada tahun 1756 dan kemudiannya ditabalkan sebagai Raja dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Kelantan pada 17 November 1801. Baginda mangkat di Pulau Saba pada 26 Januari 1835 dan disemadikan di Pemakaman Diraja Kampung Langgar, Kota Bahru. (digantikan oleh adinda baginda, Tengku Temenggong Long Tan)
Berdasarkan, buku Keluarga Diraja Kelantan Darul Naim, antara perebutan takhta yang pernah berlaku dalam sejarah negeri ini membabitkan Long Muhamad yang juga Sultan Muhammad I dengan iparnya iaitu Tengku Muhamad. Kemelut tercetus ketika itu apabila Long Yunus mangkat tanpa menamakan penggantinya, walaupun mempunyai ramai pewaris. Keadaan diburukkan apabila tiada kesepakatan dicapai membabitkan tujuh putera Almarhum Long Yunus untuk melantik seorang daripada mereka sebagai raja.

Berikutan itu, menantu Almarhum Long Yunus, Tengku Muhammad yang juga putera Yang di-Pertuan Terengganu, Sultan Mansur, dilantik sebagai Pemangku Sultan selama 100 hari bagi membolehkan jenazah Long Yunus dimakamkan sekali gus membolehkan pemerintahan negeri berjalan seperti biasa. Bagaimanapun, selepas tempoh 100 hari tamat, Tengku Muhammad enggan menyerahkan takhta menyebabkan timbul perbalahan perebutan kuasa membabitkan dirinya dengan Long Muhammad. Pertembungan antara mereka bagaimanapun menyebelahi Long Muhammad, sekali gus membolehkan baginda menaiki takhta kerajaan mulai 1800 dengan gelaran Sultan Muhammad I.

Sultan Muhammad II

1835-1886: Paduka Sri Sultan Muhammad II ibni al-Marhum Tengku Temenggong Long Tan [Sultan Mulut Merah], Sultan dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Kelantan memerintah dari tahun 1835 hingga tahun 1886. Baginda diputerakan pada tahun 1794 sebagai Long Senik yang merupakan anak ke-4 Tengku Long Tan, (Tengku Long Tan adalah anak ke-7 al-Marhum Sultan Long Yunus). Baginda telah diberi gelaran Tengku Temenggong Aria Pahlawan dan dilantik sebagai pewaris takhta selepas kematian ayahanda baginda (Tengku Long Tan ibn al-Marhum Sultan Long Yunus).

Baginda mengambilalih takhta selepas kemangkatan bapa saudara Baginda sebagai Raja dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Kelantan pada 26 Januari 1835. Baginda mengahwini Sultana Batoh [To’] binti Tengku Long Yusuf [Tuan Besar], dengan memakai gelaran Tengku Ampuan, sebelum memakai gelaran Sultana pada Mac 1877, yang juga merupakan anak bongsu Tengku Long Yusuf ibni al-Marhum Sultan Long Yunus. Baginda Sultan Muhammad-II mangkat di Istana Balai Besar, Kota Bahru pada 30 Oktober 1886 dan disemadikan di Pemakaman DiRaja Kampung Langgar),

(bagi saya, darah Sultan Muhammad V sebenarnya ‘mengalir’ dari tubuh Sultan Muhammad II). Ini kerana, di zaman pemerintahan Sultan Muhammad ke-II, syiar Islam mula bersinar di bumi Kelantan. Baginda telah melaksanakan beberapa bentuk Undang-Undang Islam pada akhir abad ke-19. Baginda menyedari betapa ramai rakyat Kelantan lebih gemar tidak berbaju ke sana-sini, Sultan Muhammad II telah mengarahkan rakyat jelata supaya berbaju. Bagi memastikan arahan tersebut dipatuhi, baginda telah mengarahkan pengawal supaya menunggu di tepi jalan dan menyapu belangkin (sejenis minyak tar) pada belakang mereka yang masih berdegil.

*1886-1890: Pemerintahan Paduka Sri Sultan Ahmad ibni al-Marhum Muhammad II. Merupakan anak sulung Paduka Sri Sultan Muhammad II ibni al-Marhum Tengku Temenggong Long Tan, Sultan dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Kelantan.

Sultan Muhammad ke-III

1890 – 1891: Paduka Sri Sultan Muhammad III ibni al-Marhum Sultan Ahmad [Sultan Bongsu], Sultan dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Kelantan memerintah dari tahun 1890 hingga 1891. Baginda diputerakan pada tahun 1845, baginda merupakan anak sulung Paduka Sri Sultan Ahmad ibni al-Marhum Muhammad II. Ditabalkan sebagai pewaris takhta dengan memakai gelaran Raja Kelantan pada 30 September 1887. Baginda mengambil alih takhta selepas kemangkatan ayahanda baginda pada 8 Mac 1890. Baginda ditabalkan sebagai Sultan dan Yang di-Pertuan Besar di Istana Balai Besar, Kota Bahru pada 23 September 1890. Baginda berkahwin dengan Tengku Sofia binti al-Marhum Tengku Putih, Tengku Ampuan, anak sulung Tengku Puteh ibni al-Marhum Sultan Phaya Long Muhammad, Raja Pattani. Baginda mangkat di Istana Balai Besar, Kota Bahru pada 11 Mei 1891 dan disemadikan di pemakaman Diraja Kampung Langgar.

* 1891 – 1900: Pemerintahan Paduka Sri Sultan Mansur ibni al-Marhum Sultan Ahmad Tengah [Sultan Mandul], Sultan and Yang di-Pertuan Besar of the State of Kelantan. Merupakan anak kedua Paduka Sri Sultan Ahmad ibni al-Marhum Muhammad II, Sultan dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Kelantan.

Almarhum Sultan Muhammad IV (1900-1920)

Sultan Muhammad IV

1900-1920: Paduka Sri Baginda Sultan Muhammad IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad III, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kelantan Darul-Naim dari tahun 1900 hingga 1920. Baginda diputerakan di Kota Bharu pada 23 Mei 1870, merupakan anak sulung Paduka Sri Sultan Muhammad III ibni al-Marhum Sultan Ahmad, Sultan dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Kelantan. Ditabalkan sebagai pewaris takhta dengan gelaran Raja Muda pada 25 Julai 1898. Mengambil alih takhta pada 9 Februari 1900 sejurus dimasyhurkan sebagai Raja Kelantan dan Yang di-Pertuan, dengan memakai gelaran Yang Teramat Mulia. Kemudian baginda ditabalkan sebagai Paduka Sri Baginda Sultan Muhammad IV dengan memakai gelaran Duli Yang Maha Mulia pada 22 Jun 1911.
Dizaman pemerintahan baginda Sultan Muhammad ke-IV, baginda mengubah nama Kelantan sebagai Negeri Kelantan Dar ul-Naim pada Julai 1916. Selain itu, baginda menubuhkan Darjah Kerabat Yang Amat di-Hormati (Royal Family Order) dan Paduka Mahkota Kelantan al-Muhammad (the Order of the Crown of Kelantan of Muhammad. Baginda berkahwin dengan Nik Wan Zainab binti Nik Wan Muhammad Amin [H.H. Sultanah Zainab] pada 1888, sejurus ditabalkan sebagai Sultanah di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada 15 Februari 1916. Baginda mangkat di Istana, Kota Bharu pada 23 Disember 1920 dan disemadikan di Pemakaman DiRaja Kampung Langgar)

Paduka Sri Sultan Ismail I ibni al-Marhum Sultan Muhammad.

*1920-1944: Pemerintahan Paduka Sri Sultan Ismail I ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kelantan Dar ul-Naim. Baginda merupakan anak sulung Paduka Sri Baginda Sultan Muhammad IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad III, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kelantan Da’ar ul-Na’im.

Paduka Sri Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV

*1944-1960: Pemerintahan Paduka Sri Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kelantan Dar ul-Naim. Baginda merupakan anak sulung Paduka Sri Baginda Sultan Muhammad IV ibni al-Marhum Sultan Muhammad III, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kelantan Da’ar ul-Na’im.

Paduka Sri Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim

*1960-1979: Pemerintahan Paduka Sri Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kelantan Dar ul-Naim. Baginda merupakan anak kedua Paduka Sri Sultan Ibrahim ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kelantan Dar ul-Naim. Pada 21 September 1975, Baginda ditabalkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-6.

Paduka Sri Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra

*1979-2010: Pemerintahan Paduka Sri Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra. Tuanku Ismail Petra iaitu ayahanda Sultan Muhammad ke-V, yang juga putera tunggal kepada Sultan Yahya Petra Sultan Ibrahim dan Raja Perempuan Tengku Zainab II, ditabalkan sebagai Sultan Kelantan pada 30 Mac 1979, susulan kemangkatan ayahandanya ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 29 Mac 1979. Tuanku Ismail Petra diputerakan pada 11 November 1949 di Istana Jahar, Kota Bharu, adalah putera tunggal dan adik bongsu lima beradik iaitu Tengku Marjan, Tengku Rozan, Tengku Salwani dan Tengku Rohani. Hasil perkahwinan baginda dengan Tengku Anis, yang mempunyai hubungan kekeluargaan tahap dua sepupu, baginda berdua dikurniakan tiga putera iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra (Sultan Muhammad ke-V), Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhammad Fakry serta puteri, Tengku Amalin A’Ishah Putri. Sultan Muhammad ke-V dilantik ayahanda baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan, pewaris takhta kerajaan pada 6 Oktober 1985, sebelum diangkat sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009 berikutan keadaan Tuanku Ismail Petra yang gering.

Paduka Sri Sultan Muhammad V ibni Sultan Ismail Petra

Sultan Muhammad ke-V
2010-. Paduka Sri Sultan Muhammad V ibni Sultan Ismail Petra (Tengku Muhammad Faris Petra), Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kelantan Da’ar ul Na’im. Baginda diputerakan di Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969, merupakan anak sulung Paduka Sri Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Kelantan Da’ar ul-Na’im. Baginda di mahkotakan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985. Sebelum dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan dengan gelaran Yang Maha Mulia pada 24 Mei 2009 akibat ketidakmampuan ayahanda baginda memerintah setelah mengalami penyakit strok yang serius. Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September 2010 dengan bergelar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Muhammad V ibni Sultan Ismail Petra, di Balairong Sri, Istana Balai Besar, Kota Bharu.

Insya-allah, mengikut penggiliran sistem monarki di Malaysia, Baginda bakal dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 14 Disember 2011 mengikut perkiraan secara rawak dan seterusnya bakal ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 pada 15 Disember 2016. Mudah-mudahan Allah lanjutkan usia al-Sultan Muhammad V. Allahu Akbar! Tuanku Al-Sultan pernah bertitah bahawa Baginda memikul amanah Paduka Ayahanda untuk mentadbir negeri dengan berhemah dan menjaga kebajikan rakyat jelata (sebelum ayahanda baginda gering). Pesanan itu menjadi pegangan dan prinsip hidup Tuanku Al-Sultan yang baru dan di sinilah letaknya “barakah” yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. Untuk info tambahan klik di sini.

Pendidikan awal baginda bermula di Prasekolah – Tadika Fatima Convent, Kota Bharu 1974 – 1975. Selepas itu baginda meneruskan persekolahan di Sekolah Rendah Sultan Ismail 1, Kota Bharu dari tahun 1976 – 1981. Baginda menduduki kelas persediaan – The Alice Smith School, A-Level – Oakham School Rutland, England pada 1983-1989 sebelum meneruskan Pengajian Diplomatik – St Cross College dan Oxford Centre for Islamic Studies pada tahun 1989-91. Pengajian Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan – Huron University College, London Pengajian Perhubungan Diplomatik – Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin. European Business Administration – European Business School London.

Kenali Sultan Muhammad ke-V.

Pakaian rasmi Baginda Sultan Kelantan yang baru, berjubah putih lengan pendek dan berkopiah. Acap kali tengok Baginda Sultan berpakaian sebegini semasa bertemu mata dengan rakyat jelata.. Allahuakhbar! (dulu daulat tuanku) ..mudah-mudahan keperibadian Baginda Sultan Kelantan yang berakhlak mulia menjadi ikutan Tengku Mahkota @ Raja Muda yang bakal manjadi Sultan di negeri-negeri seluruh Malaysia.

Berjubah.
Baginda sering memakai jubah atau berbaju ‘gumbang’ serta berkopiah. Baginda juga seorang imam kepada makmumnya. Pada Januari 2010, dikala ayanhanda baginda, Sultan Ismail gering, baginda sendiri telah menjadi imam kepada ribuan rakyat jelata Kelantan menunaikan solat hajat berdoa akan kesejahteraan ayahandanya. Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu menjadi saksi baginda mengimamkan solat hajat yang dihadiri lebih 1,000 rakyat negeri itu. Tuanku Muhammad Faris sudah lama diketahui rakyat sebagai putera istana yang cintakan agama dan sering menjadikan masjid sebagai lokasi utama lawatan semasa program menziarahi rakyat di seluruh negeri. Pada hari-hari biasa, Masjid Muhammadi yang merupakan Masjid Negeri adalah masjid utama tempat baginda menunaikan solat berjemaah.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad memberitahu, Tuanku Muhammad Faris sememangnya gemar mendekati golongan agama. Dedahnya, dari dahulu lagi setiap orang daripada 15 anggota Jemaah Ulama, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri sudah mempunyai nombor telefon bimbit baginda untuk kemudahan berhubung bagi memberi sebarang pandangan dan nasihat.
“Tuanku Sultan memberi nombor telefonnya kepada kami secara peribadi dan berpesan supaya menelefon baginda pada bila-bila masa jika ada perkara yang dirasakan perlu ditegur dan dinasihati. Baginda memberi peluang sebegitu terbuka kepada ahli Jemaah Ulama untuk menegur baginda secara langsung tanpa ada sebarang halangan atau protocol. “Saya tidak mengetahui jika ada ulama yang pernah menghubungi baginda khusus untuk tujuan itu tetapi begitulah istimewanya Tuanku Muhammad Faris dalam memberi pengiktirafan kepada ahli agama,” katanya. Tambahnya, baginda juga sudah beberapa kali menunaikan fardu haji dan kali terakhir menyempurnakannya pada tahun 2004. “Pengukuhan asas dan ilmu agama baginda ini sebenarnya bermula sejak baginda kecil lagi. Ia sudah menjadi tradisi keluarga diraja untuk menjemput para ulama datang ke istana negeri memberi kuliah agama.“Antara yang pernah menjadi guru kepada Tuanku adalah bekas Mufti Kelantan iaitu Allahyarham Datuk Mohd. Nor Ibrahim manakala selepasnya pula ilmuwan tersohor Allahyarham Datuk Yusoff Zaky Yaacob.

“Pelbagai aspek agama disentuh daripada bab akidah, fekah dan akhlak menerusi pembacaan kitab-kitab khusus,” kata Mohamad Shukri yang kini menyambung tugas menyampaikan kuliah agama kepada keluarga diraja. Beliau berkata, sejak dari kecil, baginda berguru mengaji al-Quran dengan seorang qari yang pernah menjulang nama negara di peringkat antarabangsa yang juga bilal ternama negeri ini iaitu Nordin Idris. Katanya, sejak bersemayam di Istana Telipot beberapa tahun ini, Tuanku Muhammad Faris tetap meneruskan amalan memanggil ulama ke istana itu dan baginda tidak meminggirkan petugas-petugas dan pegawai pengiringnya dalam majlis ilmu tersebut. “Kesemuanya dijemput hadir. Kuliah itu diadakan setiap minggu dan akan ditunda jika bertembung dengan jadual tugas Tuanku yang lain,” katanya.

Sultan Muhammad V di Masjid Telipot.

“Ambo”.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan, Tengku Mohd. Norhamzah Engku Hussin pula memberitahu, baginda seorang yang merendah diri. “Seingat saya, semasa baginda menjadi Tengku Mahkota, baginda sering menggunakan perkataan ‘ambo’ sebagai kata ganti dirinya apabila berbicara. Ia jelas melambangkan keperibadian yang merendah diri memandangkan ‘ambo’ itu berbunyi seperti hamba,” ujarnya. “Tapi apabila baginda kini bergelar sultan, mungkin baginda perlu lebih mengikuti protokol,” katanya. sambil melafazkan pertubuhannya menjunjung kasih dan taat setia kepada sultan sepenuhnya.
Ini adalah perbualan antara baginda Sultan Muhammad V dengan seorang pesakit kronik Hasnah Ibrahim dalam ziarah baginda ke rumah wanita itu di Kampung Peropok dekat Bachok, Kelantan, Ogos 2010:.. “Mak cik kena makan ubat, jangan simpan dalam rumah saja. Jangan selang-seli, kalau terasa mahu muntah pun paksa juga makan. Insya-Allah kalau mak cik makan ubat ikut jadual akan sihat mungkin tidaklah gemuk macam Datuk (Datuk Dr. Awang Adek) atau saya (baginda), tapi makin sembuhlah badan mak cik,” Ternyata gurauan baginda menggambarkan sifat dan keperibadian baginda yang terlalu merendah diri. Gurauan baginda yang ketika itu merupakan Pemangku Raja menyebabkan tetamu yang ada di rumah itu tersenyum termasuk Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin. Mungkin itulah gambaran mudah siapakah Tuanku Muhammad Faris, 41, yang baru dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan.Mesra dan prihatin akan keadaan rakyat. Sepanjang bergelar Pemangku Raja atau Tengku Mahkota, baginda kerapkali dilihat mencemar duli menziarahi golongan miskin dan ditimpa musibah. Jika anda tidak pernah mendengar baginda bertitah.. sila klik disini & disini dan juga disini.

Pembesar Suara Azan terus dari Masjid Tepilot ke Istana Telipot.

Allahu Akbar!
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias yang menjelaskan penggantian penggunaan Daulat Tuanku dengan Allahu Akbar dan penggunaan gelaran Sultan Muhammad ke V bagi diri baginda adalah atas perkenan baginda sendiri. Pembaharuan pertama yang dititahkan oleh Tuanku Muhammad Faris Petra adalah supaya seruan “Daulat Tuanku” digantikan dengan seruan “Allahu Akbar” (oleh itu, tidak berbangkit persoalan perubahan seruan ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan). Bagaimanapun, walaupun seruan “Allahu Akbar” ini lebih sinonim dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tuanku Muhammad Faris Petra kekal berkecuali dari segi politik di mana Baginda akan merestui setiap yang baik dari mana-mana pihak. Masih ada insan yang mempunyai kuasa ditangan, merendah diri.. tidak takbur… kerana tahu akan kekuasan Allah swt lebih dari segalanya.

Istana KDYMM Sultan Muhammad ke V, terdapat pembesar suara terus dari Masjid Telipot bagi mendengar azan solat 5 waktu dan tazkirah setiap hari, adakah sultan lain melakukan demikian atau pemimpin dunia yg lain. Gambar yang diambil dari luar istana mendapati pembesar suara dari masjid yang di sambung ke istana menaungi sekitar istana dan luar istana aktiviti seharian masjid. Ya Allah Kebesaran MU terlalu luas, tiada penghujung di antara setiap penjuru ruang dunia.

Kemesraan dan keakraban Baginda Sultan Muhammad V dengan Menteri Besar Kelantan terserlah.

  • BICARA BUAT SEORANG SULTAN
    (buat Sultan Kelantan Muhammad Faris Petra)
  • pada kerendahan dalam pakaian
    pada penampilan dalam keramaian
    perasaan tertawan kepada sang sultanpada bicara yang sederhana,
    pada gaya yang bersahaja,
    jiwa tertarik pada raja,
    moga nyata, dia payung rakyat jelata.. 

    inilah nasihat raja dan rakyat…

    raja dimulia bukan kerna singgahsana
    raja disayang bukan kerna paluan gendang
    raja diangkat bukan kerna kalimat ‘daulat’
    raja dicinta bukan kerna kuasa
    raja dihormat bukan kerna pangkat

    raja dimulia kerna takwanya,
    raja disayang kerna dia berjuang,
    raja diangkat kerna Tuhan memberkat
    raja dicinta kerna budi bahasanya,
    raja dihormat kerna kasihkan rakyat

    raja dibenci kerna buruk budi,
    raja dicerca kerna tamakkan harta,
    raja dimarah kerna dia bermewah
    raja dilupa kerna tinggalkan agama,

    apabila raja itu zuhud,
    namanya selalu disebut
    apabila raja takutkan Allah,
    sekelian rakyat jantung diserah
    apabila raja sangat sederhana,
    jiwa jelata penuh bangga,
    apabila raja kuat agama,
    dengan ikhlas rakyat berdoa..

    tuanku raja yang masih muda,
    namun ada teladan untuk semua,
    dalam persarungan penuh kerendahan,
    dalam kehidupan penuh kerakyatan,
    sayang rakyat penuh melimpah
    kepada raja kasih tertumpah

    Dr MAZA,
    160211.

Sumber di’edit’ dari pelbagai jurnal dan web:

http://royalark.net/

http://wikimapia.org/329378/Masjid-Telipot-Telipot-Mosque

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LegasiKesultananKelantan/Article/index

http://zonfiniti.blogspot.com

http://www.malaysiakini.com/letters/156202

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0919&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

March 14, 2011 at 11:54 AM

Posted in History

Pembesaran Hotel Perdana Kota Bharu.

with 19 comments

Hotel Perdana

Lakaran Pembesaran Empat (4) Tingkat Sedia ada Serta Membina Satu Blok Tambahan 11 Tingkat Di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan

Foto ini bertarikh 10/02/2011 menunjukkan kerja-kerja pembinaan masih belum siap sepenuhnya sedangkan tarikh asal siap yang diberikan pemaju adalah bertarikh 17/10/2010 | setelah projek dimulakan sepenuhnya pada 17/06/2009.

Nilai asal projek adalah RM79,700,000.00. Kontraktor yang dilantik ialah Emaskang Sdn. Bhd. Pada awalnya, ia dibina sebagai hotel berstatus 4-Bintang pertama di Kelantan pada 4 Januari 1980.

Bangunan asal Hotel Perdana suatu ketika dahulu. (foto credit: mohdzawi.blogspot.com)

Hotel Perdana & Kompleks Sukan Perdana kini dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Hotel Perdana telah dijual dengan harga RM34 juta kepada Perbadanan Nasional Berhad (PNB), sebuah syarikat milik kerajaan persekutuan yang begitu dikenali. Kerajaan Negeri mengambil langkah menjual Hotel Perdana pada tahun 2008 lalu memandangkan perniagaan perhotelan bukan lagi menjadi teras kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). PKINK sebelum ini hanya menjadi perintis kepada industri perhotelan memandangkan ketika itu industri tersebut belum berkembang di Kelantan. Bagaimanapun, hari ini sudah banyak hotel berkelas bintang yang wujud di Kota Bharu termasuk Hotel Renaisance yang mempunyai taraf hampir lima bintang.

Tambahan pula, PKINK perlu menyuntik lebih banyak dana bagi meningkatkan taraf hotel tersebut supaya lebih berdaya saing. PKINK menggunakan wang tersebut untuk melabur dalam bidang asas perniagaan strategik PKINK termasuk sektor hartanah. Sejumlah RM 4.1 juta daripada bayaran yang diterima digunakan untuk membayar pampasan kepada seramai 170 kakitangan hotel yang diberhentikan dan daripada jumlah tersebut seramai 24 orang telah mendapat pekerjaan baru. Bekas-bekas pekerja juga akan diberi keutamaan oleh PNB untuk diambil sebagai kakitangan hotel baru yang akan beroperasi. Hotel baru itu dibina PNB setinggi 11 tingkat dan memerlukan kakitangan yang ramai.

Lokasi Hotel Perdana di Tengah Pusat Bandaraya Kota Bharu

Bangunan asal Hotel Perdana 1981

Hotel Perdana merupakan sebuah hotel berstatus 4-Bintang terletak ditengah-tengah bandar Kota Bharu. Lokasinya yang strategik iaitu diantara Pusat Kebudayaan Negeri di hadapan serta bersebelahan Stadium Sultan Muhammad IV. Hotel Perdana pada asalnya bina pada 4 Januari 1980 komited dalam menyediakan perkhidmatan perhotelan dan menawarkan produk yang terbaik dari segi mutu dan kualiti layanan kepada pengunjung.

Lihat juga:

Crown Garden Hotel Kota Bharu                                      star-rating
Crytal Lodge Hotel Kota Bharu                                         star-rating
Grand Riverview Hotel Kota Bharu                                star-rating
New Pacific Hotel Kota Bharu                                           star-rating
Perdana Hotel Kota Bharu                                                  star-rating
Renaissance Hotel Kota Bharu                                          star-rating
Suria Hotel Kota Bharu                                                          star-rating
Temenggong Hotel                                                                  star-rating

MY VERDICT ON HOTEL PERDANA:
A very run-down hotel. Very affordable.. 🙂

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

March 9, 2011 at 11:54 AM

Posted in Infrastructure

Pusat Komersial Baru Pasir Mas.

leave a comment »

Projek Bandar Baru Pasir Mas

Selaras dengan pertumbuhan sosioekonomi negara, satu projek pembangunan komersial dinamakan Bandar Tasek Raja akan dibangunkan di daerah Pasir Mas. Projek bernilai RM151 juta itu merupakan projek usaha sama sektor awam dan swasta antara kerajaan negeri Kelantan dan Eastern Biscuit Factory Sdn Bhd (EFB) dan EBF Land Sdn Bhd, yang mana kedua-duanya adalah anak syarikat Furqan Business Organisation Berhad (FBO Berhad). Projek tersebut bakal menjana aktiviti ekonomi khususnya melalui bidang perniagaan di daerah sekelilingnya. Syarikat Furqan Business Organisation Berhad (FBO Berhad) merupakan antara syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia

Projek berprestij itu telah mula dibangunkan sejak beberapa bulan lalu di atas tapak seluas 31 hektar dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun akan datang. Projek pembangunan Bandar Tasek Raja terletak di lokasi yang strategik kira-kira dua kilometer dari bandar Pasir Mas, 20 kilometer dari Rantau Panjang dan hanya 19 kilometer dari Kota Bharu. Ia merangkumi pembinaan 266 unit lot kedai dengan reka bentuk unik, sebuah pasar besar baru dan sebuah terminal bas dan teksi.

Pada pendapat saya, projek tersebut berupaya mengembalikan semula kegemilangan bandar Pasir Mas sebagai pusat komersial baru di negeri ini yang pesat dengan aktiviti ekonomi dan peniagaan. Selain itu, ia bakal menjadikan bandar alternatif kepada Kota Bharu yang agak padat dari sudut pembangunannya ketika ini. Kesemua infrastruktur yang berada di bandar Pasir Mas termasuk terminal bas, teksi, pasar akan dipindahkan ke pusat komersial baru itu sebaik sahaja pembinaannya siap secara keseluruhan. Pusat komersial baru ini dijangka akan membuka banyak peluang kepada usahawan, perniagaan dan syarikat yang mencari cara kreatif untuk meluaskan operasi mereka ke luar bandar Pasir Mas selain meningkatkan pertumbuhan ekonomi untuk negeri Kelantan.

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

March 7, 2011 at 1:33 PM

Posted in Infrastructure

Produk Kelantan: Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.

with 15 comments

Maahad Tahfiz Sains

Menyentuh soal pendidikan di Negeri Kelantan, sejak kebelakangan ini kebanyakkan sekolah-sekolah di Kelantan terutamanya sekolah kelolaan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan (YIK) telah banyak memateri nama sebagai sekolah ‘Top Scorer” di peringkat negeri bahkan juga di peringkat kebangsaan. Kejayaan sistem pendidikan di Kelantan yang berorientasikan aliran agama setanding dengan sekolah-sekolah di bawah KPM telah membuka mata banyak pihak terutama ibubapa yang kini lebih cenderung untuk menghantar anak mereka ke sekolah aliran agama. Kejayaan ini sekaligus menafikan anggapan Pusat bahawa sekolah berorientasikan aliran agama tidak mampu untuk pergi lebih jauh.

Berbalik kepada topik asal, saya telah membuat sedikit tetapi tidaklah banyak kajian berkenaan sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan dalam bidang pendidikan terutamanya pendidkan beraliran agama di Kelantan dan artikel yang terdahulu pernah saya ‘post’ berkenaan Maahad Muhammadi Lilbanat dan kini saya melihat sebuah sekolah yang berpotensi besar untuk dijadikan kilang melahirkan cendikiawan kontemporari yang syumul dari aspek pendidikan dunia dan akhirat. Sekolah yang dimaksudkan ialah Maahad Tahfiz Sains (MTS) yang merupakan salah sebuah sekolah kawalan di bawah pengurusan Yayasan Islam Kelantan yang telah diluluskan penubuhannya di dalam Mesyuarat Lembaga YIK 4/2003 bertarikh 10 Ramadhan 1424 bersamaan 5 November 2003. MTS mengambil pelajar sulung seramai 120 orang(60 lelaki dan 60 perempuan) dan menumpang di SMU(A) Maahad Muhammadi (L) dan SMU(A) Maahad Muhammadi (P).

Perasmian MTS telah diadakan pada 25 Januari 2004 di Dewan Teratai disempurnakan oleh YAB Dato Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Seterusnya MTS berpindah ke Berangan, Tumpat sehingga akhir 2006 sebelum berpindah ke kampus tetapnya di Bendang Baru, Bukit Panau, Tanah Merah pada 2 Januari 2007. MTS merupakan aliran Tahfiz yang kedua selepas Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat yang terletak di Pulai Chondong. Namun hala tuju dan konsepnya terdapat perbezaan iaitu MTS memberi penekanan kepada aliran pengajian Sains di samping pengajian Tahfiz Al-Quran. Permohonan yang terlalu ramai sehingga melebihi 1000 orang untuk menduduki ujian saringan telah menyebabkan kampus-kampus baru MTS dibuka di kawasan-kawasan lain.

MTS sering menerima kunjungan daripada warga sekolah mahupun agensi dan jabatan-jabatan kerajaan serta swasta baik dari dalam negara mahupun luar negara. Kini, sistem pengajian MTS telah diguna pakai untuk menubuhkan madrasah-madrasah beraliran seumpama ini di negeri-negeri lain. Pada tahun 2008, jumlah penuntut di MTS adalah seramai 715 orang yang ditempatkan di dalam 18 buah kelas. Jumlah kakitangan pula ialah seramai 70 orang iaitu 19 orang guru akademik, 6 orang guru Arab dan agama, 42 orang guru al-Quran dan 7 orang kakitangan sokongan.

Antara Okjektif penubuhan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah adalah:

1) menyediakan peluang-peluang pengajian dalam aliran Tahfiz al-Quran dan Sains.

2) menggabung jalin keupayaan pembelajaran dalam mata pelajaran tahfiz, agama dan akademik(sains).

3) melahirkan saintis dan profesional al-quran yang menghafaz al-quran dan menghayati kandungannya.

4) menjana pelapis kepimpinan ummah yang mempunyai pelbagai keterampilan dan pengetahuan dalam globalisasi.

5)mewujudkan zon pembelajaran yang kondusif bagi melahirkan generasi al-quran yang mampumenghayati dan menghafal al-quran, menguasai ilmu wakie dan syarie serta memiliki sahsiah terpuji di samping mempunyai kecerdasan mental dan fizikal Selain itu, Masjid Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang berharga RM 557,992.50 telah pun siap dibina.

Masjid 2 tingkat dengan keluasan lebih kurang 10,600 kaki persegi ini dapat menampung seramai 750 orang pelajar (jemaah) serentak. Dengan siapnya masjid ini ia dapat membantu para pelajar untuk melaksanakan pelbagai program kerohanian dengan lebih selesa. Di samping itu ianya juga dapat memberikan keselesaan kepada para ibu bapa semasa mereka mengunjungi anak-anak mereka semasa hujung minggu ataupun pada hari cuti. Setakat itu dulu ulasan berkenaan MTS Tanah Merah. Nanti artikel berkaitan iaitu Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qiraat Pulai Chondong April ini.

Excerpted from:http://www.mts.kelantan.edu.my/home.html

Written by Muhammad Ismail Ibrahim

March 5, 2011 at 1:11 PM

Posted in Education